Oct 27, 2007

Kenapa Ummat Islam lemah ?

(Sesungguhnya DAKWAH itu terbahagi kepada beberapa bahagian...)

Wah Wah wah. Tentu seronok korang yang berdebat dalam email dengan aku bila baca second tajuk entry ni, akhirnya encik hamka mengaku bahawa dakwah itu ada banyak cara, setelah panjang lebar saya terangkan cabang dakwah, akhirnya encik hamka faham.., tak sia sia saya jadi pendakwah moden.
He he he, sabar sabar, nak menyanyi, nak berlakon, nak lukis komik dan joint parti ke apa jadah, kejap lagi, biar aku habis tulis dulu.. baru boleh riak.

Sebelum itu biar aku jemput satu soalan dari email , soalan yang telah lama di ulang sejak zaman berzaman..

"Kenapa ummat islam di seluruh dunia sedang di tindas, di hina dan di sembelih, apa yang kita patut buat?”

"Kenapa Allah biarkan ummat islam di hina?”

"Apakah yang telah berlaku pada ummat islam di Bosnia, Somalia, Algeria, Kosovo, Albania, Palestin, Iraq, Kashmir, Kemboja, Burma, Selatan Thailand, Ambon, dan sebagainya.., sedang mereka menikmati hidup aman tiba-tiba berlaku perang dan pembunuhan, anak di rogol, isteri di culik, suami di bunuh, di sembelih, di azab dan di bakar.. Apa yang perlu kita lakukan? Siapa yang perlu kita undi? Kenapa selepas menang pilihanraya masih di jajah dan di hina?"


Jawapan dari aku:

Aku dah banyak kali tulis bab ni, tapi korang masih email dan tanya lagi, tanya pulak bukan nak dengar jawapan dari aku tapi sebaliknya korang nak terangkan pada aku betapa pentingnya kerajaan islam, pentingnya mengundi parti korang dan betapa aku akan masuk neraka jika tidak undi parti korang.

Aku tetap jawab soalan yang berbentuk 'nak menguji orang beriman’ itu dengan jawapan begini:-

Ummat islam di hina dan di tindas bukanlah kerana tiada negara islam, tiada ilmu, tiada senjata canggih dan sebagaina, tapi kerana ummat islam telah tinggalkan kerja Dakwah. (Yang buat 'Dakwah' pula sebenarnya belum buat dakwah tapi perasan sudah buat Dakwah.)

(aku jawab sebab aku dah rujuk hadith riwayat Aisyah, Abdullah bin Mas’ud, Hazrat Jarir bin Abdullah, Abu hurairah,-tak perlu aku tulis detail hadith tu, korang boleh rujuk sendiri)

Lalu korang nafikan bahawa "ummat islam telah tinggalkan kerja Dakwah.” adalah tidak benar, bukankah sekarang ini terdapat ustaz-ustaz yang sedang mengajar tentang islam di masjid-masjid?

Nampaknya korang tak faham "teknik” jawapan aku.

Maksud aku adalah,
Apa yang ayah saudara kita buat bila tiba hari cuti?,
Apa yang abang kita buat bila balik kerja?,
Apa yang adik kita buat bila tak de kerja?,
Apa yang jiran kita akan buat bila tiba hari public holiday?,
Apa yang ustaz buat bila bukan giliran beliau mengajar?
Apa yang imam dan bilal buat bila bukan giliran beliau bertugas?
Apa yang penulis blog akan buat bila takde idea nak menulis?
Apa yang pemain sukan akan buat bila balik kampung?
Apa yang kita akan buat bila ambik cuti?,
Apa yang kita buat selepas mungundi?
Apa yang artis nasyid buat bila tak ada show?
Apa yang kita buat bila tiba malam hari?,
Apa yang kita buat pada hari minggu?
Apa yang kita nak buat jap lagi?
Apakah 10 perkara yang kita nak buat sebelum jadi mayat...?

Jawapanya adalah:-
Kita tak buat apa-apa, kita lepak sahaja. Kalau ada yang di buatpun tak de kena mengena dengan ugama..

Kita kerja cari duit dan berehat sekejap lepas tu pergi cari duit lagi, lepas tu berehat sekejap, letih sangat cari duit, kita ambik cuti rehat, belanja duit yang sedia ada, dan esok cari duit lagi dan lagi, akhirnya kita jadi mayat yang berduit...

Inilah yang di maksudkan "ummat islam telah tinggalkan kerja Dakwah.” Orang islam tak buat apa-apa untuk bantu ugama, yang buatpun tak samapi 10%, lalu terzahirlah hadith islam di jajah oleh raja yang zalim...

Kalau tak percaya, pergi tengok bilangan orang pergi solat subuh berjemaah, sampai tak 10%? kemana orang islam pergi waktu subuh? (termasuk aku kadang-kadang..oh) sedang tidur kepenatan akibat cari duit?.

Atau bukan sibuk kerana cari duit, tapi apa-apa sahaja yang korang buat, yang mana akibatnya adalah "ummat islam telah tinggalkan kerja Dakwah.”

Tapi ada antara kamu yang akan beralasan:-

”Saya dah buat dakwah, apa...?!”

Hmmmm…

Aku terpaksa ulang lagi penerangan yang paling ramai pembaca blog aku tak suka.., tapi aku terang dengan cara lain pulak, mudah-mudahan Allah bagi kita faham..

(tapi kalau boring, tak payah baca, tak wajib pun..)

Hari ini ramai orang islam yang mengaku sudah buat kerja dakwah, sudah menunaikan kewajipan ugama, sudah memberi sumbangan kepada ugama…

Aku bukan nak nafikan kerja kamu, Cuma jangan sampai kita semua terperangkap dalam perangkap syaitan…

Untuk mengelakkan diri kita dari perangkap syaitan, pertama sekali, kerja dakwah yang kita kerjakan itu mestilah di buat dengan mesyuarat.

Mesyuarat adalah perintah Allah dan Sunnah nabi Muhammad SAW.
Dalam al-quran ada surah khas untuk mesyuarat
Dan dalam banyak hadith ada cerita tentang kelebihan mesyuarat.

Mesyuarat pula bukan nak bincang bagaimana ummat ikut kita dengan apa sahaja cara, tapi bincang bagaimana ummat dapat kembali kepada Allah, ikut cara Nabi Muhammad SAW.

Mesyuarat penting kerana tanpa mesyuarat maka korang akan buat kerja dakwah tanpa bimbingan.., tanpa Amir, tanpa ketua, tanpa tali..

Pada masa tu korang akan buat kerja dakwah sesuka hati korang dan anggap itulah kerja dakwah yang betul padahal masa tu ‘amir’ korang adalah syaitan.

