Macam mana nak tahu amalan kita tu ikhlas?
“Ustaz, macamane kalau lepas saya azan, saya ambil gambar
duduk terlentang, letak filter hitam putih, karang ayat syahdu tentang penatnya
bangun pagi untuk azan dan betapa saya selalu ditindas untuk keluar rumah dan
azan? Tak haram kan?”
******
Jawapan dari abang keretamayat yang bukan seorang ustaz:
Segala amal bermula dengan niat.. apa niat awak buat tu?
Tanya diri empat soalan,
(1) adakah ini perintah Allah?
(2) adakah saya buat kerana Allah?
(3) Bagaimana sunnahnya amalan ini?
(4) Jika ini bukan sunnah tapi Bidaah hasanah, bagaimana
ulamak buat?
Dapat jawab 4 soalan ini dengan tepat, maka buatlah apa yang
anda mahu buat. Allah akan bersama kamu.
Saya bagi contoh, saya tulis buku KERANA DIA ANAK SYURGA.
(1) Adakah ini perintah Allah?
Ya, Ingat mengingati memberi manfaat kepada orang beriman,
maka saya tulis buku kisah berdamai dengan takdir waktu dapat anak OKU sebagai
rujukan jika ada ibu bapa yang sekasut dengan saya. Sekadar ingat mengingati...
(2) Adakah saya buat kerana Allah?
Ya, Kerana Allah saya tulis buku ini, maka hujah dan dalil,
saya petik Al quran dan hadis, sedaya upaya saya elak menulis perkara yang
bertentangan dengan Al quran dan hadis sebab tujuan menulis adalah kerana Allah
semata mata.
(3) Bagaimana sunnahnya amalan ini?
Oleh sebab Nabi tiada anak OKU dan Nabi tidak menulis buku,
maka saya rujuk ulamak, kerana ulamak pewaris Nabi.
(4) Jika ini bukan sunnah tapi Bidaah hasanah, bagaimana
ulamak buat?
Saya dapati ramai ulamak tulis buku, maka saya meniru jejak
Langkah mereka menulis sebagai bekalan kubur, dah tentu bila cetak buku ada kos
kena keluarkan, dan andai buku ini dapat untung, saya akan gunakan untuk kos
rawatan anak OKU saya, jika buku ni tak laku, tak apa, rezeki sampaikan ilmu
tercapai, (sampaikan walau satu ayat) InsyaAllah, banyak lagi sumber rezeki
lain akan Allah kurniakan, Alhamdulillah.
Jadi begitulah cara nak dapat ikhlas, tanya diri empat 4
soalan ini dengan tepat, jika dapat jawapan yang selari Al quran dan Hadis,
maka buatlah apa yang anda mahu buat. Allah akan bersama kamu. InsyaAllah.
Di tulis oleh bukan ustaz, abang keretamayat.
Woha!
No comments:
Post a Comment