Nov 25, 2007

Bagaimana nak berPOLITIK?

(Entry yang menyelamatkan negara)

Maha Suci Allah yang dengan kehendaknya telah membuatkan Nabi Muhammad SAW telah melakukan beberapa ‘kesalahan’ dalam ibadah, yang mana Hikmahnya adalah, Ummat akan dapat belajar bagaimana untuk mengatasi masalah yang timbul dalam beribadat kepada Allah.

Sebagai contoh, apabila Nabi terlupa bacaan ayat dalam solat, atau Nabi tertinggal raka’at dalam menjadi imam, atau Nabi tertinggal solat jemaah, dan lain lain lagi, lihat bagaimana daripada kesalahan itu, Nabi terus menunjukkan cara pembetulan,

Malahan kesalahan ini adalah di sengajakan oleh Allah ke atas NabiNya yang mana Ummat akan dapat belajar secara langsung dan lebih faham kerana ianya berlaku secara praktikal.

Dengan ilmu ini, orang yang melakukan kesalahan secara tidak sengaja dalam ibadah akan dapat meneruskan ibadah mereka tanpa perlu merosakkan ibadah tersebut.

Alangkah baiknya perkara ini!

Maha Suci Allah yang telah mebuatkan Nabi Muhammad SAW telah melakukan ‘kesalahan’, dan beruntunglah mereka yang mengambil manfaat dan renungan daripada kehendakNya yang Maha Mengetahui.

Oleh yang demikian, asbab ‘kesilapan’ Nabi, setiap masalah yang timbul dalam ibadat nampaknya telah berjaya di selesaikan dalam ummat. Alhamdulillah..

Walaubagaimanapun, setelah 1400 tahun berlalu, kelihatan Ummat islam menjadi semakin hina dan terpinggir, Ummat islam menjadi tidak pandai dalam meyelesaikan masalah ugama, malahan telah menukar ‘kiblat’ penyelesaian, iaitu masing-masing mula menggunakan kaedah yahudi atau Bida’ah dalam menyelesaikan masalah ummat..

Apabila di tanya:

"Kenapa kamu bertindak demikian?"

Lalu di jawab mereka: "inilah jalan terakhir, kita tiada pilihan…"

"Tiada pilihan?"

Janganlah keluarkan statement seolah-olah Al Quran dan Al Hadith telah tidak releven, jangan sekali-kali berbuat sesuatu yang seolah-olah membatalkan ayat suci Allah dalam mencapai matlamat kamu..., dalam membenarkan modus operandi kamu..., dalam menghalalkan yang haram...

Jangan menjadi Hampeh...,

Kita telah lama bersenang lenang di celah kangkang isteri, dengan apa yang kita sedang buat, adakah maut akan menunjuk jalan ke shurga?, atau orang kafir yang menyerang kita akhirnya membuka jalan ke shurga...?

Apakah Masalah Ummat Islam?
Di mana mana sahaja terlihat akan bagaimana buruknya orang kafir melayan orang islam, ummat islam telah di sakiti, di dera, di seksa, di rogol, dan di bunuh.. Penderitaan di Palestin, di Bosnia, di Iraq, di Iran, di Somalia, Algeria, Pakistan, India dan sebagainya, seolah-olah tiada penghujung, apatah lagi setelah targedy "wake me up when september end”.

Lalu bangkitlah Ummat islam yang sedar akan kepentingan ini, lalu cuba menyelesaikan masalah ummat, namun di atas jalan yang sama orang islam telah berperang sesama sendiri yang membuatkan ummat terperangkap dalam kemurkaan Allah lalu di hukum hidup di bawah penguasaan Raja yang zalim.., yang berjari besi, bergigi besi, dan berkuku besi berani!!

Di bawah hukuman ini sedarkah bahawa kita tidak akan dapat pertolongan dari Allah selagi kita tidak kembali kepada ajaran Nabi Muhammad SAW yang asal?...

Tapi Ummat masih tidak sedar, dan akhirnya kita telah hidup dalam suasana berpecah belah, berpuak-puak, saling khianat mengkhianati, caci mencaci, dan akhirnya saling bunuh membunuh sesama islam... dan masing masing seperti bom jangka yang menunggu masa untuk meletup sahaja.

Bang Beng Bong!

Bilakah berakhirnya Perang antara Puak kanan Islam vs Puak kiri islam?
Kalau di sekitar Tanah Arab, kita boleh lihat bagaimana perperangan yang berlaku di antara orang islam yang di kenali Puak Sunni berperang dengan orang islam yang di kenali Puak Syiah. Iraq vs Iran.

Selepas tragedy “wake me up when september end”, Amerika telah mengambil peluang ini untuk menjejak Osama bin Ladin selaku ketua Al Qae’da di Afghanistan, dan kita boleh pula melihat bagaimana perperangan yang telah berlaku di antara orang islam yang di kenali puak Talibban berperang dengan orang islam yang di kenali puak Pakatan utara.

Yang lebih senior, perperangan yang berlaku di antara orang islam yang di kenali golongan Hamas berperang dengan orang islam yang di kenali golongan Fatah di Palestin.

Dan di mana mana sahaja Negara yang di perintah oleh orang islam, akan terdapat penentangan daripada haluan kiri, seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir atau di Malaysia sudah tentu parti berjenama islam iaitu parti PAS.

Pendek kata, apabila orang islam berperang dengan orang islam, maka sudah tentu kerugian akan berlaku pada ummat dan makin mudahlah orang kafir mengusai negara Islam, sedang Hamas berperang dengan Fatah, Israel terus meluaskan sempadan, sedang Taliban berperang dengan Pakatan utara, Amerika terus mengusai sempadan, sedang Islam hadhari dan PAS berpecah belah, mungkin kelak Malaysia yang akan tergadai pada Bangsa lain... dan ugama lain!!

