Oct 16, 2019

Bidaah menjadi kerisauan Syaitan?


(Bila bicara bab Bidaah, dari dulu lagi saya akan merujuk kepada 4 soalan ini.)

Pertama memang Nabi tak buat, tetapi jawab 4 soalan ini, maka InsyaAllah boleh selesai masalah.

  1. Adakah kamu buat ini kerana Allah? (IKHLAS)
  2. Adakah apa yang kamu buat ini adalah perintah dari Allah?(ada dalil dan Nas)
  3. Jika ini perintah Allah, bagaimana Ijmak Ulamak melaksanakannya?(Sunnah berguru)
  4. Bagaimana kamu akan mengistiqamah’kannya (membuat secara berjadual)

Empat soalan ini adalah asas ilmu yang semua orang islam perlu tau akan jawapannya untuk setiap ibadat yang kita buat, tak kira sunnah atau bidaah.

Contoh bab solat, akan terjawab 4 soalan ini, iaitu aku solat kerana Allah, ada dalil dalam Al quran yang menunjukkan bahawa solat adalah perintah Allah, ada Hadith yang menggambarkan bagaimana Nabi bersolat, dan bagaimana perintah itu di istiqamahkan.

Begitu juga dengan Puasa, ada dalil yang menunjukkan bahawa Puasa itu adalah perintah Allah, ada Hadith yang menggambarkan bagaimana Nabi berpuasa, dan bagaimana perintah itu di istiqamahkan.
Malahan 4 soalan ini tidak tertakluk pada yang Sunnah sahaja, yang Bidaahpun begitu.

Sebagai contoh (masukkan amalan bidaah hasanah) semuanya kena niat kerana Allah, ada dalil yang menunjukkan bahawa semua itu adalah perintah Allah, ada pendapat ulamak yang membenarkan semua itu, dan bagaimana perintah itu di istiqamahkan mengikut keupayan iman masing-masing.

Faham tak?

Ambil contoh: Baca Qunut.

Okey, Nabi tak buat tapi Mazhab Syafee nak buat, mari jawab soalan ini

  • Adakah kamu buat ini kerana Allah? (IKHLAS)

Ya, saya baca Qunut dalam solat subih kerana Allah

  • Adakah apa yang kamu buat ini adalah perintah dari Allah?(ada dalil dan Nas)

Ya, ada Allah benarkan membaca doa Qunut, ada dalil…

  • Jika ini perintah Allah, bagaimana Ijmak Ulamak melaksanakannya?(Sunnah berguru)

Kami ikut Imam Syafee dan muridnnya, dan doa ini pernah dibaca Nabi, kami hafal dan kami baca.

  • Bagaimana kamu akan mengistiqamah’kannya (membuat secara berjadual)

Kami buat di rakaat ke dua solat subuh, jika tertinggal solat tetap sah, sunah sahaja. Tapi kami istiqamahkan secara sunat, bukan secara wajib.

Nampak tak?


Jika Talqin dikatakan bidaah, Amalan itu ditinggalkan, maka dikubur orang main telefon sambil selfie.

Jika Tahlil Arwah dikatakan Bidahan, Amalan itu ditinggalkan, maka dirumah orang mati, masing masing orang main telefon sambil selfie.

Bila Qunut dikatakan bidaah, Amalan itu ditinggalkan, Qunut tidak bergema lagi!

Bila membaca Yasin setiap malam jumaat dikatakan Bidaah, Amalan itu ditinggalkan, maka malam jumaat orang main telefon sambil selfie.

Bila membaca Al Quran tanpa memahami maksud dikatakan sia-sia, Amalan itupun ditinggalkan... dan Al Quran tidak bergema lagi!

Bila zikir beramai- ramai sesat, lepas solat masing masing main henset, maka Zikir tidak bergema lagi!

Lalu menanglah tipu daya syaitan

Menghadap telefon dari pagi hingga malam tidak di katakan sesat

Sebaliknya sebarang usaha ke jalan Allah sentiasa ada yang mengatakan sesat dan suruh di tinggalkan.

