Nov 1, 2007

Bercakap dengan Malaikat?

(Suatu hari nanti, akan dengar berita akan Penulis kereta mayat menjadi mayat...)

Aku sedang tidur, tiba tiba Hand Phone aku bergetar serentak ring tone korus lagu Cromok ‘I’m not belong here’ berkumandang, aku capai telephone, tekan butang hijau dan dengar suara sorang lelaki, aku cam itu adalah suara seorang peminat blog aku, setelah berbalas salam dan bertanya tujuan, aku dengar suara seorang wanita pula, merangkap kakak dia yang menyatakan telah minta izin suami terlebih dahulu untuk berdialog dengan aku. (Hmm, wanita beriman selalu begitu.)

Depan mata aku terlihat dua anak lelaki aku sedang berlari-lari bermain-main, kat tangan ada objek mainan, sorang umur 4 tahun, sorang nak masuk 3 tahun. aku melilau mencari sorang lagi anak aku, pusing kepala 360 darjah, baru nampak ada kat belakang kerusi rupanya sedang sepahkan surat khabar, umur baru setahun lebih.., mana isteri aku? Bisik dalam hati..

Kakak dalam tepon cerita kisah dia dapat mimpi menjadi mayat, masa sakaratul maut memang menyakitkan dan roh dia tetap berdiri disebelah jasad dan menangis mengenangkan nasib dah jadi mayat sambil menyesal dan takut..... kemudian kakak tu dapat lihat jasadnya dimandikan dan dikapankan..... dan dihantar untuk disolatkan hinggalah dikebumikan.... selepas 7 langkah terakhir suami beliau meninggalkan kubur lalu datanglah malaikat menyoal, dia dapat dengar suara malaikat azab tapi tak nampak wajah, malaikat menyoal dengan baik dalam bahasa arab dan kakak tu faham pulak soalan yang diajukan.... tapi tak tau apa nak dijawab kerana mulutnya dikatakan tertutup rapat seperti digam.

Kemudian kakak tu dipukul dengan tali yang di objekkan daripada petir dan kilat.... beliau dipukul sampai hancur dan jatuh daging dari jasad dan terbenam dalam tanah, masa malaikat soal beliau sedang posisi duduk (bukannya berbaring macam mayat) lalu malaikat menarik rambut kakak tu keluarkan dari dalam tanah yang terbenam dan tercantum semula daging yang hancur tadi tapi sakit dan perit sekali memang tak dapat dilupakan..... dan sampai sekarang ketika berdialog dengan aku beliau melaprkan masih ‘terasa’ sakit!!

Aku tengok anak perempuan aku sepahkan surat khabar, tengok kat mulut dia takut-takut termakan sesuatu yang bukan makanan, air liurnya nampak meleleh, aku dekati dia, kemudian sapu air liur itu dengan hujung bajunya, kalau bini aku nampak tentu kena tegur.. Mana bini aku?

Kakak dalam telefon teruskan cerita yang beliau merintih dan menangis sepanjang di azab dalam kubur, beliau menjerit kesakitan sambil menyebut Allah hu akbar sakitnya kenapa aku di siksa macam ni sedangkan semasa aku hidup aku taat pada perintah allah dan suami (masa tu tetiba sahaja mulut kakak tu boleh berkata-kata pulak lapornya)

Kemudian terdengarlah suara malaikat yang menakutkan mengatakan beliau di azab di atas beberapa kesalahan, antaranya lalai dalam solat, solat lengah-lengah, tidak tutup aurat sempurna, tidak ikhlas dalam bersolat dan tidak buat dakwah pada rakan-rakan dan jiran-jiran serta adik beradik walaupun tahu mereka buat dosa.

Aku terkejut juga bila dengar wanita yang tidak buat dakwah kena azab, dahsyatnya.. apatah lagi jika aku seorang lelaki?! Oh!, tapi aku masih selamba dan cool, baru bangun tidur.., dalam asyik dengar cerita, anak nombor 2 aku menangis, si abanglah yang usik, aku jenggilkan mata pada anak sulung aku dan terus pasang telinga..

Dalam kakak tu kena azab, beliau cerita bahawa siang malam beliau merayu pada Allah supaya dikembalikan ke dunia, nak jaga solat, nak tutup aurat sempurna dan nak buat dakwah.., tapi malaikat bagitahu semua ahli kubur mintak perkara yang sama iaitu nak balik ke dunia, dan semua tak dapat.., tapi kakak tu dalam azab dan derita siang malam mintak dengan Allah supaya di kembalikan ke dunia..

Pada waktu itu, segala dosa terbayang dan teringat, kata Kakak tu tentang dosa yang dia lakukan semasa di dunia antaranya masa beliau tengok tv dengar azan , beliau fikir solat boleh qadak, tapi kalau cerita tv habis tak tau kesudahan nanti.... (ada orang cam gini rupanya) dan kadang rasa beban kerana baru je solat dah nak solat lagi.... dan rajin dengar radio mencari hiburan didunia yang melalaikan....., (aku selalu gak dengar radio..oh) kakak tu terus merayu untuk dihidupkan kembali dan memanggil ya Allah ampunkan dosa ku , ya Allah hidupkanlah aku 1 kali je lagi, aku janji takkan lalai lagi.... dan beliau masih dipukul tapi dengan permintaan yang sama beliau tetap merayu tanpa jemu, lalu di herdik malaikat dengan suara yang menakutkan iaitu, betapa semua ahli neraka minta perkara yang sama dihidupkan semula.... tapi bolayan..!!!!

Aku tanya bilakah beliau dapat mimpi tu? Katanya tahun lepas, (oh baru lagi,) dan beliau teruskan cerita, iatu tak lama selepas beliau merintih dan mengadu, akhirnya terdengar satu suara lain yang memberi peluang untuk beliau kembali ke dunia, beliau lantas di pukul malaikat lalu tercampak dari kubur yang meletup dengan kain kapan yang masih berdarah......, terjaga dari tidur, beliau tersentak bangun dan rasa tubuh seperti baru kena tuang air panas, walaupun mimpi tapi terasa benar-benar terjadi...., beliau terus menangis tanpa henti-henti...dan memohon keampunan dari Allah keatas dosa yang telah dilakukan.....