Jangan Tak Pandang Belakang?
Untuk Maju dalam urusan dunia, pandanglah ke depan, tapi untuk Maju dalam urusan Ugama hendaklah pandang ke belakang...

Persoalannya, adakah tidak terdapat kaedah untuk menyelesaikan masalah ini dalam islam? Adakah 'kesalahan’ yang berlaku pada Nabi hanya untuk selesaikan masalah dalam ibadat sahaja?
Bagaimana masalah dalam politik?
Adakah terdapat peristiwa Nabi dan sahabat bermusuhan yang boleh kita ikuti dalam menangani masalah politik?

Maha Suci Allah, yang memelihara kesucian dan kehormatan para Nabinya daripada mengotorkan tangan Baginda daripada melakukan perperangan dengan ummat islam sendiri. Namun sesuai dengan Sabda nabi yang bermaksud bahawa tidak akan sesat mereka-mereka yang mengikut para Sahabat-Sahabat Nabi, maka terbukalah kepada kita jalan ijtihad dan jalan penyelesaian yang selebar dunia!

Mereka para sahabat adalah manusia yang telah di jamin shurga, Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah, dan mereka adalah orang orang yang di cintai Rasulullah SAW...

Maka marilah kita menyinsing lengan membuka lebaran kisah kisah Sahabat r.a untuk kita belajar menyelesaikan segala permasalah dunia dan akhirat kita.., insyAllah.

Membasuh tangan dengan Darah sahabat?
Maka bermulalah cerita akan bagaimana Allah telah mengorbankan beribu ribu nyawa para sahabat kekesih Rasulullah dalam perperangan sesama sendiri demi mengajar Ummat akan datang (kita semua) akan bagaimanakah masalah dalam politik akan dapat di selesaikan...

Wah wah wah, bukan main beraninya aku menulis entry yang sebegini rupa, minta Ampun pada Allah dan minta maaf pada korang semua, baiklah aku mengaku bukan ustaz atau ulamak, dan pengatahuan aku tentang ugama adalah sangat terhad, aku tak pandai arab, dengan bergantung kepada bahan bacaaan, syarahan dari Buznama, dan input dari sixth sense, aku tulis, jika salah tolong jolokkan..,

Satu lagi! ayat ’Membasuh tangan dengan Darah sahabat’, bukan aku yang reka, tapi di ucapkan oleh Umar Ibnu Aziz atau di kenali ’Umar kedua’ yang mempunyai maksud tersendiri, dan aku cuba menulis serba sedikit setakat yang aku faham, jangan berakhir di sini, selepas dapat ilham dari apa yang aku tulis, pergilah rujuk kepada ustaz dan Ulamak!!!

Yang Hak dari Allah, yang Batil dari aku yang hina..oh!

Apakah yang berlaku apabila Mertua bergaduh dengan Menantu?
Setelah Nabi wafat, Abu Bakar r.a selaku Ayah mertua Nabi, telah menjadi khalifah umat islam yang pertama, setelah beliau wafat pula, khalifah seterusnya di sandang oleh Saidina Umar Al khatab yang mana pada waktu itulah sempadan negara islam telah menjadi luas seluasnya dan sebahagian besarnya kekal sehingga ke hari ini, dan nama beliau telah di catat antara 100 tokoh yang paling berpengaruh di dunia.

Namun, Saidina Umar telah mati di tikam ketika sedang solat, sebelum wafat beliau menyatakan kegembiraannya kerana di bunuh oleh orang kafir dan sangat takut jika orang islam yang membunuhnya. Beliau faham apabila tiba zaman orang islam membunuh orang islam maka bermulalah fitnah yang besar.

Kemudian, Khalifah seterusnya adalah menantu Nabi iaitu Saidina Usman r.a, dan di hujung kekhalifahannya, beliau telah mati di bunuh oleh orang islam di dalam rumah ketika sedang membaca Al Quran!!!

Di beritakan beliau di bunuh kerana berlaku salah faham dan fitnah...

Maka pada waktu itu, khalifah Islam yang ke empat, iaitu saidina Ali r.a telah di lantik.

Siapa saidina Ali?
Kita kenal sangat dengan minuman tongkat Ali dan minuman kacip Fatimah, sedang itu adalah nama anak Nabi (Fatimah) dan suaminya merangkap menantu Nabi (saidina Ali), dan itu cerita lain.

Kalah masuk Shurga, Menangpun masuk Shurga?!
Pada zaman pemerintahan Saidina Ali r.a telah terjadinya perbezaan pendapat yang paling besar dalam sejarah islam, yang mana satu puak telah berpakat untuk menuntut bela atas kematian Saidina Usman r.a, dan satu puak bersatu di belakang Khalifah ketika itu iaitu saidina Ali r.a.

Maka berlakulah perperangan di antara ummat islam, bukan perang poster, atau perang mulut, macam kita hari ini, tapi ini adalah perperangan dengan mengunakan mata pedang, di beritakan 20 ribu sahabat telah terkoban nyawa dalam perperangan ini.

Maha suci Allah yang telah mengorbankan beribu ribu nyawa para sahabat dalam perperangan sesama sendiri demi mengajar Ummat akan datang (kita semua) akan bagaimanakah masalah dalam politik akan dapat di selesaikan...

Ulamak ulamak ahli sunnah wal jama’ah berpendapat bahawa semua sahabat yang terkorban semaada dari pihak Kerajaan atau dari puak pembangkang, dalam perperangan itu di kira mati syahid. Malahan saidina Ali r.a juga mengatakan demikian.

Ini adalah kerana masing masing mempunyai hujjah dan pendapat yang telah di ilhamkan kesan dari kehidupan bersama Nabi muhammad SAW.

