"Salam, Dalam islam ada benda azimat ke? macam kayu kapal Nabi Nuh? Logo Capal nabi? ada ke dalam Islam benda benda azimat ni?"
****
Salam.., takde pulak dengar kisah sahabat guna kayu bahtera
Nabi Nuh buat azimat, atau guna Batu yang digunakan Nabi Ibrahim melontar
syaitan buat tangkal, atau serpihan tongkat Nabi Musa buat berubat, atau
selipar Nabi buat logo, takde pulak saya yang jahil ini ada mendengarnya,
Apa yang saya faham:
Kisah Nabi Nuh ni Allah cerita bab istiqamah berdakwah 950
tahun siang dan malam sebagai pengajaran, bukan nak cerita bahan bina bahtera
sebagai azimat.
Jika nak azimat jugak, ada jer kat rumah orang tua kita,
atau mungkin rumah kita sendiri pun mungkin ada. Orang tua tinggalkan, Cuma
kita tak perasan.
Barang ni barang baik, perempuan ada Haid tolong jangan
pegang.
Lelaki pulak, jika nak pegang kena basuh muka dulu, lepas tu
basuh tangan, sapu kepala sikit dengan air, dan lepas basuh kaki baru boleh
pegang.
Tapi tolong pakai baju tutup aurat, barang ni daulat dia
tinggi!
Lepas tu bila pegang dia punya kelebihan, tengok sahaja dah
dapat pahala, belum lagi ‘berborak’ dengan kalimah di dalamnya. Syaitan pun
takut barang baik ini!
Itulah raja segala azimat, Mukjizat Terbesar dari Allah
kepada manusia.
Al quran! Selamat membaca kerana..
Kayu keranda Kokka tak dapat selamatkan kamu dari azab
Kubur, surah Al Mulk Insya-Allah!
1 comment:
Zaman muda muda dulu dulu, zaman cintan cintan, lalu depan rumah, walau tak nampak orangnya, dah terasa debarannya. Pergi surau, terpandang seliparnya, juga terasa debarannya. Gitulah, adatnya bg org bercinta.
Begitulah juga dgn barang barang atau perlambangan perlambangan yg ada kaitan dgn Nabi kita saw, sbg tanda kerinduan dan kecintaan pd Nabi kita saw, bukan sbg azimat. Tinggalan Nabi saw yg wajib kita manfaatkan adalah Al Quran dan Sunnah Sunnahnya, itulah sebenarnya yg lebih utama, tanda cinta kita kpd Baginda saw.
Post a Comment