Ada komen dari nitezen kata dalam Islam ni takde ajaran sedekah secara terang terang, semua kena sembunyi. Ada yang kata ayat Al quran suruh sedekah terang terang tu tafsirnya lain, lepas tu ada yang kata takde dalam hadis suruh sedekah terang terangan. Adohai..
Kenapa macam dengki sangat tengok orang Islam derma secara
terang terangan? Benda halal ada dalam Al quran dah hadis, kenapa dengki
sangat?
sunnah wal Jemaah ni jangan halang orang buat baik, hingga
ada istilah BIDAA HASANAH, sebab benda baik kita kena sokong!
Tapi bab derma terang terang bukan bidaah hasanah, memang
ada dalam Al quran dah hadis, dua dua boleh buat, dua dua adalah sunnah, kenapa
nak sempitkan pada satu sahaja? Kenapa DENGKI SANGAT?
Tahu tak dalam islam ada DENGKI yang baik, Namanya GHIBTAH?
DENGKI yang haram adalah bila tengok orang derma, kita tuduh
dia riak, itu DENGKI yang HARAM.
GHIBTAH, adalah cemburu yang dibenarkan iaitu bila kita
tengok orang derma, kita doa nak jadi macam dia juga. Alhamdulillah.
Hadisnya berbunyi begini:
“Tidak diperbolehkan Dengki kecuali terhadap Orang yang
dikaruniai Allah Al quran Lalu ia membacanya malam dan siang , dan orang yang
dikarnia harta oleh Allah, lalu ia membelanjakan di jalan Allah pada malam dan siang ” (Hr. Bukhari)
Oleh sebab Dengki adalah haram, maka Inilah Ghibtah! Iaitu
“dengki baik” yang di benarkan!
Jadi jika korang nampak orang sedekah terang terang, kita
raikan sahaja, malah ada hadis, siapa buat amalan baik, lepas tu orang ikut
akan dapat pahala berganda pula orang yang sedekah terang terang tadi. Lupa
perawi hadis tu tapi confirm ada jika cari.
Zaman Nabi pun banyak sangat kisah sahabat sedekah terang
terang, bagi kebun kurma, atau bagi kelengkapan perang dan sebagainya, malahan
banyak kisah Nabi sendiri bagi sedekah secara terang terang pada mualaf hinga ramai orang masuk islam.
Alkisahnya, satu masa sampai Mekah, harta bertimbun, habis
semua harta Nabi bagi pada mualaf, lepas dah habis hartam waktu balik ke
Madinah, orang Ansar rasa “dengki” sebab orang baru masuk islam semua dapat
harta sedangkan mereka bersama dengan Nabi dalam semua perang tapi balik
Madinah tangan kosong?
Lepas tu Nabi tegur sahabat Ansar.. bagitahu mereka mulaf
tadi dapat harta dunia, tapi kamu semua dapat aku!, aku ikut kamu balik ke
Madinah, mahu ke kamu dapat harta, tapi aku tinggal di Mekah? Mana lebih best?
Kamu dapat harta macam mualaf tapi aku tak Bersama kamu hingga akhir hayat?
Atau kita bagi semua harta pada mereka, dan kamu semua dapat aku yang akan
hidup Bersama kamu sampai hujung nyawa? Mana kamu nak?
Nabi taklah cakap melayu macam tu? Saya ringkas Bahasa mudah
faham.
Terus insaf semua Sahabat Ansar, mereka sebenarnya dapat
harta dunia-akhirat paling bertuah, Nabi ikut balik ke Madinah selamanya, dan
kubur Nabi serta jasad Nabi akan kekal di Madinah buat selama selamanya! Ibadat
di Madinah berganda pahalanya!
Lebih baik dari seluruh dunia dan seisi hartanya!
Aduhh, Ghibtah pulak saya pada sahabat Ansar bila baca kisah
ni.
Maka untuk itu, saya buat satu video ajak korang derma
secara terang-terang pada Bank yang tak ada riba! Zaman Covid ni jika tak mampu
nak dermah harta jom ikut saya derma secara terang terangan macam video ini.
Tonton video sampai habis, dan sila Ghibtah dari jauh!
Woha!
No comments:
Post a Comment