Tengok ada ulamak berbeza pendapat, ada yang tafsir syirik sebab minta dengan orang mati, ada yang kata tak syirik, sebab bukan minta pada orang mati, tapi minta pada Allah melalui keberkatan orang yang mati di sisi kita tapi hidup di sisi Allah.
Sejujurnya saya tak jumpa ustaz ustaz di Malaysia ni yang
mempromosikan istighasah, atau lepas solat ajak zikir HU HU HU, tapi bila ada
ulamak berbeza pendapat bab hukum sesuatu amalan, maka biarlah neraca hujah dan
dalil dibawa mereka, hormat dengan kelimuan mereka, namun amalan yang boleh
mendatangkan fitnah, dan salah faham, serta pergaduhan, janganlah dibawa ke arus
perdana.
Teringat zaman belajar dakwah dulu, hari hari Maulana pesan:
“Minta hanya kepada Allah, dan harap hanya kepada Allah”
Sebab jika minta pada makhluk, dan harap pada makhluk boleh
membuka kepada pintu syirik, Nauzubillah..
Namun dalam islam ada bab Tawasul, contohnya..
Ada hadis bercerita tentang 3 orang Bani Israel yang
terperangkap dalam sebuah gua. Ada batu besar jatuh dan menutup pintu gua.
Kemudian, mereka bertiga cubalah dengan sedaya upaya untuk
menolak batu besar yang jatuh itu namun tidak berjaya.
Akhirnya salah seorang daripada mereka mencadangkan supaya
menyelesaikan masalah melalui perantaraan amal iaitu dengan berdoa sambil
menyatakan kebajikan yang telah mereka lakukan dengan harapan Allah akan
memperkenankan doa mereka.
Pemuda pertama doa dengan bertasawul pada amalan dia yang
mana dia tak pernah derhaka pada orang tua, batu itu pun bergerak sedikit tapi
tak lepas nak keluar.
Pemuda kedua doa dengan bertasawul pada amalan dia yang
menolak zina sewaktu wanita paling dicintai datang menyerah diri, batu itu pun
gerak sedikit lagi tapi masih tak lepas nak keluar.
Pemuda ketiga doa dengan bertasawul pada amalan dia yang
jujur dalam membayar upah pekerja, akhirnya batu itu bergerak dan merekapun
selamat dari terperangkap dalam gua.
Apa yang kita faham dari cerita ini?
Sebenarnya, cerita di atas secara ringkas merujuk kepada
tiga masalah dalam hidup manusia, iaitu:-
1) Masalah dalam hubungan sesama manusia atau kita namakan:
“AKHLAK”, sebagai contoh, kisah seorang anak yang mendahului ibu bapa dari
segala yang lain.
2) Masalah dalam pergaulan berlainan jantina yang kita
namakan: “MUNAKAHAT”, sebagai contoh, kisah seorang pemuda yang ada peluang
zina, tapi membatal niat dan akhirnya berkahwin dengan wanita itu demi menjaga
maruah.
3) Masalah dalam bab urus niaga yang kita namakan:,
“MUAMALAT”, sebagai contoh, kisah seorang majikan yang menunaikan hak pekerja
secara telus.
Jadi, tiga perkara ini, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT
adalah asas kepada kehidupan seorang manusia yang menjadi khalifah di muka
bumi..
Ketiga tiga perkara ini adalah seperti tiga buah bangunan
yang berdiri teguh setelah di sokong oleh basement yang kukuh, atau seperti
tiga pohon pokok besar yang tumbuh tegap setelah di sokong oleh akar akar yang
kuat dan kukuh sebagai pemasak bumi.
Soalannya sekarang, dari mana datangnya basement yang kukuh
atau akar akar yang kuat dan kukuh sebagai pemasak utama dalam membagunkan tiga
perkara besar iaitu AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT?
Jawapannya adalah RUKUN ISLAM yang lima iaitu Kalimah
Syahdah, solat, puasa, zakat dan haji yang mana amalan ini adalah terlindung,
manusia tak nampak, orang kafir tak nampak, korang solat banyak manapun, baca
al quran dan zikir banyak-banyak, semua tu orang tak nampak, sebab itu
perumpamaan kepada Rukun islam yang lima ini adalah benda yang terlindung dalam
bumi, seperti basement yang kukuh atau akar akar yang kuat dan kukuh sebagai
pemasak utama..
Jadi, perkara yang tidak terlindung, yang memang manusia
nampak, orang kafir pun nampak, adalah tiga perkara utama iaitu, AKHLAK,
MUNAKAHAT, dan MUAMALAT.
