Bayangkan korang hidup zaman Nabi, masuk islam di Mekah lepas tu kena siksa dengan orang kafir, tapi satu hari, korang dapat peluang larikan diri, terus tinggalkan Mekah dan menuju ke Madinah.
Perjalanan dari Mekah jalan kaki 450km, lebih kurang 9 hari
perjalanan zaman tu.
Tapi sampai Madinah, Nabi tak terima korang, dan serahkan
korang Kembali kepada orang kafir.
Sedih tak? Mampu tak hadapi ujian hidup macam tu?
Satu pihak nak seksa korang sebab masuk islam, lalu korang
lari ke arah Nabi Muhammad SAW ketua orang islam untuk mintak tolong tapi Nabi
tak benarkan korang rentas daerah, terpaksa patah balik kena PKP di Mekah,
bukan kena kurung tak bagi makan, tapi kena siksa di Mekah, sedih tak?
Itulah ujian hidup yang berlaku pada sahabat Nabi Bernama
Abu jandal yang baru masuk islam.
Semua tu kerana SOP perjanjian Damai, di Hubudaiyah yang
mana dalam perjanjian itu mengatakan:
Orang yang telah masuk Islam dan berhijrah, harus
dikembalikan ke Mekah dan orang Islam yang murtad dari Islam tidak dikembalikan
ke kaum Muslimin.
Alkisahnya Abu Jandal telah disiksa, dan dirantai oleh kaum
kafir karena keislamannya, namun telah berjaya lari ke Madinah, Ayahnya yang
bernama Suhail datang dan lempang Abu Jandal, ambik balik ke Mekah untuk
dimurtadkan Kembali.
Pesan Nabi pada Abu Jandal: “Dalam waktu dekat, Allah akan
membukakan jalan bagimu.”
Abu Jandal akur dan ikut ayahnya Kembali ke Mekah, Nabi
sendiri terpaksa akur sebab SOP perjanjian tu dan tulis macam tu.
Tak lama kemudian, Abu Bashir ra yang baru masuk islam telah
melarikan diri dari Mekah dan lari ke Madinah.
Kaum kafir mengutus dua orang untuk membawanya kembali ke
Makkah. Sesuai dengan perjanjian, Nabi SAW mengembalikan Abu Bashir ra kepada
mereka.
Abu Bashir berkata, “Ya Rasulullah, aku datang setelah
menjadi Muslim, dan engkau kembalikan aku kepada kaum kafir untuk menyeksaku?”
Nabi pun sedih dengan situasi ini, namun Nabi SAW hanya
mampu menasihatinya, “Insya Allah Abu Basir, sebentar lagi Allah akan
membukakan jalan bagimu.”
Taat Nabi Taat Allah, Akhirnya, Abu Bashir ikut juga dua
orang kafir itu pulang ke Mekah.
Di tengah perjalanan, Abu Bashir tahu sampai ke Mekah beliau
akan di azab hingga murtad atau mati, maka Abu Basir pura pura baik dan mesra
dengan dua orang kafir itu.
Pendekkan cerita dalam perjalanan pulang ke Mekah yang
Panjang, Abu Basir ra berkata kepada orang kafir yang mengiringnya pulang.
“Hai kawan, cantik
betul pedang kamu, kagum saya tengok”
Orang kafir itu pun mengeluarkan pedang dan berlagak:
“Ya, pedang ni memang
hebat, aku telah menebas banyak orang dengan pedang ini.”
“Boleh aku tengok kejap?”
Selamba orang kafir tu bagi Abu Basir pegang pedang tu,
sejurus sahaja pedang itu berada di tangan Abu Bashir, terus di libas kepala
orang kafir tu sampai putus kepala, dan kawannya yang sorang lagi, terus lari
lintang pukang menuju Madinah, Abu Basir bergegas kejar dari belakang.
Maka bermulalah aksi kejar mengejar dipadang pasir.
Pendek cerita, orang kafir itu berjaya sampai ke Madinah dan
terus berlari ke arah Nabi sambil menjerit:
“Temanku telah
dibunuh dan sekarang akan tiba giliranku,”
Tak lama kemudian, muncul Abu Bashir bersama pedang
terhunus, dan baju yang ada percikan darah, lalu berkata,
“Ya Rasulullah, engkau telah memenuhi janjimu dengan mereka,
dan aku pun telah dipulangkan, namun aku tidak memiliki janji apa pun yang
menjadi tanggung jawabku atas mereka. Kulakukan semua ini karena mereka
berusaha mencabut agama dariku.”
