"Abang keretamayat, Jika terjumpa hantu, dalam ajaran islam, apa nak buat? Sunnah Nabi bagaimana jika jumpa hantu?"
*****
Seram sejuk nak jawab soalan ini.. pernah tulis jawapan ini
dalam Buku KISAH HANTU TERAKHIR, tapi buku tu dah habis, tak cetak dah..
Beginilah..
Pesan orang tua, jika berjalan di hutan terserempak binatang
buas, jangan terus lari, tapi bertentang mata lah, dan bernafas dengan tenang,
serta undur perlahan lahan, dan biasanya, kebanyakkan binatang buas tak akan
serang dari arah depan, kata orang tua lah!
Jika ada senjata boleh maju ke depan dan biasanya binatang
ni tengok manusia berani semacam akan lari.
Waktu saya belajar menyelam pula, jika dalam laut jumpa ikan
yang bahaya, jangan terus lari, tapi tengok dia dan kawal pernafasan dengan
tenang lalu undur perlahan lahan, kebanyakkan ikan tak serang dari arah
hadapan.. kata guru selam saya lah.
Jadi soalan yang timbul jika jumpa hantu (jelmaan jin)
bagaimana?
Sama jugak, teruskan bertentang mata, kawal pernafasan, tapi
jangan undur ke belakang, tapi maju ke depan, dan bagi salam serta bacakan Al
Quran dengan suara yang garau dan seram, hantu akan lari, kata ustaz kampong
saya lah!
Jadi memang dah jadi pengalaman dalam hidup yang mana jika
saya jumpa Hantu, saya akan tegur, dan siasat..
Pernah masa kecik saya berak luar rumah guna tandas macam
dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, atau Tandas macam Johan Berak dalam Filem
Hantu Kak Limah.
Waktu berak tu, saya dengar bunyi bising kat luat jamban,
jam satu pagi kot waktu itu, saya pun intai ikut celah lubang Jamban, tiba tiba
Nampak lembaga dengan wajah penuh darah, matanya gelap tanpa warna putih.
Saya dah kecut perut, terus pejam mata, tapi ingat pesan
ustaz kampong saya, Nampak hantu “tegur”.
Maka saya intai lagi sekali, tengok Hantu tu betul betul,
bila kepalanya bergerak, baru saya Nampak paruh, rupanya ayam bertenggek tepi
Jamban, pipinya merah macam darah, adohai…
Jika saya penakut dan lari, tentu saya akan cerita
pengalaman jumpa hantu muka berdarah pada anak cucu, padahal ayam jer.
Pernah juga abang saya lari sebab jumpa pocong dalam kereta
arwah bapa saudara, kami pergi siasat dari jauh Nampak macam pocong, bila dekat,
biasan cahaya sahaja.
Ada jugak kisah main waktu magrib, tiba tiba disergah
kambing gergasi yang putih seluruh tubuh, lintang pukang kami lari, esok baru
tahu ada jiran beli kambing baka balar, adohai..
Pernah kami nakal waktu kecik, malam malam pergi tukar
selipar rumah A pindah ke rumah B, dan selipar rumah B pindah ke rumah C, dua
tiga malam kami buat sekali.
Lepas tu bila dengar orang buat konspirasi Hantu selipar,
kami gelak dari jauh, sebab mereka dah kena prank.
Jadi jika korang jumpa Hantu, kebanyakkannya "sains dan
data" sahaja, jadi tegurlah, dan siasatlah, orang tua dulu pesan tengok
dari celah kangkang, jika kakinya tak jejak tanah maka itulah hantu, sebenarnya
pesanan itu suruh korang tengok hantu itu dari sudut yang lain, sudut terbalik,
jika Prank, mereka akan kantoi.
Banyak kan kisah orang Nampak hantu terbang padahal kain
ditiup angin, atau burung sesat malam malam, tapi sebab tak siasat, dijajanya
jumpa Hantu.
Tahun lepas, waktu saya sorang-sorang dalam Chalet tepi
hutan di Pulau Tioman, letih menyelam siang hari, maka malam tidur awal, jam 11
malam macam tu terdengar suara budak menangis, makin lama makin kuat.
Aduh…, anak siapa ni menangis, hantu ke? Jika hantu saya nak
kena “tegur”
Lalu saya keluar dan semua chalet tak de penghuni sebab jika
ada tentu semua dah kecoh siasat suara budak menangis. Jadi saya jejak dan
Nampak budak sedang menangis depan chalet umur tiga tahun lebih kurang.
Budak tu hantu ke?
Dia menangis nak masuk chalet tapi berkunci, saya ketuk
chalet memang tak ada orang dalam chalet tu tapi saya tanya budak tu dia tak
bercakap tapi menangis sahaja.
Saya pun telefon kawan saya yang sedang buat BBQ tepi pantai
tanya kot ada orang kecoh anak hilang ke, rupanya ada orang sedang kecoh anak
umur tiga tahun hilang tepi pantai,sekarang
semua risau takut anak masuk air laut, tapi Alhamdulillah anak rupanya merayau
balik ke chalet sorang diri.
Masalah selesai, tiada hantu.
Jadi kepada korang semua, jika terjumpa ‘hantu’, sila
bertentang mata. Tegur, dan dakwah sikit..
“Dalil ada tak? Jika jumpa hantu kena tegur ni Hamka?”
Surah Al hujarat, Allah suruh siasat bila datang berita
meragukan, maka jika ternampak Hantu, siasatlah, 99% orang yang siasat akan
dapati itu bukan Hantu, Sains dan data sahaja, tapi jika lari, 100% korang akan
percaya itu Hantu dan hidup dalam ketakutan buat selama lamanya.
Maka kepada mereka yang tak percaya Vaksin, tak percaya
Covid, tak percaya bumi ini sfera, tak percaya manusia ke bulan, tak percaya
Sains dan Data, tolong jangan lari bila berita sahih depan mata, siasatlah
dengan bertanya kepada Pakar, itulah Sunnah bila berdepan dengan berita, rujuk
surah Al hujarat, pasti kamu akan dapat jawapan jika benar kamu ikhlas dalam
menyiasat.
Tapi jika lari, maka Hantu akan wujud dalam dunia kamu buat
selama lamanya dan akan terus menghantui kehidupan orang yang takut.
"Tapi abang mayat, jika siasat, confirm itu Hantu? Atau
Jin?, Nak buat apa?"
Berdakwahlah pada Jin itu, Nabi pun berdakwah pada Jin,
suruh dia beribadat, sebab tidak Allah jadikan manusia dan Jin melainkan untuk
beribadat.
Alamak rasa makin seram sejuk pulak tulis macam ni,..
pandang atas.. ternampak..
Aircond maxima cool? Patutlah.
Woha!
1 comment:
I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic. com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.
Post a Comment