Baru-baru ni aku baca paper ada artis yang berlakon sebagai watak jahat dan berkata: "inilah cara saya berdakwah… "

Tentu korang akan kutuk artis tu macam-macam pahadal bila aku tegur korang punya 'dakwah' lalu korang juga akan cakap sama macam artis tu : inilah cara saya berdakwah… (lapan tambah dua=sepuluh)

Berdakwah melalui blog, lagu, komik, majalah, parti, drama, filem dan sebagainya..

Aku tak kata korang kena tinggalkan kerja ‘dakwah’ korang tu, Cuma aku nak nasihat jangan CLAIM diri pendakwah agung!!!, sudah menunaikan kewajipan ugama, sudah memberi sumbangan kepada ugama, sudah hebat dan sudah gerenti masuk shurga… (qana'ah)

Lalu berhujah pada aku tentang betulnya dan pentingnya aku ikut sama berdakwah melalui nasyid, dakwah melalui komik dan sebagainya, naik spam email aku di buatnya..

Bila ada yang tak paham apa yang aku tulis lalu nak argue menang tak berguna aku nak jawab lagi, hampeh segalanya..

Maka kali ini aku akan tulis cara lain, iaitu DAKWAH terbahagi kepada beberapa bahagian..

(Wah Wah wah. bertepuk tanganler korang yang berdebat dalam email dengan aku sebelum ini bila baca tajuk ni, akhirnya encik hamka mengaku bahawa dakwah itu ada banyak cara, he he he.., sabar sabar wahai adik-kakak sekalian, nak menyanyi, berlakon, lukis komik dan joint parti so called islamic, kejap lagi, biar aku habis tulis dulu..)

(akupun pergi ambik wudhu dan menulis dalam keadaan tidak berhadas kecil)

Melalui kajian ulamak dan Buznama, terdapat 5 cara atau 5 kaedah semua Nabi alahisalam dan termasuk nabi Muhammad S.A.W dalam berdakwah.

Errr, bukan menyanyi, berlakon, lukis komik dan joint parti atas maksud dakwah itu, releks, sila baca sampai habis.

Dakwah terbahagi kepada lima

Cara Pertama: DAKWAH PERSENDIRIAN.
Atau dalam bahasa arabnya dakwah infradi, iaitu dakwah tanpa perlu menerangkan tentang ugama secara detail, lebih kepada akhlak kita dalam masyarakat, contoh ketika Nabi Muhammad SAW tolong Encik Bilal bin rabah kisar gandum di malam hari, tak cakap apa-apa, just suruh Bilal lepak dan nabi seorag buat kerja, 3 hari baru Bilal tanya apa kamu mahu?, baru Nabi ajak Bilal masuk islam, dan Bilal begitu yakin dan kagum dengan Akhlak Nabi sehingga orang kapir letak batu atas dada jemur pulak di padang pasir suruh murtad, tidak bergoyang iman bilal.(semua dah tahu)

Atau kisah Nabi ziarah orang yang ludah dia, (semua dah tahu) atau kisah Nabi suap makanan pada orang tua yang buta dan selalu pulak mencarut pada Nabi dan banyak lagi kisah alkisah tentang akhlak baginda yang terpuji, yang buat bila:

Sekali orang masuk islam , tidak akan tinggalkan islam buat selama-lamanya..

Maka hari ini ada kita berakhlak bagus demi nama baik nabi Muhammad SAW?, kita kadang-kadang jatuhkan martabat orang, hina dan caci, kutuk dan laknat, dendam dan khianat.., akhirnya, orang kapir makin jauh dari orang islam, silap sikit, bakar, merusuh.., letupkan bom.., dan ada pulak yang mana orang sesama islam di kapirkan..

Bila kita ajak orang kapir masuk islam, mereka kata itu orang islam ramai yang jahat, bunuh anak, zina, bergaduh, merompak, merogol, baik lu pergi ajak orang islam buat baik, baru gua ikut..

Ok, pilihan raya dah dekat, jaga akhlak, orang keluar parti kerana akhlak buruk kita-takpe, tapi jangan sampai orang keluar ugama kerana akhlak buruk kita.

Naduzubillah.

Cara Kedua: DAKWAH BERAMAI RAMAI.
Atau dalam bahasa arab, Dakwah ijtimae, iaitu satu orang cakap tentang ugama, yang lain dengar.., contoh ktubah jummaat, ceramah, tazkirah, targrib, bayan, zihin dan sebagainya..

Biasa kita tengok kat masjid ada majlis majils ugama, maka itu adalah Dakwah ijtimae,

Maksud dakwah adalah menyeru manusia kepada kebaikkan, menyeru manusia kepada Allah. maka sekiranya dalam ceramah atau tazkirah tiada slot untuk menyuru manusia kepada kebaikkan/Allah maka ia jadi majlis cakap-cakap atau majlis cerita-cerita sahaja, kadang-kadang jadi majlis lawak, atau just nak dengar isu-isu semasa, atau lebih kepada puji diri sendiri, ilmu yang di pelajari tidak berkembang dan habis begitu sahaja, lebih teruk bila majlis ugama start cerita buruk orang, start mengumpat, menfitnah dan sebagainya.., semua jadi hampeh!!

Ramai yang ceramah bukak kitab, tapi isi ceramah melencong keluar dari kitab.., apa lagi nak di kata?

Contoh Dakwah iitimae di zaman Nabi SAW adalah ketika khutbah terakhir baginda, antara seruan Nabi adalah: (lebih kurang maksud)

Hendaklah kamu sampaikan apa yang aku sampaikan kepada kamu kepada orang yang tiada di sini sehingga mereka lebih faham.. dan sahabat RA telah bertebaran ke seluruh dunia dalam menyampaikan amanat Nabi Muhammad SAW.

Maka hendaklah ustaz memberi ‘kerja’ kepada para pendengar dan peminat lawak ustaz agar mereka menyampaikan pula apa yang ustaz cakap dalam majlis, lepas tu ambil laporan dan pantau 'kerja' mereka. Pastikan murid ikut Sunnah.

Kerana itulah biasa kita dengar setiap ceramah di akhiri dengan: semoga apa yang kita dengar dapat amal dan sampaikan..

Aku ulangi,
semoga apa yang kita dengar dapat amal dan sampaikan..

Cara ketiga: DAKWAH KHAS
Atau dalam bahasa arab, Dakwah khususi. Iaitu kita letakkan target siapa yang kita nak dakwahkan, dan terus pergi jumpa mereka…

Macam Nabi ketika pergi ke Taif, Nabi terus pergi jumpa ketua dan pembesar Taif, mereka adalah orang yang khusus untuk di jumpai.

Atau ketika Nabi pergi jumpa Abu jahal, Abu lahab, Abu Supian.., Nabi terus ke rumahnya dan berdakwah di sana..

