Pertama sekali, Bayangkan korang kena kepung musuh selama sebulan?
Musuh yang sangat kuat, mereka nak rampas semua harta korang
dan penduduk kampung.
Musuh tu pula.. bukan datang setakat nak merompak, tapi
datang nak bunuh semua orang lelaki, nak rogol semua orang perempuan, dan nak
jadikan kanak kanak hamba abdi.
Korang tengok kiri kanan, lelaki campur Wanita campur kanak
kanak, ada dalam sekitar tiga ribu orang, senjata ada dalam bentuk pedang dan
panah, serta beberapa ekor kuda.
Musuh berapa ramai? Musuh ada 10 ribu tentera lengkap
bersenjata, dari segi kekuatan, memang kejap lagi korang semua kena sembelih.
Sebaik musuh sampai di sempadan kampung, mereka tak serang
terus, mereka buat macam SJR seluruh jalan keluar, siapa yang keluar memang
kena bunuh. Rupanya mereka tak serang sebab mereka tak diperintah oleh sorang
ketua, mereka ada dua ketua arab yang ramai, dan beberapa kelompok yahudi,
termasuk arab dusun, ada askar ikutan, ada macam macam.
Masing masing harap group lain serang dulu, sebab mereka
takut ada perangkap masuk, sebab masa mereka sampai kampung korang, mereka
terkejut tengok ada parit besar macam cerita perang purba yang ada parit kena seberang
jika nak masuk kota musuh.
Tahniah sebab sebelum mereka sampai, korang awal awal lagi
dah gali parit keliling kampung.
Jadi bila tentera musuh masuk parit bersama kuda tak boleh
laju dan semua musuh akan terdedah pada panah, terpaksa lekas berundur jika
masuk parit, jadi mereka cuba cabar satu lawan satu dalam parit, tapi mujur ada
beberapa pendekar handal kat kampung korang yang selamba kalahkan musuh jika
satu lawan satu.
Nampaknya musuh terpaksa serbu jika nak menang. Tapi mereka
kepong dulu kampung korang selama sebulan, biar stok makanan habis, nanti
korang lapar dan lemah, baru mereka akan serang.
Jadi bayangkan perasaan korang jika tinggal di kampung itu?
Lebih teruk dari PKP sebab tak boleh rentas daerah satu hal,
dan bila bila masa tentera musuh akan serbu beramai beramai sembelih semua
lelaki, dan rogol semua perempuan.
Tambah mendebarkan, dalam kampung ada orang munafik yang
akan berpaling tadah bila bila masa, dan hujung kampung belang gunung, ada
kampung yahudi yang jika mereka serang dari belakang, habislah korang…
Bayangkan…
Dengan kampung korang yang Polis takde, askar takde, masing
masing ambik senjata apa yang ada, dan bertahan di sempadang kampung sambal
jaga jaga serangan Yahudi dan Munafik dalam kampung..
Bayangkan..
Okey, balik kepada asal usul Takbir raya..
Kisah di atas adalah kisah benar berlaku zaman Nabi, kampung
itu namanya Madinah, ketua kampung Namanya Nabi Muhammad SAW, pendekar pula
adalah Saidina Ali, Umar, dan lain lain sahabat.
Gabungan musuh adalah semua orang kafir seramai 10 ribu
tentera jalan kaki, dan 600 tentera berkuda.
Mereka mahu bergabung lawan Nabi sebab perang sebelum ini
satu lawan satu, mereka kalah teruk, rujuk rekod, 1000 arab kafir lawan 313
Orang Islam dalam perang badar, orang kafir kalah teruk!
Jadi geng Yahudi telah pujuk semua ketua arab untuk
bergabung, serang Nabi, dan geng Yahudi yang ada di Madinah juga akan bantu
serang dari belakang.
Maka bermulalah Gerakan serangan tentara Ahzab (gabungan
besar kafir) menuju Madinah.
Sahabat Nabi Salman Parsi cadang gali parit, sebab ini
kaedah di Parsi dalam perang, musuh bila masuk dalam parit akan senang di
panah, kuda tak berfungsi, dan mereka kena panjat parit maka senang dikalahkan.
Nabi setuju, dan sahabatpun gali parit, ada batu besar, nabi
pecahkan dengan mukjizat, sahabat lapar kelubur tunjuk batu dekat perut, Nabi
tunjuk dua batu kat perut bermakna Nabi lagi lapar. Masing masing mujahadah nak
berperang, dan gali parit dalam bulan Ramadan.
Bila musuh sampai, mereka terkejut sebab orang arab tiada
pengalaman perang dalam parit, mereka masuk, kena panah, jadi mereka bertahan
disempadan Madinah, tunggu orang islam kelaparan, sebab masa tu orang islam dah
tak boleh ke kebun ada SJR (sekatan Jalan), jadi mereka bagi masa sebulan, baru
mereka akan serbu.
Lagipun mereka nak pujuk orang munafik dan Yahudi hujung
kampung serang dari belakang,
Sangat mencabar jiwa masa tu, perang bila bila masa boleh
berlaku, hingga orang islam sangat susah hati, lalu turun Ayat Al quran,
"Ketika mereka datang kepada kamu dari atas dan dari
bawah, dan ketika pandangan telah suram, dan hati telah naik sampai
kekerongkongan. Dan ketika itu kamu berprasangka kepada Allah dengan prasangka
yang salah. Dikala itu orang-orang beriman mendapat ujian dan perasaan mereka
digongang dengan goncangan yang
hebat". (Al-Ahzab:10-11)
Waktu itu Nabi minta sahabat banyakkan berdoa dan gilir
gilir jaga semua sempadan, solat jemaah juga gilir gilir, dengan makanan tak
cukup, tidur tak cukup, senjata tak cukup, tentera tak cukup, memang orang
islam di uji dengan ambang kematian paling menyesakkan jiwa dan minda.
