Oct 10, 2007

Siapa yang kamu sedang rindu?

(Hari yang penuh emosi..., bermonologlah pulak...)

Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud dan kini tenang menjamah makanan …, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada isteri Nabi Musa a.s yang kesejukkan di bawah kaki bukit Tsur, bersama anak-anaknya, yang tabah menunggu suami serta ayah mereka, yang telah pergi mengambil api dari puncak bukit, tapi suami yang di tunggu tak muncul tiba, kerana hakikatnya si suami sudah di lantik menjadi Nabi, dan bermulalah sebuah pengorbanan dalam mencari nikmat berugama..…

Dalam kemeriahan kita berbuka puasa, sedang asyik menjamah makanan dan menjamu selera…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Barangkali kita terlupa pada Isteri Nabi Ibrahim a.s yang kepanasan dan kehausan, serta kelaparan dan keletihan dalam mencari air di Lembah Safar dan Marwah.. sedang anak masih dalam susuan, lalu tinggalah dua beranak di lembah Mekah tanpa suami di sisi kerana suaminya sedang berkorban dalam mencari nikmat berugama…

Hari ini kita bersolat berlangitkan kipas syiling, dan berdiri di atas karpet yang lembut lagi tebal, serta masjid yang sungguh indah saujana mata, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada Summayah r.aha yang di tombak di kemaluan kerana ugama ini, atau keluarga Yassir yang mati di seksa, atau Nabi zakaria a.s yang di gergaji dan juga Nabi Yahya a,s yang di pancung, semuanya kerana ugama!

Nampaknya, demi ugama, Allah sanggup melihat kekasihNya terkorban dan di korbankan....

Dalam kemeriahan kita semua berbuka puasa, makan bersama kicap cap ‘Bilal’ penyedap rasa, sebenarnya kita telah terlupa pada Bilal bin Rabah yang hidup di seksa, di jemur di padang pasir sedang di dadanya di pasak dengan batu sebesar raksasa, saban malam di cemeti bergilir-gilir pula...

Tak lupa juga akan kita yang berbuka dengan roti Khebbab yang enak dan menyelerakan, danging panggang dan roti pital yang empuk.., sedang Khabbab bin Alarat r.a telah di seksa kerana ugama ini, beliau di seret atas bara api sehingga lemak dan darahnya telah memadamkan bara api.. semuanya kerana ugama.... berkorban dalam mencari nikmat berugama…!

Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, sebenarnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Jika kamu mahu mengenang cerita dan derita,
Izinkan aku titipkan beberapa lembaran kisah mereka yang telah menderita kerana ugama, berkorban dalam mencari nikmat berugama…!

Pada suatu waktu di saat zaman dan kurun yang terbaik, terdapat cerita seorang sahabat Nabi SAW yang baru kematian isterinya sedang beliau masih mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun, namun sahabat ini telah datang berjumpa Nabi SAW untuk menyertai jihad menegakkan ugama Allah...

Nabi menasihatinya supaya duduk di rumah bersama anaknya yang masih kecil itu.., tapi dia mendesak juga untuk menyertai, barangkali beliau telah tercium bau syurga. Dan Nabi Muhammad SAW telah benarkan beliau pergi..

Si anak yang di bernama Basyir ini pun bukan calang calang budak. Walaupun baru berusia 5 tahun telah sanggup berpisah dan di pisahkan demi semata mata kerana agama Allah.

Malahan si anak-anak para sahabat Baginda ini akan saling berbangga terhadap ayah dan bapa mereka yang telah turut sama menyertai peperangan bersama Baginda SAW.

Allah jua yang mencampak kefahaman dalam diri mereka tentang nilai ugama..

Setelah beberapa masa berlalu, terdengarlah khabar berita akan kepulangan tentera islam dari luar kota Madinah, Nun di sana kelihatan segerombolan habuk dan debu yang berterbangan menjulang ke langit kesan hentakan tapak kaki kuda dan unta milik tentera islam.

Di sempadan Madinah, sebaik kuda dan unta menghentikan tapak kakinya, dan dalam suasana debu debuan yang masih berterbangan, si anak-anak sahabat sudah tidak sabar menunggu untuk bertemu dengan bapa-bapa mereka. Dalam larian kasih sayang, Basyir bin Abarkah telah mendahului kesemua perindu yang lain, walaupun usianya baru 5 tahun, tapi beliaulah yang paling maju, katanya: ingin menyergah ayahnya..maklumlah, Mereka baru belajar erti rindu.

