Alkisahnya, dalam surah yasin ada kisah tiga orang Nabi pergi berdakwah rumah ke rumah, lepas tu kena pukul, kena baling batu, kena pijak, dan mati. Innalilillah...
Untuk mudah korang Nampak situasi ni, rujuk Jemaah Tabligh.
Rupa-rupnya, dakwah tiga orang yang macam tabligh buat ni
ikut Surah yasin. Teringat Kata Ustaz Tabligh.
“Jemaah di luar masjid kena ada sekurangnya tiga orang,
iaitu (1) Rahaba, (2) Mutaqalim, dan (3) Amirsab”
Tugas “Rahaba” sebagai pemberi salam, pastikan salam tidak
terlalu kuat hingga orang tidur terjaga, atau tidak terlalu perlahan hingga
orang tak tidur langsung tak dengar, bagi salam dengan suara yang biasa orang
bagi salam. Cukup tiga kali, jika orang tak keluar maka sangka baik, mereka
sedang tidur, atau mereka seorang OKU pekak, sangka baik!”(woha!)
Tugas Mutaqalim pula adalah penyambung lidah Nabi, lepas
orang dah keluar rumah, maka bercakaplah tentang agama, tukar fikir mereka dari
dunia kepada akhirat, dari Mal kepada Amal, dari Makhluk kepada Kholid!
Tugas Amirsab pula, adalah pastikan Rahaba buat kerja, dan
Mutaqalim buat kerja, jika mereka gagal, Amirsab kena ambik kerja dari mereka
agar fitnah tidak terjadi.
Begitulah adab berdakawah tiga orang dari Jemaah Tabligh
dengan guna dalil dari surah yasin.
Balik kepada kisah tiga Nabi tu, dalam surah yasin
berceritalah akan orang kampong yang tak suka dengan pendakwah, dan nak bunuh
Nabi tu jika tak berhenti berdakwah, sedang kecoh kecoh, muncul seorang pakcik
tukang kayu yang faham agama, bagitahu kepada orang kampong yang sedang marah
marah pendakwah, “Wahai orang kampong, ikutlah orang tak mintak upah tu, mereka
dakwah kerana Allah”
Lepas tu dengan ketiga tiga Nabi, dan tukang kay utu mati
kena bunuh.
Masa mati tukang kayu tu Nampak syurga dan berkata: Ruginya
orang kampong! Lalu mati dengan gembira.
Orang kampong pulak tiba tiba terdengar bunyi pekikikan
Malaikat, terus semua mati pecah telinga!
Terus teringat kenangan saya berdakwah dengan orang tabligh
pada dua puluh tahun yang lepas. Satu hari lepas asar, pergilah saya dan dua
orang tabligh berdawah rumah ke rumah, satu jam kemudian kami balik ke surau
tanpa ada sorangpun ikut.
Di tangga surau ada orang kampong perli:
“Berapa ramai yang ikut tabligh hari ni? kosong!”
Lepas tu pakat gelak beramai ramai, dan ada kawan dia
sampuk!
“Tak laku dah dakwah macam ni, sia sia sahaja, orang meluat
dakwah jumpa orang ni, takde orang ikutpun, lama lama pupuslah dakwah tabligh
ni!”
Saya senyum, sebab saya faham, kejayaan dakwah bukan berapa
ramai orang ikut kita, tapi berapa banyak yang kita dapat amal dari apa yang
kita sampaikan. Betul tak?
Contoh kisah tiga Nabi dan tukang kayu dalam surah Yasin
tadi, ada orang ikut tak? Kosong jugak! Siap kena bunuh lagi, tapi Allah cerita
dalam Yasin, mereka berempat masuk syurga bahagia selamanya.
Tak cukup yasin? Mari rujuk surah lain dalam Al quran, Rujuk
Al quran kisah Nabi Musa dan Firaun.
Firman Allah:
"Pergilah kamu berdua (Nabi Musa dan Nabi Harun) kepada
Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua
kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau
takut".
Kalau ikut kefahaman korang, Firaun pun samalah macam
korang, sangat meluat dengan orang yang berdakwah secara berjumpa dirumah
beliau, firaun pun dapat dosa sebab marah dan tak selesa. Orang nak berehat,
tapi Nabi Musa datang kacau, patut Nabi musa berdakwah dengan cara yang selesa,
cara yang mesti memikat dan menyenangkan orang, guna internet ke, FB ke, baru
firaun tertarik dengan Nabi Musa dan mudah mudahan tertarik juga dengan islam.
Begitu fahaman korang yang kononnya bernas?
Saya nak tanya, sebelum Allah hantar Nabi Musa berdakwah
pada firaun dengan cara yang korang tak suka itu, Allah tahu tak bahawa Firaun
tak akan beriman?
Sebelum Allah hantar Nabi Nuh berdakwah pada kaumnya selama
950 tahun dengan cara yang korang tak suka itu, Allah tahu tak bahawa 99
peratus kamun Nabi Nuh tak akan tak akan beriman dan kena bala?