Aku dengar suara isteriku dari dapur, juga suara wanita wanita lain, wanita kaya yang nampak sungguh bersih juga ada barangkali. Anak aku sudah berhenti menangis dan mulai menyambung permainan, menghabiskan tenaga libido.., oh! Baru aku synchronize bahawa aku sebenarnya kat rumah orang, bersempena kenduri pertunangan anak saudara bini aku, aku dah jamak solat, dan aku tertidur keletihan dan kekenyangan kerana baru habis majlis Akikah anak perempuan aku serentak dengan majlis pertunangan anak saudara sabit,

Abang ipar aku ni ada bela banyak lembu, dan sempena pertunangan anak sulung dia, aku tumpang satu bahagian sebab anak aku perempuan, eh!, Anak bongsu (setakat ini) aku sedang menangis pulak, aku hampirinya, dan tepuk-tepuk pujuk. Sedang telinga terus menerima gelombang dari handphone..

Cerita Kakak tu tiba ke fasa seterusnya, pada mulanya beliau menjalani kehidupan seperti biasa tanpa rasa apa-apa lagi. Mimpi is mimpi, dan life goes on, dan beliau masih tengok tv dan dengar radio... (manusia selalu ada iktiar hidup bukan?) tiba-tiba masa sedang tengok tv beliau 'dengar' satu suara datang bertanya dimana janji kamu? beliau tersentak dan terus matikan tv dan beristifar..... malam tu kakak tu bermimpi bertemu dengan suara tu dan suruh beliau tepati janji masa di azab dalam barzakh tempoh hari....jangan lalai tengok tv dan dengar radio sampai lupa Allah....

Anak aku masih menangis, aku selak lampin dan intai bontot, manalah tahu kot-kot ada tahik ke apa?, takde, tapi lampin dah berat, kencing banyak dah ni, aku dukung dia dan cari bini aku sambil terus pasang telinga..

Tidak lama selepas mimpi itu beliau kini dapat mendengar suara ghaib yang akan menegur beliau jika buat salah dan akan menasihat beliau bila ada kemuskilan.. sebagai contoh, jika kakak tu lengahkan solat, suara tu akan ingatkan balik janji dari dalam kubur, jika lalai dan lagha, suara tu akan sound supaya tidak lagha.., bila di tanya suara siapakah ini?, maka suara itu mengaku bahawa dia adalah malaikat dari alam hakikat, bila di tanya dalil?, lalu suara itu merujuk ayat Al Quran surah (aku tak ingat) dan ayat (juga aku tak ingat,), masa tu bini aku datang ambik anak dan gerakkan mulut tanpa suara bertanya dan angkat kening yang bermaksud;

“abang cakap dengan siapa?”

Dan aku hanya tunjuk tapak tangan dengan jari kembang yang bermaksud;

"kejap, abang sedang cakap dengan kawan abang, nanti abang bagitahu siapa dia, lagipun ini perempuan, nanti banyak soalan pulak, pergi tukar lampin anak dan tengok anak kita yang dua orang lagi tu, abang sibuk ni, sedang menambah ilmu di dada, dah-dah jangan buat muka konfius, pergi kemas barang, jap lagi nak balik kuantan.”

Bini aku angguk tanda paham, walaupun aku cakap dalam hati.., kami bercakap menggunakan gelobang magnetik.(tipu)

Akak tu cerita lagi tentang diri dia yaitu bila dia nak tengok TV atau dengar lagu, suara itu akan sound dan remind balik janji dalam kubur, dan bila akak tu cuba beralih arah dengan dengar lagu Nasyid pun suara tu ingatkan bahawa ZIKIR lebih bagus... lebih eloknya zikir sendiri bukan dengar radio ikut zikir....dan disuruh menutup yang sebenar aurat dengan sempurna dan disuruh membaca tafsir alquran sebenar-benar firman Allah dan hadith rasullullah untuk berdakwah bukan main ikut suka hati nak berdakwah ikut hadith yang tak sahih...

Walaupun cerita Akak ni pelik dan jarang-jarang aku dengar, tapi aku tetap berwajah dan bersuara selamba, tidak menunjukkan aksi seperti mat minah foward yang mendapat email forward lalu ulas ntah apa-apa dan bagi ancaman jika tak sebarkan, jadi, aku memang cool.(perasan baguslah pulak)

Aku pernah dengar ustaz cerita tentang ada ulamak ulamak bila nak buat keputusan dalam bermusyuarat melantik pemimpin, akan keluar kenyataan seperti: ”siapa yang tak dapat tengok Malaikat, sila keluar. (Yang tinggal dialah yang akan jadi pemimpin sekian-sekian.)” Ok, jangan tanya dalil cerita tu, kerana aku dengar dari BUZNAMA dan dengar setakat itu.., dan aku tak payah ulas benda yang aku tak paham, balik kepada dua penduduk Malaysia yang sedang berbual-bual di telefon bimbit tadi, mari kita dengar lagi apa akak tu bercerita..

Antaranya:-
  • Kita bukan di utus untuk berdakwah, tapi di perintah untuk berdakwah.
  • Alif Lam Min bermaksud, Alif untuk Allah, Lam untuk Jibrail, Mim untuk Muhammad,.kitab ini alquran tidak ada keraguan padanya jadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.
  • Doakan orang islam yang mati dalam kubur di ampunkan Allah, termasuk dosa syirik kecil.
  • Tidak boleh bunuh orang kapir sewenang-wenang.
  • Banyakkan baca Tafsir Al-Quran, dan berhati hati merujuk hadith.
  • Kerahmatan Allah mendahului Kemurkaan Allah.dan kiranya sesiapa bertanya tentang ku (Allah) katakanlah aku terlalu hampir dengan mereka.
  • Dalam doa kena selalu mintak Rahmat Allah
  • Seksaan Allah amat pedih bagi yang engkar dengan perintah Allah.
  • Seorang manusia yang melalaikan manusia yang lain daripada mengingati Allah akan di azab dengan teruk.
  • Kasih Sayang Allah amat besar mengatasi kemurkaannya.
  • Jangan berdakwah tentang ancaman semata mata. katakan sesungguhnya Allah maha pengasih dan pengampun.
  • Khabarkan kepada pendosa bahawa Allah Maha pengampun asal kamu bertaubat.
  • Jangan perasan bagus dan riak fikir dah banyak buat amal.
  • semasa berita nurin disiarkan suami aku tak kasi anak-anak aku gi kedai aku pulak memang malas nak keluar....tengah aku susah hati malaikat tu datang bagitau tak payah susah hati boleh suruh anak kamu gi kedai pastu berdoalah kat Allah ya Allah aku serahkan anak-anak ku dibawah lindungan mu ya Allah, selamatkanlah anak-anak ku dengan rahmat mu ya Allah dan suruh anak-anak kamu baca suruh surah an nas dan falaq pergi dan balik tanpa ragu dan yakin dengan Allah.

