Mar 9, 2010

Email dari Nabi?

(Pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta.)

Dalam banyak banyak email dan jemputan.., inilah jemputan paling pelik pernah aku hadapi, iaitu aku di jemput makan free akan ‘rezeki dari langit’ yang mana jika dipenuhi akan mendapat nikmat, dan jika ‘terpaksa’ akan mendapat azab.., dahsyat bukan?

Dan lebih ‘dahsyat’ lagi apabila jemputan ini datang dari seorang yang mendakwa sebagai “Rasul”..,

(Wow! Akhir zaman, ‘Nabi’ berdakwah pakai email sahaja.., woha!)

Copy paste Email:-

JEMPUTAN MAKAN FREE – REZEKI DARI LANGIT

'Kami tidak mengutus seorang rasulpun melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.'

(AL QURAN – Ibrahim: 4)

‘Hai ahli kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu rasul Kami, menjelaskan syariat Kami kepadamu ketika terputus pengiriman rasul-rasul, agar kamu tidak mengatakan: “tidak datang kepada kami baik seorang pembawa berita gembira, maupun seorang pemberi peringatan”. Sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu’ (AL QURAN – Al Maidah: 19)

Kepada yang faham dengan jelas Al Quran dalam bahasa Melayu di atas maka anda secara automatiknya telah tersabit dengan rasul yang diutuskan Allah kepada anda kaum Melayu iaitu rasul Melayu, samada suka atau terpaksa,

If;

Suka – Nikmat

Terpaksa – Azab

You make and decide your own order

Al Quran adalah rezeki dari langit yang diturunkan Tuhan. Maka kami hanya menyediakan hidangan rezeki yang diturunkan kepada kami in 'Local Malaysian Style', free of charge (FOC).

Hidangan yang kami sediakan adalah fresh sepanjang masa, segar, baru dan bukan bangkai, darah mahupun babi dan juga bukan yang disembelih selain nama Allah, serta di jamin halal di sisi Tuhan.

Jemputan kami sentiasa terbuka (24hrs) bagi mereka yang fakir, yang miskin, yang kelaparan dan yang dalam perjalanan untuk mendapatkan makanan di dalamnya yang boleh dimakan bersama-sama, yang tak habis-habis dan yang mengenyangkan yang boleh membawa kepada kepuasan hati.

Yang benar, Rasul Melayu.

******

Jawapan:-

Pakcik.., setelah mengetahui pakcik mendakwa sebagai Rasul kepada orang melayu, maka akupun sebagai orang melayu, terus search pakcik dalam internet, tak sabar nak tengok rupa paras seorang Nabi, al maklumlah dah 1400 tahun Nabi Muhammad SAW wafat, sekarang ada pulak yang mengaku Nabi, nak jugaklah tengok wajah ‘kekasih’ Allah, lantas terus terbayang dalam kepala yang rupa pakcik mesti ada iras iras Nabi Muhammad SAW, kerana pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta..

Aku pun terus teringat hadith yang menceritakan akan kehebatan rupa paras Rasulullah SAW, iaitu wajahnya berseri-seri macam bulan purnama, badannya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, dadanya bidang, rambutnya bersikat rapi dan rambut hitam lebat jenis ikal mayang tapi tidak terlalu ikal, dan mencecah ke tepi telinga, dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, yang bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum,.., hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya..

Lepas tu lagi, janggut Nabi lebat, tidak bermisai, dan kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih

Di dadanya pula menurut riwayat, ada tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, serta berbadan tegap, rata antara perutnya dan dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, manakala antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, sedangkan pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu, tapi pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula,

Lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang pula hujung jarinya..

Baik,… itu, rupa paras Nabi juga merangkap seorang Rassul akhir zaman, yang jelas menggambarkan pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta..,

Tapi pakcik yang mendakwa sebagai Rasul, bagaimanakah rupanya?..,

Sekali tekan nama pakcik, dan klik bahagian imej dekat muka depan google, terus terpampang wajah pakcik, oh.., apa yang aku bayangkan rupa pakcik dengan Rasul akhir zaman, jauh menyimpang, langsung di raut wajah pakcik tiada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta, maksud aku, wajah pakcik, wajah biasa biasa sahaja…

Ok.., bab rupa paras dah kejadian tuhan, apa boleh buat?, Tapi bab penampilan Nabi yang Allah suka iaitu memanjangkan janggut dan memendekkan misai, juga takde pada diri pakcik, dan bila tengok gambar-gambar lain baru aku perasan wajah pakcik lebih kurang sama macam Ayah Pin.., serius.. dan wajah pakcik serta ayah pin adalah wajah yang tiada ‘kehebatan’ seorang Nabi yang menunjukkan hubungan rapat dari langit.

Jangan kecik hati, teguran aku ikhlas dan itu baru bab penampilan, memang takde ciri ciri Nabi sedikitpun.., ok, bagaimana pula dengan perlakuan pakcik? Cara berjalan, atau cara bercakap, atau cara berhujjah? Ada ciri ciri seorang Nabi tak? Hmmm, untuk ini, nampaknya aku kena bukak youtube pulak untuk tengok video pakcik..

Aku pun teringat hadith yang menceritakan akan perlakuan Nabi akhir zaman yang mana pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta..