Debu debu pun mulai turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terpancullah wajah kuda dan wajah unta yang setia.

Dan debu debu pun masih terus turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terlihatlah wajah bapa bapa mereka. Maka si anak mula menerkam si bapa, dan bapa mulai menerpa si anak, mereka saling berpelukan menangis gembira melepaskan rindu dendam seolah olah seperti baru terlepas dari hukuman mati. Bapa mana yang tidak rindu pada anak? Anak mana yang tidak gembira bertemu bapa? Lantas terdengar suara takbir di sini sana, memuji Allah sambil menangis kesyukuran..

Memuji Nikmat Allah..

Tidak lama kemudian.. sempadan Madinah itu telah menjadi daerah sepi dan sunyi, yang tinggal hanyalah kesan tapak kaki manusia dan binatang tunggangan. Namun yang terlihat pada waktu dan ketika itu, Basyir budak berumur 5 tahun seorang diri sedang melilau mencari ayahnya. Sudah puas ke kiri dan ke kanan… sudah jauh mata memandang, sudah penat menunggu, namun si ayah yang di rindu, tidak datang-datang!. Tidak kunjung tiba!

Ke mana ayah pergi?
Kenapa masih belum pulang?

Dalam debu debu yang masih tinggal, terlihat satu kelibat lelaki sedang berjalan ke arah Basyir Abarkah budak berumur 5 tahun itu,
Lalu si Basyir menerpa lelaki itu kerana disangkanya bapanya sudah pulang. Namun lelaki itu bukanlah bapanya, sebaliknya lelaki itu adalah Nabi Muhammad SAW .

Lantas Basyir bertanya:
Mana ayah ku?.

Lalu Nabi memalingkan wajahnya ke kanan kerana tidak sanggup untuk berkata kata.
Si Basyir lantas bergerak kekanan Baginda dan terus bertanya:
“Mana ayah ku?”.

Sekali lagi Nabi memalingkan wajahnya ke kiri lantaran tidak sanggup untuk menuturkan kata kata sedang air mata mulai berlinangan di pipi. Si Basyir tidak berputus asa dan terus bergerak ke kiri Baginda.
”Mana ayah ku?”.

Lalu Nabi duduk sama tinggi dan menjawab dengan nada sedih dan pilu sedang tangan baginda di pipi Basyir....

“Anak.., Ayah mu telah syahid.”

Air mata anak terus mengalir hangat, di kala darah yang mengalir dari badan ayahnya sudah lama lenyap di telan bumi....

Dalam kedamaian sahur kita pagi ini, dan kemeriahan berbuka puasa petang nanti, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di waktu malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah… Sesungguhnya mereka telah mewarnai bumi Mekkah dan Madinah dengan darah..

Sekurang-kurangnya, kenanglah pada Basyir budak berumur 5 tahun itu..

Jika kita masih terlupa, biarlah aku ceritakan kisah Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain, lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus’ab bin Umair adalah anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, di sayangi dan di manjai, hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa. Tapi sebaik beliau memeluk ugama islam, beliau telah di murkai oleh ibu bapa, di ikat dan di kurung, satu hari beliau dapat melepaskan diri dan lari mengikut sahabat Nabi lalu hidup dalam keadaan zuhud dan miskin.

Di hujung pengorbanan, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera.., dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup lalu di tutup dengan daun-daun Izkhar..

Dalam hidangan berbuka puasa yang enak dan meyelerakan, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di sepertiga malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Dan ada juga cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, tentang kematian anak sulung, tentang kematian anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu. bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu anaknya yang bongsu juga mati , si ibu ini terpegun dan menangis…dia dipujuk orang, supaya bersabar dengan ujian Allah..
Tapi si ibu berkata: “janganlah kamu semua ucap takziah pada aku, tapi ucapkanlah tahniah kepada aku, …, aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku telah mati, tapi aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah.!!!!”

Dalam kerehatan kita bertarawaikh, dan sedang menikmati juadah sejurus lepas solat witir, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Seorang sahabat ketika hendak di campak ke dalam api oleh seorang kafir telah menangis sambil berkata: “aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa sahaja, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!! “

Dalam keseronokkan kita membuat persediaan hari raya, bertepuk tampar, dan saling bergembira, bertakbir di sini sana, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, di jalanan beliau di pukul orang, di sepak terajang dan di baling batu serta najis..,

Dari celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mentintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beluau menyampu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu..

Namun hati anak mana yang tahan melihat ayanya di seksa? Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di baling batu...

Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya..

Di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya: kenapa menangis?

Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata:

“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”

Nabi menjawab (lebih kurang maksud)
“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…”

Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat berugama, mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana kamu berada, di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu hatimu.., kerana mereka sedang mengzahirkan hadith Nabi Muhamad SAW.

Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi semata mata kerana Allah, mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arasy berkat amalan ini, dan semoga Allah kasihan pada kamu dan mereka lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan menyebarkan hidayat ke seluruh alam, sehingga akhirnya kesemua lelaki akhil baligh dapat minikmati solat berjemaah, dan keseuma wanita akhil baligh dapat menikmati solat di awal waktu serta tutup aurat dengan sempurna, kemudian, anak-anak akan taat perintah ibu bapa, dan isteri-isteri akan taat perintah suami dan semua mahkluk akan taat perintah Allah lalu menyembah Allah dengan cara yang paling layak selayak-layaknya Dia di sembah!...

Sesengguhnya, Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Selamat menyambut malam Lalatul Jaizah, dan selamat menyambut Hari raya..

Hamka
KeretaMayat.
(28 Ramadhan 1428H)

40 comments:

nurzaiti said...

salam bro hamka,
selamat menyambut lailatul jaizah..(lail tu dah bermaksud malam..he he he..)

jangan lupa malam eid fitri antara malam yang mustajab doa..selamat bermunajat pada Sang Kekasih di malam eid...moga doamu dimakbulkan..

ps : kirim salam kat family ye..jangan lupa testing resipi acar daging tu..ha ha ha..

Anonymous said...

yeyeh.
slamat ari raya bro!

yang.mati.akal said...

salam.
bro.
serious syahdu..
..
selamat menyambut syawal.
maaf zahir batin.

Brother said...

Assalamualaikum..

Selamat Menyambut Eid Mubarak..

Hamka kalau nak makan nasi dagang boleh datang umah aku, resipi mok de chendering... :)

Jangan lupa puasa 6 hari di bulan Syawal...

insaf said...

taqabalallahu minna wa minkum

Anonymous said...

assalamualaikum

masih kurang ibadah bulan ramadhan...ramadhan dah nak berlalu pergi :(

...bulan ramadhan adalah bulan tenang tanpa gangguan syaitan...

p's: bln ramadhan x trpenjara dlm hutan dunia :)

wassalam

Kavalera Hexalera said...

Hamka..

Entry kali ini sangat menyentuh perasaan. Hilang manis Buah melaka dan lompat tikam tatkala hidung dan tekak tersumbat dek kesedihan, perasaan membuku rasa kekurangan yang teramat sangat.

Allah.. Jika dibandingkan, sehina najis pun sanggup aku mengaku diri aku ini.

Tidak terjangkau akal bagaimana kesakitan dibakar, dicemeti, disula boleh menjadi nikmat tertinggi. Hanya Allah yang boleh memberikan nikmat seperti ini.

Semoga tetamu yang datang mengetuk pintu kerana Allah disambut juga dengan perasaan syukur semata mata kerana Allah. Semoga jabatan tangan dua orang ini menjatuhkan dosa selebat hujan sebelum banjir kilat di KL.

Semoga orang yang berazam dan berniat untuk mengorbankan diri, harta, masa dan perasaan mereka dijalan Allah semata mata untuk Allah dimakbulkan dan diberikan ganjaran, nikmat dan istiqamah hingga jadi mayat.

semoga kita sedar yang 13 tahun pengorbanan itu lebih penting dari 10 tahun menikmati hasil pengorbanan.

Semoga kita sedar yang Madinah yang bercahaya gemilang dengan cahaya amal itu datang daripada darah dan airmata di Mekah.

Ya Allah, jadikanlah sahabat sahabat ku ini golongan yang tabah membawa panji agama mu seperti yang dikehendaki oleh Mu dan KekasihMu. Limpahkan lah kurnia dan rahmat Mu pada mereka dan keturunan mereka.

Ya Allah, pilih mereka untuk membangun agama Mu kerana mereka lebih baik dari aku.

Ya Allah pilih mereka jadi tentera Mu kerana mereka berjuang lebih baik dari aku.

Ya Allah kau beri perlindungan kepada mereka dan keluarga mereka sedangkala mereka melangkah kaki demi agama Mu.

Ya Allah hanya pada Mu kami bergantung, hanya pada Mu kami berharap kerana Kau lah sebaik baik tempat bergantung, sebaik baik tempat berharap. Permudahkanlah hidayat untuk seluruh alam, permudahkanlah, selamatkanlah, berkatilah.

