Feb 18, 2019
Bila anak OKU mengamuk?
(Bila anak OKU mengamok di kedai makan atau dalam pasar raya, apa ibu bapa patut buat?)
Ada baca satu keluhan, kisah ibu bapa kepada anak OKU
mengadu sedih, bila anak autism mengamok dalam pasar raya dan semua orang
pandang sinis macam kami si ibu bapa tak reti jaga anak, dalam sedih dan malu,
si ayah dukung anaknya yang sedang meronta
terus bawak masuk kereta, saya sebagai ibu, terus tinggalkan troly yang penuh
barangan belum di bayar kerana kami terlalu malu.
Dalam kereta, suami menjerit jerit marah kepada takdir,
kenapa dia dapat anak memalukan sebegini, apa dosa dia? Saya bukan buat jahat
kenapa dapat anak OKU? Sampai rumah, saya bawa anak masuk dalam rumah, suami
keluar mencari ketenangan, memang selalu macam ini, saya pening kerana terpaksa
layan anak OKU dan layan suami yang tak boleh terima takdir, apa nak buat
Hamka?
Hari tu di restoran, anak meragam, satu kedai pandang hina
pada kami, terus bayar makan walaupun tak sempat habis, dan dalam kereta suami
mengamok marahkan takdir, apa nak buat?
Oh.., berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Suami puan kena pergi jumpa doctor pakar, takut stress
murung susah jugak, Puan pun sama, dan anak OKU ikutklah schedule rawatanya,
insyaAllah.
Saya sebagai bapa kepada anak OKU pernah alami peristiwa di
atas, anak meragam, mengamuk, menangis ditempat awam, terus saya bagi tahu
kepada orang ramai, “anak saya OKU, autism, ada masalah emosi, maafkan kami
atas sikap anak kami” bila kita cerita, ramai faham dan datang hulur bantuan.
Contoh bini pujuk anak, dan saya bisik kepada orang situ supaya pura pura nak
ambik si anak, maka anak rasa sedikit takut dan sedikit mudah dipujuk.
Tapi ada hari tak jalan jugak, mengamok nak beli semua
permainan, terpaksa dipujuk dalam keadaan dia menggelumpur dan gigit badan kita,
terima sahaja, senyum, dugaaan ini untuk dekatkan diri dengan syurga.
InsyaAllah.
Tapi memang bagitahu terus kepada orang di situ:
“Anak saya OKU, autism, ada masalah emosi, maafkan kami atas
sikap anak kami”
Waktu hantar anak masuk MRSM minggu lepas, anak OKU meragam
dalam Dorm, isteri sedang sibuk kemaskan almari anak, terus saya bagitahu
kepada ibu bapa di situ, “Anak saya OKU, autism, ada masalah emosi, maafkan
kami atas sikap anak kami”
Lalu datang dua tiga orang makcik yang ada pengalaman jaga
anak OKU datang pujuk si anak, dan terdedahkan makcik di situ juga ada anak
saudara autism lalu keadaan terkawal.
Kadang Puan bini tegur, abang ni, semua orang nak bagitahu
anak kita OKU, kan dia tak meragam tu?
Memanglah dia tak meragam sekarang, tapi abang nak sedarkan
masyarakat tentang Autism, bila abang bagitahu ramai yang masih tak tahu, terus
abang cerita sikit sebab masalah ibu bapa OKU rasa down bila masyarakat tak
faham, jadi kita sebagai ibu bapa OKU ambik peluang untuk bagitahu semua orang bahawa
anak kita OKU dan kita Okey.
Mendapat anak OKU bukan masalah besar, sebab semua orang ada
ujian hidup masing masing. Abang bersyukur dengan ujian ini yang abang rasa
hidup abang lebih adventure bila ada anak OKU. Inilah hidup, pentas ujian,
ingat pesan keretamayat: Ujian jangan di cari, jika datang terus disyukuri,
InsyaAllah akan bertambah rezeki. Woha!
(Eh? Saya memetik kata kata sendiri? Kebenaran apakah ini?)
