Perang Jamal, Saidina Ali r.a lawan Talhah r.a.
Kedua duanya di jamin Syurga oleh Nabi, namun kerana
perbezaan pendapat, kedua duanya terlibat dalam perang yang mengorbankan hampir
18 ribu nyawa orang islam.
Ulamak Sunnah wal Jamaaah mensucikan keduanya, perang itu
berlaku kerana salah faham, dan hasutan orang munafik serta Khawarij, niat
mereka berdua adalah betul, satu mempertahanakn hokum Qisas, satu lagi
mepertahankan hokum Khalifah, maka kedua duanya tetap ke syurga kerana Janji
Allah kepada Nabi itu benar.
Maka fahamlah kita apabila, sahabat Nabi yang keduanya
dijamin Syurga boleh berbeza pendapat hingga tiada jalan perdamaian melainkan
perang, maka apatah lagi kita ummat islam pasti ada yang akan bergaduh sesama sendiri.
Namun dalam bergaduh tetap ada adab adabnya,
Alkisah Sebelum perperangan bermula, maka Saidina Ali r.a
sebagai wakil kerajaan telah bermuzakarah dengan saidina Zubair yang bertindak
sebagai wakil dari pihak pembangkang, setelah bermuzakarah dan masing masing
tetap dengan pendirian masing-masing, maka mereka telah menangis dan saling
berpelukkan.
Inilah sifat sahabat sebelum masing masing mencabut nyawa
sesama mereka.., ini bukan perang mulut atau poster, perang artikel atau perang
lontar batu dan gas pemedih mata, ini adalah perperangan maut, senjata di
angkat, bolehkah kita memeluk musuh kita dengan penuh kasih sayang, sebelum
saling bunuh membunuh?
Lupakan cerita kita, kita balik kepada medan perperangan
itu, mari kita belajar dari sahabat akan bagaimana adab ‘bergaduh’.
Pada mulanya hanya duduk hadap menghadap, tapi campurtangan
dari pihak khawarij dan munafik yang melontar panah dan mebakar khemah, maka
perang bermula.
Lalu bermulah perperangan...
Hujung pereprangan, unta yang di tunggang Aisyah r.ha telah
tercedera dan Aisyah telah terjatuh, melihat keadaan itu saidina Ali telah
menghantar adik Aisyah yang menyebelahi Kerajaan iaitu Muhammad bin Abu bakar
untuk membantunya, kemudian apabila saidina Ali dapat bertetang mata dengan
Aisyah, lantas bertanya:
“Ibu yang tercinta? Adakah ibu tercedera? Semoga Allah
mengampunkan kesalahanmu”
Lalu Aisyah menjawab;
“Semoga Allah mengampunkan kesalahanmu jua."
Moralnya di sini, walaupun masing masing mengakui musuh
mereka telah tersilap, tapi mereka sentiasa berdoa agar Allah mengampukan
dosa-dosa musuh mereka.
Tapi tidak dengan politik kita hari ini, kita bukan ada
keinginan untk berdoa keampunan musuh kita, malahan kita suka jika musuh kita
mendapat susah, dan merasa tersiksa bila musuh kita mendapat nikmat, malahan
yang lebih teruk apabila kita akan menuduh mereka sebagai ahli neraka dan kafir
dan mendokan bala di timpa pada sesame ummat islam, adohai…
Ketahuilah, walaupun sahabat Nabi berbeza pendapat tapi
mereka tetap bersatu di bawah akhlak terpuji, menjaga hati dan maruah masing
masing, Dalam perperangan, apabila mereka berhenti dan mendirikan solat, ada
tentara Muawiyah yang bersolat di belakang Saidina Ali, apabila di tanya kenapa
solat di sini, katanya, bacaan saidina Ali lebih bagus.
Dan apabila mereka berehat untuk makan pula, ada tentara
saidina Ali yang makan bersama tentera Muawiyah, apabila di tanya kenapa makan
di sini, katanya, lauk di sini lebih sedap.
Maka kita hari ini, ada yang tidak sanggup bersolat di
belakang imam kerajaan dan ada yang tidak sanggup makan sembelihan musuh mereka
dengan anggapan bahawa musuh kita itu telah kafir, naduzubillah.
Sabda Nabi lebih kurang maksud, sesiapa yang mengatakan
orang lain sebagai kafir sedang orang itu tidak kafir, maka yang berkata itulah
yang kafir, alangkah bahayanya!!
Dalam hadith lain, Nabi bersabda:
Seseorang berkata, aku bersumpah dengan nama Allah bahawa
Allah tidak akan mengampunkan si polan dan si polan, lalu Allah menjawab ;
siapakah orang ini yang bersumpah dengan namaKu bahawa Aku tidak akan
mengampuni orang itu? Sesungguhnya Daku telah mengampuni orang itu sedangkan
orang yang bersumpah itu Daku katakan kepadanya; segala amalan mu batal dan sia-sia.