Apabila Nabi menoleh, akan menoleh dengan semua badannya, kemudian, pandangannya sering tunduk ke bumi, kelihatan Rasulullah lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya, selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.

Apabila Nabi berjalan pula, dan apabila diangkat kakinya maka diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, tapi setiap langkahan adalah panjang-panjang seperti orang yang melangkah di atas jurang,

Menurut riwayat lagi, Rasulullah SAW itu kelihatannya berada ‘dalam kerisauan ummat’
sentiasa banyak berfikir, dan tidak suka melepak..

Rasullullah SAW adalah seorang yang pendiam, tidak banyak cakap kecuali bila ada keperluan, atau hal penting, dan memulakan bicara dengan lemah lembut, kata-katanya penuh hikmah, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, kadang kadang mengulang percakapan sebanyak tiga kali..,
Rasulullah SAW tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.

Dalam riwayat lain, Baginda tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila baginda merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya,

Di waktu marah, baginda terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira, dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Semua itu adalah tanda yang ada pada diri setiap Rasul yang mempunyai ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta tujuh lapisan langit dan bumi..

Ok, aku dah bukak youtube dan cuba tengok gaya perlakuan pakcik, sambil berfikir, ada tak kehebatan pada perlakuan pakcik yang menunjukkan hubungan rapat dari langit., akupun tengok pakcik berbicara dengan wartawan.., tengok gaya pakcik berjalan, dan bila tengok pakcik berhujah, sama macam gaya orang berdebat kedai kopi.., maka sekali lagi, gaya dan tingkah laku pakcik takde apa apa yang unik, sama macam pakcik tua yag duduk hidap rokok sambil ulas isu politik.., cukup sampai situ,

Lepas tu tengok pulak pengikut pakcik.., aduh.., aku malas nak copy akan kisah sahabat dan akhlak mereka yang mendapingi Nabi sebab tengok gaya pengikut pakcik.., aduh.., malaslah nak cakap.., langsung takde cirri-ciri pendamping seorang Rasul..

Pakcik, pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta, Tapi pakcik takde…

Dan untuk jelaskan lagi tentang apa yang aku maksudkan, izinkan aku ceritakan kepada pakcik akan cerita sebenar tentang Nabi akhir zaman, dan tanda tanda kehebatan dari langit supaya jika ada antara kita yang sanggup mengaku menjadi Nabi atau Rasul di akhir zaman ini, cuba siasat perjalanan hidup mereka, dan buat perbandingan dengan diri Rasulullah SAW, iaitu membuat perbandingan dalam kehebatan yang menunjukkan hubungan rapat dari langit. Buat perbandingan pada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta InsyAllah..

Menurut riwayat, ketika Nabi Adam masih di antara ruh dan jasad, Allah sudah melantik Nabi Muhammad S.A.w menjadi penghulu pada semua para Anbia yakni sejak di alam roh lagi..

Kemudian .., ketika malam kelahiran Rasulullah SAW, maka bergoncanglah istana Kisra (Raja Parsi) dan gugur daripadanya empat belas anjung, di tempat lain, api sembahan penganut Majusi yang mana tidak pernah padam sebelumnya sejak seribu tahun telah padam di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.., inilah yang aku maksudkan akan kehebatan yang menunjukkan hubungan rapat dari langit.

Daripada Ibnu Abbas pula meriwayatakan bahawa Siti Aminah Binti Wahab yakni ibu Nabi telah membuat pengakuan bahawa ketika melahirkan Nabi Muhammad SAW, tak rasa sakit sedikitpun.., dan juga pada waktu lahir, telah keluar bersamanya cahaya yang menerangi di antara timur dan barat. Kemudian Nabi duduk di atas tanah bertelekan di atas dua tangan kemudian ia mengambil segenggam tanah lalu menggenggamnya dan mendongakkan kepalanya ke langit, hebat bukan?

Lepas tu, Nabi lahir tak perlu bersunat sebab sudah dikhitankan, maka terpelihara aurat Nabi pada mana mana tok mudim..

Dan Nabi lahir juga tanpa perlu potong tali pusat sebab dan siap potong dah..

Maka pakcik, cuba check, ada tak dalam diri pakcik akan kehebatan yang menunjukkan hubungan rapat dari langit. Waktu lahir dah bersunat ke? Tali pusat siapa yang potong? Ada tak cahaya yang keluar di mana mana negeri di Malaysia? (cahaya bunga api pada hari merdeka tak kira) Ada ke?

Tentu pakcik lupa sebab masa kecik, mana boleh ingat? Baik, sekarang cuba pakcik ingat waktu zaman kanak-kanak, ada tak tuhan cuba hindarkan diri pakcik dari sebarang majlis lalai?, yang mana Nabi ketika nak pergi ke majlis anjuran musyikrin mekkah, separuh jalan, terus letih dan tertidur, bila habis majlis lalai, baru Nabi terjaga, pelik bukan?

Tak cukup lagi? Aku tambah, satu lagi kehebatan dari langit kepada Nabi adalah di datangi malaikat untuk membuat pembedahan pada hati Nabi Muhammad SAW.

SubhanAllah..

Buat pengikut Nabi palsu, ketahuilah bahawa Nabi itu matsom, iaitu tidak terlibat dengan sebarang perkara yang mendatangkan dosa..

