Dec 19, 2019
Sisi Gelap Star Wars?
Star Wars dan Sisi Gelap Hamka Keretamayat.
Dalam asyik saya bercerita tentang agama, saya ada sisi
gelap menurut beberapa sahabat saya iaitu saya ni kaki movie atau kaki tengok
wayang atau movie addict.
Jadi jika korang tanya tentang Al quran hadis, sayapun suka
bercerita, dan jika korang tanya tentang filem barat, saya pun suka jugak
bercerita. Semoga sisi gelap ini dapat dipimpin ke jalan yang benar oleh jedi
terakhir, woha!
Bercerita tentang Star Wars, waktu saya dalam kandungan
lagi, nun di Amarica sana, George Lucas sedang pening kepala sebab karya agung
beliau sedang dipersendakan oleh pelakon dan kru filem, mereka anggap filen ini
akan gagal sebab siapa nak tengok cerita budak budak, lepas tu set kena ribut,
pelakon Luke kemalangan dan luka di wajah, sebelum bajet filem ni nak lulus,
banyak kompeni besar reject idea Lucas ni, termasuk Disney yang mana sekarang
beli filem ini dengan berbilion kontrak perjanjian.
Tapi Lucas sabar, dia buat jugak filem opera angkasa,
penerbit bagitahu, orang tak minat filem zaman depan, Lucas cakap ini filem
zaman dahulu, a long long time ago, in galaxie far far away.
Skrip filem ni panjang dan susah nak faham, Lucas terpaksa
pecah kecil dari 6 episod kepada focus hanya episode empat sahaja, episode satu
dan tiga kos terlalu mahal, dan episode empat ini berjudul “Harapan Baru"
Satu harapan yang besar bagi Lucas dalam persembahan seni,
katanya kepada kru filem, kamu mungkin tak sedia dengan filem ini tapi anak
cucu kamu akan bersedia.
Awalnya, Filem ni menyusahkan Penerbit, sebab over bajet,
tapi sebab dah jalan 50% bajet terpaksa tambah untuk disiapkan, lepas tu
masalah nak edit, masalah nak masukkan special effect dan banyak lagi masalah sehingga
Lucas dinasihatkan oleh doctor pergi berehat kalau tak boleh kena kemurungan.
Masalah paling bear sebab nak buat kesan khas, maka Lucas
dan kru study dan kaji bagaimana nak dapat kesan khas tersebut.
Pendek cerita, Habis pengembaraan Filem, Lucas pergi
bercutidi Hawai, tenangkan fikiran dan dia sendiri sangka filem ini akan gagal,
balik dari bercuti dia tengok orang ramai beratur tepi jalan, ingatkan nak beli
makanan segera area situ tapi beratur sebab panggung wayang dah penuh dan orang
tunggu giliran sampai melimpah ke jalan raya. Waktu tu baru dia sedar yang dia
dah jadi orang kaya!
Filem tu menjadi kejutan zaman 70-an, jet pejuang buruk
berperang di angkasa, pedang leser agay samurai, robot buat lawak, bentuk jet
yang macam macam, alien yang macam macam bentuk, ada masukkan unsur sihir,
lepas tu latar belakang kerajaan Ditaktor melawan Pembangkang yang menyokong
demokrasi dan ada kena mengena dengan perang dunia dan perang viatnam yang baru
berlaki zaman tu, buatkan filem itu
meletup sehingga kru belakang tabir pun orang cari minta tanda tangan.
Han solo pergi kedai, orang Tarik bajunya sampai koyak,
Luke, Lia terkejut tengok patung permainan muka mereka laku macam goreng
pisang.
Filem STAR Wars akhirnya menjadi filem paling laku sepanjang
zaman hinggalah rekodnya dipecahkan oleh filem Titanic 20 tahun kemudian. Namun
mainan, baju, dan aksosori Star Wars masih laku sampai sekarang dan menjana
keuntungan yang buatkan Lucas gemok kekenyangan makan tak habis.
Sekarang ni pun Lucas dah jual Star wars pada Dsney dan
hidup aman damai sebab dah kaya raya dan kita doalah semoga Lucas diberi
Hidayat masuk islam.
Jadi balik kepada saya yang waktu kecik rumah tak ada TV,
masa banyak dihabiskan dengan mebaca akbar dan majalah yang mana jika ada
ulasan filem, saya akan baca dengan punuh minat, maka sebelum menonton film
star wars lagi saya dah kenal watak C3PO, R2D2, dan lain lain.
Daun terup ada gambar dari filem Star wars jadi tempat minda
saya berangan tentang isi filem, diperpustakaan sekolah, buku tentang robot
pasti akan cerita tentang robot dari filem star wars hinggalh waktu saya darjah
dua atau tiga macam tu, ada piala dunia jam tiga pagi, dan oleh sebab rtm tak
nak orang tidur maka tayangan larut malam di siarkan, Star Wars yang buat
pertama kali saya tonton dan jatuh cinta.