Atau korang datang ke pantai timur terus pergi jumpa aku belanja menum teh tarik dan dakwah aku supaya ikut bernasyid dan melukis komik macam korang, atau sekurang-kurangnya baca komik dan dengar lagu nasyid korang..hehehhe, boleh .. dah belanja aku teh tarik, apa lagi nak di kata?

Bermakna di sini adalah mana-mana tempat kita nak berdakwah kenalah jumpa ketua kampong dahulu, jangan terus pergi dakwah, itu yang Nabi ajarkan, maka sebelum korang suruh aku baca komik dakwah korang, bagilah sebijik kat ketua kampong, ketua kampongpun ada yang minat Naroto dari kampong kanoha, ketua kampung aku juga hokage apa?.

Cara ke empat: DAKWAH UMUM
Atau bahasa arabnya Dakwah umumie, iaitu kita pergi jumpa manusia dari pintu ke pintu, dari lorong ke lorong, dari kabilah ke kabilah..

Macam cerita Nabi di Taif, lepas dah jumpa ketua Taif dan mereka menghina Nabi, nabi pergi jumpa pulak semua orang kampong, last, kena baling batu..

Inilah dakawah Umumi, dakwah yang paling mujahadah, dakwah pintu ke pintu, sebab jumpa dengan orang yang kita tak kenal, ramai 'pendakwah moden' tidak sanggup, mungkin kita akan di layan macam pengemis, pergi rumah ke rumah macam orang gila, di hina dan di caci,

Memang kita pengemis, mengemis manusia kembali kepada Allah..

Tidak sanggupkah kita memalukan diri kerana Allah, sedang ada riwatat menyatakan siapa yang memalukan diri kerana Allah, di akhirat kelak, Allah aka malu untuk hisab mereka..

Apa lagi nak di kata?

Ada sahabat baginda SAW menceritakan pada masa beliau masih kapir, pergi Haji ke mekkah, (dulu sebelum islam dan ada orang pergi haji, tapi ikut ugama ahli kitab)
Maka sahabat ini melihat seorang lelaki yang akan pergi berdakwah dari kemah ke khemah, dan pernah melihat lelaki itu di campak ke luar khemah.. Lalaki itu adalah Nabi Muhammad SAW.

Pernah juga di lihat satu kumpulan manusa sedang mengelilingi seorang lelaki, dan lelaki itu adalah juga Nabi Muhammad SAW yang sedang berdakwah kepada setiap orang di situ, apabila Nabi dah habis cakap dengan semua orang di situ, Nabi akan ulang balik kepada orang yang pertama.., masa tu orang ramai anggap nabi gila dan ugama yang di bawa akan terkubur bersama baginda, tapi manusia silap, Allah dah buat keputusan melalui dakwah umumi ini yang manusia nampak sia-sia dan lambat bagi kesan, tapi sehingga ke hari ini (1400 tahun) ugama islam masih ada dan masih ada yang berdakwah dari pintu ke pintu!!

Allahlah yang menjaga amalan ini walaupun sudah 1400 tahun lamanya..

Kat tempat aku ada orang PAS yang dapat kesedaran untuk buat kerja dakwah pintu ke pintu, dari masjid mereka bentuk jemaah dan bergerak jumpa orang kampung, tapi mungkin mereka tak mahir untuk berceramah lalu hanya edarkan kertas tentang pentingnya mengundi PAS, tapi bila sampai rumah orang UMNO kena cacilah pulak, member aku yang buat ni, dan mereka hanya mampu buat dua kali sahaja. Sekarang dah tak buat dah, mana tahan telinga beb..

Nampaknya, syaitan tak pernah berputus asa dalam usaha menyesatkan manusia, tapi manusia selalu berputus asa dalam usaha menyelamatakan manusia..

Tak hampeh ke Beb?

Cara ke lima: DAKWAH USULLI.
Iaitu dakwah dalam bentuk ‘reminder’. Kerana manusia alpa dan lupa maka perlu kepada reminder.., contoh korang dah belanja aku minum teh’ tarik dan sudah setuju intuk beriktifaf di masjid pada bulan posa lepas, tapi bila tiba hari kejadian, korang tak datang pulak, sakit atau lupa? maka aku pergilah rumah korang untuk ‘reminder’ balik…

Macam jugak seruan azan, nak ingatkan korang bahawa waktu membesarkan Allah dari segala-galanya dah tiba, marilah solat, marilah menuju kejayaan..

Kadang-kadang bila sebut dakwah, orang islam anggap dakwah tu hanya untuk orang kapir, padahal sama-sama kita lagilah perlu kepada saling ingat-mengingati.. saling ‘remind'- mereminderi…

Zaman Nabi Nuh a.s ada orang tua yang setuju naik kapal bila banjir besar datang, maka bila banjir besar datang Nabi nuh AS terlupa pula untuk dakwah usuli orang tua ni, dalam keadaan banjir Nabi Nuh pergi juga rumah pakcik tu dan kuasa Allah, rumah pakcik tu tak tenggelampun.. (rujuk kitab)

Di sini ada moralnya kepada kita yang bagi azam untuk kerjakan satu-satu amalan ugama, bila kita lupa, atau syaitan alihkan perhatian kita, maka Allah akan hantar satu jemaah dakwah usuli untuk ingatkan kita…

Apa lagi nak di kata?

Ok, dah habis dah aku cerita pasal dakwah, tak payah nak berhujah jika tak paham, paham dulu baru boleh berhujah, senang, sila tanya jika tak paham, jangan pulak sibuk nak argue sedangkan tak paham sepatah haram..!

Dan penerangan ini tidak mewakili Jemaah tabligh, ingat tu!

Tapi cik hamka, betul apa saya buat, saya pendakwah melalui lagu, saya menyanyi di hadapan khalayak, bukankan itu dakwah beramai-ramai, saya menyanyi semua orang dengar..

Lepas tu pulak saya juga buat dakwah infradi atau dakwah persendirian, iaitu saya akan menyanyi sambil mandi, sebelum tidur, dalam lif dan dalam kometer, kalau orang dengar pahalapun dapat he he he

Lepas tu lagi saya juga buat dakwah usuli, saya selalu ingatkan pendengar supaya beli yang original..

Dan saya juga akan buat dakwah pintu ke pintu, saya akan ketuk pintu rumah dan menyanyi lagu ini..

(Lantak korang ler..)

Penutup.
Tapi korang akan cakap pulak:-

"Ustaz ulamak tak buat pun dakwah yang kamu maksudkan itu”

Perkataan 'tak buat’ menunjukkan sudah lama ”ummat islam telah tinggalkan kerja Dakwah.”

"Datuk nenek moyang saya juga alim, tapi tak pernah buat pun dakwah yang kau maksudkan itu”

Perkataan ’nenek moyang alim tapi tak pernah buat’ menunjukkan sudah lama ”ummat islam telah tinggalkan kerja Dakwah.”