Panjang nak cerita akan ‘kehebatan tersendiri’ yang ada pada setiap Rasul yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta, maka aku tulis ringkas sahaja akan kehebatan yang telah Allah kurniakan kepada Rasul kekasihnya..

Antaranya:-

Waktu kecil, ketika berjalan, awan akan mengikut Nabi.., (mungkin pernah ada awan ikut pakcik, tapi dalam cerita Nabi, jika kawasan yang tak ada awan, maka pokok akan berjalan ke arah Nabi dan meneduhkannya.., apa lagi nak di kata?)

Nabi dapat melihat dari arah belakang, maka, jika ada sahabat yang berbuat kesilapan dalam solat, ianya dapat dilihat oleh Nabi dari arah belakang lantas menegur para sahabat dengan penuh hikmah selepas solat. (pakai side mirror tak aci)

Selain dari melihat dari arah belakang, Nabi juga dapat melihat pada waktu malam seperti melihatnya kita pada waktu siang, (pakai kamera night version yang budak budak seekers pakai tak aci jugak).

Ada juga riwayat mengatakan, ludah nabi boleh membuatkan air laut menjadi tawar( jika pakcik ludah dalam air laut dan memang confirm air laut tawar, itu tanda tak gosok gigi seminggu, woha!)

Lepas tu, apabila Nabi bercakap, orang duduk jauhpun dapat dengar.., (ye, mungkin pakcik boleh pakai speaker 1000 watt, orang jauh boleh dengar, dan orang dekat boleh jadi pekak-aduh..)

Menurut Abu Syaibah dan Al khatabie, Nabi tak pernah menguap dalam hidup, (tak kan tak pernah menguap?)

Menurut Tabrani pula, Nabi tak pernah mendapat mimpi ihtilam, Pakcik tahu apa itu ihtilam? Alahai.. ada kena mengena dengan tilam jugak.., iaitu mimpi seks, Nabi tak pernah mimpi sedemikan rupa,,

Riwayat Abu Naim, peluh baginda tidak berbau. (tolong jangan bukak baju, tengok warna kulit dah tahu masam)

Lepas tu lagi, sebagai tanda kemulian, Allah tulis anggota badan Nabi satu persatu dalam Al quran, sebagai contoh, bab hati (surah an najm-11, 12) bab mata dan muka-albaqarah 144, leher tangan-al israa, 29 dan lain lain.(tapi bab anggota badan pakcik langsung takde)

Menurut perawi Muslim pula, nama Nabi Muhammad SAW datang dari nama Allah, Hamada (puji), yang mana sebelum itu tak de sorangpun yang terilham nak bagi nama anak mereka sebagai Muhammad, maka nama ini, Allah yang simpan dalam sejarah ilham manusia, (tapi nama pakcik, dah ramai orang pakai)

Nabi menghafal al quran (Al qamar-17), (pakcik?)

Nabi dakwah seluruh alam, (surah al abbiya) dan Nabi membenci unsur perkauman, maka tiada lagi nabi untuk satu kaum, (Rasul untuk orang melayu?)

Al ahzab, 40: tiada lagi Nabi selapas Nabi Muhammad(check)

Riwayat Abdullah bin umar menceritakan bahawa Malaikat israfeil telah turun bertemu Nabi, , kata Nabi: “tidak pernah ia turun kepada nabi sebelumku atau sesiapa selapas peninggalanku, israfel berkata:- Allah suruh pilih jadi raja atau jadi hamba?, aku pilih jadi hamba, jika tidak maka gunung akan berubah jadi emas. (faham maksud tersirat?)

Riwayat abu daud- mayat Nabi tak reput (ini lepas jadi mayat baru bolek buat pembuktian)

Riwayat Nasai, nabi tidak mewariskan harta (anak cucu pakcik, kena faham bab ni)

Nabi jugak boleh berdialog dalam bahasa arab dengan biawak, serigala, pokok, batu dan lain lain, tapi pakcik ada boleh berdialog dengan mana mana binatang dalam bahasa melayu?

Lepas tu, dalam bab berdebat, Nabi tak menjawab macam pakcik menjawab dalam youtube tu.., bila Nabi kena tuduh bukan bukan, Nabi diam sahaja, lalu Allah yang tolong jawab melalui Al quran, rujuk, yassin ayat69:- kami tidak mengajarkan syaer kepadanya.- Al haaqah 42- Apa yang di katakan bukan ucapan tukang telek., (surah An Najm): Sahabat kalian itu tidak sesat dan lain lain

*****

Ok, cukuplah sampai sini, banyak lagi nak cerita sebagai nota kepada diri seperti kisah Nabi belah bulan, atau Nabi berdakwah pada jin, dan lain-lain, tapi sebab aku perasan sibuk maka sampai sini sahaja yang dapat aku tulis..

Email pakcik bertarikh 5:11 AM, September 10, 2009, dan masuk tahun 2010 baru aku jawab jemputan pakcik.., al mkalumlah, keretamayat sibuk hantar mayat hari hari.., dan oleh kerana aku adalah KERETAMAYAT, maka aku menolak jemputan pakcik, sebaliknya, aku pulak yang nak jemput Pakcik dimakan Free...

