“Apa pendapat abang keretamayat tentang orang berzikirdi kubur? Ada yang kata mereka tu penyembah kubur, betul ke?”
Tanya sorang sahabat di kedai Teh Tarik Halia Indera
Sempurna. Kuantan, Jam dah dekat 12 malam, Air teh Tarik saya ada lagi separuh
dalam gelas, tiba tiba datang pelayan kedai nak kutip gelas, dan kami semua
order satu gelas lagi, saya tak habiskan air saya, sebab dah sejuk dan nak
tambah gelas baru.
Sementara tunggu air sampai, saya jawab soalan kawan saya lebih
kurang macam ni.
“Tahukah kamu apa Rukun Syahadah? Semua tahu rukun haji ada
lima, rukun zakat ada empat, rukun puasa ada dua, rukun solat ada tiga belas,
tapi rukun syahadah ada berapa?”
Long story short..
Rukun Shadah ada empat, Panjang nak cerita, tapi saya suka
ringkaskan rukun syahadah pinjam konsep rukun puasa agar senang nak amal.
Alkisahnya, Rukun puasa semua tahu ada dua iaitu, niat, dan
menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa yang mana jika nak cerita bab
batal,akan panjanglah kisahnya, maka sama juga bab Rukun Syahadah, jika dipecah
kecilkan ada dua sahaja.
1.Mengucap dua kalimah Syahadah
2.Menahan diri dari perkara yang membatalkan Syahadah.
Bab mengucap semua tahu , seperti yakin dengan Zat Allah,
Yakin dengan Sifat Allah, Yakin dengan kudrat Allah, Yakin dengan Nabi
Muhammad, Yakin dengan semua rukun Iman.. semua semua tu.
Tapi bab Menahan diri dari perkara yang membatalkan Syahadah,
mungkin ramai yang terlepas pandang, dan antara perkara yang membatalkan
syahadah jika kita tuduh orang kafir sedangkan dia tak kafir, maka dikuatiri,
tuduhan itu kembalikepada kita hingga batal syahadah.
Ada hadis berbunyi, “Sesiapa yang menuduh orang beriman
dengan kafir maka dosanya sama seperti membunuhnya, dan akan kembali tuduhan kafir
itu ke atasnya”
Jadi.. dalam bab menuduh orang sembah kubur, kena ada bukti,
bukan setakat tengok mereka berzikir angguk angguk kepala dekat kubur terus dituduh
kuburiiyun. Rujuk surah Al hujarat ayat enam bab perintah Allah suruh siasat
sebelum percaya..
Bimbang orang yang dituduh kafir itu tak kafir, hingga syahadah
kita boleh batal. Nauzubillah.., kena mengucap balik dan bertaubat.
Ringkas cerita, Sedang rancak borak, tengkuk rasa dahaga, Eh?
Tiba tiba Pelayan datang bagitahu air dah habis, dan kedai nak tutup.
Alamak, rugi membatalkan dahaga dengan tak minum air tehtarik
halia sampai habis tadi!
Woha!
Ps: kedai dah tutup, meja semua dah lipat, kami masih
berdiri borak sambung bab akidah dan fekah, hak dahaga belum terbatal, tapi
kedahagaan kepada perkcapan agama buatkan kami masih berdiri, lain kali saya
share hasil muzakarah geng mengeteh di bulan Rejab!
No comments:
Post a Comment