"Zaman P Ramlee dulu takde pun orang berdakwah pintu ke pintu?

Perkataan ’Zaman P Ramlee dulu takde pun orang berdakwah’ menunjukkan sudah lama ”ummat islam telah tinggalkan kerja Dakwah.”
Memang dah lama.. sebelum P Ramlee lahir lagi!!!

Menurut hadith, bila ”ummat islam telah tinggalkan kerja Dakwah.”, maka Allah akan lantik raja yang zalim memerintah dan akan menyeksa orang islam. Pada waktu itu doa orang islam tidak akan makbul sehinggalah ”ummat islam kembali ambil kerja Dakwah.”

Kerja dakwah ibarat seperti seorang yang telah di sangka mati, di sangka telah menjadi mayat, lalu di mandi dan di kafankan, di jalanan ketika nak hantar ke kubur, sedang usung si mayat, tiba tiba mayat itu bangun dan ternampak burung murai lalu bertanya:

”burung apa?”

Lalu terkejut beroklah para pengusung jenazah lalu terus lari lintang pukang, semua orang lari menyelamatkan diri.., maka datanglah arwah yang hidup balik ni ke setiap rumah dan bertanya:

”burung apa?”

Maka korangpun tutup pintu kunci tingkap, dan baca doa serapah kerana al maklumlah ’hantu’ sedang berkeliaran..

Begitulah kerja dakwah yang telah di buat oleh semua Nabi seperti yang di terangkan di atas telah di sangka mati oleh ummat islam hari ini kerana sudah lama terkubur, tiba-tiba ada yang hidupkan balik, maka lari lintang pukang semua manusia bila nampak orang surau datang ketuk pintu, mat rempitpun lari, lari macam jumpa ’hantu’...

Apa lagi nak di kata?

(”itu burung murailah mangkok!!!” )

Ps: syaitan tak pernah berputus asa dalam usaha menyesatkan manusia, tapi manusia selalu berputus asa dalam usaha menyelamatkan manusia..

40 comments:

pau said...

assalamualakum..
moga kte sume dpt amal
5 cara dakwah tu..
yg pnting..
"perjalanan seribu kilometer
bermula dngn langkah pertama"

MUKHLIS said...

insyaAllah..mari kita berazam untuk amalkan dakwah cara Nabi S.A.W..kejayaan & pertolongan Allah sangat dekat apabila kita yakin kepada-Nya

Wan Mohd Faiz said...

Saya mahu belajar cara dakwah Rasul walaupun dimana jua saya berada..

Saya juga akan memberi komitmen sepenuhnya pada agama saya walaupun saya dimalukan oleh sesiapa sahaja

Saya akn berdoa pada Allah supaya Allah pilih saya

Dunia sementara, akhirat kekal abadi

AkuInsanKerdil said...

Ibn Abi Ruwad dari ayahnya berkata: "Allah s.w.t berfirman: "Aku -lah Allah yang memiliki semua raja, hati raja-raja itu semua ditangan-Ku , maka tiap kaum yang Aku ridha. Aku jadikan hati raja itu rahmat pada mereka dan tiap kaum yang Aku murka, Aku jadikan raja itu siksa bagi mereka, kerana itu kamu jangan sibuk mengutuk raja dan taubatlah kamu kepada Ku nescaya Aku lunakkan hati mereka kepadamu. "

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Alfadhel daro Ibn Abi Ruwad dari ayahnya berkata: "Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada nabi Daud a.s.: "Hai Daud, gembirakan orang-orang yang berdosa, dan peringatkan kepada orang-orang siddiq." Maka Nabi Daud a.s bertanya: "Bagaimana menggembirakan orang-orang yang berdosa dan mengancam orang-orang yang siddiq?" Allah s.w.t. berfirman: "Gembirakan orang-orang yang berdosa bahawa tidak ada dosa yang tidak dapat Aku ampunkan dan peringatkan pada orang siddiq supaya mereka tidak berbangga (sombong) dengan amal perbuatan mereka kerana bila Aku tegakkan keadilanKu dan perhitunganKu pada seseorang pasti binasa."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Pada hari kiamat akan terdengar seruan dari bawah Arsy: " Ya ummat Muhammad, adapun dosa-dosamu terhadap Aku maka Aku maafkan bagi kamu dan tinggal yang terjadi diantara sesama kamu, maka maaf memaafkan diantara kamu dan masuklah kamu kesyurga dengan rahmatKu."

Alhasan r.a berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiada berkumpul dua perasaan berharap pada rahmat Allah dan takut dari siksa Allah dalam hati seorang mukmin ketika akan mati melainkan pasti akan diberi oleh Allah harapannya dan dihindarkan dari ketakutannya."

Hamka said...

pau

perjalanan 90 kilometer
melayakkan kita mendapat hadiah dari Alah..

-----------
MUKHLIS

Aku sendiri banyak yang tak betulnya..oh..

-------------
Wan Mohd Faiz

Berdoalah juga pada Allah supaya Allah pilih saya juga.

Dunia sementara, akhirat kekal abadi

-----------
AkuInsanKerdil

Bagus juga jika dapat quote hadith hadith yang aku maksudkan, kebolehan mengagihkan tugas.

CuriousCat said...

Ooo, jadi kerja dakwah nie bukan org2 tertentu je yg kena buat? Bukan ke Dakwah tu fardhu kifayah. Dah ada orang yg bertanggungjawab buat, jadik, saya tak payah lah buat. Tugas saya pulak ialah mantapkan ekonomi, tegakkan negara Islam, luaskan bidang pelajaran etc. Bukankah dunia moden ini perlukan setiap dari kita supaya ada pengkhususan. Barulah org Islam boleh maju dlm setiap bidang. Barulah orang Islam disegani & digeruni oleh org2 kafir.Apa komen Tn Hamka ?

Anonymous said...

assalamuailaikum....

apa khabar?dah lama aku xmasul sini(dah 2 entry blum baca lagi :)).tgok2 dah brubah wrna....:)

-ok nak truskn baca dulu...

p/s:terpenjara dlm hutan dunia

Anonymous said...

me,myself & i...

aku tertarik dgn tamsilan yg ko buat tu...'mayat' bangun dan terlihat burung...inilah dikatakan Islam itu kembali dagang sbb sunnah/cara kehidupan Rasulullah yg cuba dihidupkan kembali di zaman menopause nie membuatkan org yg mengamalkannya kelihatan 'pelik','tak pernah dibuat org' dan 'ketinggalan zaman'.

dakwah fardhu kifayah?org lain buat aku tak payah?...

disbbkan 'alasan' beginilah kerja2 agama tertangguh dan masjid jadi kosong...sgt sedikit yg berjemaah krn msg2 mengharapkan org lain yg buat... si A kata si B,si B kata si C...last2 tinggal tok bilal ngan tok imam aje yg solat...

bgmana kalau saya syorkan kita lebih bermotivasi sikit...BIAR SAYA BUAT,ORG LAIN TAK PAYAH...

jika setiap org Islam bersemangat begini barulah masjid penuh dan kerja agama berjalan dgn lancar..
(kerja dunia tak payah diajak semua dah pakat2 tahu apa nak buat)

...ingat lagi sketsa nie...

there is a work which everybody must do but somebody thinks that anybody could do it and everybody thinks that somebody is doing it but actually nobody is doing it...