Sebelum Allah hantar Nabi Muhammad berdakwah pada orang taif
dengan cara yang korang tak suka itu, Allah tahu tak bahawa Nabi Muhammad SAW
akan kena baling batu sebab semua penduduk taif rasa meluat dengan dakwah cara
Nabi.
(jika kau jawab Allah tidak tahu, maka kau adalah jahil
sejahil jahilnya bab ugama)
Allah Maha mengetahui bang!
Nabi buat dakwah bukan nak menyukakan orang, tapi nak
menyukakan Allah, Allah suka melihat Nabi berdakwah cara mujahadah macam tu,
korang siapa nak nafikan perintah Allah? dan lepas Allah binasa kaum yang tak
selesa dengan dakwah cara Nabi, bila datang kaum baru yang engkar, ada Allah
suruh Nabi baru ubah dakwah cara lain? Oh Nabi nuh gagal berdakwah cara jumpa
manusia, nanti Nabi luth dakwah cara lain lah pulak, nasyid ke? Buat blog ke?
Tulis buku ke? Ada Allah ubah tertib pada semua Nabi dalam berdakwah?
Takde maknanya!!
Nabi Muhammad SAW pun ajar sahabat berdakwah jumpa manusia
dari rumah ke rumah dan bercakap dengan lemah lembut. Orang yang meluat adalah
Abu jahal, Abu Lahab,.., tapi ada Nabi suruh sahabat ubah cara dakwah tu? Lepas
tu siapa yang kena laknat dan azab? Abu lahabbbb!!!
Ketahuilah: Hidayat kerja Allah, Siapa yang berdakwah dengan
niat untuk betulkan orang lain lalu buat cara yang sesuai dengan nafsu,
menyanyi ke, menulis blog ke, berdemotrasi ke? FB sharing ke, apa apa lah yang
sesuai dengan nafsu, maka korang akan mendapat dua perkara, iaitu marah dan
putus asa, Adohai..
Berdakwahlah dengan niat menunaikan perintah Allah dengan
kerisauan tapi jangan sampai membinasakan diri, ketahuilah, kejayaan dakwah
bukan diukur dari orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi
kejayaan dakwah di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan.
Firaun yang jahat di dakwah dengan lemah lembut oleh Nabi
Musa, akhirnya Ahli sihir firaun yang dapat hidayat, semua kerja Allah..
Nabi Nuh berdakwah siang dan malam, sepuluh tahun baru dapat
seorang pengikut, tak pernah Allah cakap cara Nabi Nuh tu salah sebab 10 tahun
dapat seorang, 900 tahun dapat 80 orang, yang salah kaum dia yang rasa tak
selesa dengan cara Nabi Nuh berdakwah dan agenda yang di bawa oleh Nabi Nuh,
akhirnya yang rugi kaum dia, bukan Nabi NUh, tak paham lagi?
Balik ke tangga surau 20 tahun lepas, dikutuk oleh orang
kampong konon dakwah cara Nabi takde orang ikut.
Hari ni Ustaz Ebit Lew salah sorang Jemaah Tabligh, yang
cerita dulu-dulu orang dakwah ni takde follower, sekarang ustaz Ebit siap buat
Door to Door masuk TV, lepas tu ada follower 5 juta-woha!
Bukti zaman sekarang dah ramai orang minat agama, orang dah
tak ikut geng benci tabligh macam Abu jahal, Abu Lahab atau penduduk kampong
tukang kayu dalam surah yasin tu. Abang keretamayat tulis bab agama ada jugak
orang follow, seratus enam puluh ribu jer. Abang okey jer.
Namun balik kepada pada surah yasin, ingtalah bahawa
kejayaan dakwah! Bukan ramai orang follow, Nabi Muhammad pernah tersenyum, dan
ditanya kenapa tersenyum? Kata Nabi aku tersenyum melihat Nabi Samson masuk
syurga sorang sorang tanpa pengikut, Nampak tak?
Dan ada tafsir bagitahu, Nabi Samson adalah salah sorang
dari Nabi yang kena bunuh dalam surah Yasin tu.
Jadi sempena hari baik bulan baik, saya nak ajak kita semua
hafal Yasin, saya nak cerita tak pandai, tapi ada sahabat saya tulis Ebook
Mudahnya HAFAL Yasin, katanya jika ikut step dia, kurang dari dua minggu dapat
hafal InsyaAllah.
Semoga Ramadan ini berlalu dengan meninggalkan Yasin dalam
dada kita, dan dengan hafalnya Yasin maka impian Nabi yang mahu umatnya hafal
Yasin telah dapat kita capai, Alhamdulillah.
Berminat? Klik sini.
https://mudahnyahafalyasin.onpay.my/order/form/yasin/hamka
Salam sayang, korang semua penyejuk mataku.
Woha!
3 comments:
kisah yang boleh dijadikan teladan untuk semua
kalau selalu baca pun lama2 bole hafal surah nya :)
jemput jadi ejen, sebarkan kebaikkan :)
hamba yg bz dgn hal dunia ni pun ambil masa 3 bulan nk hafaz yasin., alhamdulillah yg penting usaha dan niat yg ikhlas., ;p
Post a Comment