Kuantan makin cantik sekarang ini, banyak lukisan menghias
dinding.
Bagi saya, Anak muda nak bekarya kita jangan larang, tapi
galakkan mereka buat karya yang baik dan positif.
Rujuk Hitler bila karya seninya di tolak, (dua kali di
tolak), punyalah bengang Hitler bila gagal jadi pelukis, akhirnya di ber'karya'
dalam perang dunia ke dua! Aduh!
Jadi bab seni dalam jiwa anak muda, jangan di larang terus,
tapi galakkan mereka salurkan kepada perkara yang baik-baik, maka dalam bab
dinding bangunan jika kosong, selalu akan ada tangan yang lukis lukisan lucah
atau tulis perkataan lucah, mudah mudahah dengan ada nya seni art kuantan ini,
akan buat lokasi itu jadi meriah, sekaligus menjadikan kawasan sunyi yang biasa
terdedah dengan jenayah, menjadi lebih selamat insyaAllah.
Alang alang saya dan anak syurga autisme jalan jalan tengok
lukisan dinding, maka saya videokan hampir semua lukisan mural di Kuantan, dari
Gambang sampai Teluk Cempedak, masuk lorong lorong hingga puncak Bukit
Pelindung, gigih kami daki!
Jadi selamat nikmati lukisan indah dan bermesej dari
Kuantan.
Dalam 100 emej lukisan, ada juga terselit lukisan saya
berkenaan autisme di dinding bandar Kuantan, sila teka kat mana? (nak tahu kena
tengok video)
Woha!
No comments:
Post a Comment