Amin ya Rabbal Alamin.

budak shams said...

aslamualaikm..
sedihnye bace entry kali nie..
tibe2 rase rugi bila rindu pada yang tidak sepatutnya..
sayunya hati bila mengenangkan kembali..

aku said...

aku dah lama rindu entry camni...dan dah tak ada komen yg pelik2 cam nak gaduh....

selamat hari raya idilfitri buat semua...

p/s:pasal komen aku dlm entri sebelom ni yg ko ckp aku hampeh...ko buat kandang beruk tak siap tp aku dah komen etc aku dah explain kt komen...aku harap ko tak salah faham...aku mintak maaf...

Hamka said...

nurzaiti

Pada malam tu lah ramai yang dah ‘cuci tangan’..
Jadi sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini, kita sama sama ingat mengingat..

Terima kasih..

Selamat sembahyang raya…

-------------
yang.mati.akal

maaf zahir batin.
Dari entry pertama, sehinggalah ke entry terakhir..

Oh!

----------
Brother

Walaikumusallam

Mok de chendering atau Mok ngoh?
Pok de yang buat keropok sebenarnya, kau biar betul..

ps:
Puasalah kamu 6 hari di bulan syawal, maka kamu di kira seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.. (rujuk hadith)

Berdakwahlah kamu 3 hari setiap bulan, maka kamu di kira seolah-olah berdakwah sepanjang tahun.. (rujuk al-quran)

----------
insaf

tak reti nak jawab lagi dalam bahasa arab..

---------
x trpenjara dlm hutan dunia

: )

-----------
Kavalera Hexalera

Hadith yang aku quote last entry ini aku petik dari kitab hayatul sahabah jilid satu.. (harap maklum)

(apa yang kau doa)
Aku aminkan…

Amin…

---------------
budak shams

kau rindu pada aku tak?
Jempulah beraya di rumah, nak datang email dulu:
keretamayat@gmail.com

---------
aku

aku pun mitak maaf kat kau sebab bilang kau ni hampeh, padahal aku pun hampeh gak..
dan aku dah jawab komen kau kat sana..

bermaafanlah kita..

UmmuSarah said...

Terime kasih Hamka...Sungguh syahdu di baca....Dalam cuaca pagi hujan renyai2 dan suasana yg suram. Mungkin semalam Lailatul Qadr? Insya Allah.

Saya pinjam title posting nie utk blog saya :)

brother said...

hamka,

mokde chendering tu mak sedara aku. Dia buat sendiri2 je, tak jual pon.Tiada kena mengena dengan mokngoh RM45 yang popular tu melainkan saudara seIslam...

Tapi nasi dagang mokde lagi sedap dari mokngoh! mungkin sebab tak payah bayar..hahaha

Hamka said...

UmmuSarah

Katakan pada hatimu yang sedang merindu itu..

SEKIRANYA BEGINILAH CARANYA ALLAH AKAN MENGAMPUNKAN DOSA KAMI,
MAKA, ALANGKAH RINGANNYA PENDERITAAN INI..

DAN APABILA, BEGINILAH CARANYA ALLAH AKAN SELAMATKAN KAMI DARI AZAB API NERAKA DAN MASUKKAN KAMI BERSAMA SAMA DI SHURGA BUAT SELAMA-LAMAYA,
MAKA, ALANGKAH ’INDAH’NYA PENGORBANAN INI..

Ps: pulangnya suami ke pengkuanmu adalah belum tentu, tapi kamu berdua sudah pasti akan pulang ke pangkuan Allah..., semoga Allah kasihan pada kita..

----------
brother

eh, kau orang chendering ke? Email aku, aku nak pergi membebel macam mak nenek kat rumah kau ha ha ha!

Brother said...

mokde aku orang chendering.. Aku orang Marang. Sebelah Masjid Rusila...

Wan Mohd Faiz said...

hmm,, entry ni telah menyebabkan aku tangguh wat hw aku selama 20 min..! seronok aku membacenyer..

eh..korang nak raye dah kat malaysia..? aku kat sini di keliling mat salleh je.. aku nak gak nasi dagang wei...aku raye kene gi kelas..sob...sob...sob... (aku nak skip kelas..haha.. pastu aku blaja sungguh2 lepas tu!)

hmm, serius aku nak balik!! sape nak blanje aku tiket? aku ni ibnu sabil, boleh tuntu zakat x...? haha

selamat hari raya maaf zahir batin semua sekali, moga2 hari raya ini menjadikan kita semua gembira dan saling bermaaf-maafan.

p/s : aku ader bace haidth panjang pasal ramadhan dan raye, hadith tu ade bagitau pasal 4 jenis orang yang x diampuni Allah termasuk musohin iaitu musyorin..... moga Allah xjadikan kita termasuk dalam golongan2 tersebut..Amin!!! (rujuklah sendiri hadith tu, tanyerlah bro hamka!) aku masih sedih...sob...sob...