Anonymous said...

jika kerja dakwah nie hanya org2 tertentu saja yg buat(ulama,ustaz,org alim)...maka apabila mereka meninggal dunia AGAMA AKAN MATI sbb takde pelapis sementelahlah pulak zaman sekrg nie...berapa keratlah sgt yg nak jadi ulama,ustaz...yg byknya nak jadi doktor,lawyer,akauntan,businessman,selebriti etc (ingat lagi dialog ibu mertuaku?...siapa kassim selamat?..engineer?doktor?lawyer?)

maka adalah diharapkan apabila org2 sebegini terlibat dgn usaha dakwah agama dpt terpelihara hingga kiamat dgn izin Allah ...sesuai dgn level msg2 dakwah blh dijalankan dgn mudah mengikut kemampuan msg2(namun masih mengikut tertib)....tapi ini tak bermaksud kita kena tinggalkan terus usaha dunia kita..

apa yg kita perlu buat ialah...sila bagi masa utk agama... tak byk sikit pun jadilah,tak lama sekejap pun tak apelah dgn syarat dibuat berterusan dan bukannya ditinggal terus spt apa yg berlaku sekrg.

Asbab dakwah yg dibuat oleh sahabatlah Islam sampai kpd kita hari ini...cuba bygkan jika sahabat duduk diam2 kat mekah dan madinah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w...buat do nor aje...sibuk dgn dunia sendiri...agak2 Islamkah kita hari ini?....bertebarannya para sahabat ke seluruh pelusok dunia telah membawa sinar hidayat ke seluruh alam.

perihal pentingnya dakwah tak dpt dijelaskan dlm satu ayat/satu mukasurat/dlm satu blog.

cuma suka saya syorkan sesiapa yg berpeluang membaca buku 'Serangan Monggol ke atas Dunia Islam'...disitu anda akan temui jawapan kpd persoalan2 berikut:

1.kenapa umat Islam diserang dan dibunuh sebegitu dahsyat (lebih dahsyat drp kes di shatilla dan bosnia) sedangkan pd waktu itu Islam berada ditahap kegemilangan ilmu yg berpusat di baghdad.Adakah Allah tidak suka dgn pencapaian ilmu umat Islam ketika itu?
Begitu byk khazanah2 ilmu umat Islam hancur menjadi abu akibat dibakar dlm serangan tersebut.Apakah satu perkara yg telah ditinggalkan oleh org Islam waktu itu?

2.apakah yg telah dilakukan dgn izin Allah oleh beberapa kerat org Islam yg masih hidup...hinggakan org monggol yg ganas itu akhirnya memeluk Islam dari generasi ke generasi?

Anonymous said...

tambahan...

tanpa dakwah agama akan mati...maksud nya agama tidak akan sampai ke generasi seterusnya hingga hari kiamat...tak takutkah kita akan nasib anak,cucu,cicit dan keturunan2 kita seterusnya?apakah agama mereka ketika itu?

Hamka said...

Baru pakcik nak jawab, dah ada yang tolong jawabkan, inilah mungkin yang sering di katakan orang sebagai “ kebolehan menagihkan tugas” he he he..

Apa-apapun, blog is blog, boleh buat rujukan, boleh cari ilmu, boleh membantu untuk capai ke tahap tertentu, yang lain kena return to the source..

Nak komen k eapa ke, sila, jadikan ‘nota ugama’ ini macam nota untuk korang sendiri..

HazuraHamzah said...

aku memang tak pandai part2 hadis ni... tapi dgn adanya blog ko ni dpt gak la aku sikit sebanyak pengetahuan...

aku insan lemah...

Anonymous said...

insan khafi....

Kesian kat awak Hamka.. penat awak terangkan tapi ramai yang tak faham.

Zaman Nabi saw ada juga sahabat yg pandai bersyair dan menyanyi utk menghiburkan hati mereka.Ingat zaman sekarang je orang pandai nyanyi? Tapi mereka tidak tinggalkan kerja dakwah pergi jumpa orang. Sampai masa bila ada sahaja seruan jihad mereka terus pergi.Nabi tak suruh mereka terus menyanyi depan orang ramai, tak payah buat dakwah, tak payah pergi jihad. Kalau hati manusia boleh berubah melalui nyanyian, dah lama nabi suruh para sahabat r.anhum nyanyi depan orang ramai. Begitu juga dengan orang yang pandai menulis, atau orang yang sibuk dengan perniagaan, Sampai masanya mereka akan keluar berjihad.Nabi tak kata pun, kamu wahai orang yg pandai ekonomi, terus berniaga dan tak payah buat kerja agama kerana perniagaan kamu akan mengembangkan agama, tak payah solat berjemaah, tak payah keluar jihad.

Pendek kata zaman khairul kuirun dulu, semua orang tak kira tua muda, dalam bidang apa sahaja meraka buat dan kuasai,sampai masa mereka akan melakukan kerja agama, faham?

Hamka said...

aku juga antara ummt islam yang lemah..oh.

Maryam Abu Ahmad said...

yang lagi lemah, dah ada archive, tak reti-reti nak baca satu-satu. sedih-sedih.. memang tak suka baca sejarah kot. padahal cara berdakwah itu terkandung dalam sirah.. :)

langkah pertama memang susah.. bila dah mula melangkah ketagih la pulak. huhu

XX said...

tak dinafikan bila kita sentuh pasal dakwah akan ade sikit 'fenin' dan 'konpius'...maklumlah msg2 kata cara dakwah dia yg betul.

dan aku yg 'fenin2 lalat' nie nak tulis beberapa perkara utk kita fikir dan renungkan bersama...kalau nak tau sohih ke tak ....rujuklah ustaz sbb aku menulis dlm keadaan 'fenin'(mcm2 makhluk-aku le tu- ade dlm blog ko nie hamka...ko tak buat pest control service ke?..he..hee)

ok..serius & fokus...

1. ilmu penting, dakwah pun penting,kedua2nya penting...tapi dlm keghairahan kita menuntut ilmu,dakwah jgn diabaikan dan dlm kita berdakwah ilmu jgn ditinggalkan...infact seseorg yg berilmu belum tentu beriman (eg:mat salleh) tapi seseorg yg beriman sudah tentu berilmu...dan iman terbina melalui dakwah.