Sedang asyik pasang telinga, Tiba-tiba, aku teringat, dari bangkit tidur tadi dan sedang asyik bersembang, aku belum solat asar rupanya, oh, alangkah laghanya aku, nanti aku kena azab dalam kubur baru tahu, kena azab kerana solat lengah-lengah, di panah kilat dan petir, di pukul lalu daging di badan tanggal dan tulang temulang terbenam dalam tanah, tempat yang cedera bertambah sakit seperti di jirus air panas.. oh oh oh!

Aku tamatkan panggilan dengan alasan ada 'tetamu’.., padahal aku nak pergi solat Asar, maafkan aku kakak, kirim salam kat suami..

Petang tu ketika aku nak solatkan Asar, tiba-tiba terdengar suara dari hati aku sendiri..

"hamka, bukankah kau sudah solat asar tadi sebab dan buat jamak takdim?”

"ye tak ye juga”.

Lalu aku pergi ke dapur minum teh tarik yang bini aku buat, sebelum berangkat pulang, aku bersalam dulu dengan abang ipar, kemudian, dari dalam kereta, anak bini lambai tangan insyarat 'bye’ kepada ipar duai dan anak buah, lalu aku membunyikan hon sejurus menghilang dari pandangan mata mereka....

Sekian.

(Berlaku pada 7 syawal, petang)

Ps: Nanti, suatu hari nanti, jika aku sudah tidak update blog lagi, ketahuilah bahawa aku sudah berjumpa dengan Malaikat...

48 comments:

nuril iman said...

assalamualaikum...
bro hamka..
thanks 4 the new entry...
sy mmg tertunggu2 pun..
dr td on9..refresh punye refresh..tgk2 dah ade..suke betul sy..thanks lg sekali...

ermm...seronoknye kakak tu..dberi hidayat secara jelas dan nyata..semoga kekal dlm keimanan...dan moge sy jgk n seluruh umat Islam diberi hidayah sebegitu...insyaALLAH

LadyQ said...

Salam En Hamka,
Nampaknya, perempuan pun kena berdakwah. Adakah sama cara perempuan berdakwah dengan cara org lelaki? Perlukah kami juga buat dakwah umumi, khususi, usulli etc ? Kalau kita nak berdakwah dgn kawan,bagaimanakah nak mulakan ya? Iyalah, kalau salah cakap, nanti kang ada pulak yg kecik hati. Apa mukaddimahnya? Macamana nak dpt hikmah ? Sorry, banyak soklan.

abu_harraz said...

aku pun selalu dgr suara-suara...tapi kompem bukan malaikat....

itu ialah suara2 sumbang yang mengeji...kerana mereka belum faham..

doakan aku dan mereka...

ameen

alan zed said...

pengalaman yang menarik...

Hamka said...
This comment has been removed by the author.
Hamka said...

nuril iman

walaikumusallam..

hari ni dah takdir Allah, aku masih hidup..esok esok, kau refresh-refresh, aku tetap tak hidup balik, sedang terbaring di hampit tanah..

sedekahkan aku al fatihah

---------
LadyQ

Panjang ceritanya..

(pendekkan)

Rujuk ustaz.

Ps: Galakkan Muhrim keluar belajar berdakwah, solat jemaah dan menuntut ilmu, lain kali mungkin boleh tulis tajuk ini, “bagaimana perempuan bedakwah”..

Teringat satu syair berbunyi begini lebih kurang:-

Telah lama kamu wahai lelaki menikmati hidup di celah lurah neraka di antara kangkang isterimu..
Lalu datanglah si kafir menyerang yang membawa kamu peluang untuk ke shurga..

Faham?

-----------
abu_harraz

cerita aku masa bujang dan belum suka ke surau,

aku sedang tidur, masuk waktu subuh, tiba-tiba ada orang tablih kejut aku bangun, terkejut aku sebab macam mana dia boleh masuk rumah aku, bila aku bangun, dia tiba-tiba hilang, aku pergi surau jumpa dia dan tanya betul ke kau buat itu ini, dia mampus tak mengaku, Cuma dia kata dia memang doa supaya aku jadi ahli surau tahajjud tadi,

siapa kejut aku, malaikat? Jin, hantu?

Lantak engkau ler, tapi terima kasih, buat hari haripun takpe....

--------
alan zed

menarik bukan menjaga anak seramai tiga orang, anak tak sempat besar, boleh yang lain pula, baju tak sempat tukar, anak ramai terlajak, bini pakai lawa, sapu licu dan bedak, hati tak boleh sabar, asyik nak duduk dekat.

Nikah tiga tahun boleh anak tiga orang, yang kecik dukung, yang besar merangkak baru pandai berjalan, dalam perut kembung nak keluar dah esok lusa.. arghhh, apa aku merepek ni?

DBI said...

salam...
menarik dan menginsafkan..tapi camana nak kekalkan keinsafan tu yer...selalu insaf sehangat tahik ayam sajer..lepas dah sejuk hilang insaf tu....

Anonymous said...

aku rasa kalau nak insaf, kena hari hari baca blog ni sebagai remind untuk diri sendiri.

Anonymous said...

baca komen blog ni hehe.. http://arts4life.blogspot.com/2006/03/mayat-ulasan-yang-terpulas.html

Anneesa said...

Salaam Alaikum Akhi,

Ana ada satu soalan.

Doakan orang islam yang mati dalam kubur di ampunkan Allah, termasuk dosa syirik kecil.

Ana kurang faham dengan ayat di atas. Boleh akhi terangkan sedikit? Insya-Allah.