Nabi faham situasi Abu basir namun tetap suruh beliau balik
ke Mekah, sungguh Tiada tempat selamat lagi baginya, tinggal di Madinah, bila
bila masa orang kafir akan datang dan tangkap beliau dan Nabi tak boleh halang,
Abu Basir sangat sedih lalu lari dari Madinah dan bersembunyi di Kawasan hutan
berhampiran pantai.
Kemudian Abu Jandal ra yang dengar kisah ini, telah larikan
diri sekali lagi tapi kini tidak meminta suaka di Madinah, malahan bergabung
dengan Abu Basir di Kawasan hutan berhampiran pantai, lama lama bilangan mereka
semakin ramai, hingga mencecah 70 orang, pelarian islam dari Mekah makin ramai
dan semuanya bergabung dengan Abu Basir hingga mencecah 300 orang.
Sahabat Nabi ni berjiwa pahlawan, dan tanpa ketua (nabi)
mereka semua kini menjadi pahlawan tidak bertuan, mereka jadi macam Ronin
(Samurai tidak bertuan) yang membawa Haluan sendiri dan merbahaya kepada musuh
mereka.
Maka Gerakan ini menjadi Tentera tidak bertuan dan menyerang
orang kafir dari masa ke semasa terutama orang kafir yang melintas Kawasan
gurun dan pantai atau nak pergi meniaga di Daerah lain, memang kena serang.
Kaum kafir di Makkah pun merasa ketakutan sehingga mereka
terpaksa menjumpai Nabi SAW dan merayunya dengan menyebut nama Allah, agar Nabi
arahkan geng islam area pantai henti menyerang orang kafir.
Tapi nabi bagitahu mereka tidak bertuan sebab kamu tak bagi
mereka pulang ke Madinah, terus orang kafir insaf kerana faham sahabat Nabi
tanpa Amir lebih bahaya lalu mereka ubah SOP dengan benarkan semua pelarian
islam Kembali ke Madinah.
Dengan perubahan SOP ini, maka berduyung duyung orang Mekah
masuk islam dan hijrah ke Madinah tanpa ada gangguan. Bibit kemenangan Islam
semakin hampir.
Lalu Nabi tulis surat kepada Abu Basir dan semua pelarian
islam, kembalilah ke Mekah, Allah telah menolong kamu.
Kemudian Nabi dan beribu ribu orang islam Islam telah pergi
Mekah dan menawan Mekah tanpa pertumpahan darahpun sebab Allah telah campakkan
kegerunan pada orang kafir apatah lagi dengan bilangan orang islam yang sangat
ramai.
Berhala yang menghias Kaabah, 360 buah, telah di musnahkan,
dan Mekah telah bebas dari berhala selamanya, malahan semua orang kafir telah
dihalau dari Mekah selamanya dan tanah Mekah haram dipijak orang kafir sampai
hari ini.
Islam telah menang!
Balik kepada kisah Abu Bashir dan Abu Jandal serta pelarian
islam lain yang telah sekian lama terseksa hidup dalam buangan, akhirnya sangat
gembira kerana mereka semua telah dibenarkan pulang ke Madinah, diberitakan,
abu Bashir pada waktu itu sedang nazak, sakit teruk, tidak dinyatakan punca
nazaknya, letih berperang atau kekurangan zat makanan, tapi dalam catatan
sejarah, Abu Basir sedang terlantar sakit menanggung ujian hidup.
Namun surat kemenangan dari Nabi yang mengajaknya pulang
akhirnya sampai ke tangan beliau, bercucuran air mata beliau menerima surat itu
kerana Allah telah terima ketaatan beliau pada Nabi walau hidup dalam derita,
lalu surat itu di ciumnya kerana rindu kepada Rasullulah, dan Abu Basirpun
menghembuskan nafasnya dengan surat Nabi menutup wajahnya.
Siapa potong bawang ni? Sob sob..
Tuan tuan, kita semua sedang di uji, dengan PKP, PKPD, SOP,
Covid, Ekonomi, PDPR, anak OKU, dan sebagainya, namun ambiklah masa baca kisah
Nabi dan Sahabat, bacalah taklim, sungguh kisah mereka orang awal masuk islam
telah diuji dengan ujian yang sangat berat tapi masih mampu meningkatkan
keimanan, sedangkan kita dalam baki nikmat yang banyak, ada yang menggadaikan
keimanan.
Semoga Allah ampun dosa kita semua dan kurnia syurga.
Tahniah Abu Basir, Abu Jandal! dan semua pelarian islam yang
tabah hadapi ujian hingga hujung nyawa!
Ayoh kita semua, bertabah dengan semua ujian hidup! Kerana
kita pelarian syurga
Jom Woha sampai syurga!
No comments:
Post a Comment