Ada Atheist datang komen bagitahu Allah kejam sebab bakar orang kafir dalam neraka selamanya..
*****
Oh, adohai, korang bercakap macam dah duduk dalam nereka
sedangkan kiamat belum berlaku, neraka belum didekatkan, nikmat hidup masih
banyak, dan pintu Taubat masih terbuka luas.
Malahan, Allah masih bagi rezeki udara, bernafas, makan,
tidur kepada semua pendosa, kepada atheis, padahal Allah Maka berkuasa
menghukum manusia yang bersalah pada bila bila masa, namun Allah Maha
Penyayang, masih bagi rezeki bertahun tahun lamanya pada pendosa.
Kemudian, Allah memberitahu secara berulang ulang dalam Al
Quran bahawa Dia Maha pengampun, Malahan Rahmat Allah lebih besar dari semua
dosa manusia, pintu taubat senitiasa terbuka, andai kita mahu bersujud dan
merayu dalam taubat sebelum menjadi mayat.
Firman Allah:
“Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap
diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu
berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala
dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
(QS. Az-Zumar: 53)
“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan yang
keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu
memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan
dosa-dosa melainkan Allah,...
(QS. Ali 'Imran: 135)
“Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya
dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada
Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
(QS. An-Nisa': 110)
“Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri
datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah dan Rasulullah
juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima
taubat, lagi Maha Mengasihani”
(QS. An-Nisa': 64)
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Allah Yang Maha Tinggi berfirman: "Wahai anak
Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepada-Ku dan mengharapkan- Ku maka Aku
akan mengampunimu atas semua dosa yang kamu lakukan. Wahai anak Adam, andaikata
dosa-dosamu itu sampai ke puncak langit kemudian kamu meminta ampunan kepada-Ku
nescaya Aku ampuni. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepada-Ku dengan
dosa yang besarnya seisi bumi seluruhnya, kemudian datang menemui-Ku dan tidak
menyekutukan Aku dengan yang lain nescaya Aku akan datang kepadamu dengan
ampunan yang lebih besar dari seisi bumi seluruhnya."
Hadis lain Rasulullah bersabda,
"Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam
hari agar orang-orang yang melakukan dosa pada siang hari bertaubat dan Dia
membentangkan tangan-Nya di siang hari agar orang yang melakukan kesalahan di
malam hari bertaubat, hingga nanti ketika matahari terbit dari arah
barat."
Maka renung renungkah wahai sahabat, Jangan bercakap macam
hukuman dah dijatuhkan, jangan bercakap macam pintu Taubat dah tutup, padahal
sungguh Tiada orang boleh tutup pintu taubat kita melainkan kita sendiri yang
menutupnya.
Gunakanlah pintu taubat yang masih terbuka hari ini sebelum
naik keretamayat, masa tu, memang saya boleh buka tutup pintu keretamayat kuat
kuat!
Woha!
1 comment:
Ada seorang wali Allah dizaman khalifah harun alrasyid bernama Bahlul..
Suatu hari..
(lebih kurang gini ceritanya..)
Khalifah Harun al rasyid- "bahlul kamu dari mana ni?"
Wali Bahlul- "aku baru balik dari neraka"
Khalifah Harun al rasyid- "buat apa kamu pergi ke neraka?"
Wali Bahlu! - "aku perlukan api, lalu kupikir di neraka banyak api, boleh la kudapatkan sedikit disana..
Lalu kuminta pada penjaga neraka mau sedikit api, penjaga neraka menjawab didalam neraka tiada api..
Lalu kutanya balik bukankah disini tempat pembakaran?
Penjaga neraka jawab..Betul..Tp dineraka xda api,manusia2 yg masuk neraka itu bawa api mereka masing2
Post a Comment