Selagi ada malam, maka semua masalah akan selesai.., kenapa?
Ya betul, susah macam manapun hidup kita, selagi dunia ini
berputar, maka munculah waktu malam, dan Selagi ada malam, maka semua masalah
akan selesai.., kenapa?
Kerana Allah Bersumpah demi waktu malam, bahawa Allah telah
ciptakan malam untuk manusia berehat.
Jadi kepada mereka yang sedang penat dalam ujian hidup,
gembiralah dengan malam kerana ada rehat didalamnya.
Rehat yang bagaimana?
Rehat dalam solat tahajjud yang dikerjakan dengan perlahan
dan relax, dan doa panjang panjang sambil menangis.. perghhh, segala masalah
pasti akan selesai!
Alkisahnya, Kita ni bila ada masalah, selalu sangat kita
kurang punyai ilmu atau ilham cara terbaik nak selesaikan masalah, masalah
semua orang ada, tapi jalan penyelesaian terbaik tu kita buntu, itu yang susah
hati., normalah tu. Semua manusia macam tu.
Nabi dulu bila ada masalah Allah bantu dengan wahyu. Tapi
sebelum wahyu nak datang, Nabi hari hari solat malam.
Maka kita yang berada di zaman Islam telah sempurna, lalu
wahyu terhenti, tiba tiba sewaktu kita susah resah dengan ujian hidup, tapi..
ada tak rasa nak bangun malam dan mengadu pada Allah?
Ingatlah, walaupun wahyu telah berhenti, tapi “Kita ada
Allah”
Kita ada Allah?
Ayat ni selalu orang sebut bila susah, atau ada orang zalimi
kita, maka ada orang pujuk, “Kita ada Allah” tapi apa buktinya kita faham
tentang kalimah “Kita ada Allah”?
Jawapannya, solat malam, solat tahajjud yang dikerjakan
dengan perlahan dan relax, dan doa panjang panjang sambil menangis, baru betul
“Kita ada Allah”!
Pengalaman hidup saya, samalah macm korang semua, akan tiba
satu waktu, macam macam ujian hidup, hingga dada rasa sempit, hati rasa
gelisah, langit rasa rendah, dan bumi macam nak telan kita, tapi takpe, hari
masih siang, saya hanya perlu sabar jap, masuk waktu malam nanti, segala
masalah saya akan selesai.
Ingat ayat ini: Selagi ada malam, maka semua masalah akan
selesai.., kenapa?
Sebab “Kita ada Allah”
Betul ni, Allah dah buat temu janji dengan semua manusia
disepertiga malam, maka bila ada masalah, nak tidur pun tak lena, jadi jam tiga
pagi, bangunlah, rendam telur dua biji dalam air panas, lepas tu mandi bagi
badan rasa segar, lepas mandi pakai pakaian solat terbaik, macam hari raya,
serban, jubah, minyak wangi, lepas tu telur tu pecahkan, makan macam sahur,
minum air panas kegemaran, sebab nak solat nanti tak nak diganggu bunyi perut
lapar.
Jadi dalam 3.30 pagi, dah start solat hajat 12 rakaat, lepas
dua rakaat, salam, dan doa pendek nak masuk syurga, kemudian sambung lagi
solat, lepas empat rakaat, duduklah berdoa panjang panjang, ceritakan semua
masalah kamu pada Allah, cerita macam borak dengan kekasih, bisik-bisik sambil
menangis, merayu, merintih,..
“Ya Allah, saya hamka, lelaki hina banyak dosa.., sob sob,
banyak nikmat kau beri, tapi hari ni ada sikit ujian, sob sob.., saya yang akan
penat mangadu nanti, sedang Kau Maha Mengengar, sob sob,, masalah saya begini,
sob..sob..”
(30 minit kemudian)
Lepas dah habis mengadu, air mata pun dah kering, bangun dan
solat lagi, faham makna bacaan sangat membantu, lepas tu doa lagi.
Habis 12 rakaat, boleh tutup dengan solat witir satu rakaat.
Dan pasti sangat pasti, sebaik habis solat, waktu itu rasa
tenang setenangnya, malam menjadi sangat indah, bintang berkelip indah, bulan
rasa macam dekat, udara sangat nyaman, dan bertalu talu ilham nak selesaikan
masalah datang berduyung duyung, macam wahyu mengalir masuk otak, jika waktu
sedih sebelum ini kita rasa takut nak hadapi hari esok, sekarang rasa tak sabar
nak tempuhi hari esok.
Hari esok!, jalan mendekatkan diri ke syurga akan
terbentang! Ayah bangunlah wahai semua jiwa yang sedang menderita, nikmatilah
malam ini, dalam solat sepertiga malam. Nikmatilah malam ini, maka esok akan
menjadikan langkahan kita semakin hampir ke syurga.
Pesan Nabi dalam hadis: “Sesungguhnya pada satu malam ada
satu waktu, tidaklah seorang muslim itu memohon kepada Allah akan sesuatu
kebaikan daripada urusan dunia dan akhirat, melainkan Allah SWT akan
memperkenankannya. Demikian itu berlaku pada setiap malam.”
Pesan Allah dalam Al quran “Dan bangunlah pada sebahagian
dari waktu malam serta kerjakanlah (solat tahajjud) padanya, sebagai sembahyang
tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan serta menempatkanmu pada hari
akhirat di tempat yang terpuji.”
Jadi kepada semua orang yang PM saya cerita apa sahaja
masalah anda, inilah jawapan yang Allah telah berilan dalam Al quran, saya
tulis balik sini agar senang copy paste.
“Kita ada Allah”!
Selagi ada malam, maka semua masalah akan selesai.., kerana
“Kita ada Allah”!
Woha!
No comments:
Post a Comment