Bayangkanlah, Saidina Ali ketika itu adalah Kerjaaan ummat islam, dan beliau adalah pintu ilmu dan antara sahabat yang paling di kasihi Nabi, di kenali dengan "wajah suci” kerana tidak pernah menyembah berhala, imam kepada dua kiblat dan menantu nabi sendiri, manakala pihak yang Pembakang pula adalah Aisyah isteri Nabi sendiri, juga di kenali sebagai Ibu orang islam, dan bersamanya adalah muawiyyah r.a, Muhammad bin Talha r,a dan juga Hazrat Zubbair r.a.

Jadi, bagaimanakah kita dapat belajar daripada semua sejarah ini?

Maha suci Allah yang telah mengorbankan beribu ribu nyawa para sahabat dalam perperangan sesama sendiri demi mengajar Ummat akan datang (kita semua) akan bagaimanakah masalah dalam politik akan dapat di selesaikan...

Ummat islam telah terbahagi kepada berapa?.
Secara kasarnya, pada waktu itu, Ummat islam telah terbahagi kepada Empat:
  1. Satu adalah para sahabat yang kekal bersama kerajaan iaitu Saidina Ali r.a dan mengikut berperang bersama kerajaan.
  2. Satu puak lagi adalah bersatu di bawah pimpinan Muawiyyah r.a dan Aisyah r.ha lalu mengikut berperang bersama menentang Kerajaan.
  3. Satu lagi adalah para sahabat yang tidak menyebelahi kedua dua pihak, malahan ada antara mereka lari ke hutan iaitu Saad bin Abu Waqas r.a.
  4. Satu lagi adalah para sahabat yang sedang berdakwah di seluruh dunia, mereka tidak pulang dan campur tangan dalam urusan politik kerana sibuk dengan kerja Dakwah.

Bagaimana Nak bergaduh dalam islam?
Ada hadith yang mengatakan apabila Ummat islam tidak betegur sapa atau bergaduh lebih dari 3 hari, maka tidak akan mencium bau shurga. Bermakna di sini sekiranya kita berbeza pendapat tapi masih boleh berbaik baik maka tidak menjadi masalah, macam 4 mazhab hari ini yang boleh hidup dengan aman, boleh makan sekali dan berkahwin, takde masalah walaupun banyak perbezaan pendapat.

Tapi hari ini, yang menyedihkan adalah bagaimana buruknya kita melayan orang-orang yang berbeza pendapat dengan kita..., kita menganggap orang yang tidak bersatu bersama kita sebagai sesat, munafik, ahli neraka dan kafir, naduzubillah, alangkah ruginya darah-darah sahabat yang mengalir itu pada diri kita, jika kita tidak mencontohi mereka dalam menyelesaikan masalah politik dunia islam.

Apabila kita teliti budi pekerti para sahabat yang telah di tarbiah oleh Nabi sendiri, maka sedarlah kita bahawa betapa jauhnya kita dan betapa menyimpangnya kita dalam perjuangan...

Kita hari ini dalam sibuk nak bergaduh, nak betulkan pendapat masing masing, nak perjuangkan ugama, tapi kita tidak sedar (atau memang sengaja?) telah banyak melanggar adab dan sunnah Nabi, melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat, menghina orang islam lain, menjatuhkan maruah dan membuka aib, sungguh berani sekali!! Oh!

Mereka para sahabat telah menguasai dunia dengan akhlak yang benar dan amal yang betul, sedang kita terus terpinggir di hina dunia kerana akhlak yang buruk dan amal yang salah...

Maha suci Allah yang telah mengorbankan beribu ribu nyawa para sahabat dalam perperangan sesama sendiri demi mengajar Ummat akan datang (kita semua) akan bagaimanakah masalah dalam politik akan dapat di selesaikan...

Sebelum perperangan bermula, maka Saidina Ali r.a sebagai wakil kerajaan telah bermuzakarah dengan saidina Zubair yang bertindak sebagai wakil dari pihak pembangkang, setelah bermuzakarah dan masing masing tetap dengan pendirian masing-masing, maka mereka telah menangis dan saling berpelukkan.

Inilah sifat sahabat sebelum masing masing mencabut nyawa sesama mereka.., ini bukan perang mulut atau poster, perang artikel atau perang lontar batu dan gas pemedih mata, ini adalah perperangan maut, senjata di angkat, bolehkah kita memeluk musuh kita dengan penuh kasih sayang, sebelum saling bunuh membunuh?

Lapakan cerita kita, kita balik kepada medan perperangan itu, mari kita belajar dari sahabat akan bagaimana nak bergaduh...

Lalu bermulah perperangan...

Dalam perperangan tersebut, unta yang di tunggang Aisyah r.ha telah tercedera dan Aisyah telah terjatuh, melihat keadaan itu saidina Ali telah menghantar adik Aisyah yang menyebelahi Kerajaan iaitu Muhammad bin Abu bakar untuk membantunya, kemudian apabila saidina Ali dapat bertetang mata dengan Aisyah, lantas bertanya:

“Ibu yang tercinta? Adakah ibu tercedera? Semoga Allah mengampunkan kesalahanmu”

Lalu Aisyah menjawab;

“Semoga Allah mengampunkan kesalahanmu jua."

Moralnya di sini, walaupun masing masing mengakui musuh mereka telah tersilap, tapi mereka sentiasa berdoa agar Allah mengampukan dosa-dosa musuh mereka.

Tapi tidak dengan politik kita hari ini, kita bukan nak doa keampunan musuh kita, malahan kita suka jika musuh kita mendapat susah, dan merasa tersiksa bila mush kita mendapat nikmat, malahan yang lebih teruk apabila kita akan menuduh mereka sebagai ahli neraka dan kafir...oh!

Ketahuilah, walaupun mereka berbeza pendapat tapi mereka tetap bersatu di bawah akhlak terpuji, menjaga hati dan maruah masing masing, Dalam perperangan, apabila mereka berhenti dan mendirikan solat, ada tentara Muawiyah yang bersolat di belakang Saidina Ali, apabila di tanya kenapa solat di sini, katanya, bacaan saidina Ali lebih bagus.

