Jul 27, 2021

Derma terang terang?

Bila baca komen nitizen yang pertikaikan orang derma secara terang terang, tuduh riak, dan kata islam tak ajar amalan derma terbuka macam tu?, maka abang keretamayat nak tegurlah sikit.

Kerana benda tak haram jangan kita kata haram, benda halal apa derma secara terbuka?, rujuk Al quran, dua dua boleh buat, nak derma secara terbuka boleh, nak derma secara senyap senyap boleh, bab riak dan ikhlas ni orang tu dengan Allah jer tahu, malaikat yang catat amalan pun tak tahu riak ke ikhlas ke..

Dalil sikit..

"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan."

(Surah al-Baqarah: 271)

Jadi benda halal buat apa nak pertikaikan?, kena ingat semua orang bukan jahil macam kita, andai kita ni jenis riak bila orang Nampak, jangan cop orang lain pun sama lemah macam kita, ada orang lagi orang Nampak, lagi ikhlas, sungguh Bab riyak tu. Itu antara mereka dengan Allah.

Dalam islam selain bak riak, ada satu bab lagi iaitu bab Shiar. Apa maksud Syiar?

Syiar adalah ibadat yang kena buat secara terang terangan, kena hebahkan..

Contoh 5 rukun islam. Semua tu kena syiar, kena heboh, kena war warkan. Masuk islam kena bagitahu, zaman nabi sahabat masuk islam terus pergi mengucap dua kalimah syahadah jerit kuat kuat depan kaabah, dan rela kena belasah, sebab amalan ni kena tunjuk, kena syiar!. Itu sunnahnya!

Bab Solat berjemaah kena azan kuat, Nabi siap sewa banguan yahudi tinggi suruh Bilal azan kuat kuat, lepas tu Nabi pesan kena pakai pakaian solat dari rumah lagi, biar semua orang kampung tahu kita nak ke masjid, dan sunnah pergi masjid balik ikut jalan berbeza biar semua orang nampak.

Bab Puasa kena bagitahu pada semua orang lagi lagi depan orang mengumpat.

Zakat bayar depan kaunter di masjid, siap isi borang.

Haji kena bagitahu, jika mampu buatlah kenduri syukur.

Dan amalan syiar ni tak tertakluk pada rukun islam yang lima, yang sunat pun ada waktu kena syiar, kena tunjuk dan kena hebahkan sebab semua ada hikmah.

Kahwin kena bagitahu. Majlis kecil tak apa tapi kena war warkan. Kahwin dua tiga pun kena bagitahu, jika sorok dah mati baru tahu banyak masalah lain yang timbul.

Korban Haji pun bagus war warkan. Galakkan orang lain korban sama.

Sedekah ada waktu kena terang terang biar orang kaya malu tengok, biar menteri tak buat kerja malu tak buat kerja. Alamak tersentuh isu politik pulak.

Apa apapun.

Tujuannya buat ibadat terang-terang adalah nak wujudkan suasana agama, ikhlas kerana Allah, yang mana bila ada suasana agama maka tempat tu akan di tangguh bala dan akan disebarkan Rahmat.

Orang kafir pun akan lebih tertarik dengan amalan yang mendatangkan kebaikkan kepada semua pihak.

Balik ke media sosial. Maka boleh jer kita nak kongsi bila dah masuk islam bagi mualaf. Pergi solat masjid mana?, sahur makan apa?, korban berapa ekor sebab ada waktu nabi galakkan derma secara terang terang. Termasuk dalam syiar Islam semua tu.

Namun ada benda tak elok untuk kongsi iaitu ibadat infradi seperti tahajjud, zikir, tutup aib orang tu wajib, khidmat secara sembunyipun bagus, dan lain lain yang boleh mengundang riak.

Jadi sila guna common sense. Bukan semua benda boleh dikongsi dan ada juga yang boleh dikongsi.

Contoh, macam Mak cik kiah benarkan suami dikongsi, dengan share dimedia sosial dengan hashtag:

"Bukannya orang lain, madu kau jugak!"

Woha!

No comments: