Nov 29, 2007

Janji Melayu?

(Harap masalah ini dapat di di siarkan di TV3 atau di akhbar Mingguan Malaysia)

Assalamualaikum, kepada semua pembaca blog kereta mayat yang aku hormat dan muliakan sekalian, dah banyak soalan yang korang tanya aku, dari soalan yang panjang berjela kepada soalan yang mengarut gila, dari soalan yang membuat kepala rentung kepada soalan-soalan yang berbentuk kartun, dari soalan yang aku jawab secara langsung kepada soalan yang aku tak pernah jawab langsung, maka sebagai manusia biasa, aku juga ada masalah yang ingin di kongsi, harap korang dapat membantu.

Masalah aku begini,
Aku ada dua orang anak lelaki, seorang berumur 4 tahun dan seorang lagi berumur 3 tahun, muka hensem macam aku dan perangainya memang macam budak budak, iaitu asyik bermain, bergurau senda, lari lari, panjat memanjat, terjun dari tempat tinggi, bergolek dan berguling, buat aksi akrobatik, bergelimpangan dan sebagainya.

Bila malam nak tidur pula, yang ni usik yang tu, yang tu usik yang ni sambil ketawa-ketawa.

Aku yang tidur bilik sebelah bersama isteri sambil belajar biology pun turut terganggu.

Oleh kerana aku tak kenalkan anak aku dengan hantu dan tak ajar mereka takut pada hantu, (takut hanya pada Allah) maka anak aku bila terkejut jam 3 pagipun, masih pergi main main, kadang-kadang berdua, kadang kadang seorang.

Lantak merekalah., jangan ceroboh masuk bilik ayah sudah..

Jadi oleh kerana mereka tak takut pada hantu, aku tak ada idea macam mana nak ‘rasuah’ untuk suruh mereka mengamalkan sesuatu yang baik, seperti duduk diam-diam, jangan rosakkan harta benda awam, jangan bergurau dengan kemaluan, jangan sertai perhimpunan haram dan sebagainya, kalau aku cakap hantu datang cekik mereka, mereka bukannya paham, dan tak takutpun, sebab aku ajar mereka hantu tu macam kucing, (setelah mereka tanya hantu tu apa, pada satu hari kerana dengar anak jiran takutkan mereka dengan hantu)

Tapi Ok jugak budak-budak ni aktif, biarlah mereka menikmati zaman tak boleh solat dan tak payah tutup aurat ni, dah umur sepuluh tahun nanti tahulah aku melempang mana yang patut, rotan aku dah beli dah..

Namun sebagai budak budak, mereka sangat susah makan sayur dan susah nak makan nasik, puas aku dan isteri aku memujuk, tapi mereka tetap tak nak, mereka nak makan lauk sahaja, itupun sedikit, , tambahan pula kartun Popeye the Sailor Man dah ketinggalan zaman sekarang ni, Crubby Patty yang Sponge Bob masak kat Krusty Crab itupun mereka nak buang sayur, tak nak gigit roti dan nak makan daging sahaja, itupun dengan kuantiti yang amat sedikit.
Jadi itulah masalah aku, bagaimana nak pujuk anak supaya makan sayur dan nasik?.

(aku dah bagi pil vitamin tapi masih begitu juga, aku juga tak ajar anak aku makan makanan ringan)

Namun, sebagai manusia, kanak kanak akan sanggup bermujahadah (makan nasik dan sayur) jika kita bagi hadiah untuk mereka, atau dengan nama buruk rasuah, alahai korangpun macam tu, nak rumah besar, kereta besar, sanggup susah payah tinggal anak bini cari rezeki, dan bila mati pulak dah tentu nak bersetubuh dengan bidadari, lalu sabar beribadat.., itu cerita lain.

Tapi masalahnya sekarang, aku dah berjanji dengan anak aku satu perkara yang bakal menggembirakan mereka, tapi bila mereka dah makan nasik dan sayur, aku pula yang gagal laksanakan janji aku tu..

Inilah masalah besar yang melanda aku sejak dua minggu kebelakangan ini..

Iaitu gagal menunaikan Janji !!

Dah dua kali aku berjanji dan dua duanya tak dapat aku tunaikan!!

Korang tahu bukan apa perasan anak aku bila dah dua kali ayah mereka tipu mereka, aku tak nak menipu mereka lagi buat kali ke tiga. Aku takut mereka akan anggap aku sebagai munafik, lalu derhaka pada aku bila dah tua kelak.. oh!

Bila aku terbaca entry dari buku ‘40 kesilapan mendidik anak’ oleh Dr. Hassan Ali, point yang ke 27 dalam bab itu mengatakan bahawa, ibu bapa akan menjadi gagal apabila tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak, membuatkan aku takut..

Aku tak nak kerana kesipalan aku, anak aku sudah belajar tentang 'janji Melayu'.

Sebagai seorang islam, janji adalah antara perkara yang besar. Menunaikan janji adalah kewajipan ummat islam selagi tidak bertentangan dengan akidah…

Mungkir janji termasuk antara dosa besar yang perlu dijauhi. Ia juga termasuk dalam kategori ciri-ciri orang munafik.

Dalam Quran ada cerita tentang manusia yang yang berjanji tapi tidak menunaikannya lalu Allah menjadikannya orang munafik dan dijanjikan pula dengan masuk neraka, (rujuk 75-77 Surah At-Taubah)

Berjanji adalah perkara yang penting, menunaikan janji lagi-lagilah penting!!!

Sebagaimana manusia berjanji, Allah dan RasulNya turut berjanji. Dan janji Allah dan RasulNya pasti di tunaikan…

Nabi pernah berJanji bahawa kerajaan Parsi akan jatuh di tangan Ummat islam, sebagai bukti Kerajaan Parsi akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam di zaman Khalifah Umar Al-Khatab. Saidina Umar r.a dengan linangan airmata terharu akan betapa benarnya janji Allah dan RasulNya lalu menyerahkan gelang kebesaran kerajaan Parsi tersebut kepada Suraqah bin Malik r.a.

Nabi Muhammad SAW juga pernah berjanji bahawa Islam akan dapat menawan Konstantinople (sekarang dikenali sebagai Istanbul di Turki). Instabul adalah bandar strategik kerana ia merupakan jalan masuk ke Eropah, pendek cerita, akhirnya Sultan Muhammad Al- Fatih telah berjaya menawan Konstantinople..

Kemudian mari kita lihat janji Allah pula:
"Sesiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti menolongnya"

Itu adalah janji Allah. Ayat ini biasa di guna oleh para pejuang islam dalam usaha mendapatkan Negara islam..

Apa itu negara islam? Korang paham ke apa itu negara islam?, Kereta islam?, politik islam?, dan zoo islam?
Aku tulis lain kali bab ini, tapi sebelum tu cuba korang baca ayat ini tentang janji Allah..

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa…”
[al-Nur 24:55]

Tafsir oleh ulamak (bukan aku) akan ayat ini adalah.., Allah menjanjikan Negara islam kepada ummat islam apabila sebahagian besar ummat islam telah menjadi orang yang soleh, bermaksud Negara islam akan dapat bila kita buat amal soleh, maka Negara islam adalah termasuk dalam janji Allah kepada mereka yang beramal soleh samalah jugak seperti janji Allah nak beri pahala dan shurga kepada orang yang bermamal soleh..

Maka korang tak boleh jadikan JANJI ALLAH iaitu Shurga, pahala dan Negara islam sebagai maksud perjuangan!! kerana di situ tidak ada ikhlas.., IKHLAS adalah buat hanya kerana perintah Allah,

Jangan jadikan JANJI ALLAH sebagai maksud!!!

Tapi jadikan KEREDAAN ALLAH sebagai maksud, itu yang sahabat dan nabi buat, sebab tu bila sahabat berhijrah ke Habsyah tak dapat Negara islam mereka relax sahaja, kerana mereka jadikan KEREDAAN Allah sebagai maksud, sebab tu bila nabi SAW pergi taif dan tak dapatpun Negara islam, tapi Nabi cool sahaja, kerana nabi just nak redha ALLAH !!!

Dalam ayat di atas:
ALLAH perintah kita buat amal soleh dulu, barulah ALLAH akan bagi Negara islam,

Atu nak bagi senang paham,
ALLAH perintah kita buat amal soleh dulu, barulah ALLAH bagi shurga!!

Korang faham tak???
JANGAN JADIKAN JANJI ALLAH SEBAGAI MAKSUD, KITA KENA JADIKAN KEREDAAN ALLAH SEBAGAI MAKSUD..

BILA KITA DAPAT ALLAH, KITA AKAN DAPAT SEGALA GALANYA!!!
Kita akan dapat pahala, ketenangan hati, rezeki berkat, anak soleh, isteri solehah, pahala, shurga, dan Negara islam!!!

DAN BILA KITA TAK DAPAT ALLAH, MAKA KITA TAK AKAN DAPAT SEGALA GALANYA!!!
Malahan kita akan dapat dosa, susah hati, rezeki sempit, anak derhaka, isteri curang, dosa, neraka, dan kerajaan yang zalim!!!

********
Arghhh, aku dah tersasar dan bermosi pula, bermula dari cerita anak aku yang tak nak makan sayur dan nasik, berakhir pula dengan cerita pembakang yang nak Negara islam, (tapi terlupa beramal soleh.., akupun..isk)

Baiklah aku tammatkan entry ini di sini, karang naik syekh pula, berbalik kepada masalah aku.

Masalah aku adalah,

Pertama:
Aku tak pandai nak pujuk anak aku makan sayur …

Kedua:
Aku dah janji dengan anak aku jika mereka makan nasik dan sayur ayah akan bagi mereka sesuatu habuan tapi aku gagal menunaikan janji..

Habuan ini aku dah janjikan dua kali, tapi kedua-duanya gagal aku tunaikan iaitu pada hari Ahad jam l1.30 pagi pada minggu lepas(25 hb N0V 2007) dan minggu lepas yang satu lagi (18hb Nov 2007).

Ini semua adalah gara gara aku membaca Mingguan Malaysia ruangan Intisari rangcangan yang menyatakan Ultraman MAX akan di tayangkan di TV3 jam 11.30 pagi,

Akupun terus menjanjikan anak aku peluang menonton Ultaman Max dengan sayrat mereka kena makan nasik dan sayur, merekapun makanlah.., tapi tunggu punya tunggu TV3 siarkan rancangan lain, iaitu Detective Conan, tak mengamuk anak aku?,

Apa ke jadah Detictive Conan di tayang dua kali, iaitu pada jam 11.00 pagi dan 11.30 pagi? adakah Technician TV3 silap? Kalau silap kenapa sampai dua minggu berturut-turut? Mana janji islam hadrari kamu yang di nyatakan di perkampungan hadhari tempoh hari? Dan jika tayangan Ultraman Max bermula Desember depan, kenapa Mingguan Malaysia hari Ahad melaporkan berita yang salah? Adakah Mingguan Malaysia yang tersilap atau TV3 yang tersilap?

Tak ke Hampeh?!!!

Ps: Aku nak boikot TV3 dan Akhbar Mingguan Malaysia, siapa nak joint?!

34 comments:

Anonymous said...

kenapa kau sekarang banyak cerita pasal politik?

demam pilihan raya ke?
(aku nk jadi pengomen pertama)

zarch said...

Syaidina Umar pernah berkata, "Makanan yang paling lazat adalah kelaparan", kerana bila lapar, semuanya lazat rasanya, tapi saya belum berani nak cuba teori ni pada anak saya, kerana anak saya kecil lagi, bila time nak minum susu, habis satu flat kedengaran suaranya menanggis.

Anonymous said...

apekehalnye nak otromen sangat tuuu... xyah susah2... ko berlakon la jadik otromen... pastu ko suruh orang rumah ko jadik resaksa... abis citer... hahahaaa...

Anonymous said...

Aaaa baru je mula baca blog ni..
2nd time seronok tgk blog org...
1st time dulu tgk blog ehem2..
heheh...
Tp aku dgr maulana Saad mcm x bagi je buat blog2 yg menyentuh perkara2 mcm "ni"
Sori kalo tersilap...
Org baru laa katakan----->muallaf

azharjaafar said...

Kau belajar biology aje ke? Fizik & kimia tak belajar sekali?
(maklum la, aku dulu kelas sains).

Anonymous said...

Saya nak belajar biology jugak..

Eh, saya dapat A dulu...

Ehem..ehem..

Anonymous said...

rase nye mgg cite detective conan tayang 1 jam..mmg ade iklan dalam tv3 pon..maybe minggunan malaysia salah..mmg selalu tulis salah, tayang cite lain plak

Anonymous said...

Kalau dah janji ngan budak2 kenalah tunaikan. Kesian kat depa...menanti penuh harapan. Apa kat Hamka beli aje CD Ultraman tu. Kalau takde VCD/DVD player, pasangle kat komputer. Hmm, tentu ade komputer kan sbb selalu tulis blog. Kalau pi kat kedai Speedy, Insya ALlah, boleh jumpa VCD tu.

hamka said...

ali

habis kau nak aku cerita pasal apa, ali? Pasal tongkat ali?

--------------
zarzh

aku ada sorang lagi anak perempuan, setahun dan masih menyusu, tapi yang ni bukan kata sayur dan nasik, semua benda yang di capainya akan di makan..oh!

---------
busu

tapi sebab dah belajar biology, ultarama ‘lawan’ raksasa, akan dapat anak jenis apa pula?

Woha!

--------
Muallaf

Blog ini bukan di tulis oleh orang ‘tabligh’ harap maklum…

Saya juga sedang belajar ugama…, (dah lama masuk islam?, boleh email, kita cerita sikit)

--------------
Azharjaafar

Fizik dan kemia kat dapurlah bang…

(jangan ponteng kelas sains)

----------
Wan Mohd Faiz

Kau belajar bio teori dulu, balik Malaysia baru cari calon, ok..

---------------
Anonymous

Tapi dalam iklan kat Tv3 pun ada bagitahu Ultaraman Max jam 11.30 pagi, mungkin desember depan kot.., harap hari ahad ni adalah rangcangan tu..

-------------
UmmuSarah

Aku dah download dari youtube.., macam-macam ultaraman ada, ultaraman fatherpun ada.. he he

Anonymous said...

apa lagi..
lets bring all the kids to the street!
kita demo depan sri pentas!
himpunan 100 000 kanak2!
pkai tshirt kiki lala kaler pink..

Anonymous said...

askm hamka...
kes ko ni sama ngan kes aku jugak ler...anak aku yang sulung pun susah jugak nak makan nasi ngan sayur & lauk....tapi kite kene cakap jugak benda yang betul...tak yah rasuah2 budak ni...nanti mesti depa tuntut punya....dalam kes anak aku, aku slow talk ngan mereka cakap kalau tak nak makan nasik ngan lauk nanti apa jadi....badan lambat membesar , tak cukup zat, sakit tak leh nak kesekolah tak leh main ngan kawan and so on....pas tu ambik ler contoh sikit dlm tv , tengok macamana susah org2 miskin tak der makanan dan hidup melarat....bodek lah depa sikit....tu jer cara aku buat...pastu lama2 depa pun start makan nasik ngan lauk ..kita pun jack ler depa....

hamka said...

adik kecewa

jangan dik, kerajaan cukup marah jika libatkan kana-kanak dalam perhimpunan haram, err, kenapa colour pink?

--------
haliabara

salam..

betul apa yang kau cakap tu, macam manusia yang lalai dalam ugama juga,
kita kena ‘berunding’ dengan mereka..
bagi fahdail amal supaya ghairah datang..
bagi sikit-sikit Masail, dan ancaman akibat tidak beramal..

lepas tu tawakkal, insyAllah..

Anonymous said...

Sini la aku jadi babysitter. Anak-anak buah suma kecik-kecik dah makan sayo. Senang je nak kasi budak makan sayo buat jus sayor campor ngn buah cth: Carrot+orange+fresh milk.. brokoli+green apple+honey.. sayor seperti kangkong atau kobis tak sesuai hehehe..

Azlan Zed said...

hehe. kesilapan teknikal kot. pujuk cara baik. insya'allah berjaya. :)

Anonymous said...

to all adik2 peminat abang yg baca blog kereta mayat(bagus adik2 ni.. kecik2 dh igt mati.. teruskan:) ..abg nk mintak maaf banyak2.. abg xdapat on air aritu atas masalah2 teknikal(sendiri fikir)..

to abg hamka,tak baik berburuk sangka pada tv3 ngn mingguan malaysia..salah saya,saya yg malas buat kerja sebenarnya..sebab tu la cite saya x maju2..jalan cite still mcm tu jugak, even sejak abg hamka kecik2 dulu..jgn dek pijat seekor habis sekelambu dibakar.. teruskanlah meng'support' tv3 dan mingguan malaysia..mereka tu produk tempatan,bukan yahudi..

to adik kecewa,jgnla terlampau kecewa..x usahlah smpai nk berdemo dpn seri pentas..nnti kene sembur air kimia..raksasa abg cakap lagi sakit kene air kimia dari kena fire tau!

to detective conan,masih banyak pasal lu cover line gua haritu.. nnti gua payung lu nasi dagang mok ngoh..

oklah,salam penuh ta'zim dari planet kosmos,khas dari ultraman,isteri dan seisi keluarga buat para pembaca keretamayat sekalian.. babai!

(p.s:walau se'ultra' manapun seorg lelaki itu,nescaya kelak dia akan menjadi mayat..)

Abu S.H said...

salam,

1. selain biology, boleh juga blajar geography dan topografi.

2. tak lupa juga pendidikan islam ; munakahat

3. juga subjek ekonomi asas (demand and supply)

4. add math dan fizik pun boleh utk kira beban, sesaran , halaju, tekanan

5. dan akhir sekali sign language (tak elok bercakap)

6. jgn lempang anak...(hukum di bahagian kepala)

7. teruskan citer pasal org degil politik....aku selalu amik post kao..aku dah tak reti nak explain

8. hamka juga cakap kepada anak2nya bahawa air berkabonat itu ialah air ubat..tipu khatan ke tu bang?

9. cam ner nak istiqamah tullih blog nih? aku sibukkk je memanjang sejak akhir2 ni....tensen tul!


9.

Anonymous said...

tu kena gi angkasa dulu... wat ujikaji macam si muzapar... baru kita lihat hasilnyeee... maybe dapat resaksa kepala otromen kot? haru le jawabnye orang jepun nak create otromen spesis baru nih... hahahaaa...

Anonymous said...

dalam banyak2 otromen takde ke yang makan sayur?huhuhu..
kalo ada download la bg anak2 kau tgk..insyaAllah mereka akan suka makan sayur...

Anonymous said...

korang tau tak kenapa kambing tak pernah gi hospital?

sebab beliau makan sayur dan rumput2 yg bagus untuk kesihatan.

"tapi kalo makan sayur kang jd cam kambing lak..."

so jadilah orang yang beriman dan beramal soleh...kerana itu bukan sahaja membezakan kita dengan kambing tetapi juga melayakkan kita untuk mendapat negara Islam...

takbir!

p/s:aku sebenarnya tengah boring.blog si hafizbar pon dah tutup.tinggal blog ko sorang je skang yg tak bosan.teruskan ketidakbosanan ini.yehaa

Anonymous said...

salam..

memula..
hamka makan sama-asam dengan anak2 dalam talam ke pinggan ke, emm bila time jumpa sayur, rebut2 dengan anak2.. then mung makan.. tiba-tiba mung buat aksi jadi .. teng..teng ultraman...!!
pastu.. mung buat aksi2 ultraman..
macam nak gaduh dengan raksasa, buat2 gaduh dengan ummi..
hehehe..
then cakap dengan anak2 JANGAN makan sayur nanti jadi ultraman!!
pastu asingkan sayur2 tue cakap bahawa nie makanan org jadi kuat MACAM ultraman.. hehehe

-musti dorang rasa tercabar dengan amaran JANGAN makan sayur...
agak2 dorang makan tak?
ape kate blogger lain?
-teori reversed psikologi applied..

-abu jahat

azharjaafar said...

Lebih heran kalau tengok singa makan 'sayur' rumput macam kambing.. Cerita lanjut kat sini.

Anonymous said...

assalamuaalaikum...

" jangan la berjanji sesuatu yang tak pasti "

hehehe...
mungkin bro. pernah dengar citer nabi Sulaiman a.s yang bela semut selama setahun dlm botol, dan baginda berjanji nak bagi sebiji jagung setahun, tapi...bla bla bla..bro. rujuk semula sipnopsis citer ni..ni intro je..dan endingnya..semut tu tak yakin ngan janji nabi Sulaiman...melainkan janji Allah...

" semua janji itu BERAT ..."nampak je remeh temeh..tapi malaikat kiri kanan ..tulis jugak...

x pun bro. beli lah barang keperluan yang ada kaitan dengan ultraman tu..gelas air ke..bekas air, sudu garfu atau barang-2 sewaktu dengannya yang ada relative dengan makanan dan minuman..pastu bro. isi la makanan dlm tu....tak pun..kalu bro. kreatif bro. hiaslah sayur tu macam bentuk raksasa..dan kalu bro. nak suh anak bro. jadi ultraman..bro. suh ar dia makan..hahahha

adiosss

* kalu rajin bro. g la..survey topeng ultraman /raksaksa ..dan .. feed la anak-2 makan sambil pakai topeng tu...dan pepadailah buat dialog menarik semasa acara menyuap nasi ... -

** lagi satu...kalu bro. dah berjaya yakinkan anak-2 bro. pasal tak takut hantu...mungkin bro. akan berjaya jugak yakinkan anak bro. supaya jgn takut sayur dan nasi...makan je..!!

Good Luck!!

Anonymous said...

Ikut sunnah ke tengok otromen?

Rasulullah dulu ada buat ker????

Orang suruh boikot sebab nak pertahankan nasib umat Islam di Palestin dan lain2, ko tak stuju...

Boikot sebab ultraman tak tayang boleh pulak???

Mana pergi champion sunnah???

Anonymous said...

lawaks..ntahapentah..

sama ada baru masuk sini..
atau pun tak paham2 'cara penulisan' kereta mayat.

teruskan komen bernafsu marah dan angkuh anda..teruskan...

ko memang champion...

hahaha

Anonymous said...

komen ntahapentah menunjukkan sikap tidak puas hati...

islam tidak bertindak begitu kejam sehinggakan seorang anak kecil pun mengikut sunnah...

dan telah kita fahami bahawa siapa yang pandai menilai mengikut akal haruslah faham maksud penulis adalah untuk memujuk seorag budak kecil, mungkin ntahapentah masih belum faham konsep mumaiyiz dalam islam.

kepada ntahapentah tulisan seseorang terkadang menunjuk kan sikap keperibadian seseorang.. oleh itu jangan lah mengikut nafsu amarah kamu...

azharjaafar said...

Jangan marah dia sebab dia memang ntahapentah..

Anonymous said...

tapi dia dah mumayyiz...kot.. :P~

Anonymous said...

ntahapentah ni lawakla..
Tak nak jadi kartunis majalah ujang ke? ataupun majalah gila-gila ke..
sure diorang bagi royalti barang sekupang dua untuk lawak hang yang bernas tuh..

Anonymous said...

rasulullah ada boikot ke untuk pertahan nasib umat islam?

ntahapahapantahkoni...

baik ko baca btol2 entri hamka pasal boikot dulu sblom ko kena fire ngan otromen

hamka said...

jiji

bestnya jika kau yang jadi babysitter aku, err, maksud aku: anak aku, inipun termasuk dalam masalah yang aku nak mengadu, siapa yang serius boleh email!!

---------
alan zed

ahad baru ni aku outstation, errr, masih berlaku ke kesilapan teknikal tu?

--------
ultraman MAX

dulu aku tengok filem bukit kepong, babak ending dia hero terperangkap dalam rumah terbakar, dan ada satu kayu yang jatuh atas badan dia, aku ingat tv3 kena buat filem bukit kepong part2, iaitu lepas kayu tu jatuh, keluar satu cahaya dan dato’ jins shasudin terus bertukar menjadi ulraman, dan kalahkan semua jepun, macam best tak?

---------------
abu_harraz

cam ner nak istiqamah tullih blog nih? Aku pun tak dapat nak istiqamah, masa zaman kegemilangan aku dulu, aku boleh tulis 3 entry satu minggu, sekarang satu entry satu minggu sudah di kira rajin..

aku ada penyakit, iaitu susah nak tido awal, kadang kadang tak tidu langung, masa tu aku rajin tulis blog..

ps: takpe tak istiqamah tulis blog, bukannya ‘afdal’ sangat, ada banyak lagi komitment lain yang patut kita buat, setuju tak?

-----------
busu

he he he

--------
seifu

popoye the sailorman jer yang makan sayur kot,

nampaknya jika ada ultraman yang jahit baju, dan kita download tengok, tentu budak budak ni pandai jahit baju kan?

Ps: kambing makan sayur sebab dia lapar..

-----------
abu jahat

letih nak buat camtu, senang aku lempang jer, baru boleh jadi ‘abu jahat’

ps: jangan jadi abu jahal sudah, abu lahab pun jangan, ..janji, lahap makan sayur..

-----------
azharjaafar

pernah dengar cerita tu, dan tergelak dengan istilah “keperibinatangan”, dan kagum dengan moral, dan rasa kasihan pada gerakan so call Islamic yang nak ‘tanduk’ tu...oh!

--------
Dasira

Aku cuba!

Doakan aku berjaya..

Jika aku gagal, jangan putus asa menyokongku,

Aku cuba..

Malaysia boleh!

--------------
ntahapentah

rupa-rupanya aku dikenali sebagai champion sunnah…
baru aku tau….

:)

Anonymous said...

Amat berminat tapi kita berjauhan@!~ Ececeh.

DBI said...

hamka,
mmg payah nak suruh budak budak makan sayur..pahit sayur ni..

boleh cuba belikan vitamin vydalin minibear with garden vegetable..sebagai gantian untuk budak yang tak nak makan sayur.

Anonymous said...

lerr..
Hamka. apa ko susah2..

ko beli jer... kicap-al-arqam dan mee-maggi...

lepas tu ko masak lah sayur dengan mee-maggi tu...

kalau kurang masin, ko tambah jer la kicap cap al-arqam....

alaa.. cam x biasa plak....

kau kan jenis alim-alim mee-maggi dan alim-alim kicap...

hamka said...

jiji

Ececeh.!!!

----------
DBI

InsyAllah, aku beli..

---------
enforcer_hakim

alim-alim mee-maggi ,
masak dua minit tapi tak tahan lama..

alim-alim kicap,
Tak payah masak tapi tahan lama..

Errr, kau bekas anggota arqam ke? Kat mana ada jual Maggie dan kicap tu, aku nak beli!