Dan apabila mereka berehat untuk makan pula, ada tentara saidina Ali yang makan bersama tentera Muawiyah, apabila di tanya kenapa makan di sini, katanya, lauk di sini lebih sedap.

Maka kita hari ini, ada yang tidak sanggup bersolat di belakang imam kerajaan dan ada yang tidak sanggup makan sembelihan musuh mereka dengan anggapan bahawa musuh kita itu telah kafir, naduzubillah.

Sabda Nabi lebih kurang maksud, sesiapa yang mengatakan orang lain sebagai kafir sedang orang itu tidak kafir, maka yang berkata itulah yang kafir, alangkah bahayanya!!

Dalam hadith lain, Nabi bersabda:

Seseorang berkata, aku bersumpah dengan nama Allah bahawa Allah tidak akan mengampunkan si polan dan si polan, lalu Allah menjawab ; siapakah orang ini yang bersumpah dengan namaKu bahawa Aku tidak akan mengampuni orang itu? Sesungguhnya Daku telah mengampuni orang itu sedangkan orang yang bersumpah itu Daku katakan kepadanya; segala amalan mu batal dan sia-sia.

Menurut sebuah hadith terdapat dua orang di kalangan bani Israel, seorang ialah abid dan seorang lagi pendosa besar, Selalu si abid memberi amaran kepada pendosa. Suatu hari si abid ini terlihat pendosa ini melakukan dosa besar lalu diapun berkata kepada pendosa tadi; Aku bersumpah dengan nama Allah, Allah tidak akan mengampunkanmu.

Maka terjadilah bahawa apabila kedua-duanya menjadi mayat, dan kedua-duanya di bawa ke hadapan Allah, lalu Allah berfirman kepada si abid, “adakah kamu anggap bahawa kamu boleh menyekat nikmat-nikmatKu daripada turun dengan sumpahmu?

Kepada pendosa Allah berfirman, masuklah ke dalam shurga dengan rahmatKu”
Maka perintah pun di berikan supaya si abid itu di humbankan ke dalam neraka.
Mengenai si abid ini berkatalah Abu Hurairah r.a sahabat Nabi:

”kerana satu perkataan, dia membinasakan diri dan ugamanya”

Maknanya di sini, bukanlah aku nak kata orang buat dosa boleh senang hati buat dosa bila dengar hadith ini, itu cerita lain, maksud aku adalah, janganlah kerana beremosi dalam politik, lalu korang cakap Dr Mahatdir dan Abdullah badawi masuk neraka, doa kapal terbang mereka jatuh dan sebagainya, itulah yang paling hampeh!! Janganlah kita membinasakan diri dan ugama dengan perkataan perkataan yang jelik dan menjatuhkan maruah...

Akrian, selepas perang tamat, Apabila saidina Ali melihat mayat Muhhamad bin Talhah r.a terbujur kaku, beliau berkata:
"Semoga Allah merahmatimu,sesungguhnya kamu adalah seorang ahli ibadat, berdiri malam dalam solat, berpuasa pada hari yang panas terik”

Beginilah para sahabat melayani dan menangani maruah serta kehormatan lawan mereka. Adakah kita hari ini sanggup bercerita tentang kebaikkan musuh kita, walaupun selepas mereka menjadi mayat?

Nabi bersabda, barangsiapa yang menyakiti hati seorang islam, maka dia telah menyaktiku, Dan barangsiapa yang menyakitiku, menyakiti Allah.

Nabi SAW selalu cerita kebaikkan Khalid kepada adiknya walupun khalid selalu menghina Nabi, yang mana akhirnya apabila khalid tahu hal ini, maka beliau sudah tidak sabar masuk islam!!

Ketahuilah, orang islam yang kamu umpati dan caci itu akan mendapat ganjaran amal ibadat kamu, nah!! sekarang kerana marah pada musuh kamu, maka ambiklah segala amalan aku? Tak ke bodoh amalan itu?

Ada lagi, apabila Muawayyah r.a ada masalah ugama dan beliau tak tahu hukumnya, maka beliau telah bertanya kepada Saidina Ali r.a, walaupun mereka berbeza pendapat tapi bukan dalam semua hal, kita hari ini bila bergaduh sanggupkah rendahkan diri pergi minta tolong musuh kita selesaikan masalah kita? Sanggupkah?, tapi kita dengan bodoh sombong membatalkan semua kebaikkan mereka, inilah perkara yang benar-benar rugi dalam masyarakat islam.

Akrian, dalam perperangan ini, Saidina Ali r.a telah menang dan yang kalah hartanya telah di rampas, namun saidina Ali tidak menjadikan mereka sabagai hamba seperti biasa yang di lakukan oleh Nabi dalam mana-mana perperangan.

Ada orang yang mempertikaikan kepututsan saidina Ali membebaskan tawanan perang begitu sahaja, dengan alasan Nabi tidak berbuat demikian, lalu saidina Ali jelaskan lebih kurang maksud bahawa Nabi berperang dengan orang kafir sedang beliau berperang dengan orang islam dan tanya saidina Ali, : "adakah kamu sanggup Ibu orang islam, isteri Nabi (Aisyah r.a ) menjadi hamba kamu?"

Maka moralnya, bila dah kalah, bersatulah dengan yang menang dan yang menang, maafkan mereka yang bersalah..

Allah akan menambahkan kemuliaan mereka yang memaafkan orang-orang yang zalim...

Satu lagi, Saidina Ali r.a di tanya apakah pendapat beliau tentang orang yang tidak melibatkan diri dalam perperangan ini?

Jawab saidina Ali: "mereka adalah orang yang tidak mencampakkan dirinya dalam kebaikkan dan juga tidak mencampakkan diri dalam kebinasaan."

