Terlihat bendera putih di tegakkan, teringat saya kisah sedih Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan serta kedaifan, pada suatu hari telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain,
Lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin
Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus’ab bin Umair adalah
anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, tapi lihatlah beliau bila masuk
islam, hidup penuh dengan pengorbanan.
Alkisahnya menurut catatan sejarah, Mus’ab adalah anak orang
have have T20 dan hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja
berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa berada.
Pakaianya di tempah khas dan kasutnya dari Yaman, menandakan sangat kaya.
Wajahnya juga sangat kacak hingga jika ke Pasar, semua orang
akan menoleh kepadanya, pernah ada sejarah mengatakan, hensemnya Mus’ab ini
lebih kurang seperti Hensemnya Nabi Muhammad SAW hingga dalam perang Uhud,
orang kafir lihat mayat Mus’ab disangka Nabi telah mati. Dan disebarkan bahawa
Islam telah kalah dalam perang Uhud sebab ternampak jasad Nabi terbujur kaku..,
tapi…
Eh? Alamak? terspoiler pulak, terbagitahu awal awal Mus’ab
terbunuh dalam perang Uhud.
Baiklah, untuk pengetahuan semua, Mus’ab bin Umair telah
terkorban dalam perang Uhud sambil pegang bendera Islam, lebih sedih jenazahnya
pegang bendera dengan dua siku yang berdarah kerana kedua dua tangannya telah
dipotong musuh.
Namun walau tangannya telah kudung, masih teguh pegang
bendera islam, maka terlihat pula ada anak panah menembus dadanya bermakna
beliau syahid dalam keadaan pegang bendera dengan baki tangan sampai ke siku
dan menghebus nafas akibat panahan dari belakang.
Begitulah sukarnya zaman awal islam, kisah seorang sahabat
dari hidup kaya, lalu Mus’ab bin Umair telah masuk islam secara senyap senyap
sebab ibu bapanya sangat bencikan islam, tapi sejurus ibu bapanya tahu, Mus’ab telah
di ikat dan di kurung, ada Riwayat kata dia ditelanjangkan, dan satu hari
beliau dapat melepaskan diri dengan memakai hanya sehelai kain.
Oleh sebab Ibu bapanya sanggup upah Bodyguard Jahiliyyah
untuk tangkap beliau, dan atas nasihat Nabi Muhammad SAW sendiri, beliau lari
ke Africa Bersama Jaafar r.a demi menjaga Iman dalam diri, dan nanti Jaafar Abi
Talib pun mati sama tragis macam Mus’ab, kedua tangan Jaafar dipotong waktu
pegang bendera Islam, lalu dengan hujung siku masih teguh memeluk bendera hingga
hujung nyawa, sehidup semati betul kisah sahabat ini, apa-apapun, kita
tinggalkan dulu kisah Jaafar, dan pendekkan cerita dari Africa, Mus’ab bin
Umair telah Kembali ke Madinah bila dengar Nabi telah Hijrah ke sana, waktu
itulah Nabi bercucuran air mata tengok beliau yang sangat zuhud dengan sehelai
kain yang bertampal termasuk dari kulit binatang.
Di hujung pengorbanan, seperti yang saya dah terspoiler
tadi, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua
tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera.., dan
baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup, di tutup
kepala kaki terdedah, di tutup kaki, kepala terdedah, lalu Nabi tutup kepalanya
dengan kain dan kaki di tutup dengan daun-daun Izkhar..
Nabi kemudian bersaksi Mus’ab adalah ahli syurga sambil
uruskan jenazahnya, waktu itu Abu Bakar dan Umar cemburu sangat melihat Nabi
uruskan jenazah Mus’ab.
Ya tuan-tuan, kematian Mus’ab bin Umair dicemburui oleh
sahabat sahabat hebat seperti Abu Bakar dan Umar.
Dan sejarah membuktikan, jenazah Abu bakar dan Umar tidak di
uruskan oleh Nabi Muhammad SAW kerana Nabi telah wafat lebih awal dari Abu
Bakar dan Umar.
Sungguh apabila kematian kita mencapai tahap di cemburui
oleh orang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!
Adakah tiba nanti, kematian kita dicemburui? Atau di rai?
Atau langsung tidak dipeduli?
Kepada Allah kita semua berserah diri.
Al fatihah buat Mus’ab bin Umair dan semua orang islam.
Woha sampai syurga!
No comments:
Post a Comment