Apr 25, 2021

Kisah sedih dari Surah Yasin?

Alkisahnya, dalam surah yasin ada kisah tiga orang Nabi pergi berdakwah rumah ke rumah, lepas tu kena pukul, kena baling batu, kena pijak, dan mati. Innalilillah...

Untuk mudah korang Nampak situasi ni, rujuk Jemaah Tabligh.

Rupa-rupnya, dakwah tiga orang yang macam tabligh buat ni ikut Surah yasin. Teringat Kata Ustaz Tabligh.

“Jemaah di luar masjid kena ada sekurangnya tiga orang, iaitu (1) Rahaba, (2) Mutaqalim, dan (3) Amirsab”

Tugas “Rahaba” sebagai pemberi salam, pastikan salam tidak terlalu kuat hingga orang tidur terjaga, atau tidak terlalu perlahan hingga orang tak tidur langsung tak dengar, bagi salam dengan suara yang biasa orang bagi salam. Cukup tiga kali, jika orang tak keluar maka sangka baik, mereka sedang tidur, atau mereka seorang OKU pekak, sangka baik!”(woha!)

Tugas Mutaqalim pula adalah penyambung lidah Nabi, lepas orang dah keluar rumah, maka bercakaplah tentang agama, tukar fikir mereka dari dunia kepada akhirat, dari Mal kepada Amal, dari Makhluk kepada Kholid!

Tugas Amirsab pula, adalah pastikan Rahaba buat kerja, dan Mutaqalim buat kerja, jika mereka gagal, Amirsab kena ambik kerja dari mereka agar fitnah tidak terjadi.

Begitulah adab berdakawah tiga orang dari Jemaah Tabligh dengan guna dalil dari surah yasin.

Balik kepada kisah tiga Nabi tu, dalam surah yasin berceritalah akan orang kampong yang tak suka dengan pendakwah, dan nak bunuh Nabi tu jika tak berhenti berdakwah, sedang kecoh kecoh, muncul seorang pakcik tukang kayu yang faham agama, bagitahu kepada orang kampong yang sedang marah marah pendakwah, “Wahai orang kampong, ikutlah orang tak mintak upah tu, mereka dakwah kerana Allah”

Lepas tu dengan ketiga tiga Nabi, dan tukang kay utu mati kena bunuh.

Masa mati tukang kayu tu Nampak syurga dan berkata: Ruginya orang kampong! Lalu mati dengan gembira.

Orang kampong pulak tiba tiba terdengar bunyi pekikikan Malaikat, terus semua mati pecah telinga!

Terus teringat kenangan saya berdakwah dengan orang tabligh pada dua puluh tahun yang lepas. Satu hari lepas asar, pergilah saya dan dua orang tabligh berdawah rumah ke rumah, satu jam kemudian kami balik ke surau tanpa ada sorangpun ikut.

Di tangga surau ada orang kampong perli:

“Berapa ramai yang ikut tabligh hari ni? kosong!”

Lepas tu pakat gelak beramai ramai, dan ada kawan dia sampuk!

“Tak laku dah dakwah macam ni, sia sia sahaja, orang meluat dakwah jumpa orang ni, takde orang ikutpun, lama lama pupuslah dakwah tabligh ni!”

Saya senyum, sebab saya faham, kejayaan dakwah bukan berapa ramai orang ikut kita, tapi berapa banyak yang kita dapat amal dari apa yang kita sampaikan. Betul tak?

Contoh kisah tiga Nabi dan tukang kayu dalam surah Yasin tadi, ada orang ikut tak? Kosong jugak! Siap kena bunuh lagi, tapi Allah cerita dalam Yasin, mereka berempat masuk syurga bahagia selamanya.

Tak cukup yasin? Mari rujuk surah lain dalam Al quran, Rujuk Al quran kisah Nabi Musa dan Firaun.

Firman Allah:

"Pergilah kamu berdua (Nabi Musa dan Nabi Harun) kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut".

Kalau ikut kefahaman korang, Firaun pun samalah macam korang, sangat meluat dengan orang yang berdakwah secara berjumpa dirumah beliau, firaun pun dapat dosa sebab marah dan tak selesa. Orang nak berehat, tapi Nabi Musa datang kacau, patut Nabi musa berdakwah dengan cara yang selesa, cara yang mesti memikat dan menyenangkan orang, guna internet ke, FB ke, baru firaun tertarik dengan Nabi Musa dan mudah mudahan tertarik juga dengan islam.

Begitu fahaman korang yang kononnya bernas?

Saya nak tanya, sebelum Allah hantar Nabi Musa berdakwah pada firaun dengan cara yang korang tak suka itu, Allah tahu tak bahawa Firaun tak akan beriman?

Sebelum Allah hantar Nabi Nuh berdakwah pada kaumnya selama 950 tahun dengan cara yang korang tak suka itu, Allah tahu tak bahawa 99 peratus kamun Nabi Nuh tak akan tak akan beriman dan kena bala?