Ladyq: Tip dari seorang muslimah yang hina dan kerdil, ana dan akhowat ana membuat halaqah dan insya-Allah, menjemput para muslimah yang lain untuk sama-sama bertarbiyah. Tu pun insya-Allah, kira berdakwah. Insya-Allah...uztaz cakap :D

hasni said...

ana pernah mendengar ceramah tentang seorang ulama supaya tidak mementingkan diri sendiri dalam berdoa dan didalam ceramah beliau umat islam dikehendaki untuk mendoakan setiap para ahli ahli kubur yang beragama islam supaya diampunkan dosa dosa kecil , dosa besar dan syirik dan katanya kita hanya meminta dengan ikhlas dan hanya Allah yang berhak mengampuninya. itu yang ana tahu, jika ada salah ana minta maaf.

Hamka said...

DBI

Mengekalkan keinsafan ada 4 cara.

1. Berguru dengan guru yang tidak mintak upah dan amal Sunnah (guru Mursyid)

2. Berkawan dengan sahabat sejati (saling tegur menegur dan menasihati dalam perkara ugama)

3. Sentiasa jaga akhlak sehingga musuh tiada peluang mengumpat.

4. Sentiasa Muhasabah diri sebelum tidur.

Ps: itu adalah pesan Imam Ghazali.

(lagu latar: ku cari mana di al ghazali..)

----------
Anonymous

Jangan sampai macam tu..
Jangan ganti blog aku dengan Quran/hadith, itu yang kena baca hari-hari.
Blog aku di baca bila dah baca ke duanya,
Boleh?

----------
Anneesa

Tuan punya mimpi dah baca komen dan telah jawab begini, (aku paste dulu, lain kali aku komen):

(((Doakan orang islam yang mati dalam kubur di ampunkan Allah, termasuk dosa syirik kecil. <------ dosa syirik yang dimaksudkan adalah syirik kecil yang tak disengajakan seperti pantang-pantang yang dicipta manusia(contoh org mengandung tak boleh duduk depan pintu,makan ubat... dan percaya ubat boleh baikkan sakit- macam dalam blog en hamka yang dulu tu mengenai bid`ah... pasal yang ni siksaan dia pedih) dan disuruh minta ampun pada Allah atas dosa syirik kecil adalah kerana mereka telah meninggal dunia dan tidak akan dapat kembali lagi kedunia untuk bertaubat... oleh itu kita disuruh beramai ramai mendoakan atas kesalahan yang tidak disengajakan itu.... dan diberi peringatan bahawa tugas kita hanyalah mendoakan sahaja dengan ikhlas dan tidak boleh berharap dan tugas Allah yang mengampuni semua dosa tak tersengaja oleh ahli kubur islam itu.... )))

-----------
Ladyq: dalam halaqah jangan cakap tentang 3 perkara, isu semasa, perbezaan mazhab dan perbezaan darjat..., itu boleh memecah belahkan hati.,

dan kena banyak muzakarah 4 perkara iaitu, kebesaran Allah, hari akhirat, pertolongan Allah kepada Nabi-Nabi, dan pertolongan Allah kepada Sahabat nabi. Itu boleh meningkatkan iman. (insyAllah)

-------
hasni

yup!
(angguk, angguk)

akuanakencikali said...

Sori bro aku paste komen aku kat sini. Aku tahu tak related tapi since ko dah tutup komen kat post sebelumni dan aku betul-betul nak tahu jawapan kepada persoalan aku, aku pastekan kat sini:



Hamka,

Aku di Kota Damansara...

Tapi takkan nak kena bagi alamat dan letak something so-called islamic baru nak datang..???

Masa aku di Moscow dulu bapak aku pun dah penah kena mcmni. Ada org buat bayan dan halaqoh di Masjid (dalam bahasa Rusia lah)tapi nak pegi kena pakai mcm mereka dulu baru boleh masuk.

Betul ke cara macamtu? Adakah Islam ni milik mereka yang pakai dan buat sesuatu yang so-called islamic sahaja? Jika demikian, di mana konsep Islam ini sebagai rahmat seluruh alam???

ahakss said...

kepada sahabat akuanakencikali...

tak payah lah mempertikaikan pasal org... jika anda mampu berdakwah... itu sahaja jalannya.... tak yah cari kesalahan org...

diri kita belum diketahui tinggi mana amalan kita hingga nak ambik tau pasal org.. yang penting sunnah nabi... dakwah.. dak wah.. dakwah sampai jadi mayat... mengajak org kejalan Allah...

islam ini milik semua mahluk Allah... jika mereka tak nak lihat kehebatan islam atau mempertikaikan kehebatan islam... bermakna itu adalah mahluk Allah itu sendiri yang hampeh....

jangan lah berdebat untuk riak dan takbur dan perasan hebat... ingat Hanya Allah yang mengatur segalanya....

oleh itu bersyukurlah kamu dengan rahmat Allah...

Hamka said...
This comment has been removed by the author.
Hamka said...

maafkan aku yang hina ini.

depan rumah letak something so called islamic.., maksud aku adalah, bila orang nak pergi rumah kau, sekali nampak macam rumah orang kapir, tak perlu lagi bagi salam dan pergi rumah jiran yang islam, jadi kau letaklah sign seperti:

Sila bagi salam.
Saya orang islam,
Sila ajak saya ke masjid.
jangan lupa ketuk pintu rumah saya dan dakwah saya.

atau paling kurang kau letak sign, Alasamulaikum.

apa-apalah, tak kan aku nak ajar kau buat semua tu?

bagi alamat rumah kau, dan no phone,nanti aku hantar orang aku seramai 13 orang jumpa kau.

cukup?

akuanakencikali said...

Assalam alaykum..

Ahakss,

Aku tak tahu samada aku yang tak faham apa yang ko tulis atau ko yang tak faham apa yang aku tulis..

Aku bukan nak berdebat, bukan nak tunjuk pandai. Aku nak TANYA.

Aku tak biasa dengan group dakwah ni. Tu yang aku tanya. Salah ke?

Aku tahu ko hebat betul berdakwah. Alhamdulillah. Tapi janganlah pandang rendah pada soalan-soalan aku yang mungkin remeh pada ko.Bagi lah aku peluang untuk aku bertanya dan uraikan kekusutan di hati aku supaya aku dapat lebih faham dan lebih yakin dan harap2 aku pun dapat join group ni suatu hari nanti...

Kalau korang tak boleh tolong aku untuk lebih memahami, hanya suruh/paksa aku untuk dakwah membuta tuli tanpa faham, bolehke dakwah sampai kepada masyarakat?

Nasihat aku: jangan terlalu pandang rendah kepada yang belum berdakwah. Mungkin mereka belum faham. Kalau korang pandang rendah, mungkin boleh menjadi sebab orang tu lagi lari dari dakwah..salah siapa??

To be honest, jawapan yang ko berikan tu boleh membuatkan ramai orang jadi takut pada Islam dan Dakwah....

Maaf, no more debates please. I rest my case. Kalau nak jawab boleh jawab tapi aku taknak berdebat.


Bro hamka,

Thanks for the explanation.. Tapi aku ada letak kalimah Bismillah kat pintu rumah aku.. Mungkin aku nak kena cari yang lebih besar sikit supaya semua orang nampak. Syiar..kan?

Aku akan email ko address n phone # aku...

13 orang? Boleh! Boleh! Jemputlah ke rumah...

Anonymous said...

City of Angel.... lakonan Nicholas Cage dan Meg Ryan.

cerita tentang bercakap dengan malaikat..

ahakss said...

kepada akuanakencikali... maafkan aku jika tersalah anggap... aku ingat kau sengaja tadi bertanya begitu.... maafkan aku sekali lagi....

akuanakencikali said...

ahakss,

Aku pun nak minta maaf kalau jawapan aku terlalu pedas...


Hamka,

Aku dah email ko alamat n no phone aku. Ko bawaklah ramai-ramai datang yea. Nak buat bayan / halaqoh kat rumah aku pun takpa. Aku sponsor makan! Serius ni!

Hamka said...

mana? takde pun? mana?

keretamayat@gmail.com

jiji said...

=... (

*sigh*

Terasa jauh. Amat jauhlah. Jauh yang penghujung..

*sigh*

abu indah said...

En Ali Junior,
Maafkan ahaks..
aku rasa dia tersalah paham.

Baguslah kalau kau nak faham dakwah.
Dakwah bukan utk org saja, paling penting ia berguna utk kita.

Aku InshaAllah akan berada di kota damansara (masjid atau surau mana, belum pasti) pada 15, 16 dan 17 december. Boleh kita bermuzakarah, dan kenal mengenal.

Email detail kat hamka..nanti aku kontek dia..

hamka, hang kenai sapa aku kan? hehehe

Anonymous said...

insafnya aku... agaknya macam manalah nasib aku eh nanti, amalan aku pun tak cukup lagi, solat pun aku selalu lengah lengah..

blog ni best arr..

yang.mati.akal said...

agaknya.bila setiap antara kita diberi peluang KEEMASAN utk merasa neraka/azab kubur barulah kita takkan berani memperlekehkan apa yg disuruh.

buat apa yg disuruh.
tinggal apa yg dilarang.
nmpk mudah je.
TAPI BAGI AKU agak komplikated utk diamalkan.
takpe2.
pelan2 naik bukit.

God bless.

yang.mati.akal said...

err tambahan

bro
'another you' satu.
tehehhe.

Wan Mohd Faiz said...

assalamualaikum..
(aku nak tanya, asal orang suka kata "salam" instead of assalamualaikumum.. Ade nabi buat ke? -ini adalah soalan dan tiada unsur2 sinisme disini, jadi, tolonglah jawab yek... kuang..kuang..kuang..)

Cerita aku.

2-3 hari lepas aku buat2 nangis dalam solat (sebab baru belajar)

Result: Allah pilih aku keluar belajar dakwah selama 1 hari di alexandria ngan mat salleh.

Kesimpulan: Belajar2 menangis adalah satu benda yang tak rugi..

menagis..oh menagis..la..la..la (tertidur)

Anonymous said...

salam...
bro hamka...

camni...sbnarnye sy baru je jumpe blog ni..n bace punye bace sy sgt2 berminat..syabas utk bro...teruskanlah menulis k...

ermmm td sy bace yg bln feb 2006 punye post...ade tajuk APA ITU SUNNAH?
Tp bro pesan suruh bace MENGAPA WUJUDNYA MAZHAB dulu...sy cari tajuk mazbah tu x jumpe la bro...adakah bkemungkinan tajuk mazhab tu thn 2005 punye post???(skemanye ayat!!huhuhu)sy betul2 bminat nk bace tajuk tu...bro tolong sy boleh?send kat email sy ke...plzzz n thanks....
sy tau bro xkan hampakan peminat blog ni kan...hehehe..

Anonymous said...

salam...
alamak bro...hampeh tol sy ni...x perasan la...
bile check balik..rupe2 nya topik mazhab tu bawah topik ape itu sunnah je...sory...adeiiii malunye...
hehehe...

palie said...

bro hamka...

nice blog... saje jer singgah blog ni... menarik gak entry2 dlm blog ni...

abu_harraz said...

Pasal salam tu,

Tak tahu pulak nabi SAW ada buat ke tidak.

Assalamualaikum tu..
dair segi bahasa..

Assalam = Salam
alaikum = ke atas anda.

So, kalau dalam email,
Kita tulis Salam tu kita tujukan kepada pembacalah..

So...

Salam = Salam (ke atas anda)= Assalamualaikum

Boleh ke?
Saya tak belajar bahsa arab di kelas...cuma memandai2 je..

Hamka said...

Tuan punya mimpi dah email aku, mitak aku edit dan tambah, beliau berharap agar aku dapat menceritakan kebenaran yang sebenarnya yang hendak disampaikan kepada semua umat Muhammad dan ini semua bukan untuk ditambah suka-suka seperti bangga dapat berbual dengan malaikat misalnya... tetapi disuruh meyampaikan yang sebenar benarnya dan tidak boleh disembunyikan kebenaran....

Aku nampaknya boleh bagi panduan kepada mat dan minah forward yang selalu bila ada berita pelik dan ganjil terus forward dan ulas yang bukan-bukan, dan paling hampeh ugut pulak iaitu jika tak sebarkan kepada 20 orang ke atas akan mati di telan biawak misalnya..

Jadi aku boleh tolong forwardkan berita yang macam mana pelikpun dengan syarat.

Niat kena betul, jangan ulas jika tak paham, tak bercanggah dengan Al quran dan Al hadith.

Maka di sini email ni aku copy/paste bulat bulat, Cuma bahagian link aku tak pandai nak ‘hidupkan’, siapa yang pandai boleh edit dan publish kat sini tak..


Copy paste:_

- saya bukan di utus untuk berdakwah(diutus hanya untuk para nabi dan rasul), tapi di perintah oleh Allah untuk berdakwah dan dipesan kepada saya bahawa dosa saya tetap akan dihisab dan saya hanyalah sebagai manusia biasa yang diberi peringatan oleh Allah untuk khabarkan apa yang diperlihatkan oleh Allah kepada saya untuk disampaikan kepada ummat Muhammad sebelum terlambat.

- kita semua juga disuruh berdakwah antara satu sama lain dan disuruh menyayangi umat Nabi Muhammad seperti Nabi Muhammad menyayangi umatnya.

- Alif Lam Min bermaksud, Alif untuk Allah, Lam untuk Jibrail, Mim untuk Muhammad.bermaksud kitab ini daripada Allah diturunkan kepada jibril dan diwahyukan kepada nabi muhammad s.a.w. kitab ini alquran tidak ada keraguan padanya jadi petunjuk bagi orang2 yang bertakwa.

- Alif Lam Raa bermaksud, Alif untuk Allah, Lam untuk Jibrail, Raa untuk Rasulullah.bermaksud kitab ini daripada Allah diturunkan kepada jibril dan diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. Itulah ayat ayat kitab yang terang. Sesungguhnya telah kami turunkan quran dalam bahasa arab, mudah mudahan kamu memikirkannya.

- Alif Lam Min Raa bermaksud, Alif untuk Allah, Lam untuk Jibrail, Mim untuk Muhammad, Raa untuk Rasulullah bermaksud kitab ini daripada Allah diturunkan kepada jibril dan diwahyukan kepada Muhammad Rasulullah s.a.w. Itulah ayat ayat kitab apa apa yang diturunkan kepada engkau (Muhammad s.a.w) dari tuhanmu adalah benar. Tetapi kebanyakkan manusia tiada mahu beriman.

- Doakan orang islam yang telah meninggal dunia didalam kubur supaya di ampunkan oleh Allah, termasuk dosa syirik.(dosa syirik yang dimaksudkan adalah syirik kecil yang tak disengajakan seperti pantang-pantang yang dicipta manusia(contoh org mengandung tak boleh duduk depan pintu,makan ubat... dan percaya ubat boleh baikkan sakit - dan semua yang mengenai bid`ah yang boleh membawa kepada syirik (pada pendapat saya sila rujuk post penerangan en hamka http://keretamayat.blogspot.com/2006/04/apa-itu-bidaah.html , yang ini http://keretamayat.blogspot.com/2006/02/kenapa-org-masuk-neraka.html dan yang ini http://keretamayat.blogspot.com/2007/01/apa-azam-tahun-baru.html )... pasal tentang yang ni siksaannya amat pedih kerana termasuk dalam maksud syirik kecil) dan disuruh minta ampun pada Allah atas dosa syirik kecil adalah kerana mereka telah meninggal dunia dan tidak akan dapat kembali lagi kedunia untuk bertaubat... oleh itu kita disuruh beramai ramai mendoakan atas kesalahan yang tidak disengajakan itu.... dan diberi peringatan bahawa tugas kita hanyalah mendoakan sahaja dengan ikhlas dan tidak boleh berharap dan tugas Allah yang mengampuni semua dosa tak tersengaja oleh ahli kubur islam itu....Dosa yang menyekutukan Allah (syirik yang besar) Allah memang tak akan ampunkan.... (contoh... seperti yang semua sedia maklum yang sudah diketahui oleh semua org) Seksaan Allah amat pedih bagi yang engkar dengan perintah Allah. ( pada pendapat saya sila rujuk teks post en hamka http://keretamayat.blogspot.com/2006/03/ada-tak-azab-kubur.html )

- Dan disuruh mengikut sebenar benar cara Rasulullah s.a.w buat.... dan diperingatkan bahawa umat akhir zaman ini belum tentu dapat masuk syurga kerana manusia skrg ini dah semakin jauh dari ajaran islam yang dibawa Rasulullah s.a.w dan terlalu ke arah hiburan.... dan diperingatkan dan disuruh meyampaikan bahawa umat akhir zaman ni belum tentu dapat masuk syurga juga kerana terlampau banyak hiburan yang melalaikan dari mengingati Allah dan tidak sama dengan apa yang diajarkan Nabi Muhammad s.a.w....(maksudnya disuruh mengikuti sunnah rasulullah 100% dengan banyak berzikir dan mengingati Allah setiap masa untuk mencapai kejayaan di akhirat tanpa hiburan yang melalaikan dan melekakan daripada mengingati Allah dan agar tidak menangis diakhirat - pada pendapat saya sila rujuk post penerangan en hamka http://keretamayat.blogspot.com/2006/08/apakah-fungsi-manusia.html , yang ini http://keretamayat.blogspot.com/2006/06/apa-itu-zikir.html , yang ini http://keretamayat.blogspot.com/2006/05/apa-kerja-sebenar-anda.html dan yang ini http://keretamayat.blogspot.com/2006/01/benarkah-kerja-itu-ibadat.html )

- Juga disuruh menerangkan tentang bid`ah nifsu sya`ban dan rejab yang dibuat manusia secara besar besaran.. (maksudnya nak berdoa dan berzikir memang boleh tapi bukan kerana fadhilat bulan itu... kerana memang tiada fadhilat langsung tentang bulan itu... semuanya adalah hadis tipu dan adalah berdosa besar jika membuat sesuatu amalan yang mana rasulullah tidak membuatnya.... kalau hendak buat... buatlah kerana Allah dan secara persendirian dan sama seperti hari hari biasa.... dan bulan yang paling baik dan paling mulia hanyalah bulan ramadhan sahaja.(pada pendapat saya sila rujuk penerangan en hamka http://keretamayat.blogspot.com/2006/09/doa-kita-sudah-makbul.html )


- Dipesan supaya tidak melengah lengahkan solat dan tersedia satu neraka khas untuknya. (pada pendapat saya sila rujuk penerangan en hamka http://keretamayat.blogspot.com/2006/06/apa-maksud-solat.html dan yang ini http://keretamayat.blogspot.com/2006/03/kenapa-solat-tak-khusyuk.html )

- Berhati hati merujuk pada guru kerana kebanyakkan guru bercakap melalui andaian tanpa merujuk quran dan hadis. (pada pendapat saya sila rujuk post penerangan en hamka http://keretamayat.blogspot.com/2006/05/kiamat-sudah-dekat.html )

- Tidak boleh men caci yang boleh memutuskan silaturahim. kerana dipesan sayangi umat nabi muhammad sepertimana nabi Muhammad s.a.w menyayangi umatnya (pada pendapat saya sila rujuk teks penerangan en hamka http://keretamayat.blogspot.com/2006/05/benarkah-dunia-ini-sampah_24.html dan yang ini http://keretamayat.blogspot.com/2006/05/anda-di-caci.html ) kerana kita umat muhammad adalah umat terbaik yang akan terdahulu dihisab diakhirat ( sila rujuk teks penerangan en hamka http://keretamayat.blogspot.com/2006/03/kenapa-kita-umatterbaik.html )

- Tidak boleh bunuh orang kapir sewenang-wenang.

- Banyakkan baca Tafsir Al-Quran, dan berhati hati merujuk hadith.

- Kerahmatan Allah mendahului Kemurkaan Allah.dan kiranya sesiapa bertanya tentang ku (Allah) katakanlah aku terlalu hampir dengan mereka.

- Disuruh mendidik anak dengan islam yang sebenarnya bermula dari kecil dan disuruh mengajar anak tentang kasih sayang Allah terhadap hambanya dan perkataan kalimah la ilaha ilallah.

- setiap kali kita berdoa haruslah ditambah "Dengan Rahmat Allah" (seperti contoh... Ya Allah ampunkanlah dosaku dengan rahmatmu Ya allah....)

- Sekira kamu ditimpa musibah dan sakit berdoalah kepada Allah supaya diampunkan dosa kamu... bukan diminta "baikkan" sakit atau mengeluh.... kerana dengan rahmat Allah.... setiap sakit dan musibah itu adalah satu penghapus dosa didunia untuk hamba2nya...
- Seorang manusia yang melalaikan manusia yang lain daripada mengingati Allah akan di azab dengan teruk. siksaan Allah amatlah pedih sekali. dengan kehendak Allah juga saya juga telah diperlihatkan tentang siksaan azab kubur melalui mimpi bagi orang yang melalaikan org lain daripada mengingati Allah.... yang mana kubur mereka amat sedih sekali saya melihat siksaan kuburnya yang terbakar dengan api yang membakar dan dipukul dengan azabnya sehingga berdarah darah.... sebagai peringatan untuk tidak melalaikan manusia lain daripada mengingati Allah... seperti contoh untuk tidak mengaibkan nama sesiapa cukuplah saya memberitahu ianya adalah pelakon, penyanyi, dj yang telah meninggal dunia tanpa sempat bertaubat kepada Allah dan semua manusia yang melalaikan manusia lain dari mengingati Allah... saya amat kasihan sekali melihat mereka kerana mereka nermohon kepada Allah agar diampunkan dosanya dengan kata kata "Ya Allah ampunilah aku, kembalikan lah aku kedunia agar aku dapat bertaubat,ampunkan dosa aku kerana aku telah melalaikan ramai manusia daripada mengingatimu Ya Allah kerana aku tidak tahu dan aku fikir itu hanyalah sekadar hiburan dan bukanlah dosa besar" bagi yang telah membaca kisah ini... saya merayu kepada semua untuk mendoakan mereka semua dengan ikhlas kepada Allah agar dengan rahmat Allah mereka semua diampunkan dosa dosa kecilnya bagi meringankan azab kubur mereka.(cuba bayangkan diri saudara dan saudari sekalian berada ditempat mereka skrg ini… kasihanilah mereka dengan mendoakannya)

- Dan diberitahu kepada saya juga... bagi pelakon, penyanyi atau seperti contoh diatas yang telah meninggal dunia... selagi manusia skrg ini menonton filemnya selagi itulah mereka kena azab dan dosanya semakin banyak seramai manusia yang menontonnya atau menyanyikan nya... ( saya juga merayu kepada semua org.... jangan lah melihat cerita pelakon dan penyanyi terbabit yang telah meninggal dunia...kasihanilah mereka diazab oleh Allah... mereka telah meninggal dunia dan tidak dapat kembali ke dunia... doakan lah mereka dengan ikhlas kepada Allah dan inilah satu satu contoh maksud ilmu yang diwarisi bermaksud lakonan nya adalah satu ilmu yang diwarisi semua org dizaman skrg dan selagi org mengikutinya dan menonton selagi itulah mereka menangung dosanya sampai kiamat sama seperti satu sedekah senaskah kitab quran dimasjid.. selagi org membacanya selagi itulah pahala yang didapati oleh tukang sedekah itu)

- Apa yang Allah diperlihat kan kepada saya semua ini adalah sebagai tanda peringatan kepada saya, keluarga saya dan semua manusia. dan saya tetap manusia biasa yang disuruh menyampaikan sahaja kepada hambanya apa yang disuruh malaikat atas perintah Allah s.w.t seperti Firman Allah ini :
Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): Tidak datang kepada kami seorang pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami). Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (surah maidah ayat 19)

- Disuruh meyampaikan kepada semua manusia termasuk saya sendiri bahawa tidak boleh menggunakan tudung bentuk v kerana boleh menampakkan perhiasan dada wanita dari tepi dan disuruh memakai tudung bulat hingga menutupi semua bentuk perhiasan dada wanita agar berjaya diakhirat dan tidak menangis disana.

- Kasih Sayang Allah amat besar mengatasi kemurkaannya.

- Allah akan tujuki Kepada sesiapa yang Allah kehendaki(bermaksud Allah lebih mengetahui isi hati manusia apakah mereka ikhlas kepada Allah dan cintakan Allah) dan Allah tak pernah pilih kasih terhadap hambanya. ( sila rujuk post penerangan en hamka http://keretamayat.blogspot.com/2006/05/bagaimana-nak-dapat-hidayat.html )


- Jangan berdakwah tentang ancaman semata mata.katakan Allah maha pengasih dan pengampun.

- Khabarkan kepada pendosa bahawa tiada dosa yang tidak dapat Allah ampunkan, sesungguhnya Allah Maha pengampun ,maha penyayang lagi maha mengasihani hambanya asal kamu bertaubat.(seperti PERUMPAMAAN bukan PERSAMAAN ... jika kamu mempunyai anak dan kamu kasihkan anak kamu... tidakkah kamu terfikir bahawa Allah yang menciptakan kita dan Allah lebih menyayangi hambanya melebihi 70 kali ganda dari seorang ibu atau bapa menyayangi anaknya. (seperti dalam satu hadis rasulullah s.a.w ada menyatakan tentang 70 kali ganda kasihnya Allah terhadap hambanya)

- Janganlah riak dengan amalan kita dan disuruh membimbing kepada yang lain. .....dan disuruh rujuk surah albaqarah ayat 137,153,156,157,159,168,186,208,224,225,257,269,272, surah al maaidah ayat 16,48,al an'aam ayat 9,16 semua surah ali imran ,surah yusuf ayat105,106,107 surah ar ra'ad ayat 2,11,15,19,20,21,25,26,28,31,37,40, dan banyak lagi surah sebenarnya tapi tak pelah ini yang memang penting dikongsi bersama....

- Semasa berita nurin disiarkan suami aku tak kasi anak-anak ku gi kedai aku pulak memang malas nak keluar....tengah aku susah hati malaikat tu datang bagitau tak payah susah hati boleh suruh anak kamu gi kedai pastu berdoalah kat Allah ya Allah aku serahkan anak2 ku dibawah lindungan mu ya Allah selamatkanlah anak2 ku dengan rahmat mu ya Allah dan suruh anak2 kamu baca suruh surah an nas dan falaq pergi dan balik tanpa ragu dan yakin dengan Allah.

- Dan satu lagi pesan rasulullah dalam mimpi saya (ya ini dari Allah juga )kalau nak berjaya diakhirat ikutlah petunjuk alquran dan sunnah ku sunnah Rasulullah......

- Semua petunjuk yang diberikan adalah untuk menyuruh manusia lain dan saya sendiri agar mengikuti ajaran islam yang sebenarnya agar mencapai kejayaan akhirat dan agar tidak menangis di akhirat. dan akhir dari saya jangan lah berfikir islam ini kejam kerana seperti yang sudah diketahui untuk berjaya pasti harus bersusah susah dahulu.... dan kesusahan didunia adalah untuk kejayaan diakhirat.. sesungguhnya ilmu Allah amat luas dan Allah maha bijaksana dalam mengaturkan segala sesuatu. (pada pendapat sila rujuk teks penerangan en hamka http://keretamayat.blogspot.com/2006/02/dunia-ini-penjara-org-islam.html )

Hamka said...

jiji

apa hal? Sedih benar bunyinya?

Apa hal dik, boleh pakcik tolong?

-------------
abu indah

En Ali Junior belum email aku lagi,

Mana alamat rumah kau Ali, mana?? Mana??

----------
yang.mati.akal

'another you' satu.?

Tak boleh, kena download sendiri, aku tak terlibat dengan kes camni..
Hehehhe

----------
Wan Mohd Faiz

Kirim salam kat mat saleh yang mata biru itu, di sini brother mu merinduimu..
Kita bersaudara sesama islam, rindu nak jumpa korang..oh!

-----------
Anonymous

Ha ha ha, malunya dia, gelakkan dia..
Ha ha ha!

-----------
palie

terima kasih..

abu_harraz said...

tambahan:
salam = sejahtera.

Anonymous said...

cuba try yang ni kalau jadi...

[url]http://keretamayat.blogspot.com[/url]

jiji said...

Aku hilang arah. Mahu mencari ilmu, kena mencari guru dulu. Nak mencari guru kena mencari masa dulu. Aku tak kenal sesapa. Kalo boleh mlm aku nak join mana-mana usrah tapi tak tau kat mana. Surau kat umah aku pon gelap je. Ingat tak penah aku anto emel pasal kawan aku tu pi menuntut ilmu quran buat mlm-mlm kat dlm bilik ngn lelaki ada meja kerusi ngn tafsir. Kat bilik tertutup. Aku penah ajak kumpulan tu pi surau umah aku tak pon buat usrah kat opis aku. Macam2 alasan kasi. Kononnya nak ikot cara nabi berdakwah. kejadah. Haih. Hidup yang takde pengisian. Buat rugi hidup je macam ni. Aku fikir hidup aku ni, buat aku nanges je.

*sigh*

Hamka said...

jiji...

cadangan pendek aku kau beli kitab yang bertajuk:-

MUTAKHAB HADITH karangan Maulana Yusof..

kau baca setiap malam, baca, baca dan baca.

bagus dalam menambah ilmu hadith.

lepas tu jika kau ada masa, kau boleh beli kitab "kisah kehidupan sahabat" jilid 1 hingga 6 kalau tak silap, juga karangan orang yang sama.

kau baca setiap malam, baca, baca dan baca.

lepas tu kau beli pulak kitab fadhilat sedekah, buat perkaRA YANG SAMA.

last sekali, kau baca blog aku sikit-sikit.
he he he

Anonymous said...

http://keretamayat.blogspot.com/2006/02/dunia-ini-penjara-org-islam.html

cuba yang itu plak...

msrizal said...

Akh Hamka..
Bekas Tabligh ke?

Anonymous said...

klik situ dan tengok bahagian link kat situ klik sini jer

Hamka said...

Aku bukan bekas tabligh, tapi aku baru nak belajar Sunnah Nabi yang mana orang Tabligh selalu buat.

Harap maklum..

jiji said...

Mekasih pokcik. Hehehe.

Hamka said...

sama-sama.
:)

aku&laptop said...

Salam bro...

aku baru nak berjinak2 dgn ko punye blog ni,sbnrnye dah lame, tapi aku hanya menjadi pemerhati jarak jauh..oh..(aku tiru ngko)
besh arrr...
anyway, aku nk mintak izin kopi n paste konye almt blog ni kat frenster bior ramai yg tahu dan ramai la yg bace blog ko ni (xpasal2 tolong promote..oh..)

pape pun bro...aku sokong giler ngan ape yg ko buat & aku tabek springg...

Wan Khairuddin Mokhtar said...

Assalamulaikum semua..
Bukan saya nak memandai disini, tetapi banyak yang janggal dan melampaui Al-Qur'an & sunnah dalam cerita ini.. harap berhati-hati dan kembali ke jalan yang benar....

Hamka said...

akupun tak pandai..

aku tak ulas apa-apa tentang isu ini, aku tak faham dan cerita apa yang berlaku sahaja..

seandainya ada yang tersalah, tolong bagithau..

kita sama-sama belajar.

kepada ALlah aku bertaubat..

terima kasih saudara.

Anonymous said...

gfgkl

Apple prodam iphone said...
This comment has been removed by a blog administrator.