Menurut sebuah hadith terdapat dua orang di kalangan bani
Israel, seorang ialah abid dan seorang lagi pendosa besar, Selalu si abid
memberi amaran kepada pendosa. Suatu hari si abid ini terlihat pendosa ini
melakukan dosa besar lalu diapun berkata kepada pendosa tadi; Aku bersumpah
dengan nama Allah, Allah tidak akan mengampunkanmu.
Maka terjadilah bahawa apabila kedua-duanya menjadi mayat,
dan kedua-duanya di bawa ke hadapan Allah, lalu Allah berfirman kepada si abid,
“adakah kamu anggap bahawa kamu boleh menyekat nikmat-nikmatKu daripada turun
dengan sumpahmu?
Kepada pendosa Allah berfirman, masuklah ke dalam shurga
dengan rahmatKu”
Maka perintah pun di berikan supaya si abid itu di humbankan
ke dalam neraka.
Mengenai si abid ini berkatalah Abu Hurairah r.a sahabat
Nabi:
”kerana satu perkataan, dia membinasakan diri dan ugamanya”
Maknanya di sini, bukanlah aku nak kata orang buat dosa
boleh senang hati buat dosa bila dengar hadith ini, itu cerita lain, maksud aku
adalah, janganlah kerana beremosi dalam politik, lalu korang cakap pemimpin Umno, PH, PN, PAS, dan lain lain
masuk neraka, doa kapal terbang mereka jatuh atau doa pecah perut dan
sebagainya, itulah yang hampeh! Janganlah kita membinasakan diri dan ugama
dengan perkataan perkataan yang jelik dan menjatuhkan maruah.
Arakian, selepas perang tamat, Apabila saidina Ali melihat
mayat Muhhamad bin Talhah r.a terbujur kaku, beliau berkata:
"Semoga Allah merahmatimu,sesungguhnya kamu adalah
seorang ahli ibadat, berdiri malam dalam solat, berpuasa pada hari yang panas
terik”
Beginilah para sahabat melayani dan menangani maruah serta
kehormatan lawan mereka. Adakah kita hari ini sanggup bercerita tentang
kebaikkan musuh kita, walaupun selepas mereka menjadi mayat?
Nabi bersabda, barangsiapa yang menyakiti hati seorang
islam, maka dia telah menyaktiku, Dan barangsiapa yang menyakitiku, menyakiti
Allah.
Ketahuilah, orang islam yang kamu umpati dan caci itu akan
mendapat ganjaran amal ibadat kamu, nah!! sekarang kerana marah pada musuh
kamu, maka ambiklah segala amalan aku? Tak ke bangang amalan itu?
Ada lagi, apabila Muawayyah r.a ada masalah ugama dan beliau
tidak tahu hukumnya, maka beliau telah bertanya kepada Saidina Ali r.a,
walaupun mereka berbeza pendapat tapi bukan dalam semua hal, kita hari ini bila
bergaduh sanggupkah rendahkan diri pergi minta tolong musuh kita selesaikan
masalah kita?
Sanggupkah?, tapi kita dengan bodoh sombong membatalkan
semua kebaikkan mereka, inilah perkara yang benar-benar rugi dalam masyarakat
islam.
Arakian dalam perperangan ini, Saidina Ali r.a telah menang,
tapi harta tidak dirampas, mereka yang letak senjata tidak diapa apakan, mereka
yang lari tidak di kejar, mereka yang cedera dirawat, jenazah urus bersama cara
islam dan saidina Ali tidak menjadikan mereka sabagai hamba tawanan seperti
biasa yang di lakukan oleh Nabi dalam mana-mana perperangan.
Ada orang yang mempertikaikan kepututsan saidina Ali
membebaskan tawanan perang begitu sahaja, dengan alasan Nabi tidak berbuat
demikian, ini bidaaah! lalu saidina Ali jelaskan lebih kurang maksud bahawa
Nabi berperang dengan orang kafir sedang beliau berperang dengan orang islam
dan tanya saidina Ali, : "adakah kamu sanggup Ibu orang islam, isteri Nabi
(Aisyah r.a ) menjadi hamba kamu?"
Maka moralnya, dalam perang sesama islam, bila sudah di
takdirkan kalah, bersatulah dengan yang menang dan yang menang, maafkan mereka
yang bersalah.
Allah akan menambahkan kemuliaan mereka yang memaafkan
orang-orang yang zalim. Apatah lagi kemuliaan yang kita dapat apabila memaafkan
orang islam yang hanya berbeza pendapat.
Satu lagi, Saidina Ali r.a di tanya apakah pendapat beliau
tentang orang yang tidak melibatkan diri dalam perperangan ini?
Jawab saidina Ali: "mereka adalah orang yang tidak
mencampakkan dirinya dalam kebaikkan dan juga tidak mencampakkan diri dalam
kebinasaan."