Bila fikir balik teguran Puan Bini yang rasa tak selesa bila
saya bagitahu semua orang saya ni ada anak OKU, saya senyum sebab teringat
filem Jackie Chan ada adik Autsim lakonan Sammo Hung, jadi oleh kerana Summo
Hung susah dikawal perangainya walaupun berbadan besar dan dewasa, maka Jackie chan
terpaksa berjalan berpimpin tangan dengan adiknya, di jalanan ramai orang gelak
sebab sangka mereka gay.
Terus Jackie Chan bagitahu pada semua orang: “Ni adik saya,
dia sakit”. Orang yang tak Tanya pun dia bagitahu. Ha ha.
Nampak kelakar, tapi itulah cara nak selesaikan masalah
masyarakat membawang, so kepada semua ibu bapa OKU, dapat peluang berborak
dengan orang awam, terus bagitahu masalah anak OKU kita dan kita Okey.
Balik pada suami kepada Puan yang mengadu diatas akan kisah
suamiya yang salahkan takdir, suka saya pesan:
Jangan pernah tanya soalan KENAPA Allah Uji kita, sebab
nanti akan dapat jawapan yang salah.
Contoh bila kita tanya: Kenapa saya yang di uji? Kenapa anak
saya OKU, apa dosa saya? Tuhan tak sayang saya ke?
Tengok?!, dah bermula jawapan yang salah bermain di kepala.
Jadi jangan pernah tanya KENAPA kepada Allah dalam masalah
kita, sebab dulu sewaktu Allah cipta manusia, malaikat pun bertanya KENAPA
Allah cipta makhluk yang akan menumpahkan darah? Lalu Allah tegur: Aku lebih
Mengetahui!
Maka samalah ujian yang menimpa hidup kita, jangan tanya
KENAPA saya diuji sebegini rupa sebab Allah Maha Mengetahui, jadi nak tanya
soalan apa?
Jawapan yang betul, tanyalah BAGAIMANA.
Tanya diri, Tanya Allah:, BAGAIMANA dengan nikmat yang ada,
saya nak Syukuri ujian ini.
Perghhhhh!
Saya ulang.
Tanya diri, Tanya Allah:, BAGAIMANA dengan nikmat yang ada,
saya nak Syukuri ujian ini.
Lalu kamipun mulai mendapat jawapan yang betul, pertama
tama, Allah uji sebab kami mampu hadapi ujian ini, dan pada masa yang sama
Allah masih banyak bagi nikmat lain sebagai bahan untuk kami hadapi Special
Request from God,
'Special Request' bermaksud:-
Janganlah kita mengaku beriman sebelum kita di uji, Dan
kerana itu Allah menguji kita, kerana Allah sayang pada kita, kerana kita
‘special’ dan kerana itu ‘request’ di sini adalah sabar, redha, baik sangka dan
yang semakna dengannya kerana apabila beginilah caranya Allah hendak selamatkan
kita dari azab api neraka yang panas membara dan apabila beginilah caranya
untuk Allah masukkan kita ke dalam syurga yang kekal abadi, bukankah
penderitaan dan request ini menjadi indah dan special?
Mungkin kerana itu para Sahabat dan ulamak rasa 'Special’
apabila di uji atau menderita kerana faham hakikat ini.
Perghhh!
JAdi Puan, bersabaralah dan pesan pada suami:
“Hidup ini bukan hanya di dunia, ada kehidupan di alam
barzah, di padang Mahsyar, di Telaga Kausar, di Neraca Timbangan, di titian
sirat dan Pintu Akhiat. Kita Nampak anak OKU macam beban dalam kehidupan di
dunia, tapi di akhirat, anak OKU akan banyak membantu kita dengan syarat kita
tempuhi ujian ini dengan hati penuh kesyukuran”
Nikmat mana lagi yang aku dustakan?
Ps: Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa
kami, alangkah ringan-nya penderitaan ini...
Ps2: Sekiranya apabila beginilah caranya Allah nak
selamatkan kami dari azab api nereka dan masukkan kami ke dalam syurga yang
kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini.
(gambar: anak OKU saya sedang Kame Hame Ha saya yang baru
nak belajar sabar, adohai)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Nk like entri ni byk2.
Outcome drp ujian sbnrnya cuma dua kan- antara syukur n kufur.
Iblis dilaknat pn bkn sbb dia syirik tp sbb kufur.
Semoga en. Hamka sekeluarga dirahmati Allah dunia akhirat. Amin.
terima kasih atas doa sahabat
Post a Comment