Ada orang bukan Islam tanya, kenapa Allah tak hentikan Rogol?
Mereka nak dunia ni akan auto stop bila buat jenayah, mereka
nak bila orang nak buat jahat, terus keluar malaikat stop perkara tu.
Bayangkan dunia macam tu?
Bayangkan orang terpandang Wanita cantik, tiba tiba buta,
orang nak pergi rogol, tiba tiba mati pucuk, orang nak mencuri tiba tiba
lumpuh, orang tidur masuk waktu solat, tiba tiba malaikat kejut, angkat, dan
dirikan suruh solat.
Orang nak makan, tiba tiba pinggang terbalik sebab dah makan
lebih dari had?
Best ke hidup macam tu? Jadi robot? semua orang buat baik
sahaja sebab jika buat sikap, tangan jadi keras, kaki jadi lumpuh, mata jadi
buta? nak macam tu? tiada peluang taubat? buat salah terus terhukum?
Apa jadi jika hidup macam tu? Tak ada kebebasan memilih?
Semua kena ikut program macam robot?
Padahal Tuhan dah buat babi yang makan najis, tak pernah
ubah menu, Tuhan dan buat harimau makan daging sejak beribu ribu tahun tak
pernah ubah menu? Kenapa?
Kerana hidup binatang ni tiada kebabasan memilih, mereka
akan kekal bertelanjang, makan menu yang dah ditakdirkan, dan hidup bebas ikut
nafsu! Tuhan dah buat makluk yang takde akal macam manusia.
Best ke jika hidup macam binatang yang takde idea langung
nak tukar menu makanan? hidup nafsu nafsi, berak kencing tak payah basuh,
bebas!
Deep sikit, binatang macam teruk sangat contohnya, tahukah
anda, Tuhan juga dah cipta malaikat yang takde nafsu, hidupnya ibadat sahaja
siang malam, tiada syurga neraka untuk Malaikat.
Tiada yang berkahwin, tiada yang makan, semua ibadat sahaja,
Tuhan dah buat makluk macam tu.
Kemudian Tuhan cipta manusia makluk paling unik yang
dikurniakan kebolehan pilih apa sahaja nak buat, hidup adalah ujian, buat baik
balas baik, buat jahat di balas jahat.
Maka menu makanan manusia tak sama tiap tahun, berubah
rubah, ada nasi goreng kampung melayu, mee goreng mamak india, nasi goreng
cina, mee pedang korea, nasi goreng USA, macam macam! Tuhan benarkan, nak makan
babi pun Tuhan tak lumpuhkan mulut, tapi ingat, hidup ini ujian. semua itu ada
mahkamah menanti lepas mati.
Pakaian juga macam macam fesyen. 60-an, 90-an, GenX, Gen Y,
macam macam! Semua Tuhan benarkan. Nak seksi nak seksa, Tuhan benarkan, takde
yang sedang seksi tiba tiba kena sopak, tapi ingat, semua itu uJian, ada
mahkamah menanti lepas mati.
Nak Beragama pun macam macam pilihan, ada yang sembah batu,
sembah kayu, sembah anak Tuhan, sembah duit, tak sembah apa apapun ada, tiada
yang tiba tiba tak percaya tuhan jadi gila, takder, tapi ingat, hidup ini
ujian, semua itu ada mahkamah menanti lepas mati.
Maka perkara yang sama dalam jenayah, nak bunuh orang, nak
rogol, nak mencuri, ustaz buat jahat, semua tu takde tiba tiba lumpuh atau kena
sawan, korang boleh bebas buat jenayah, tapi ingat, hidup ini ujian. semua itu
ada mahkamah menanti lepas mati.
Maka kerana bebas memilihlah dunia ini menjadi indah dengan
pelbagai pilihan, nak buat baik boleh, nak buat jahat pun boleh.
Jika nak hidup yang dikawal macam robot, Tuhan dah buat babi
yang makan tahik tadi, makan sahaja najis tak perlu fikir apa apa, sampai masa
mati jadi tanah.
Tapi manusia, Tuhan cipta dengan kuasa memilih, bagi akal,
bagi fikiran, bagi nafsu, dan dengan akal fikiran semua manusia sangat percaya
negara terbaik adalah Negara yang ada system keadilan, ada mahkamah, yang akan
hukum orang bersalah.
Hari ni bila Hitler bunuh sejuta Yahudi termasuk wanita dan
kanak kanak lepas tu Hitler pergi bunuh diri, nampak macam lepas di mahkamah
dunia, tapi mahkamah Akhirat ada sedia menanti.
