Dec 20, 2024

Istighasah, boleh ke tak?

Tengok ada ulamak berbeza pendapat, ada yang tafsir syirik sebab minta dengan orang mati, ada yang kata tak syirik, sebab bukan minta pada orang mati, tapi minta pada Allah melalui keberkatan orang yang mati di sisi kita tapi hidup di sisi Allah.

Sejujurnya saya tak jumpa ustaz ustaz di Malaysia ni yang mempromosikan istighasah, atau lepas solat ajak zikir HU HU HU, tapi bila ada ulamak berbeza pendapat bab hukum sesuatu amalan, maka biarlah neraca hujah dan dalil dibawa mereka, hormat dengan kelimuan mereka, namun amalan yang boleh mendatangkan fitnah, dan salah faham, serta pergaduhan, janganlah dibawa ke arus perdana.

Teringat zaman belajar dakwah dulu, hari hari Maulana pesan:

“Minta hanya kepada Allah, dan harap hanya kepada Allah”

Sebab jika minta pada makhluk, dan harap pada makhluk boleh membuka kepada pintu syirik, Nauzubillah..

Namun dalam islam ada bab Tawasul, contohnya..

Ada hadis bercerita tentang 3 orang Bani Israel yang terperangkap dalam sebuah gua. Ada batu besar jatuh dan menutup pintu gua.

Kemudian, mereka bertiga cubalah dengan sedaya upaya untuk menolak batu besar yang jatuh itu namun tidak berjaya.

Akhirnya salah seorang daripada mereka mencadangkan supaya menyelesaikan masalah melalui perantaraan amal iaitu dengan berdoa sambil menyatakan kebajikan yang telah mereka lakukan dengan harapan Allah akan memperkenankan doa mereka.

Pemuda pertama doa dengan bertasawul pada amalan dia yang mana dia tak pernah derhaka pada orang tua, batu itu pun bergerak sedikit tapi tak lepas nak keluar.

Pemuda kedua doa dengan bertasawul pada amalan dia yang menolak zina sewaktu wanita paling dicintai datang menyerah diri, batu itu pun gerak sedikit lagi tapi masih tak lepas nak keluar.

Pemuda ketiga doa dengan bertasawul pada amalan dia yang jujur dalam membayar upah pekerja, akhirnya batu itu bergerak dan merekapun selamat dari terperangkap dalam gua.

Apa yang kita faham dari cerita ini?

Sebenarnya, cerita di atas secara ringkas merujuk kepada tiga masalah dalam hidup manusia, iaitu:-

1) Masalah dalam hubungan sesama manusia atau kita namakan: “AKHLAK”, sebagai contoh, kisah seorang anak yang mendahului ibu bapa dari segala yang lain.

2) Masalah dalam pergaulan berlainan jantina yang kita namakan: “MUNAKAHAT”, sebagai contoh, kisah seorang pemuda yang ada peluang zina, tapi membatal niat dan akhirnya berkahwin dengan wanita itu demi menjaga maruah.

3) Masalah dalam bab urus niaga yang kita namakan:, “MUAMALAT”, sebagai contoh, kisah seorang majikan yang menunaikan hak pekerja secara telus.

Jadi, tiga perkara ini, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT adalah asas kepada kehidupan seorang manusia yang menjadi khalifah di muka bumi..

Ketiga tiga perkara ini adalah seperti tiga buah bangunan yang berdiri teguh setelah di sokong oleh basement yang kukuh, atau seperti tiga pohon pokok besar yang tumbuh tegap setelah di sokong oleh akar akar yang kuat dan kukuh sebagai pemasak bumi.

Soalannya sekarang, dari mana datangnya basement yang kukuh atau akar akar yang kuat dan kukuh sebagai pemasak utama dalam membagunkan tiga perkara besar iaitu AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT?

Jawapannya adalah RUKUN ISLAM yang lima iaitu Kalimah Syahdah, solat, puasa, zakat dan haji yang mana amalan ini adalah terlindung, manusia tak nampak, orang kafir tak nampak, korang solat banyak manapun, baca al quran dan zikir banyak-banyak, semua tu orang tak nampak, sebab itu perumpamaan kepada Rukun islam yang lima ini adalah benda yang terlindung dalam bumi, seperti basement yang kukuh atau akar akar yang kuat dan kukuh sebagai pemasak utama..