HazuraHamzah said...

tahniah bro... entry ni memang best..

nampaknya..., umat islam kat sini dah bermaaf maafan sempena raya yg bakal tiba, alhamdulillah...

taun ni aku kena raya kat kl, jadi..

aku rindu mak aku!!! aku rindu kg ku!!! aku rindu ketupat pulut!!!! wuaaaaaa!!!


slamat ari raya semua... maaf zahir batin.

budak shams said...

aslamualaikum..
ya allah.. bro gune gmail ke??
patutlah dulu hantar email takde sebarang reply.. adoi laa... kenape laaa.....................

rindu gak......!!
rindu sama keretamayat

alan zed said...

aku rindukan ketenangan yang lalu. slamat raya en. hamka. ampun maaf dipinta. :)

Hamka said...

Brother

Ohhh, patutlah kuat dengan aura haji hadi…

-----------
Wan Mohd Faiz

Habiskan study, lepas ni kita takluk dunia ni sama-sama.

----------
HazuraHamzah

Aku tulong kau makan ketupat puluk, ok?

slamat ari raya... maaf zahir batin.

---------
budak shams

aku memang guna gmail..

email lama aku dah tak bukak..
harap maklum.

------
alan zed

bagaimana dengan 'ketenangan kini'?
apa sudah jadi pada kenangan?

watashi said...

Assalamualaikum..

Saudara-saudaraku, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut aidulfitri dan memohon maaf atas segala kekasaran posting2 saya. Sebagai manusia, tidak terlepas dari salah dan silap serta kecacatan iman, ilmu dan amal..

Saudara-saudaraku yg dimuliakan Allah,

Saya mengingatkan kepada diri sendiri untuk memperbanyakkan takbir di pagi raya dan jangan lupa untuk solat jemaah; puji-pujian pada allah (dzikrullah) dan qiraat perbanyakkan sebagai tanda syukur. Bahkan dalam takbir raya, ada satu pujian khusus lagi untuk Allah demi mengenang saat Dia Yang Maha Berkuasa telah memenangkan Rasul saw dan para sahabat rahum ke atas tentera bersekutu (Ahzab) dalam Perang Khandaq.

Ramadhan telah pergi, tetapi semangat Ramadhan itu perlu kita bawa sepanjang tahun. Amal agama adalah satu kenikmatan, dzikrullah adalah satu kenikmatan, solat berjemaah dalam keadaan sukar dan payah adalah juga satu kenikmatan.

Wassalam.

Anonymous said...

salam..
bila terbaca entry ini..terasa diri terlalu kerdil..
betapa,para sahabat begitu hebat mengorkan dr mrk demi agama...sedangkan kita???
wallahua'lam...

dikasempatan ini juga..
~salam aidilfitri buat semua~
maaf zahir batin.
[[kali pertama beraya diperantauan]]

aqilah amir jamalullail said...

salam

pakcik, selamat raye! ;)

kem salam umi ek. take care.

Maryam said...

Lama tak ke sini.

Eid Mubarak.

"Siapa yang kamu sedang rindu?"

jika jawapannya "RabbKu", boleh dapat full mark tak? :)

minal 'eidi wal faa-iziin.

AkuInsanKerdil said...

salam semua kat sini....

"Sesungguhnya jika Allah mencintai seorg hamba maka Dia tenggelamkan hamba itu dalam cubaan. Barangsiapa yang tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh daripada kasih sayangNya..."

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lEbih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Kiranya Tiada Cinta Insani Untukku, Cukuplah Cinta Allah Menjadi Penyuluh Hidupku, Kelak Akan Ada CINTA Untukku..Dari Insan Yang Menyintai Allah..Sebagaimana Cintaku TerhadapNya.

selamat hari raya buat en.hamka dan keluarga dan juga semua user disini..

aqilah amir jamalullail said...

salam

pakcik, bila saya bercakap dengan mr X (rujuk entri terbaru saya) saya teringatkan apa yang pakcik tulis tentang ikhlas- buatlah apa pun asalkan ikhlas, macam eg yang pakcik bagi menyanyi dengan ikhlas kan?

take care, salam~

p/s: raya kat sini best la jugak, walaupun tak ada lemang sebab sini xada buluh. hehehe

taichee~@! said...