Hari ni jika anak kecik kita kena culik dengan ustad jahat,
lepas tu dia liwat dan rogol, lepas tu dia tanam mana mana, lepas tu dia bunuh
diri, nampak macam lepas di mahkamah dunia, tapi akhirat, ustad tu tak boleh
lari sebab Mahkamah Allah sangat adil.
Hari ni jika kita kemalangan sebab orang langgar lari, kita
lumpuh, anak isteri mati, dan orang tu kita tak tahu lari ke mana, nampak macam
dia lepas mahkamah dunia tapi dia tak akan dapat lari dari mahkamah akhirat,
itu pasti! dan itulah keadilan!
Dan orang orang yang sedang memperokol olokkan Islam, hina
Allah, kutuk agama islam, tapi masih kekal sihat, dapat makan, belum lumpuh,
juga masih boleh melihat kerana Allah sangat rasional dan memberitahu tahu
dalam Al quran, mereka akan diberikan tempoh (untuk enjoy) dan dikirimkan
utusan. (untuk menegur)
Dan jika hina pulak utusan Allah, tidaklah terus Allah azab
mereka, bagi lagi mereka peluang untuk berfikir, kadang diuji sikit susah agar
ingat kita ni lemah, tapi orang sombong tetap nak lawan Allah.
Tak lama kemudian semua mati kecuali Allah!
Maka Kematian adalah Keadilah terbaik ciptaan Allah, semua akan
mati, dan semua akan masuk mahkamah Allah.
Mangsa rogol, mangsa bunuh, akan dapat keadilan hidup si
syurga!
Anak anak orang bukan islam yang mati sebelum baligh, akan
terus masuk syurga!
Orang OKU yang sabar akan dapat syurga.
Orang yang merogol, bunuh orang, munafik, kafir, akan masuk
neraka!
Dan Hidup ini hanyalah mimpi, kita bila bangun dari mimpi
ngeri tak rasa pun susah dan sakit, begitulah perasaan ahli syurga, akan anggap
susah di dunia hanya mimpi.
Perkara sama yang menimpa ahli neraka, senang didunia hanya
rasa bagai mimpi.
Maka kita semua tak payah sombong lah, sebab hidup terlalu
singkat untuk bergaduh dengan Tuhan, esok lusa semua mati, Tak akan ada yang
mampu hidup selamanya, semua akan ke mahkamah Allah,
Dan tolong jangan bercakap macam pintu Taubat dah tertutup,
atau macam korang dah di jatuhkan hukuman ke dalam neraka, sebab Pintu taubat
masih terbuka, maka semua orang kafir yang masih hidup boleh bertaubat.
Orang islam pun bukan semua ke syurga, kena bertaubat dulu!
Sebab semua orang akan berdosa namun sebaik baik pendosa adalah yang minta
ampun pada Allah dan berjanji tidak akan buat dosa lagi!
“Tapi Hamka , Masalah islam ialah, islam tak boleh ada flaw
sebab Tuhan sepatutnya perfect . Even kalau ada 1 flaw pun, islam itu adalah
palsu. Cuba buka minda dan fikir,berapa flaws yang mungkin ada dalam islam?
Poligami?, wanita dipinggirkan? Puasa tahan lapar 12 jam? Kuasa cerai tangan
suami? Wanita kena bertudung? Murtad hokum bunuh? Dan lain lain, Itu semua
adalah kecacatan dalam Islam, Islam have flaws. That’s why god doesn't exist”
Adohai, jika nak bantah memang tak habis 1400 tahun pun,
sedanh hidup 63 tahun lebih dari cukup, senag beginilah, Islam datang dari Tuhan, dan datang dalam betuk
arahan, dan arahan ni ada yang pandang perfect(believer) dan ada yang pandang
flaws(atheist), sebagai contoh dalam Al quran Allah perintah makhluk lain sujud
pada Nabi Adam.
Bagi malaikat, perintah ini perfect, merekapun sujud, tapi
bagi syaitan, perintah sujud pada Adam, di anggap flaws, syaitan bantah, siap
dengan hujah, tapi akhirnya syaitan masuk neraka.
So just because islam look flaws from devil eyes, doesn’t
mean God does not exist.
I rest my case!
Ps: semoga Alla berikan hidayat kepada kamu, kami, dan kita
semua. Amin.
No comments:
Post a Comment