JEMPUTAN DIMAKAN FREE – REZEKI DARI PERUT BUMI

Setiap jiwa akan merasai maut

(AL QURAN)

Kepada yang faham dengan jelas Al Quran dalam bahasa Melayu di atas maka anda tahulah sudah bahawa semua orang akan menjadi mayat, jika kaya korang akan jadi mayat orang kaya, dan jika korang miskin, korang akan jadi mayat orang miskin, dan mayat tempatnya dalam tanah, dan kubur akan hisap darah korang.

Woha!

oleh sebab itu:-

jika anda seorang melayu, secara automatiknya anda akan jadi mayat orang melayu, samada suka atau terpaksa,

If;

Suka – masuk dalam tanah

Tak suka - mayat akan berulat

You make and decide your own order

Kubur adalah taman shurga atau lembah neraka, anda yang pilih, dan kami akan tanam mayat mengkut'Local Malaysian Style', dan tidak free of charge (X-FOC). (upah gali kubur dan sewa keretamayat akan dituntut dari waris)

Jemputan kami sentiasa terbuka (24hrs) bagi mereka yang mati hari ini, semalam dan hari esok

Yang benar, Keretamayat melayu.


woha!

SEKIAN

Ps: Bagitahu sahaja tarikh mati, insyAllah, ‘keretamayat’ akan datang jemput pakcik naik kereta tiket satu hala menuju ke ‘taman taman shurga’ atau ‘lembah lembah neraka’..

PS2: Sesungguhnya:, Pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta...

Ps3: Semua orang akan jadi mayat, ‘Nabi’pun akan jadi mayat… dan sebaik baik mayat, adalah mayat yang bertaubat.

74 comments:

Saha_Quizzical said...
This comment has been removed by the author.
Saha_Quizzical said...

first comment!

rekod baru!..

yusuf mujahidin ™ said...

suka yg p/s tu...

Sounds of life said...

best!!!

charisteas86 said...

ALLAH...4RD..HEHEEEE...

Pin said...

korang dok first komen. tapi baca tak pun

Anonymous said...

masyaallah...

Isu berat nih. sapa berani mengaku dirinya nabi itu hamka?

masyaallah...
masyaallah...
masyaallah...


~F~

Duan said...

Haji Kahar kemensah ke?

Farhan Iskandar said...
This comment has been removed by the author.
nana said...

org sesat akidah dah terlalu
ramai bila iman dicabut
hati dtutup tunggulaa kiamat.

byk gempa daaa tanda akhir zaman

artikel yg sangat
bagus imbasan paras nabi
yg sempurna.

mari berselawat.

Farhan Iskandar said...

Boleh tolong explain pasal gunung yang jadik emas tu boleh x..?

dr iman said...

yeah..!
no 12..
xde kejayaan~~

Nerzhul said...

tingkatkan iman. jangan mudah kena tipu.tak tahu tanye ustaz.hehe

Faizal R said...

Nama dia Rasul kut hehe

dr iman said...

taat perintah Allah, ikut cara nabi MUHAMMAD SAW ada kejayaan, dunia n akhirat..~

irsaili said...

Wahai kekasih ALLAH..kami merinduimu.wahai saudara-saudaraku.marilah sama-sama kita berselawat ke atas Baginda..semoga kita di akhirnya dapat bersama dengan Baginda dan orang-orang soleh..

AMEEN YA ALLAH...

~fam~ said...

salam....
matsom?rasa tue cm nama bapak kawan aku...
ma'sum kot ejaan yang sebenar....
bagus bro...kalo rasul melayu n pengikutnya baca, dah tentu pengikut dia tue baling batu kat 'rasul melayu' tue.....hoho

rizal said...

Tanda cinta Nbi,
Amal snnah Nbi

ALANG said...

hahahahah....
best gile..
hapir agiler aku di buatnyer...
into yg menarik bg aku...
penjelesan yg unik dan ending yg bo ke ba boom...
baru sejam post dh berderet yg komen...
hampessss

buk said...

byk kau ingat hamka hadis2 tntg nabi ni.......
ambil dr mana ni nk tgk jgak....
great info

Norashikin Abdullah said...

jom sekeh kepala pak cik yg mngaku rasul melayu tu ramai2
haha
jahat kn
biar pada mke dia :)

Malu rasanya mengatakan cinta
kepada dia kekasih Allah
kerana dia insan mulia sedangkan diriku insan biasa
kupujuk jua hati dan jiwa
meluahkan rasa cinta membara
di dalam pujian ucapan selawat
tanda penghargaan seorang ummat

suarahati said...

assalamu'alaikum...

alhamdulillah...ilham dari Allah juga...

syukran...

buat sahabat-sahabat...marilah kita sama-sama mendoakan semoga mereka yang tersesat ini mendapat hidayah dariNya...jangan kita mengutuk atau mengata...

insan berkenaan diuji...kita juga akan diuji...

kita yang ada kesedaran sekarang pun belum tentu confirm masuk syurga...

bersyukur dengan keadaan kita sekarang...ada nikmat iman dan islam...

antara cara bersyukur dengan nikmat berkenaan adalah dengan menyampaikan...dan dan menegur individu yang membuat kesilapan...kalau tak dapat tegur...kita istighfar dan mohon Allah bagi hidayah kepada dia dan juga hidayah kepada kita dan juga hidayah kepada seluruh ummat ini..

semoga kita mendapat hidayah dan keampunan dariNya...