Moralnya di sini, jika ada ummat islam yang tidak terlibat dengan politik kita, janganlah letak hukum mereka sebagai kafir atau sesat, tiada pendirian dan sebagainya, kerana apabila di tanya kepada Saad bin Waqas r.a yang tidak menyertai perperangan itu, beliau ada hadith tersendiri yang membenarkan tindakkan beliau,(rujuk ustaz)

Satu lagi, sahabat sahabat yang sedang berdakwah di seluruh alam, yang tidak pulang menyertai perperangan itu, mereka betul dalam amalan mereka, perkara ini sudah berlaku di zaman Abu Bakar r.a lagi, yang mana apabila Rom dan Parsi mengancam Madinah, di tambah munculnya nabi palsu dan orang murtad serta golongan yang enggan membayar zakat, tapi Abu Bakar r.a tetap menghantar jemaah Dakwah Usamah ke seluruh alam...

Sesungguhnya mereka benar benar sedang berjihad...

Maka kesimpulannya secara ringkas, bila nak bergaduh pastikan:-

  • Tidak menyakiti Hati orang islam yang lain.
  • Rasa kasihan pada Ummat lalu berdoa kepada Allah agar di ampunkan dosa musuh kita.
  • Cuba cari jalan untuk berdamai.
  • Jangan cerita buruk mereka dan Jangan kafirkan mereka, walau sebagaimana jelekpun mereka.
  • Tahan marah kamu, tekan nafsu kamu dan ceritalah kebaikkan mereka.
  • Jika ada masalah yang dapat musuh kamu bantu, kenapa tidak menggunakannya?
  • Apabila kamu bergaduh dan berperang, anggaplah yang menang adalah keputusan Allah, kemudian bersatulah dengan mereka, jangan hidup berpuak puak.
  • Yang menang, maafkan mereka yang kalah..
  • Jangan anggap orang yang tidak bersama kamu sebagai sesat...
  • Keluarlah berdakwah, ajaklah ummat kepada membesarkan Allah, bukan kepada parti, pada negara, dan pada makhluk, apabila semua Ummat ini menyeru hanya kepada Allah, maka Ummat akan bersatu. InsyAllah.

Mulakan hidup baru
Maha suci Allah yang telah mengorbankan beribu ribu nyawa para sahabat dalam perperangan sesama sendiri demi mengajar Ummat akan datang (kita semua) akan bagaimanakah masalah dalam politik akan dapat di selesaikan...

Kesimpulannya, Perkara sebeginilah juga yang sedang berlaku dalam ummat islam hari ini, berpecah kepada empat bahagian, satu bersatu di belakang kerajaan, satu bersatu di belakang Pembakang, dan satu lagi tidak menyebelahi mana-mana, dan satu lagi keluar berdakwah di seluruh alam...

Nasihat aku kepada;

Pro Kerajaan.
Peluang yag di beri Allah kepada kamu bukan bererti kamu benar benar benarnya, amanah itu amat berat hisabnya di akhirat nanti, nasihat dari pembakang ada benarnya, pastikan hak ugama islam tertegak di bawah pemerintahan kamu, buatlah keputusan mengikut kemampuan rakyat, jangan bebankan rakyat dan contohilah khalifah al rashiddin dalam pemerintahan kamu.

Pro Pembakang.
Sekiranya kamu dapat menjaga adab dalam bergaduh, kamu layak jadi pembakang, tapi sekiranya kamu menjadi orang yang tak reti bahasa, tak pandai jaga lidah dan senang lenang bermain dengan hukum ugama, lebih baik duduk diam-diam.., diam lebih baik dari kamu berkata-kata.

Golongan atas pagar.
Pada zaman ini, fitnah tidak dahsyat sehingga perlu kamu lari ke hutan, teruskan bergaul dalam masyarakat dan cari jalan untuk satukan kedua golongan di atas.

Golongan yang sedang keluar Berdakwah.
Teruskan usaha murni kamu, tidak perlu melibatkan diri dengan pembakang, atau berkempen untuk kerajaan, politik akan buat maksud dakwah menjadi fitnah...

Akhir sekali..
Untuk satukan Ummat, kita mestilah menjadikan golongan dikurun terbaik sebagai contoh dan ikutan, kesemua sahabat melaksanakan misi dakwah, menyeru manusia kepada Allah, berjuang dan berkorban di jalan Allah..

Siapapun kamu, walaupun kamu tidak setuju dengan kerajan, atau kamu pro kerajaan, atau kamu golongan atas pagar, tapi janganlah lupa dengan kerja Dakwah, kerana kerja Dakwah inilah kita di iktiraf sebagai ummat terbaik...

Tanpa libatkan diri dalam usaha yang murni dan mulia ini, maka terjauhlah kita dari rahmat Allah dan tersekatlah bantuan Allah ke atas ummatnya, demikian menurut hadith...

Semua pendakwah tahu bahawa maksud kita berbuat dakwah adalah betulkan diri jua dengan tarbiah dari Allah Taala, dan diri manusia akan dapat di baiki dengan perantaraan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Baiklah, dah lama aku menulis, matapun dah mengantuk dan aku nak tidur..

Maha suci Allah yang telah mengorbankan beribu ribu nyawa para sahabat dalam perperangan sesama sendiri demi mengajar Ummat akan datang (kita semua) akan bagaimanakah masalah dalam politik akan dapat di selesaikan...

Selamat berjuang.

Ps: Aku nak tidur, tolong kejutkan aku bila Pilihan Raya dah berakhir... :)

41 comments:

Anonymous said...

Entry yang menarik...Alhamdulillah

hamba Allah said...

Ini fikir saya lah yang lemah ni....
Mana mana pun kita dalam fikrah kita kerana agama (kerana pendapat kita rasa betul & kita rasa kita dalam petunjuk Allah ), kita tak perlu rasa kita dah betul dah...kita masih tak selamat lagi & cerita tak habih lagi (belum jadi mayat!!). Kerja kita ialah kita teruskan dan usaha pelihara SYARIAT dgn betul iaitu dalam iman,ibadat,muasyarat , muamalat,akhlak (bukan HUDUD shj..)dan kita usaha dalam keikhlasan...bukan setakat mengejar matlamat jee ...(pemerintahan).Usaha atas matlamat sebenar,keredhaan & syurga Allah swt. Baru kerja buat tenang , tak berlaku perpecahan, nusrah Allah etc..(niat jadikan keseluruhan hidup tu agama..)