Lalu jika kamu pasang telinga…

Kamu akan dapati..

Dunia semakin sepi dengan pujian kepada Allah.

Dan Dunia semakin bising dengan ketawa berdekah Syaitan durjana.

Itupun, Jika kamu mahu mendengar.

Take note!

3 comments:

Anonymous said...

Biasala agama ni hampir semua orang suka pk sendiri2(ianya nampak cool dan menawan hehe)..tapi bila belajar matematik contohnya kita x nak pulak pk sendiri2.. Kita tau pulak kena g sekolah cari cikgu dsbgnya.
sama je..mana la boleh belajar agama dgn pk sendiri2,sebab ilmu agama tu dah diwaris siap sempurna garis dan kaedahnya.
Termasuk la rukun ke 3..tesauf tu.kadang2 mereka ingat orang tesauf ni sembang kosong berfalsafah bagai syok sendiri,mungkin mereka nampak gitu,Sedangkan tesauf pun memang dah diwaris siap sempurna garis dan kaedahnya,kita yg x tau kita kata la mcm2.ianya Sama je seperti mana rukun pertama dan kedua iaitu tauhid dan feqah tu.bukan boleh pakai reka2 mengatur bahasa tunjuk cool dan menawan wenang2 tu.
cuba bayangkan,jika belajar matematik pun kita tau kita kena cari cekgu,Apakah kemungkinan yg akan jadi kalo kita pk bab tauhid feqah tesauf sendiri2?sedang ianya dah diwaris siap sempurna garis dan kaedahnya.
Jika pk sendiri2 nescaya kita akan menyusahkan orang sekeliling insyaAllah.. Sifat 20 bidaah,maulid nabi saw bidaah,tawasul dan tabaruq bidaah@kadang disyirikkan pulak lagi,Tesauf bidaah.

Bagi yg pk sendiri2 tu,Bila dah tua sikit sok,nescaya semua akan dapati yg ahlusunnah tu betul..insyaAllah. Kalo tetap degil nak juga pk sendiri2 x seperti mana bila kita nak belajar matematik,maka doa la banyak2 supaya sempat tua.(sempat kembali kepada ahlusunnah)
Wallahuaklam..InsyaAllah..

Tok Ki said...

Bukan tak boleh tabaruk, tawasul, zikir just lps solar tapi masalahnya berlebih2an hingga benda Sunat dah macam wajib.... Agama sendiri anjurkan semua amalan berada digaris tengah sederhana....

Anonymous said...

Dalam ahlusunnah Xda sape yg mewajibkan semua orang@suruh semua orang beriktikad perkara yg x wajib jadi wajib..sebab dalam ahlusunnah tiap 3 rukun tu ada garis merah..garis merah pada rukun feqah ialah jgn sampai beriktikad menerbalik2kan hukum yg qot,ie.. Jika terbalik2an maka terkeluarka kita dari jalur ahlusunnah..jadi kalau nak tau orang tu punya iktikad.. Kena tanya dia.. Jgn tengok kat zahir semata..Yg tengok kat zahir semata ni biasanya budak2 kecik.. Orang tua biasa x tengok zahir semata.. Dia halus sampai putus.. Kalo nak ikut zahir semata,Mudah la gitu hidup.. Boleh je kita cakap rupa2nya muslim kat malaysia banyak yg perasan kat diri sendiri.. Nampak mcm semua x cinta dunia sebab kerja nampak x kuat sangat,last2 kapir bagi janji syurga dunia masa pru semua kejor2 sampai mengakibatkan diri sendiri dan semua sedara mara dipermainkan.. Rupa2 dalam pada zahir nampak x cinta dunka,x kejar dunia, balik keje awal bukan keje sampai tgh malam.. Rupa2nya cintakan dunia.. Ha Mudah sangat pulak kan kalo tengok kat zahir semata.. x leh gitu.itu keje budak2 tu Hahaha