Salaam Bro Hamka,

lama tak meninggalkan komen disini. tak perlu komen panjang lebar. ini antara nukilan yang menyentuh dan menyedarkan kita betapa kita perlu bersyukur dengan kenikmatan yg Allah beri.

Punyalah senang kita nak beribadat dsbnya, tapi masih lagi kurang bersyukur, masih lagi ambil kisah tidak apa bila Islam diperlekehkan.

saja nak bagitahu, kak hani sumayyah dah tutup blog. nak lepas rindu nyinggah sini sat.

Salam Aidilfitri bro. Maaf zahir dan batin.

Anonymous said...

BLOG YANG MENARIK DIBACA DAN AMAT SEDIH BILA BACA KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W KESAYANGAN UMAT TU, SAYA JUMPA BLOG NI DEKAT http://www.youtube.com/watch?v=lGpzQniMbF0 SEMOGA ALLAH MEMBERKATI PERJUANGAN KAMU.

Jiji, 24 said...

bagaimana ramadhan berlalu.. mcm tu la amal aku. benda begini perlu diceritakan, kesedaran macam ni tak semua orang berpeluang dapat. cuma dalam selang masa aku merayap dlm dunia neh. terhenti membaca secebis renungan kat sini. rezeki aku agaknya... dapat tahu apa yg orang lain tahu.

=(

blackpurple @ jowopinter said...

Assalamualaikum,

Oh! Aku rindu mengomen di sini.

Dua 'golongan' yang rindukan kedatangan Hari Raya; para artis dan kanak-kanak.

Salam lebaran. Salam kemaafan sdra Hamka.

- pecinta dakwah - said...

moga Allah merahmatimu..
selamat hari raya..

zue said...

salam untuk tuan rumah...

Jazakallah untuk tazkirah hari raya..air mata tidak dapat dibendung lagi...

Selamat Hari Raya

Anonymous said...

Thaniah untuk mereka yang dapat kekal amalan bulan Ramadhan diluar Ramadhan. Minta sahabat semua doa untuk saya yang jahil ni yang bila datang nya Ramadhan amalan naik macam roket tetapi diluar Ramadhan terjadi sebaliknya, satu tragedi...

abu_harraz said...

anonymous yang latest,

Khutbah raya di negeri selangor tahun ini ada mengatakan:

" Janganlah kita menjadi insan Ramadhani, jadilah insan Rabbani"

Sungguh tepat sekali....Ramadhan itu juga makhluk....Hampiri dan dekatilah Allah dan bukanhanya Ramadhan.

Hamka said...

watashi

Saya juga! di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut aidulfitri dan memohon maaf atas segala kekasaran posting2 saya. Sebagai manusia, tidak terlepas dari salah dan silap serta kecacatan iman, ilmu dan amal..

-------
Anonymous

selamat beraya diperantauan…

--------
aqilah amir jamalullail

he he he..
insyAllah..

-------
Maryam

Eid Mubarak.
:)

--------------
AkuInsanKerdil

Sama-samalah kita..
kirim salam kat kakak..
nanti aku email apa yang patut..

-------------
taichee~@!

oh! kak hani sumayyah dah tutup blog rupanya..

-----------
Jiji, 24

=)

----------
blackpurple @ jowopinter

Waras pak..

---------
pecinta dakwah –

selamat hari raya..

----------
zue

doakan aku sama dalam air matamu..
Selamat Hari Raya

----------
abu_harraz

Lagu Rabbanipun best..

Saya said...

Saya menangis teresak-esak semasa membaca artikel ni.... Terima kasih Brother Hamka..... Artikel yang sungguh menyegarkan jiwa...

Hamka said...

baguslah jika anda sudah menangis, tolong doa dengan sebut nama aku sambil menangis agar Allah ampunkan dosa aku, kasihan pada aku, buang sifat nifak, riak dan takabbur lalu matikan aku sebagai orang islam.

tolong!

δΌŠθŽŽθ’‚ yi sha di said...

salam,tertarik sgt dgn post ni,minta izin copy and paste.
xie xie :)

Hamka said...

ok : )

hafiss ayyas said...

salam
pilu bila baca entry ni
mg Allah titipkan rindu padaNya d hati ini.
agar diri terus-menerus mengorbankan perasaan, harta,diri& masa di jalan Allah.

Hamka said...

ni modal bayan masturat