Moralnya di sini, jika ada ummat islam yang tidak terlibat
dengan politik kita, janganlah letak hukum mereka sebagai kafir atau sesat,
tiada pendirian, lalang dan sebagainya, kerana apabila di tanya kepada Saad bin
Waqas r.a yang tidak menyertai perperangan itu, beliau ada hadith tersendiri
yang membenarkan tindakkan beliau,
Satu lagi, sahabat sahabat yang sedang berdakwah di seluruh
alam, yang tidak pulang menyertai perperangan itu, mereka betul dalam amalan
mereka, perkara ini sudah berlaku di zaman Abu Bakar r.a lagi, yang mana
apabila Rom dan Parsi mengancam Madinah, di tambah munculnya nabi palsu dan
orang murtad serta golongan yang enggan membayar zakat, tapi Abu Bakar r.a
tetap menghantar jemaah Dakwah Usamah ke seluruh alam walaupun pada mulanya Saidina
Umar tidak setuju, namun akur pada
keputusan Khalifah Abu Bakar, dan bersaksilah bahawa keputusan itu adalah
terbaik kerana Ummat islam telah mendapat kemenangan besar pada hari itu.
Sesungguhnya mereka benar dalam berjihad...
Maka kesimpulannya secara ringkas, berikut adalah adab
apabila ‘bergaduh’ dalam islam, pastikan:-
• Tidak menyakiti Hati orang islam yang berpeza pendapat.
• Rasa kasihan pada Ummat islam yang berbeza pendapat lalu
berdoa kepada Allah agar di ampunkan dosa ‘musuh’ kita.
• Cuba cari jalan untuk berdamai dengan bermesyuarat.
• Jangan cerita buruk mereka dan Jangan kafirkan mereka,
walau sebagaimana jelekpun mereka.
• Tahan marah kamu, tekan nafsu kamu dan ceritalah kebaikkan
mereka.
• Jika ada masalah yang dapat musuh kamu bantu, kenapa tidak
menggunakannya?
• Apabila kamu bergaduh dan berperang, anggaplah yang menang
adalah keputusan Allah, kemudian bersatulah dengan mereka, jangan hidup berpuak
puak.
• Yang menang, maafkan mereka yang kalah..
• Jangan anggap orang yang tidak bersama kamu sebagai
sesat...
• Keluarlah berdakwah, ajaklah ummat kepada membesarkan
Allah, bukan kepada parti, pada negara, dan pada makhluk, apabila semua Ummat
ini menyeru hanya kepada Allah, maka Ummat akan bersatu. InsyAllah.
Panjang nak tulis, ini antara intipati perkongsian saya
petang tadi dalam Bicara Karya anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka bertempat di
Perpustakaan Kuantan.
Judul Buku yang saya pilih : Fitnah Terbesar Dalam Sejarah
Islam oleh Syekh Taha Hussien.
Link video penuh: https://www.facebook.com/Pahanglibrary/videos/183834570214217
2 comments:
Al Jamaah dan Bughat.
Al Jamaah adalah jamaah umat Islam atau disebut sawadul akzam umat dlm satu satu lokaliti / kawasan / daerah / negeri / negara, dgn dipimpin Ulil Amri yg dipilih / dibaiah mrk.
Bughat adalah golongan dlm jamaah umat tadi yg menderhakai / menentang dgn bersenjata terhdp Ulil Amri yg sah.
Sebelum kewafatan Saidina Uthman r.a. Al Jamaah umat Islam adalah satu sahaja dgn Saidina Uthman sbg Ulil Amrinya.
Selepas kewafatan Saidina Uthman r.a., umat Islam setempat membaiah Saidina Ali r.a. sbg Ulil Amri. Tp pengangkatan ini tidak diiktiraf oleh umat Islam dr daerah daerah lain, sbgmn di Syam dan Mesir, mrk mengangkat Saidina Muawiyah sbg Ulil Amri. Mk dgn itu Al Jamaah umat Islam sudah terpecah menjadi lebih dr satu. Demikian juga dgn kumpulan dr Saidina Talhah dan Zubair r.anhuma. Peperangan antara mrk dianggap sbg peperangan antara dua Jamaah yg berbeza / berlainan disbbkan perbezaan ijtihad dan pendapat. Kerana itu kita ASWJ tidak menganggap kumpulan yg menentang Saidina Ali r.a. sbg bughat. Demikian juga halnya penentangan Saidina Abdullah Ibnu AZ Zubair r.Anhuma. terhdp Khalifah Umayyah Abdul Malik Bin Marwan.
Ketahuilah juga, Para Ahli Badar selain syirik, apapun tindakan mrk sudah mendpt pengampunan. Dan Para Ahli Baiatul Ridwan pula sudah diredhai Allah swt. Saidina Talhah dan Zubair r.anhuma.
Sbgmn hari ini Al Jamaah umat Islam sedunia terpecah kpd entah berapa puluh, bahkan ratus. Masing masing dgn Ulil Amrinya yg tersendiri, Saudi dgn Raja Salmannya, Indonesia dgn Jokowinya, kita dgn YDPA kita, dan begitulah dgn negara negara lainnya. Mk ketaatan atau yg disebut golongan haraki sbg wala umat Islam hari ini adalah terhdp Ulil Amri dlm negaranya masing masing. Khusus kita, peringkat negara, Ulil Amri kita adalah YDPA dan peringkat negeri adalah Para Sultan negeri masing masing.
terima kasih tuan atas pencerahan yang sangat baik
Post a Comment