Di waktu malam, Nabi suruh sahabat solat berjemaah dengan
bacaan yang kuat, Amin yang kuat, dan doa yang kuat. Hingga pengintip musuh
sangka orang islam sangat ramai.
Ada juga kisah pengintip Yahudi masuk ke kampung sebab
sangka mereka orang lelaki tiada sebab berjaga sempadan, betul pun sangkaan
mereka, tapi kaum Muslimah (Wanita islam) telah serang Yahudi ini dan potong
kepala lalu baling kepala di Kawasan lapang membuatkan musuh sangka ada lelaki
islam sedang sembunyi, padahal Muslimah pun berani angkat senjata jaga kampung.
Kemudian datang Sahabat bernama Nuaim bin Masud berkata
kepada Rasulullah: Ya Rasulullah
sesungguhnya aku telah masuk Islam. dan kaumku tidak tahu keislamanku. kerana
itu perintahkan padaku sesukamu"
Maka Nabi gunakan peluang Nuaim yang baru masuk islam untuk
laga lagakan musuh, Nabi sendiri pergi buat rundingan dengan musuh, lalu
tersebar berita Nabi tawarkan separuh kurma Madinah kepada musuh yang berundur,
ada musuh dapat satu pertiga, jadi mereka saling curiga, Nanti bila mereka
serang Nabi musuh sebelah berundur macam mana?
Nuaim pulak jumpa Yahudi bagitahu suruh mereka minta Orang
kafir Mekah sebagai tebusan jika kalah perang nanti, lepas tu Nuaim bagitahu
kafir Mekah, Yahudi akan bantu jika ada tebusan untuk mereka serah pada Nabi
jika kalah. Jadi Kafir Mekah dan bergaduh dengan Yahudi sebab mereka snagka
Nuaim ni sama kafir macam mereka, lepas tu pihak Yahudi dapat berita Kafir
Mekah nak serang orang Islam hari minggu, mereka tak setuju sebab hari tu Haram
perang, orang Kafir Mekah pulak dapat berita Yahudi nak serang pada bulan
Haram, orang arab tak setuju, jadi mereka saling bergaduh dan pecah belah.
Dalam kesabaran umat islam hadapi ujian ini, Allah akhirnya
datangkan bantuan dalam bentuk ribut pasir kepada semua musuh buatkan kuda
mereka mati, makanan mereka rosak, dan di malam hari mereka kesejukkan sebab
api tidak dapat dinyalakan, habis ribut pasir datang pula hujan lebat buat
semangat mereka luntur, habis hujan datang angin sejuk yang buatkan musuh
berundur kesejukkan, dan patah balik dengan hampa.
Bisik mereka: Islam di jaga oleh Tuhan, tidak guna kita
berperang.., perutpun lapar, kudapun mati, senjatapun rosak, marilah kita balik
ke Mekah…
Nabi pulak ambik peluang untuk serang Yahudi dari belakang
yang sedang tunggu Kafir Mekah serang dulu, tapi Kafir Mekah patah balik, dan
Nabi Berjaya kalahkan semua Yahudi dengan mudah, semua lelaki Yahudi dewasa
mati hari itu (lebih kurang 900 orang)
Dengan kemenangan ini, melihat musuh semua pecah belah dan
lari, dan melihat Yahudi yang menyerah diri ketakutan, maka semua orang islam
bertakbir Raya!
Kami Memuji Allah,
Walau karihal kaafiruun: walaupun dibenci golongan kafir
Kami Memuji Allah,
Sadaqa wa’dah: yang benar janji-Nya
Wanashara ‘abdah: dan yang menolong hamba-Nya
Wa a’azza jundahu: dan yang memuliakan tentera- Muslimin
Wahazamal ahzaaba wahdah: Dengan mengalahkan tentera Ahzab
dengan KekuatanNYa.
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
dan bagi Allah segala puji-pujian!
*****
Tuan Puan pembaca Budiman sekalian..
Takbir raya jika kita hayati kisah perang Ahzab, bagaimana
Allah telah uji Nabi dan Sahabat, yang mana bulan puasa kena bina parit dalam
kerisuan, sambut raya dengan perang, Musuh terlalu ramai mengepong termasuk
musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, jerankong dalam almari, gunting dalam
lipatan, tapi akhirnya, Allah bantu.
Fahamlah, Bantuan Allah sengaja lewat, kerana dunia ini
pentas ujian, dan andai tiada Bantuan Allah di dunia, cukuplah Allah teguhkan
keimanan, agar mati dalam islam, kerana maksud hidup adalah bersyukur dengan
ujia Nikmat, bersabat dengan ujian susah, Ikhlas dengan ujian pahala, dan
taubat dengan ujian dosa.
Mati dalam keimanan, adalah nikmat terbesar!
Nabi dan Sahabat telah di uji, dan mereka telah Berjaya,
sekarang giliran kita pula, teguhkan keimaman, kerana hidup ini hanyalah ujian,
Akhirat kekal abadi.
Bangun pagi, jangan lihat hari ini sebagai beban, tapi
lihatlah hari ini sebagai peluang kepada sebuah jambatan untuk dekatkan diri
kepada Syurga, sungguh hari ini adalah Jambatan akhirat. Hari ini sebuah ladang
pahala sedang terbentang luas di hadapam mata.
Jom sambung Takbir Raya.
Woha!
No comments:
Post a Comment