*contohilah peribadi Rasulullah dan amalkan sunnahnya...

vict said...

kalau tiap2 bangsa/kaum kena ada rasul sendiri, agaknya berapa ramailah rasul yg ada sekarang ni... utk melayu-rasul melayu.. untuk cina - rasul cina, india rasul india, omputih rasul omputih - tu belum utk, iban, kadazan dusun, siam, tagalog, jawa, banjar, jerman, urdu, korea, jepun, mexico, zimbabwe dan segala-gala jenis bahasa dan bangsa yg ada sekarang ni.. hahah!! bahangang (bahalol + bangang) betullah. dah ramai-ramai sangat, nanti bertumbuk ke sesama rasul tu. hadoiiiiii... mcm2 hal.

MisZ Aien said...

salam hamka,
beraninya manusia skrg mengaku nabi, telah jelas dlm alquran, nabi terakhir nabi kita, nabi muhammad s.a.w
..masyaallah

Vanjenazah said...

salam

nabi dah wafat tuan
nabi tak wariskan harta
nabi tak wariskan kerajaaan
nabi hanya wariskan kerja
kerja agama
kerja semua orang islam
saya dan tuan semua perlu buat kerja agama seperti nabi dan sahabat

ain said...

sabo je la bila jumpe dgn org mcm ni =p

charisteas86 said...

cam perli kahar ahmad je bro...hehehe...papepon ASAL DARI KAMPONG!! POn..PON!!!!!!!

Nur_88 said...

setuju dengan van jenazah..
Nabi tak tinggalkan harta ..atau per 2 yang berharga..Cuma nabi wasiatkan perkara dan benda yang paling paling paling berharga iaitu Al-Quran Dan Sunnah.Fahami Al Quran..Rujuk AlQuran..Amalkan Sunnah..Dan sambung kerja nabi ..Berdakwah dan terus berdakwah..itulah kerja kita yang sebenar..Tq akhi hamka..entry yang hebat

kundi said...

mari selawat.

_aliahwafa_ said...

rasul melayu ni yg kajar ahmad tu ke?
yang kuar tv ngamuk2 tu?

abufirdaus said...

Salam,
"Katakan (hai Muhammad) ini jalanku(maksud hidup), aku dan orang-orang yang mengikutiku (dengan keyakinan) menyeru kepada agama Allah dengan keterangan yang nyata dan Maha Suci Allah dan aku tidak termasuk orang yang musyrik" ..(Yusuf:108)

aimanroslan FSPU said...

hmmmm... memmg sesat... hamka xyah komen pun xpe... org yg otak kurg ok ni..reflect pd tulisan, tgkah laku, cr cakap... buat xtw je... tp bagus gak kdg2 bc komen dr hamka ni... tp klo email hampes mcm yg hamka dpt ni..buang karen je tk part...

yg bagus dlm entry n..perilaku nabi saw... i like it... yg nabi saw tertdo nk p mjlis batil tu..br 1st tym dgr... alhamdllah sempat tw gak sblm jd mayat... :P

ex-stdnt AF4 said...

bagus nye entry...

Lelaki dari arah timur said...

salam, doakan dia.. takde sapa tau hujung hayatnya itu bagaimana matinya.. Rahmat Allah itu teramat luas.. husnu zhon..

semoga sy dan tuan2 mati dalam imann sebagaimana iman yg Allah kehendaki..

selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah SAW. amin.

tuan director said...

off topik
brader hamka tak join gengblogger ka?
mesti blh dapat entri popular dan profile popular ni haha

ابن زين الرمباوي said...

Lemah saya tak buat keje warisan nabi sungguh2...semoga Allah ampunkan saya...mata pun dah susah nak menitik skarang jang ooiii...

huk...nangis sebab tak bleh nangis untuk umat..

pdot said...

orang yang mengaku dirinya nabi sebenarnya salah satu presenting problem.kena xheck problem sebenar kat diri orang tu.sebenarnya kefahaman apa itu islam dan apa erti menjadi seorang islam x dihayati sepenuhnya.tu sebab ada yang snggup ngaku jadi nabi.orang tu xphm islam secara kaffah

Anonymous said...

Lepas tu lagi, sebagai tanda kemulian, Allah tulis anggota badan Nabi satu persatu dalam Al quran, sebagai contoh, bab hati (surah an najm-11, 12) bab mata dan muka-albaqarah 144, leher tangan-al israa, 29 dan lain lain.

incik, bab mata dan muka, saya tak dapat cari pun dalam ayat 144 tu. buleh incik kereta terangkan tak.

XYZ said...

karut aje yg ngaku rasul....
entri best sokmo!!!
do visit
http://norfadhillah1810.blogspot.com

i.am.me said...

betul ke ad org mcm tu hanta email kt HAMKA ni?! lawaknyer..

tp kan bagus kalu org2 yg ikut ajarn sesat ni baca entri ni..biar mereka sedar..

kkdg sedih tgk diorang, nak mencari agama, tp tersalah jumpa org..TT

Anonymous said...

bkn org tua nh da ltk jwtn ke??
ade org lantik die blk ke?
kOmpius2..

najieha said...

salam, macamana la bleh ngaku jadi rasul, siap bg emel lak.. ceh. siap jemput kereta mayat plak.. ingat kereta mayat ada masa nak pegi..

