Bila cerita tentang wali, ada yang cerita tentang Ilmu lipat Bumi, kisah ulamak arab nak makan durian, lalu ustaz melayu lipat bumi ambik durian bagi Ulamak arab tu makan..
Cerita tu terkenal di kepulauan melayu, lalu muncul dua tiga
orang tanya saya tentang ilmu lipat bumi? Ada dalam Al quran dan hadis tak?
Ada, Mukjizat bagi Nabi, Nusrah keramat bagi Sahabat, dan
insan terpilih..
Sila rujuk kisah Menteri Nabi Sulaiman pindahkan Istana
Balqis sekelip mata, sedangkan jaraknya jauh, tapi selamba Menteri tu pindahkan
dan ubahsuai lantai dengan mozek jernih macam air, hingga ratu Balqis angkat
kain takut basah.
Juga kisah Nabi Khidir boleh tengok masa depan, ops, itu
lipat masa, err, Ok, rujuk Kisah Nabi Muhammad SAW pergi Palestin dari Madinah
hanya dalam satu malam, kisah terkenal Israk Mikraj. Lepas tu naik ke langit ke
tujuh naik Buraq. Kira buraq ni boleh lipat bumi dengan izin Allah.
Ada juga kisah Sahabat Nabi dapat masuk kota musuh sekelip
mata, musuh terkejut tengok tiba tiba orang islam telah masuk sedangkan
jambatan telah roboh, dan pintu telah tutup. Sahabat yang masuk itu katanya
tidur dan mimpi ada cahaya, bila ikut cahaya itu, tiba tiba terjaga dalam pagar
istana musuh lalu membuka dari dalam, saya lupa nama sahabat itu.
Ada jugak kisah Sahabat berjalan atas air bersama kuda, ini
dah lipat laut!
Ada juga kisah Sahabat bercakap jarak jauh dengan tentera
Islam, tak silap waktu itu hari Jumaat, semua itu ilmu lipat Bumilah..
Walau bagaimanapun Ilmu itu bukan boleh belajar, Allah bagi
kepada Hamba yang terpilih, kita nak ke mana mana mesti follow the rule,
gunakan asbab, masuk negara orang kena ada Visa, Keizinan, dan lain lain.
Dunia ni darul Asbab, sebab itu ada kisah Nabi dibunuh,
sahabat mati diseksa, sebab semua itu adalah darul Asbab.
Namun ada waktu dah hikmah, Allah bagi bantuan yang
berlawanan dengan asbab.
Dan Bantuan Allah tak datang serta merta, rujuk perang
Badar, Perang Ahzab, yang mana bantuan Allah datang hujung hujung bila umat
islam dalam hati umat islam dah mampu bersabar dan layak terima Nusrah Allah!
Kisah sahabat jalan atas air tu sebab tiada asbab nak
seberang, perahu dikaramkan, jambatan takde, jika perahu masih ada, Sahabat
akan guna asbab. Akan naik perahu kejar musuh!
Ada kisha sahabat perang takde senjata, dan guna pelepah
Tamar, Bila libas kelapa musuh terbelah, terus sahabat buang pelapah tamar tu
dan gunakan pedang musuh, sahabat faham Nusrah dan Asbab.
Ada juga kisah pelepah tamar tu jadi pedang, sahabat guna
lawna musuh, dan balik kampung sahabat jual pedang tu untuk kelangsungan hidup,
Sama jugak kisah Siti Hajar dan Ismail, bukan terus dapat
air zam zam, kena kerja 8 jam dulu berlari dari Safar ke Marwah Bersama anak
kecil Nabi ismail, Bersama perut lapar, Bersama sisa tenaga usaha cari bantuan,
tapi hati terpaut pada Allah, hujung hujung bila dah habis kudrat, Allah bagi
air zam zam.
Jadi zaman sekarang, ada Kapal terbang, ada bas, ada kereta,
tak bolehlah nak lipat bumi mudah mudah begitu, guna asbab adalah perintah
Allah, yakin dengan asbab adalah larangan Allah, jadi guna asbab Bersama hati
yang harap hanya pada Allah, Itulah sunnah, Nabi pakai baju besi waktu perang,
tapi yakin yang bagi selamat bukan baju besi tapi Allah, begitulah cerita bab
Yakin dan asbab.
Sama jugak vaksin, ikhtiar perintah Allah, cucuk vaksin
asbab sahaja, dalam hati tetap mahu Yakin bahawa Allah segala kudrat, baru
betul.
Orang yang Yakin dengan Asbab adalah syirik.
Orang yang Tolak asbab adalah jahil.
Sunnah, adalah guna asbab tapi hati Yakin hanya pada Allah!
Jadi nak masuk Palestin kenalah guna Asbab, sambil Yakin
hanya pada Allah!
Nak menyibuk sikit, Saya macam pernah masuk Palestin. (makan
modal betul video ini)
Tapi tak pakai syarikat Hala, atau Miles of Smilees, juga
Lucky Tour
Saya masuk guna ilmu seakan akan “lipat Bumi”
Korang akan dapat ke Palestin, Mekah, Madinah, balik hari!
Macam ilmu lipat bumi! Sebab walau duduk Palestin, masih boleh makan keropok
lekor!
Link video: https://youtu.be/eUUYeHgBHDs
Habis PKP nanti nak repeat “lipat bumi”lagi sekali sebab
video ini dah lama, dah 12 tahun lepas.
Doakan saya dapat makan keropok lekor depan Masjid Al Aqsa!
Woha!
No comments:
Post a Comment