2. dakwah secara ringkasnya/amnya ialah sampaikan/suruh dan mengajak (bukan mengajar) manusia kpd Allah...iaitu amar makruf nahi mungkar...dgn mengamalkan perintah2 Allah dan meninggalkan larangannya cth ajak pergi solat berjemaah,tutup aurat dgn sempurna,ajak jgn mengumpat etc.

3. tak perlu 'ada/cukup ilmu' utk buat dakwah...basically bila kita ajak manusia kpd Allah...itulah dakwah....cth seorg isteri yg tak tahu membaca/tak lepas UPSR atau PMR pun tapi bila time solat dia suruh anak lelaki/suaminya pergi solat berjemaah di masjid/surau maka itu dah dikira satu dakwah.Di sini si isteri/org yg berdakwah bukan mengajar mcmana solat berjemaah tetapi mengajak utk solat berjemaah krn bila kita nak mengajar kita perlu ada ilmu tapi utk mengajak org...budak kecik pun boleh ajak kita ke masjid ( ingat Rasulullah juga seorg yg ummi )

4. dakwah bukan khusus kpd org kafir sahaja tetapi juga kpd org Islam.Utk org kafir kita dakwah/ajak kpd Islam tapi utk org Islam kita dakwah/ajak utk mengamalkan perintah2 Allah.Org alim bgtau di zaman yg dah nazak sekrg nie dakwah kpd org Islam lebih2 lagi patut dibuat krn umat Islam skrg dah tak amalkan Islam dlm erti kata sebenarnya hingga menimbulkan fitnah apabila org kafir melihat cara kehidupan kita..cth pakai tudung tapi buat maksiat.

5. dakwah bukan tgjwb org2 tertentu shj (ulama,ustaz) tetapi tgjwb setiap umat nabi s.a.w yg ada kalimah Lailaha illallah dlm dirinya sbb bila kita tak buat dakwah/saling ingat mengingati, manusia makin lama makin lalai dan lupa ajaran Islam dan bila turun bala...semua org akan kena tak kira org soleh ke org jahil.

6. hasil drp dakwah yg kita buat dgn cara yg betul (iaitu cara nabi s.a.w) akan dpt mengislah/perbaiki diri kita dlm mentaati perintah Allah.Org yg kita dakwah belum tentu jadi baik sbb hidayah ditangan Allah tapi org yg berdakwah insyaAllah akan jadi baik ( krn ada tarbiyah drp Allah melalui cara nabi s.a.w) dgn syarat niat kena betul iaitu buat hanya krn Allah utk islah diri sendiri.

dgn begitu byk 'method' berdakwah skrg nie...cuba kita muhasabah diri sendiri adakah kita semakin baik dari semalam/hari2 seblmnya dlm mentaati perintah Allah.

berdakwah melalui cara nabi s.a.w,kita kena jumpa manusia bertentang 4 mata.

terkoyak/terbuang/terdeletenya risalah/nasyid/blog dakwah kita dlm tong sampah tak akan sama sbgmana terkoyak/terhirisnya hati dan perasaan kita apabila di perli/dicerca/dihina atau dicibir2kan dihadapan muka kita sendiri.

kita mungkin tak tahu pun bhn2 dakwah kita dibakulsampahkan sbb kita tak nampak therefore tak de rasa marah.... tapi bila kita dihumiliated depan muka kita sendiri...waktu itulah kita ditarbiyah supaya menahan marah dan bersabar sama sptmana yg dialami oleh Rasulullah s.a.w sendiri.

seorg anggota polis telah keluar berdakwah buat kali pertama...spt biasa jumpa manusia ajak pada Allah..belum habis cakap dah kena marah depan2...dia apa lagi hampir2 nak bagi penampar kat org tu tapi terpaksa bersabar sbb kena ikut tertib dakwah...kemudian baru dia perasan bahawa selama ini dia kerja sbg polis dia tak kisah pun perasaan org yg diherdik dan dimarahinya maklumlah dia ada kuasa dan pangkat....disitu Allah dah tarbiyah dia.

byk lagi pengislahan diri yg akan kita dpt bila kita buat dakwah cara nabi s.a.w...kat atas tu satu drpnya.

oklah hamka.....'fenin' aku pun dah hilang sbb dah terlalu byk membebel.

satu soalan utk ko : 'mcmana ko konfirm yg cara ko tu betul2 ikut cara nabi s.a.w'

harap ko pulak tak 'fenin'.

abu indah said...

apa point xx ni? aku tak paham..
sama macam cerita dan 'arus' hamka...

yang.mati.akal said...

knock knock knock

** Ada satu cerita tentang 4 orang bernama SEMUAORANG, SESEORANG, SESIAPA dan TIADASIAPA. Ada tugas yg penting utk dibuat, dan SEMUAORANG pasti yang SESEORANG yang akan buat. SESIAPA saja boleh membuatnya, tetapi TIADASIAPA yang membuatnya. SESEORANG amat marah kerana ia merupakan kerja SEMUAORANG. SEMUAORANG ingat SESIAPA saja boleh membuatnya, tetapi TIADASIAPA sedar bahawa SEMUAORANG tidak ingin membuatnya. Ia berakhir dengan SEMUAORANG menyalahkan SESEORANG apabila TIADASIAPA buat apa yang SESIAPA saja boleh buat **

Hamka said...

Maryam Abu Ahmad

baca tafsir quran cerita Nabi berdakwah, Allah serita detail, Nabi Nuh pergi rumah ke rumah, berdakwah di temapt ramai, berdakwah tersembunyi, Nabi Ibrahim berdakwah dengan Namrud, Nabi Musa dan Firaun..

Aku baru baca, lain kali boleh tulis ringkas kat sini, insyAllah..

---------
XX

Kau jumpa dengan orang yang berdakwah pintu ke pintu, dan tengok cara explain mereka, begitu konfident itu adalah cara Nabi bila mereka tetap istiqamah walaupun di caci dan di hina, tidak akan tukar sunnah dengan strategi yahudi, walaupun tak de orang ikut, kerana kejaayaan dakwah bukan orang ikut, tapi kita sendiri dapat terbaiki kesan dari amal sunnah, jika di lihat, mereka macam dan ‘berjumpa Nabi dengan jarak sejengkal’ lalu buat kerja dakwah sungguh-sungguh sampai jadi mayat…

-------------
abu indah

Aku buat-buat faham.., angguk..

---------
yang.mati.akal

ada cerita wanita cantik yang sering menjadi siulan di sepanjang jalan, perasan diri lawa lalu menunggu anak raja meminang akhirnya menjadi mayat di rumah orang-orang tua..

kerana

SEMUAORANG disini adalah SESEORANG yang SESIAPA sahaja boleh jadi TIADASIAPA.