CresceNet said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066


b) Saintis telah menjumpai sebuah
planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan
menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar,dunia akan musnah pada tahun 2065....


c) Dan dikatakan kuasa Israel akan
mencapai puncaknya pada tahun 2007...Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya
akan hidup selama 40 hari dan dunia
akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066 Wallahu'alam...


Semua ini telah dikaji... Dan yang
dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri...


Beribadatlah wahai umat Islam
sekalian... Kiamat pasti tiba.
hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi.

Cho said...
This comment has been removed by the author.
Cho said...

hamka, aku da lama tak datang. masa persinggahan aku ni bertepatan dengan apa yang wujud di jurnal kau.

hamka, dengan ini, aku nak minta kebenaran kau untuk post entry kau ni kepada ramai pihak berkuasa dan tokoh utama. ok ke?

aku tunggu reply kau.

Anonymous said...

Karkuzari dari louisiana.
Jemaah: Student 3 days.
Tempat: Masjid Lafayette,Louisiana.
Malaysian:2 selebihnya American.

Alahmdulillah, semoga Allah bagi hidayat untuk ummat.
Fakta population ummat Islam dari satu tempat.
(Bil. yang datang solat jumaat)X 10 = Population orang islam. Which means only 1/10 orang Islam datang solat jumaat. Solat jemaah, approx. 1/90 dari solat jumaat. Wallahua'lam.

Assalamualaikum.

Anonymous said...

sangat menarik...syukrulillah

wlolo said...

i really luv to read this entry..
boleh bro hamka tulis pasal fitrah dalam kite berjemaah memandangkan semua orang rase die bawa islam y betul..

brother said...

"Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066"


Aku cuba cari dalam kitab2 yang menerangkan perihal kiamat, tak jumpa pun hadith ni..Boleh mintak matan dan rawi hadith ni?

Sebab setahu aku, kiamat itu adalah ilmu dan rahsia Allah. Rasulullah sendiri tak tahu secara detail bila akan berlaku kiamat

brother said...

Assalamualaikum...

Aku setuju dengan pendapat2 ko dalam artikel ni.. cuma aku nak tambah beberapa perkara yang aku rasakan perlu dibincangkan / diketahui:

1) Peperangan Jamal dan Siffin (Muawiyah vs Ali KWJ)adalah peperangan yang dimulakan bukan oleh Ali mahupun Muawiyah, tetapi bermula daripada puak2 munafiq yang dipimpin oleh Abdullah bin Saba'. Hatta permulaan fitnah sehingga terbunuhnya Saidina Uthman bin Affan pun dimulakan oleh puak2 munafiqun ini.

Segala yang terjadi adalah berkait-kaitan antara satu sama lain, bermula fitnah kepada Uthman sehingga pembunuhan Saidina Ali selepas perang Siffin, dan semuanya adalah angkara kedurjanaan golongan munafiq tersebut... Oleh itu perang tersebut sebenarnya bukanlah terjadi dek sengketa umat Islam tetapi akibat "cucukan" bisa fitnah..

Perbezaan pendapat (di dalam perkara furu' / cabang) adalah diterima dalam Islam, asalkan ia masih didasari adab2 Islam. Dalam kes 'Ali, Muawiyah tidak mahu berbai'ah dengan Ali kerana beliau berpendapat perlu dicari dahulu siapa pembunuh Saidina Uthman manakala 'Ali berpendapat negara ketika itu sangat kucar kacir maka penubuhan pemerintahan itu mesti didahulukan.. Kedua2nya dengan hujah dan nas masing2, dan kedua2nya memang pernah diiktiraf oleh Rasulullah akan kefasihan dalam ilmu Islam, maka sudah pasti nas masing2 didasari oleh ilmu mereka yang sangat mendalam kerana mereka ditarbiah direct oleh Rasulullah..


2. Aku sokong pecahan2 golongan yang Hamka sebutkan. Tapi bagi aku, sebagaimana golongan kedua atau pertama tidak boleh mengutuk atau menjatuhkan golongan ketiga dan keempat, begitu jugalah golongan ketiga dan keempat tidak boleh menjatuhkan / mengutuk golongan pertama atau kedua.

Setiap golongan berpegang kepada nas masing2 yang ada benarnya. Method masing2 yang berlainan, mungkin kerana perbezaan kefahaman dalam menaakul nas2 yang diterima.

So secara asasnya semua pihak adalah betul asalkan mereka mengikut asas2 dan dasar2 yang ditetapkan oleh Islam. Yang salahnya adalah yang tidak faham, belajar separuh2 pastu berlagak alim, dengar kuliah sekali dua dah rasa diri macam ulama'...

Puak2 ni lah yang menyebabkan timbulnya kafir mengkafir, solat dua imam (bab ni ada khilaf sebenarnya), tak makan sembelihan, kata orang tu ikut yahudi dan dia aje yang betul, kata orang masuk neraka, kata hanya mereka champion pengikut sunnah dan lain-lain. Hatta sebenarnya ketua2 mereka yang faham, tidak pernah mengeluarkan pendapat sedemikian. Yang buatnya adalah golongan marhaen yang kurang faham sebenarnya...

Hamka said...

hamba Allah

selagi cerita tak habis, tak bolehlah kita belunjur lagi, dah jadi mayat..
baru kita duduk berlunjur..

---------
Anonymous

Aku jahil bab tarikh kiamat, pesan guru aku, jangan terlalu bercerita tentang RAMALAN..

Tedapat jalan syaitan mudah menggoda dalam bab Ramalan..