Orang kafir dan manusia lain menilai orang islam berdasarkan
tiga perkara ini, jika mereka melihat orang islam suka gaduh gaduh, caci, serta
menghina, dah jelas AKHLAK orang islam itu dah rosak, atau yang suka berzina,
kacau bini orang dan rakam gambar kekasih dalam keadaan berbogel misalnya,
tukar pasangan swinger, dah jelas MUNAKAHAT orang islam tu dah punah, dan jika
suka curi tulang, ponteng kerja, malas kerja, makan rasuah, hutang tak bayar,
dan sebagainya, dah tentu kantoi bab MUAMALAT.
Jadi tiga perkara ni adalah cermin kepada setiap individu
muslim yang mana 3 perkara ini, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT akan betul jika
rukun islam yang lima juga betul, yelah, pokok tak kan tumbang jika akarnya
kukuh bukan?, atau bangunan tak kan runtuh jika basementnya teguh, betul tak?
Maka, masalah orang islam hari ni, mereka dah kantoi dalam
Rukun Islam yang lima, lantas merosakkan 3 perkara asas kehidupan, Akhlak jadi
buruk, Munakahat tak jaga, dan Muaamalat dah tak ikut hukum, habis dunia
rosak..
Sedang dalam cerita kisah tiga pemuda yang terperangkap
dalam gua, boleh kita tafsir bahawa, apabila kita ada masalah dalam hidup, kita
kena selesaikan melalui 3 amalan ini, iaitu AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT,
faham tak?
Dalam cerita tu juga gambarkan macam mana jika Akhlak sahaja
betul masih belum selesai masalah, ibu bapa memang kena jaga, tapi jika dah tak
tahan bersetubuh, memang wajib kena kahwin dan jangan lupa cari rezeki yang
halal, jangan lupa bayar hutang, maka lengkap pekej, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan
MUAMALAT, baru Allah akan selesaikan segala masalah! insyAllah!
Maka, perumpaan Orang islam hari ni adalah sama macam kes
tiga pemuda di atas yang mana orang islam hari ini adalah seperti sedang di
timpa ‘batu yang besar’ dan akan dapat di alih hanya apabila mereka betulkan
amal, iaitu betulkan AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT, dan untuk betulkan 3
perkara itu, nak kena betulkan tapak basementnya, atau akarnya iaitu Rukun
islam yang LIMA, nak tak nak, hanya ini caranya dan Ini lah jalan yang telah
ditunjukkan oleh para NABI dan SAHABAT NABI MUHAMMAD SAW..
Al Faham ke tidak?
Kita rujuk balik kisah sahabat, bagaimana AKHLAK, MUNAKAHAT,
dan MUAMALAT mereka yang mana melalui amalan ini, Allah buka pintu pintu
hidayat sehingga berbondong bondong orang kafir masuk islam dan seterusnya
mengukuhkan kaki kaki mereka dalam usaha menakluk dunia dengan menyebarkan
kebaikkan.
Jadi soalan paling popular hari ni, tentang kenapa orang
islam lemah?, kenapa orang islam di tindas dan orang kapir pulak susah nak
masuk islam malahan nak bunuh pulak orang islam, kenapa ek?
Sebab kita semua sedang terparangkap dalam gua dengan batu
besar menutup lubang, nak tolak batu tu kita semua tak mampu, nak baca mentera
Niat enson mata karji semar ngiseng!
Pun tak jalan!
Maka pilihan yang kita ada, ayih kita bertawasul dengan amal kita, tapi… bila
fikir bab
AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT, kita memang ada masalah,,
Sebab? yang caci maki ulamak, orang islam jugak, dah fail
bab AKHLAK.
Lepas tu, yang berzina, tukar pasangan swinger, gay dan seks
bebas, orang islam jugak, dah fail bab MUNAKAHAT,
Last, yang tak bayar hutang, yang menipu, yang rasuah, yang
scameer, orang islam jugak, dah fail bab MUALAMAT,
Maka untuk selamatkan Ummat, marilah kita kukuhkan akidah
kita, amalan kita, solat kita, hingga akhirnya amalan kita menjadi asbab
tawassul yang dapat menolak segala bencana. Jom jaga solat Jemaah dan jom lah
kita berdakwah!
Woha!
1 comment:
alhamdulillah...terima kasih atas penerangan nie...insya-Allah, kalau kita jaga 3 perkara tu, mudah mudahan, dipermudahkan segala urusan kita...insya-Allah..
Post a Comment