XX said...

oppss...maafkan aku abu indah & hamka...don't get me wrong

aku cuba explain apa itu dakwah dlm cara yg mudah ...nampaknya susah jugak nak explain melalui blog nie...patutlah masih ramai tak faham ape yg ko tulis dlm entry

soalan aku tu sepatutnya aku tulis:
"kalau ada org tanya ......"bukannya aku yg bertanya.

Mak Su said...

terimakasih dengan info tu... mulakan ler plaks bagi kita-kita ni mengorak langkah

abu indah said...

xx,
baiklah..aku dah paham...
hehehe..
memang la..blog ni bukan 'tempatnya'

akuanakencikali said...

Salam..

Kat rumah aku ada banyak jugak kumpulan2 yang kata nak berdakwah.

Ada yang dakwah dari pintu ke pintu tapi rumah tertentu aje. Aku nak sangat suruh diaorang datang umah aku sebab aku nak tahu jugak apa yang diaorang ceritakan.. Tapi kenapa diaorang taknak datang? Rumah sebelah diaorang selalu pergi tapi kenapa rumah aku diaorang tak datang..?? Kenapa? Kenapa? Why? Timkai? Warum in aller Welt? mais pourquoi? почему? naze?

Adakah kerana aku tak smayang kat surau diaorang? Aku smayang kat masjid sebab dekat ngan rumah aku. Takkan itu pun tak boleh??????

Aku betul2 nak sangat diaorang datang. Sejak kecik aku merantau ke negara orang, tak penah tengok aktiviti dakwah sebegini. So aku nak tahu lebih lanjut!!!!

Tolonggggggg...!!!!

Hamka said...

XX dan Abu indah..

Ohhh, baru aku paham (sambil garu kepala)

-----------
Mak Su

Sama-sama, kita-kita nak ikut gak mengorak langkah
: )

----------
akuanakencikali

kau email aku bagi alamat rumah kau dan no phone kau, warna pintu rumah kau dan letak kat luar rumah symbol so call islamic.

(keretamayat@gmail.com)

anak ayat said...

hmm,,,, ana dah nampak fikrah anta wlupun xberfikrah, tp x apala, kita berlapang dada sudah, benda baikkan, walaupun cara itu kan dikira berda'wah, samada anta nak claim tu cara rasulullah ka tidak ka, terpulang, kerana setiap da'i ada nas dan dalil masing2 , ada benar kata anta si penulis ttg mereka yg SEDAP MENGCLAIM kami dah berda'wah, walaupun hakikatnya hanya OMONGAN! bagus tuk sedarkan golongan ini, dan satu lagi, iaitu golonagn MR RIGHT!!!, moga depa sedar dan kita pun sedar sama! sebelum terlambat menjadi MAYAT!!!

Anonymous said...

wahhhh sudah tukar colour.
sangattt cantikk.
ekekeke.

oke mau teroskan membaca.

-ruffsakura

nuril iman said...

salam..bro muhammad hamka..

hope kite semua dpt amalkn 5 cara dakwah tu..insyaALLAH..

sy nk tanye opinion bro sket...
1)ape pandangan bro ttg syiah yg sebenar..bkn kat m'sia or arab..syiah d sisi ALLAH?

2)boleh citer sket x ttg alat2 muzik yg dbenarkn dlm ISLAM..sbb sy dpt tau gitar x boleh sbb dia ada tali..

ermm..anyway..hope bro sefamily drahmati ALLAH selalu..kirim salam kat wife n anak2 yea..

Hamka said...

anak ayat

satu hari nanti, penulis kereta mayat menjadi mayat..

------------
ruffsakura

Cantik macam mayat baru mandi,
: )

-----------
nuril iman

1) syiah d sisi ALLAH?, aku tidak tahu, apatah lagi soalan kau nak tahu pandangan di sisi Allah? Lagipun belum pernah aku bercakap 4 mata dengan orang syiah, tapi aku dengar mereka menghina sahabat baginda, dan ada benda yang depa buat bertentangan dengan ahli sunnah waljammah…, benda ni baik kau rujuk ustaz dan ulamak. Aku bukan tempatnya, maafkan aku

2)dulu yosof islam masa baru jadi mualaf, menanyi guna gendang sahaja, tiada guna alat muzik bertali, sekarang sudah guna instrument muzik macam-macam, bila di Tanya katanya, dulu baru masuk islam belum belajar hadith, sekarang dah kaji hadith, dan yang haramkan tali dalam instrument adalah hadith daif, mengikut ulamak hadith daif tak boleh jadikan hokum, untuk fadhail takpe, apa-apapaun, sekali lagi, benda ni baik kau rujuk ustaz dan ulamak. Aku bukan tempatnya, maafkan aku

Ainul Mardhiah..... said...

Assalamualaikum.....
syukur Alhamdulillah, Allah memberi membuka ruang kpdku terserempak dgn kereta mayat ni...aku masih ingat lagi camne aku boleh terlibat dlm kete mayat ni...mase tu aku tengah sedih sebab ada org buat aku terluka, mmg aku aim nak maafkan semua org yg menyakitiku coz aku sedar aku pun byk buat org sakit hati.... so aku fikir mesti Allah bg ganjaran yg besar bg org yg sanggup memaafkan org lain yg pernah menyakiti hati kita.... sakit tak terbayang tau...isk,isk.Aku pun type kat google (ganjaran Allah kpd org yg memaafkan org lain).. tp tiba2 aku heran KERETA MAYAT yg keluar.. knp? knp?aku baca dan baca aku teresentuh pd tajuk apa apa itu korban? mmg best cerita pasal kesusahan Rasulullah...aku explore punya explore mmg best.. aku bg kwn2 aku baca. kwn aku hari2 buka kereta mayat. Syukur sangat2, hanya Allah yg tahu isi hati kita. Aku bnr2 rase akan jd mayat yang tak hnti2 dipersoalkan ttg tanggungjwb mengislahkan islam dlm dr keluarga dn kwn2 terdekat. pasti aku tak terlepas hr hitungan Allah. ooo.tolong doakan aku dlm sujud panjang tahajudmu atau hajatmu,moga keghairahanku utk berdakwah terus mekar.....
Wassalam....

alan zed said...

knp umt islam lemah ? sebab x amalkan apa yang dibaca dalam al-quran dan hadith. sekian.

Hamka said...

Ainul Mardhiah.....

Waialukumusallam..

Nama kamu sebijik nama anak saudara aku, umur setahun lebih, tapi sangat takut jumpa aku, asal tengok aku jer menangis, takpelah budak kecik dan anak orang lain tengok aku menangis takut, asalkan kau tak menangis jumpa aku kelak meratapi penderitaan aku di matamu..oh!

Wassalam....