Jadi, perkara yang tidak terlindung, yang memang manusia nampak, orang kafir pun nampak, adalah tiga perkara utama iaitu, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT.

Orang kafir dan manusia lain menilai orang islam berdasarkan tiga perkara ini, jika mereka melihat orang islam suka gaduh gaduh, caci, serta menghina, dah jelas AKHLAK orang islam itu dah rosak, atau yang suka berzina, kacau bini orang dan rakam gambar kekasih dalam keadaan berbogel misalnya, tukar pasangan swinger, dah jelas MUNAKAHAT orang islam tu dah punah, dan jika suka curi tulang, ponteng kerja, malas kerja, makan rasuah, hutang tak bayar, dan sebagainya, dah tentu kantoi bab MUAMALAT.

Jadi tiga perkara ni adalah cermin kepada setiap individu muslim yang mana 3 perkara ini, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT akan betul jika rukun islam yang lima juga betul, yelah, pokok tak kan tumbang jika akarnya kukuh bukan?, atau bangunan tak kan runtuh jika basementnya teguh, betul tak?

Maka, masalah orang islam hari ni, mereka dah kantoi dalam Rukun Islam yang lima, lantas merosakkan 3 perkara asas kehidupan, Akhlak jadi buruk, Munakahat tak jaga, dan Muaamalat dah tak ikut hukum, habis dunia rosak..

Sedang dalam cerita kisah tiga pemuda yang terperangkap dalam gua, boleh kita tafsir bahawa, apabila kita ada masalah dalam hidup, kita kena selesaikan melalui 3 amalan ini, iaitu AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT, faham tak?

Dalam cerita tu juga gambarkan macam mana jika Akhlak sahaja betul masih belum selesai masalah, ibu bapa memang kena jaga, tapi jika dah tak tahan bersetubuh, memang wajib kena kahwin dan jangan lupa cari rezeki yang halal, jangan lupa bayar hutang, maka lengkap pekej, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT, baru Allah akan selesaikan segala masalah! insyAllah!

Maka, perumpaan Orang islam hari ni adalah sama macam kes tiga pemuda di atas yang mana orang islam hari ini adalah seperti sedang di timpa ‘batu yang besar’ dan akan dapat di alih hanya apabila mereka betulkan amal, iaitu betulkan AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT, dan untuk betulkan 3 perkara itu, nak kena betulkan tapak basementnya, atau akarnya iaitu Rukun islam yang LIMA, nak tak nak, hanya ini caranya dan Ini lah jalan yang telah ditunjukkan oleh para NABI dan SAHABAT NABI MUHAMMAD SAW..

Al Faham ke tidak?

Kita rujuk balik kisah sahabat, bagaimana AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT mereka yang mana melalui amalan ini, Allah buka pintu pintu hidayat sehingga berbondong bondong orang kafir masuk islam dan seterusnya mengukuhkan kaki kaki mereka dalam usaha menakluk dunia dengan menyebarkan kebaikkan.

Jadi soalan paling popular hari ni, tentang kenapa orang islam lemah?, kenapa orang islam di tindas dan orang kapir pulak susah nak masuk islam malahan nak bunuh pulak orang islam, kenapa ek?

Sebab kita semua sedang terparangkap dalam gua dengan batu besar menutup lubang, nak tolak batu tu kita semua tak mampu, nak baca mentera Niat enson mata karji semar ngiseng!

Pun tak jalan!

Maka pilihan yang kita ada, ayih  kita bertawasul dengan amal kita, tapi… bila fikir bab

AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT, kita memang ada masalah,,

Sebab? yang caci maki ulamak, orang islam jugak, dah fail bab AKHLAK.

Lepas tu, yang berzina, tukar pasangan swinger, gay dan seks bebas, orang islam jugak, dah fail bab MUNAKAHAT,

Last, yang tak bayar hutang, yang menipu, yang rasuah, yang scameer, orang islam jugak, dah fail bab MUALAMAT,

Maka untuk selamatkan Ummat, marilah kita kukuhkan akidah kita, amalan kita, solat kita, hingga akhirnya amalan kita menjadi asbab tawassul yang dapat menolak segala bencana. Jom jaga solat Jemaah dan jom lah kita berdakwah!

Woha!

1 comment:

adnil linda said...

alhamdulillah...terima kasih atas penerangan nie...insya-Allah, kalau kita jaga 3 perkara tu, mudah mudahan, dipermudahkan segala urusan kita...insya-Allah..