Linda said...

Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammadin Wa-Ala Ali Muhammadin

Ainee Cumi said...

thumbs up!
detail sangat! senang faham.

suria said...

Nabi dapat melihat dari arah belakang, maka, jika ada sahabat yang berbuat kesilapan dalam solat, ianya dapat dilihat oleh Nabi dari arah belakang lantas menegur para sahabat dengan penuh hikmah selepas solat. (pakai side mirror tak aci)


>>>suke part tu, tapi pakcik tu ajar kat 'umat' dia, xpayah sembahyang pun tak..so, nak tegur macamne kan?

lobai cool+hensem said...

salam bro,
den bukan ustaz,(tapi den lobai cool+hensem)tapi den nak nasihat sikit.
ada banyak yg lu tulis tu betul.
tapi banyak gak yang lu copy paste &adjust tu lu kena confirmkan
betul betul(takut silap).
bila cakap bab nabi ni kita kena cakap yang kita betul betul confirm source dia.
yang belum confirm jangan sebar dulu.
anyway, kalau lu dah confirmkan semua source,den mintak maap,maknanya den kena comfirmkan balik den punya source.he he he

p/s lobai yang tak suko cili sos!

hamka said...

Email asal:-

JEMPUTAN MAKAN FREE – REZEKI DARI LANGIT

'Kami tidak mengutus seorang rasulpun melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.'

(AL QURAN – Ibrahim: 4)

Kepada yang faham dengan jelas Al Quran dalam bahasa Melayu di atas maka anda secara automatiknya telah tersabit dengan rasul yang diutuskan Allah kepada anda kaum Melayu iaitu rasul Melayu, samada suka atau terpaksa,

If;

Suka – Nikmat

Terpaksa – Azab

You make and decide your own order

Al Quran adalah rezeki dari langit yang diturunkan Tuhan. Maka kami hanya menyediakan hidangan rezeki yang diturunkan kepada kami in 'Local Malaysian Style', free of charge (FOC).

Hidangan yang kami sediakan adalah fresh sepanjang masa, segar, baru dan bukan bangkai, darah mahupun babi dan juga bukan yang disembelih selain nama Allah, serta di jamin halal di sisi Tuhan.

Jemputan kami sentiasa terbuka (24hrs) bagi mereka yang fakir, yang miskin, yang kelaparan dan yang dalam perjalanan untuk mendapatkan makanan di dalamnya yang boleh dimakan bersama-sama, yang tak habis-habis dan yang mengenyangkan yang boleh membawa kepada kepuasan hati.

Yang benar, 'Rasul' Melayu.

-------------

JAWAPAN PANTAS

JEMPUTAN MAKAN FREE – REZEKI DARI PERUT BUMI

Setiap jiwa akan merasai maut

(AL QURAN)

Kepada yang faham dengan jelas Al Quran dalam bahasa Melayu di atas maka anda tahulah sudah bahawa semua orang akan menjadi mayat, jika kaya korang akan jadi mayat orang kaya, dan jika korang miskin, korang akan jadi mayat orang miskin, dan mayat tempatnya dalam tanah, dan kubur akan hisap darah korang.

Woha!

oleh sebab itu:-

jika anda seorang melayu, secara automatiknya anda akan jadi mayat orang melayu, samada suka atau terpaksa,

If;

Suka – masuk dalam tanah

Tak suka - mayat akan berulat

You make and decide your own order

Kubur adalah taman shurga atau lembah neraka, anda yang pilih, dan kami akan tanam mayat mengkut'Local Malaysian Style', dan tidak free of charge (X-FOC).

Jemputan kami sentiasa terbuka (24hrs) bagi mereka yang mati hari ini, semalam dan hari esok

Yang benar, Keretamayat melayu.

woha!

lime said...

hebatnya rasul ni antaranya kerana telah terdidik sejak lahir lagi....cuba kita fikir kenapa ibu nabi lebih rela membiarkan Rasulullah menangis kelaparan daripada diberikan susu unta (apabila susunya kering di awal kelahiran nabi)dan terus mencari ibu susuan.... kita di zaman serba maju ni x nak usaha menyusukan anak...sebaliknya bila lahir anak je terus disuapkan dengan susu awal lembu...terkejut budak tu...hurm...renung2kan....sejak Nabi lahir lagi ALLAH dah didik kita untuk menyusukan anak...dan jika tidak mampu carila ibu susuan instead of susu lembu (tak kira la susu awal lembu atau susu lewat lembu ke...)

Anonymous said...