Sebelum Allah hantar Nabi Muhammad berdakwah pada orang taif dengan cara yang korang tak suka itu, Allah tahu tak bahawa Nabi Muhammad SAW akan kena baling batu sebab semua penduduk taif rasa meluat dengan dakwah cara Nabi.

(jika kau jawab Allah tidak tahu, maka kau adalah jahil sejahil jahilnya bab ugama)

Allah Maha mengetahui bang!

Nabi buat dakwah bukan nak menyukakan orang, tapi nak menyukakan Allah, Allah suka melihat Nabi berdakwah cara mujahadah macam tu, korang siapa nak nafikan perintah Allah? dan lepas Allah binasa kaum yang tak selesa dengan dakwah cara Nabi, bila datang kaum baru yang engkar, ada Allah suruh Nabi baru ubah dakwah cara lain? Oh Nabi nuh gagal berdakwah cara jumpa manusia, nanti Nabi luth dakwah cara lain lah pulak, nasyid ke? Buat blog ke? Tulis buku ke? Ada Allah ubah tertib pada semua Nabi dalam berdakwah?

Takde maknanya!!

Nabi Muhammad SAW pun ajar sahabat berdakwah jumpa manusia dari rumah ke rumah dan bercakap dengan lemah lembut. Orang yang meluat adalah Abu jahal, Abu Lahab,.., tapi ada Nabi suruh sahabat ubah cara dakwah tu? Lepas tu siapa yang kena laknat dan azab? Abu lahabbbb!!!

Ketahuilah: Hidayat kerja Allah, Siapa yang berdakwah dengan niat untuk betulkan orang lain lalu buat cara yang sesuai dengan nafsu, menyanyi ke, menulis blog ke, berdemotrasi ke? FB sharing ke, apa apa lah yang sesuai dengan nafsu, maka korang akan mendapat dua perkara, iaitu marah dan putus asa, Adohai..

Berdakwahlah dengan niat menunaikan perintah Allah dengan kerisauan tapi jangan sampai membinasakan diri, ketahuilah, kejayaan dakwah bukan diukur dari orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan dakwah di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan.

Firaun yang jahat di dakwah dengan lemah lembut oleh Nabi Musa, akhirnya Ahli sihir firaun yang dapat hidayat, semua kerja Allah..

Nabi Nuh berdakwah siang dan malam, sepuluh tahun baru dapat seorang pengikut, tak pernah Allah cakap cara Nabi Nuh tu salah sebab 10 tahun dapat seorang, 900 tahun dapat 80 orang, yang salah kaum dia yang rasa tak selesa dengan cara Nabi Nuh berdakwah dan agenda yang di bawa oleh Nabi Nuh, akhirnya yang rugi kaum dia, bukan Nabi NUh, tak paham lagi?

Balik ke tangga surau 20 tahun lepas, dikutuk oleh orang kampong konon dakwah cara Nabi takde orang ikut.

Hari ni Ustaz Ebit Lew salah sorang Jemaah Tabligh, yang cerita dulu-dulu orang dakwah ni takde follower, sekarang ustaz Ebit siap buat Door to Door masuk TV, lepas tu ada follower 5 juta-woha!

Bukti zaman sekarang dah ramai orang minat agama, orang dah tak ikut geng benci tabligh macam Abu jahal, Abu Lahab atau penduduk kampong tukang kayu dalam surah yasin tu. Abang keretamayat tulis bab agama ada jugak orang follow, seratus enam puluh ribu jer. Abang okey jer.

Namun balik kepada pada surah yasin, ingtalah bahawa kejayaan dakwah! Bukan ramai orang follow, Nabi Muhammad pernah tersenyum, dan ditanya kenapa tersenyum? Kata Nabi aku tersenyum melihat Nabi Samson masuk syurga sorang sorang tanpa pengikut, Nampak tak?

Dan ada tafsir bagitahu, Nabi Samson adalah salah sorang dari Nabi yang kena bunuh dalam surah Yasin tu.

Jadi sempena hari baik bulan baik, saya nak ajak kita semua hafal Yasin, saya nak cerita tak pandai, tapi ada sahabat saya tulis Ebook Mudahnya HAFAL Yasin, katanya jika ikut step dia, kurang dari dua minggu dapat hafal InsyaAllah.

Semoga Ramadan ini berlalu dengan meninggalkan Yasin dalam dada kita, dan dengan hafalnya Yasin maka impian Nabi yang mahu umatnya hafal Yasin telah dapat kita capai, Alhamdulillah.

Berminat? Klik sini.

https://mudahnyahafalyasin.onpay.my/order/form/yasin/hamka

Salam sayang, korang semua penyejuk mataku.

Woha!

 

3 comments:

Litah L said...

kisah yang boleh dijadikan teladan untuk semua

kalau selalu baca pun lama2 bole hafal surah nya :)

hamka said...

jemput jadi ejen, sebarkan kebaikkan :)

Wak Lat said...

hamba yg bz dgn hal dunia ni pun ambil masa 3 bulan nk hafaz yasin., alhamdulillah yg penting usaha dan niat yg ikhlas., ;p