Ceritalah tentang atas langit dan bawah bumi

Atas langit adalah kebesaran Allah dan hari akhirat.
Bawah bumi adalah kisah pertolongan Allah kepada Nabi dan orang soleh..

Aku tak pandai, dan Terima kasih berkongsi ilmu.

--------------
Cho

Boleh tapi dengan syarat.

-jangan lupa bagi aku credit.
-kalau aku ada salah(setelah di rujuk pada ulamak), sila betulkan aku secepat mungkin.
-jangan buat perhimpunan haram ketika nak post.

Ok?!

:)

---------
Anonymous

Wa alaikumusalam..(masukkan aku dalam doamu)

---------
wlolo

InsyAllah, lain kali
I love u

-----------
brother

salam

wah bagusnya dengan info kau, terima kasih.

Ps: aku tak kutuk golongan yang kau maksudkan, aku tegur mana yang salah, harap maklum.

Jika kerajaan salah kena tegur, pembakang salahpun kena tegur jugak bukan?

seorangaku said...

terima kasih en.hamka

aku&laptop said...

salam...

best arr ko nye 'cakap' nie...

p/s : sbnrnye aku xbace lagi...oh..aku pcaye ko nye 'cakap2' ni baek2 blake...

brother said...

Hamka,

Tak salah.. Tegurlah.

Tegur aku kalau aku buat salah....

P/S: Buat pertama kali sejak raya, aku berjaya cari masa balik Malaysia / Terengganu.. Nasi Dagang Mokngoh (bukang Mokde) menanti!!!! Slurrrppp Slurrrpppp

alan zed said...

hurm, sungguh banyak beza antara umat dahulu dan sekarang. oh!

zarzh said...

Asalam, saya baru singgah diblog sdr, masyaallah, menarik juga point yang sdr tekankan.
Indahnya kalau semua umat Islam bersatu dan meneruskan usaha nabi agar alam dunia seterusnya selamat diduduki...

Anonymous said...

salam...

derap..derap panas api
melawan desas..desas sejuk air

dekat..dekat musim haji
melawan diam..diam hijrah terakhir

tanda..tanda bumi merekah
kerana manusia merela nafsu serakah

tanda..tanda hidayah tersebar
bila ada keinginan jiwa hamba berasa seperti Umar r.hu

-abu zar

Hamka said...

seorangaku

sama-sama(yang hak dari Allah)

-----------
aku&laptop

percaya yang baik dan ‘buruk’, semua dari Allah..
salam...

-------------
brother

kau kalau nak pergi kedai nasi dagang tu ajak aku sekali, boleh kita buat debat perdana, ha ha ha, awal bulan 12 ni aku ada kat sana.

-------------
alan zed

‘Aku’ lah yang membezakannya..oh!

-------------
zarzh

selamat naik ‘keretamayat’
: )

--------------
abu zar

Bermonologlah pulak, : )

waterlily said...

Salam saudara,

Entry yang menarik saya - tenang minda ketika menaiki "kereta mayat" saudara. Alhamdullillah....bertemu dengan dipertemukan dengan kereta mayat ini melalui link dalam space Pak Zabs.

Saya senang sekali dengan gaya penulisan anda....kerana saya tidak dapat menulis menggunakan akal...saya lebih kepada emosi(marah dan tidak puas hati).

orang atas pagar

brother said...

hamka,

Jangannnn...nanti mokde caj RM45 sebab buat kedai macam kedai bapak sendiri!!

Ilmu aku tak cukup lagi untuk debat perdana. baik ko cari ulama' atau ustaz

azharjaafar said...

Walaupun apa pun perjuangan yang kita buat untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini, hendaklah kita fikir dan renung jalan manakah yang kita ambil untuk kita sampai ke matlamat kita itu.

Bukankah setiap hari kita diWAJIBkan berdoa sekurang2nya 17 kali dengan doa ini;

Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
(Surah Al-Faatihah, Ayat 6 & 7)

Hendaklah kita berdoa dengan doa ini sesungguh2 hati hingga mengalirkan air mata. Mudah2an perjuangan kita diterima Allah dan tak jadi sia2. Amin.

wan mohd faiz said...

hahahahahaha.. astaghfirullah,

~baru lepas tengok adun BN dan PAS menendang antara satu sama lain dalam sidang dun di kelantan.

Ya Allah, adakah mereka benar2 perjuangkan islam? adakah mcm ini.... layak ker jadi pemimpin... hmm.. kene fikir beberapa kali...

Ya Allah, selamatkanlah aku dan seluruh umat dari azab api nerakaMu..
janganlah masukkan aku kedalamnya walaupun hanya sekelip mata..

Amiin..

Hamka said...

waterlily

semoga tika naik the real keretamayat, still calm and serenity..

ps: kirim salam kat Pak Zabs.

-------------
brother

he he , boleh baca entry aku yang bertajuk:
“bagaimana nak berdebat”

-----------
azharjaafar / wan mohd faiz

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kerana tak pandai nak manage masa..
Dakwah satu masa, belajar satu masa, ibadat satu masa, berkihdmat satu masa, dan selesaikan masalah satu masa..

Jika pemimpin tak betul, kena luangkan masa untuk selesaikan masalah ini, tapi jangan pulak lupa nak spent masa untuk beribadat, berdakwah, belajar semata mata alasan “pemimpin masih tak betul”..

Tak paham –paham lagi?

Aku bukan maksudkan kau azhar dan wan mohd faiz.., aku maksudkan selain golongan no 4..

Anonymous said...

Alhamdulillah, satu entry yang memang sangat menarik. Saya golongan atas pagar yang sentiasa berdakwah dengan famili dan keluarga terdekat. Saudara Hamka teruskan visi/misi/wawasan anda yang murni ini.

Masih Mencari....

brother said...

wan mohd faiz,

ko tak pernah rasa marah dan bergaduh ke?


Alamakk!! Nanti mesti aku dicop golongan no 1 atau 2! Kataku dalam nada Suu'u Dzan

yang.mati.akal said...