Salam,
Tuan Hamka, aku mintak maaf sekiranya aku tulis ni 'out of topic' tapi aku rasa ia sangat beharga untuk dikongsi...
subuh tadi masa buat laporan mesyuarat, brother cakap hasil mesyuarat mingguan di Masjid Jamek Sri Petaling petang semalam...aku ambil intipati serba sedikit ya nasihat untuk semua yang merasakan 'lelaki beriman akhir zaman'...
a)solat kita masih ramai yang masbuk, b)ustaz mengajar masih kita berada di luar, c)semasa azan masih kita ada yang bersembang, d)selesai salam masih ada yang terburu-buru angkat kaki -solat sunat dibucu tiang, e)iman kita,ibadat,muamalat,muasyarat,akhlak kita masih nipis...pengorbanan dah banyak...tapi jika akhlak 'fail'...itu yang jadi sumber dipandang serong...
aku betul-betul tersentuh laporan tadi...semuga aku, engkau Tuan Hamka dan seluruh umat seluruh alam akan sentiasa terpelihara dalam kerahiman Allah.
maafkan aku...sama-sama kita berazam untuk tingkatkan pengorbanan dan berazam berbakti pada penduduk bumi dan langit.(masjid mesti mau hidup 24jam dengan perantaraan 5amal....semoga Allah kekal kita dalam hidayat.....
abufirdaus

faizal yusup said...

Best!

faizal yusup said...

lupa pulak.. jemput ke blog..
http://faizalyusup.blogspot.com
Lompatan Kuantum Mentaliti

hamka said...

Perasan sibuk, maka aku komen berbentuk soalan sahaja

---------------
Muhammad Ridzuan

(Haji Kahar kemensah ke?)

Err, Tanya pakcik goggle dan youtube..

-------------
Farhan Iskandar

(Boleh tolong explain pasal gunung yang jadik emas tu boleh x..)

Nabi adalah hamba yang laing rendah diri, berdoa jadi orang miskin, bergaul dengan orang mikskin, memilih sehari lapar sehari kenyang..., lebih kurang begitu.

---------
buk

(ambil dr mana ni nk tgk jgak....)

nanti aku cari kitab tu..


-------------
Ahmad Syazwan B. Ahmad Tarmizi

(brader hamka tak join gengblogger ka?)

Tak tahu, apa benda tu? Email aku cerita sikit.

------------
Anonymous

(incik, bab mata dan muka, saya tak dapat cari pun dalam ayat 144 tu. buleh incik kereta terangkan tak.)

Ok, ayat bab muka adalah ayat tentang perintah bertukar kiblat, ayat bab mata adalah tentang merendahkan pandangan.., nop ayat tu, aku check balik.., siapa yang handal, boleh tolong.

---------------
lobai cool+hensem

nanti aku tulis sumber, tapi kena cari dulu, malam ni aku bagitahu sumber, insyAllah..

insyirah said...

http://qurratuluyunita.blogspot.com/

inayah solehah said...

u r my true love! ya Rasulullah....

izzah said...

salam,
da lame da aku tak bace blog hamka neyh...bz la...kje byk....
heheh...
so neyh baru free,...
hamka,ape2 pon,blog ko gak tetap de best....(puji ni iklas eh,ko jgn riak plak).heheh~~!!!
ape2 pon,best topic neyh...byk pengetahuan aku dapat....
:)

Anonymous said...

dunia sudah diakhir zaman....betul k muke pakcik tu macam muka ayah pin???

-Meow meow-

zulaikha said...

subhanaallah..
terima kasih pak cik kerana kongsi tentang peribadi Rasulullah..

teringat kata seorang ustaz..
rasanya kita lebih mengenali Rasulullah daripada bapa kita sendiri..
yelah..kita tidak pernah tanya kat ayah cara buang air besar..
tapi kita tahu bagaimana Baginda melakukakannnya..

hamka said...

kepada yang berkenaan:-

sila rujuk:-

kitab Insanul Kamil karangan Almarhum Prof Dr. As Sayyid Muhammad ibn Alwi Abbas.

Anonymous said...

Assalam. Malam mesyuarat bulanan dan bayan maghrib di Kubang Bujuk minggu lepas. Ustaz Saidi( bapa kepada pelajar yang telah mencapai tahap mufti) mengulangi perkara yang sama....dalam penerangannya yang ana rasa boleh dikongsi..

(lebih kurang)...Kita kena buat usaha dakwah sungguh-sungguh untuk masukkan tentang keagungan, kehebatan Allah swt sebelum saudara2 kita murtad, sebelum sahabat2 kita murtad, sebelum jiran2 kita murtad, sebelum kaum keluarga kita murtad...sebelum anak-anak kita sendiri murtad....di Mekah khabarnya telah ada orang yang murtad, telah ada yang sembah berhala... Adakah cara lain untuk mengatasi masalah ini? Apakah yang telah dibuat oleh Nabi saw untuk membuang semua berhala di Mekah? Wallahhu'alam.

Khalid (Puri Zindhagi)
fight till the last drop of my bloody blood for Allah swt without mercy.....Amin.

hamka said...

aku tambah, kita kena letihkan diri kita buat usaha atas iman sehingga kita letih, dan bila letih maka tak dayalah kita untuk buat maksiat..

hamka said...

hari ni, aku edit sikit bahagian penutup entry ini.

harap maklum

tora.datang.lagi said...

bro, tengs 4 da info..terdetik d ati aku nk wat tesis tajuk ni..he..

Youth&Fraud said...

haha ..
serius email yg ko dpt tu seolah2 mencabol akal fikiran aku..die dah gile nak mampos ke ape?then aku rase die patut booking kereta mayat ko, muke mcm bomoh arr pakcik tu..sian die.

anyss said...