----------
alan zed
kenapa umat islam dulu tak lemah ? sebab amalkan apa yang dibaca dalam al-quran dan hadith.

sekian.

(jawapan yang menutup komen entry ini, sekian)

akuanakencikali said...

Hamka,

Aku di Kota Damansara...

Tapi takkan nak kena bagi alamat dan letak something so-called islamic baru nak datang..???

Masa aku di Moscow dulu bapak aku pun dah penah kena mcmni. Ada org buat bayan dan halaqoh di Masjid (dalam bahasa Rusia lah)tapi nak pegi kena pakai mcm mereka dulu baru boleh masuk.

Betul ke cara macamtu? Adakah Islam ni milik mereka yang pakai dan buat sesuatu yang so-called islamic sahaja? Jika demikian, di mana konsep Islam ini sebagai rahmat seluruh alam???

Ainul Mardhiah..... said...

Assalamualaikum...
Aku nak tanya skit ni, apa yg menyebabkan kita ni kdgkala up n down dlm nak berdakwah???

Boleh tak bro hamka bg masukan skit ttg perkara2 yg boleh merosakkan dakwah...

Aku nak kongsi skit kat sini, mase aku bljr beberapa thun lalu, Alhamdulillah aku tersentuh pd tarbiyah bila jumpa org2 yg baik, semuanya sejantina. Suasana tmpat aku bljr sgt islamik, mana taknya pljr lelaki wajib jemaah subuh, isyak n mgrib kat masjid. zohor n asar digalakkan coz waktu class...smpaikan pljar pompuan pun diwajibkan.bguslah sbb resenya bg kami takde pun menimbulkan fitnah ke apa ke?laluan ke masjid pun asing2.Alhamdulillah masjid hidup dgn pengisian... aku pu banyak join2 progrm,tp aku pilih ler pgram yg takde percmpuran dgn lelaki coz bg aku bnda2 camni blh memberi ksn pd niat.. btul tak..

Aku geram betul pd org yg berdakwah n pd mase yg sm buat date,,,,bukannya apa, aku dan org yg pakai tudung labuh n buat dkwah skit2 ni pun tercalit nila tau....

Aku pernah tegur pasangan yg lelakinya ckup baik dr segi agmanya n yg pompuan pun sma,kwn aku pulak tu... last2 aku kena tibai balik...ooo.aku doa je mg aku dan mrk sedar...

Aku bukan apa takde niat nak dengki ke apa? tp aku syg pd imej islam yg di bw, org awam akan sng mempertikaikan dn mnjadikannya contoh.. bukanke effect pd dakwah...

Bg aku mmg ujian org2 muda yg tak kwin lg ni ialah fitnah dr seorg wanita...aku ada pengalman jg...aku terkejut ada sorg mamat tu,dia kira ketua ler dlm orgnisasi dkwh kat tmpat aku bljr n di kira org kuat ler. jd imam bg tazkirah dll..tp yg aku heran dia blh dptkan no.h'set aku n mscall aku stiap kali trsrmpak dgn aku... aku mmg bengang giler... apa kes miskol2 ni... aku buat dek jelah...tp aku pun rase berslh sbb membuat kan dia tertarik pd aku, aku realize..aku tak tutp aurat ke? aku gatal sengih2 ke? aku rase akulah org yg berubah perwatakn bila berinteraksi dgn lelaki,kdg2 terpaksa berlakon jd tegas n garang, yelah lelaki kan mudah cair pd klmbutan pompuan.(perasan ler pulak).Aku takut aku jd sebab yg blh mnjejaskan hubungan di dgn Allah. yelah kalo asyik teringat kat aku jr cmne? gmbar aku pun dia ada tangkap curi.. waaaa....

Alhamdulillah dlm lindungan Allah aku teruskan tekad, tegas n tidak goyah dgn pujukan lelaki....smpaikan mamat tu dah putus asa...tp yg aku sedih, dia cuba ngorat lak junior aku....

Sedih, sedih mgenangkn dakwah yg dbwa. mgkin aku yg tak fhm jiwa lelaki aku berdoa agr dia cpt jodoh, n kawin slsai ujian cnderung pd wanita....

Doakan aku jg agar lulus ujian kecenderungan itu.....

Harap bro hamka blh bg respon ....

Hamka said...

Ainul Mardhiah.....

Wa’alakumusallam…

Dalam bab ini aku kena ingatkan para pelajar dan para pendakwah..

jihad utama pelajar adalah menghabiskan pelajarannya, itu harapan mak bapak, sekiranya lagha dan lalai yang membuatkan pelajaran tersangkut atau dakwah tersangkut, maka anda telah berdosa kepada mak bapak, Maka amat penting dalam belajar dan berjuang tidak terlibat dengan anasir ini:-
Kerana ianya boleh merosakkan pelarana dan dakwah:-

Cinta dunia..
Cinta wanita..
Cinta takhta..

Seorang pendakwah bujang tidak patut ada awek dan bercouple, begitu jugak pelajar, siapa yang menikmati ‘dunia’ sebelum tiba masanya, akan kehilangan nikmat itu bila tiba masanya.., orang yang bercinta sebelum kahwin, lepas kahwin ragam keluarganya akan menghalang dakwah dan perjuangan.., jika tidak bertaubat.

Aku tulis dah bab ni dalam “ apa itu seks”..

Harap dapat membantu cik ainul dalam memahami nafsu lelaki.

Anonymous said...

iA Hamka.. sejarah tunjukkn sejak kejatuhan khilafah 1924, mmg byk usaha dakwah scr kolektif dr penubuhan ikhwanul muslimin yg bercwgn ke seluruh dunia hari ini~ 'ala maududi yg tiba2 muncul di pakistan menmbawa ideologi islam yg syumul sama spt imam hassan al-banna, dan byk pdwkh2 hari ini yg bergerak scr kolektif, iA islam akan naik kembali.

history repeats itself~ akan berlaku satu lg pembukaan~ aminn

Hamka said...

benar kata kau..

(amin..)

aDeaL said...

insyaALLAH..
kalau semua bersatu,pasti akan berjaya..
tetapi..dalam al-quran dh tertulis..
ISLAM akan menang jugak akhirnya..
percayalah..!!

Hamka said...

pastikan dirimu termasuk dalam golongan yang berjaya (akupun)
:)

van qif said...

assalamualaikum,

ntah ler hamka...kadang2 aku serba salah nak dengar dakwah/ceramah kat tempat kerja...nak kata dakwah...mmm lebih pada kutuk/caci parti lawan...memang ler ader makmum yg seronok dengar ceramah panas...tapi...nak kata beri kesan pada hati tu...kurang ler...delema delema...

adioss amigoss

Hamka said...

tapi, kita masih pandai mencari kebaikkan di sebalik kekurangan

:)