Maha suci Allah.
entri yg ditunggu2.
terima kasih!
harap entri ni dpt ni selalu di update dengan huraian2 yg lebih.
dn mana2 fakya yg tak kuat dpt dijelaskan dgn lebih terang.
apekata bro tulis memorandum.
huraian yg lebih panjang lebar dn terperinci.
kemudian hantar kpd kerajaan dn pembangkang.
boleh kot.

wan mohd faiz said...

brother..

Asal ko selalu cari pasal?

Oh..lupe, ko suke gaduh kan..?

....

Hamka said...

Anonymous

Alhamdulillah, anda yang sentiasa berdakwah dengan famili dan keluarga terdekat. Dan Masih Mencari...., bolehlah luaskan sempadan dakwah ke semua ummat Nabi, itu yang terbaik.

---------------
yang.mati.akal

untuk huraian yang lebih panjang dan terperinci, aku mengaku lemah dan mungkin perasan sibuk.
Mungkin ustaz dan ulamak yang benar-benar arif boleh Bantu. atau anda sendiri?

Ps: huraian yang terperinci ada dalam kitab, “siasah islam” karangan Maulana Zakaria, boleh rujuk di sana.

-------------
brother dan wan mohd faiz,

kan aku dah cakap nak tidur kerana sedih dengan ummat, so please wake me up when pilihanraya end, korang bising-bising, macam mana aku nak tido?

abu_harraz said...

tido je lah..jgn cakap2 lagi...kalau ikhlas nak tido mesti boleh punye....aku letak kepala je...trusssss..

Hamka said...

ZZZZZZZ.., kroh..kroh..

syuhada said...

Salam, blog yg menarik..

sblm membuat keputusan dan penilaian, adalah lbh baik untuk kita terlebih dahulu cuba mengenali, juga memahami yg menjadi asas kpd fahaman dan perjuangan mrk..

bukan untuk melobi, tapi artikel2 dibawah(yg dilinkkan) amat2 menarik untuk direnungkan..

ikhlaskan niat.. bagi mereka yg mencri insyaAllah.. :) x rugi baca, setidak2nya kita akan dpt ilmu baru
insyaAllah.

http://saifulislam.com/?p=1127#more-1127
->artikel bertajuk "segalanya menjurus kepada diri"

http://saifulislam.com/?p=1000#more-1000
->artikel bertajuk "saya bukan ahli politik tetapi..."

http://nikabduh.wordpress.com/2007/11/25/ichiro-ini-jawabannya/
->artikel bertajuk "Ichiro, ini jawabannya"


http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/
->scroll down ke bwh untuk artikel bertajuk "AL MURAABITUN" juga "MUNAJAT: RINTIHAN KEMENANGAN"

hopefully dapat baca kesemua artikel secara berperingkan, mengikut susunan yg diberikan, bg memudahkan kefahaman, insyaALlah

`kembara mencari cahaya, kitakan hamba~

Hamka said...

Terima kasih..

:)

MUKHLIS said...

Bengapnya saya..tadi cicah biskut mayat dengan sambal kicap sebab lapar sangat..ohh

Hamka said...

Boskut mayat cicah teh tarik, best..

...short story... said...

minta di share ye...

raziqi

Hamka said...

ok

MyRaisya said...

Sorry bro mencelah..
Zaman sahabat dulu berperang dan berbalah atas sebab yang masing-masing tidak tahu salah masing-masing dan masing-masing cuba menyatakan pendirian mereka betul. Mereka tiada masalah dengan anutan, ajaran, akidah, menghina nabi, hina Allah.

Di Malaysia lain, ada dua puak Islam, kiri dan kanan, terlebih dahulu aku nak tahu siapa kiri siapa kanan..??

PAS dan UMNO dalam perjuangkan ISLAM sebab pengikut PAS islam dan pengikut UMNO islam..

Sekarang ni kita alami masalah hina hukum Allah, hina para ulamak..

PAS nak tegakkan hukum Allah..
Pemimpin UMNO secarang terang menghina hukum Allah, tiada sorang pun pemimpin dan pengikut UMNO tegur/bangkang..

Ulamak dalam PAS menghina pengikut dan pemimpin UMNO dan mengkafirkan mereka..
Pelbagai ulasan dan tomahan yang PAS dapat..

Bro, kata-kata ulamak tu bersandarkan hadith dan quran, ulamak tidak bercakap perkara bodoh, kata-kata tuhan yang mereka sampai semula melalui lidah mereka..

Itu sebab mereka tak sehaluan..

Hamka said...

ok

Anonymous said...

xsetuju dgn
"Golongan yang sedang keluar Berdakwah.
Teruskan usaha murni kamu, tidak perlu melibatkan diri dengan pembakang, atau berkempen untuk kerajaan, politik akan buat maksud dakwah menjadi fitnah..."

sebab dalam kitab Al-Islam Syariatu Al-Zaman Wa Al-Makan (karangan Dr.Abdullah Nasih Ulwan)

ada tersebut betapa hebat dan istimewanya syariat Islam berdasarkan 10 ciri-ciri syariat:

salah satu
Syumul (menyeluruh) :
AlQuran didalamnya telah diceritakan segala sesuatu tentang kehidupan. Baik dari segi ekonomi; catit hutang (alBaqarah:282), Jenayah; Qisas (alBaqarah:178), Perlembagaan; syura @ mesyuarat (asSyura:38) dan even nak masuk tandas pon kita diajar untuk melangkah dengan kaki kiri..

maksudnya, seleruh hidup kita, termasuk politik ada diajar dalam Islam. kenapa xnak amalkannya? nak amal solat,puasa, zakat, haji, dakwah etc. politik dalam Islam xnak tegakkan?

Hamka said...

maksud kau, tindakan sahabat yang tidak menyertai perperangan jamal adalah salah sebab tidak menyeluruh?

adohai...