Salam,
Sdr Keretamayat,
Terima kasih dengan tulisan sebegini yang boleh dibaca dan difikirkan oleh lebih ramai orang. Kalaupun tak mampu nak hubus pedang, moga2 pena dan kata2 dapat membuka minda lebih ramai insan dan mendekatkan hati2 insan nan mula jauh. Moga2 juga tidak menghilangkan sinar dari hati kita.

hamka said...

tak tumbuh tak melata, tak sungguh, tak kata...

Anonymous said...

alhamdulillah rohaniku mendapat makanan dengan entry ini..

Kicap Manis Media said...

padan muka pak cik, nk jadi Rasul konon....piiiirahh!!! Aku suka jemputan dimakan free.

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

salam...tak baca lagi artikel..nanti2 k...ada award tuk anda di blog ana...wassalam...

aswad said...

Salam Hamka.
Bukan aku nak membela PAS. tapi mereka perjuangkan agama sebelum kau takde lagi. hari ini umat islam m`sia sebahagiannya berubah kerana parti ini memperjuang tanpa kenal erti letih dan mendapat habuan dunia.

Mungkin ada sebahagian penceramah agak kasar dalam menyampai ceramahnya. tetapi sesuaila dgn sikap manusia yang byk degil dan josh seperti kau jg.

jangan memperlekehkan PAS. engkau langsung x layak. tetapi teguran yang berfakta bersandarkan nas boleh diterima. pastikan lepas ini jika terdengar hujah pas samada dalam tv,masjid dll, ko keluarkan fakta bersama disini jika tidak setuju!ok josh?

jangan hanya ko benci mereka ketika khutbah jumaat, atau gunakan dalil utk berhujah dlm politik ko perlekeh. ketaralah kejahilan kau dalam dunia politik. seperti umno mengasingkan politik dan agama. adalah SALAH.

orait?
P/S hentikan selitan lucah kau dalam blog ini lagi afdhal.

aswad said...

Salam Hamka.
Bukan aku nak membela PAS. tapi mereka perjuangkan agama sebelum kau takde lagi. hari ini umat islam m`sia sebahagiannya berubah kerana parti ini memperjuang tanpa kenal erti letih dan mendapat habuan dunia.

Mungkin ada sebahagian penceramah agak kasar dalam menyampai ceramahnya. tetapi sesuaila dgn sikap manusia yang byk degil dan josh seperti kau jg.

jangan memperlekehkan PAS. engkau langsung x layak. tetapi teguran yang berfakta bersandarkan nas boleh diterima. pastikan lepas ini jika terdengar hujah pas samada dalam tv,masjid dll, ko keluarkan fakta bersama disini jika tidak setuju!ok josh?

jangan hanya ko benci mereka ketika khutbah jumaat, atau gunakan dalil utk berhujah dlm politik ko perlekeh. ketaralah kejahilan kau dalam dunia politik. seperti umno mengasingkan politik dan agama. adalah SALAH.

orait?
P/S hentikan selitan lucah kau dalam blog ini lagi afdhal.

hamka said...

aku cerita lain, kau komen lain,

apa daa...

Anonymous said...

elfutuwwah,

sesungguhnya sebaik-baik hidangan, adalah hidangan alquran. Tentunya ia adalah rezeki dari langit yang menghidupkan penduduk bumi. Tiada lg nabi selepas Muhammad shallAllahu 'alaihi wa sallam wa 'ala aaalihi, dan tiada lagi sebaik-baik suri tauladan buat ikutan.Tiada lagi....bila ada yg mengaku-ngaku nabi, memang sah bukanlah nabi, bukan nabi tp musuh nabi!...Ya rasulAllahi Ya Muhammad assholatu wassalaaamu 'alaika ya khatimal-anbia'

Anonymous said...

ape beza manusia yang mengaku Nabi dengan orang yang mengaku taat kepada nabi, tapi sebenarnya tak pernah dapat satu arahanpun dari nabi.

Anonymous said...

good news hamka

Hidayah itu milik Allah, bekas pemimpin ajaran sesat Abdul Kahar Ahmad yang mengaku dirinya sebagai rasul Melayu akhirnya telah melafazkan taubat dan menyatakan keinsafan, lapor Malaysiakini.

Beliau melafazkan taubatnya itu di dalam Majlis yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di mana Kahar memohon ampun kepada Allah atas kedustaannya dan berdoa semoga dia terus beristiqamah.

“Pada hari yang penuh keberkatan ini, hamba-Mu ini memohon dan menagih keampunan-Mu ya Allah atas kedustaan yang dilakukan oleh diri ini terhadap Islam dan juga kedustaan ke atas kekasihmu, Nabi Muhammad SAW, penutup segala nabi dan rasul,” katanya.

Abdul Kahar sebelum ini telah disabitkan bersalah atas lima pertuduhan bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu mendakwa sebagai rasul, terlibat dalam doktrin bertentangan syarak, melanggar arahan mufti, mempersenda Islam.

Mahkamah Tinggi Syariah telah memerintahkan supaya Kahar mengikuti program pemulihan akidah (istitatabah) selama enam bulan terakhir sebelum hukuman pemenjaraan tamat.

Kahar dalam pada itu turut memohon maaf kepada sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri dan seluruh umat Islam dan beliau menyeru pengikutnya supaya bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam sebenar selain berharap media tidak merujuknya lagi dengan istilah 'Rasul Melayu'.