Bayangkan orang yang dah hafal skrip semua lagu dan tiba
tiba dapat tonton konsert artis yang dia minat? tentu teruja bukan? begitulah
perasaan seronok beronok ronok dapat tonton filem Star wars waktu darjah dua
macam tu.
Beberapa tahun kemudian, dapat peluang menonton dalam TV
episode lima: Empayar menganas semula!
Terpegun babak perang dalam salji, dan terkejut rupanya
Darth Veder adalah ayah Luke. Ending filem itu hero kalah, Han Solo beku, Luke
putus tangan, pemberontak kalah dan semua itu adalah satu kelainan yang sangat
enjoy bila tonton.
Masuk form 1 macam tu dapat menonton episode akhir (pada
zaman tu) Kembalinya Pahlawan Jedi, juga di kaca TV nontonnya, terpegun aksi
motor terbang dalam hutan dan babak akhir pecah tiga yang unik, perang di
angkasa, perang dalam hutan di darat, dan perang pedang di dewan utama. Selain
bongkar kasih ayah tak pernah putus walaupun jahat, dan kisah puteri jatuh
cinta dengan Han Solo yang tak boleh masuk majlis, pendek kata: Sangat puas
hati dengan ending Star Wars dan sayapun menuju remaja sambil teruskan
kehidupan.
Sukanya saya pada Star Wars hingga jika ada awek hodoh tapi
tahu watak Star Wars saya anggap dia cantik macam puteri Lia, dan jika ada awek
cantik cakap Star Wars tak best, saya anggap dia hodoh macam Jabba the Hutt.
Woha!
Tapi saya miskin, maka saya bukan pengumpul mainan star
wars, saya penggemar story telling sahaja. Dan sebab saya miskin, awek hodoh
macam Jabba pun tak nak kat saya dan itu cerita lain.
Habis SPM, tiba tiba Start Wars buat Spesial Edition, semua
filemnya di ulang tayang di panggung wayang, tapi dengan kesan CGI yang
canggih, alien plastic diubah pada lebih real, letupan lebih cantik, dan
sayapun ambik peluang untuk marathon filem ini di panggung wayang Shah Alam,
masa tu kerja kilang kat sana. Dapatlah kumpul duit dan dapat rasa feel tengok
wayang macam orang zaman 70-an dahulu.
Lepas tu sambung belajar di IPTA dan masuk zaman kerja balik
tiba tiba Star Wars buat kisah dari episode 1, perghh, layan. Walaupun episode
1 “Ancaman Berpuaka” agak kebudak budakkan tapi saya tetap layan, masuk episode
2 “Serangan Tentera Klon” saya enjoy, suka tengok pahlawan jedi ramai ramai
lawan robot, kisah cinta Jedi remaja, kisah politik, demokrasi melawan anarki,
dan monarki, dan episode tiga “Sith SiPendendam” saya puas hati sebab akhirnya
ayah hero menjadi Dark veder dengan bercucuran air mata.
Masa berlalu, zaman DVD, saya ada beli sambil layan poltik
dan aksi dalam filem Star Wars, dan masa berlalu lagi, muncul episode tujuh,
“Aura Terjaga”
Perghhh,. Teruja dan saya enjoy. Banyak babak yang 70-an
dihidupkan semula dengan teknologi terkini. Tapi ralat sebab watak Han Solo
mati tanpa ada rasa berbaloi.
Waktu ni dan tonton wayang bersama anak bini, episode
seterusnya, episode lapan: “pahlawan Jedi Terakhir” saya sangka Luke akan
mengamok, tapi mengecewakan, lepas tu Luke mati, lepas tu filem tu banyak focus
pada watak baru dan abaikan watak lama yang mampu bagi nostalgia, watak lama
hanya mucul sekejap dan mati. apa ke hal?
Sementara tunggu filem akhir, ada muncul filem Star Wars
yang laun seperti “Penyanggak utama” yang fokus pada event sebelum part empat,
dan selepas part tiga, kisah bagaimana death star di bina dan menjawab tuduhan
sebelum ini yang kutuk filem Star Wars tak best sebab kelemahan Death Star tu
simple sangat, dijawab dengan cemerlang dalam filem ini dan endingnya buat saya
maafkan semua kekurangan star wars dalam filem satu hingga tiga.
Tak lama lepas tu muncul filem Solo, bila tonton rasa kurang
feel, malas nak ulas.
Baru nak move on dengan Star wars, Mandalorians pulak
muncul, dah layan enam episode, dan semuanya membuatkan saya maafkan semua
kesilapan yang lalu bersama Star Wars, Mandalorians sangat mirip dengan aura
star wars, sangat respek dengan original concept, dan begitulah sepatutnya Star
Wars diterjemah.
Kemudian malam tadi pun tiba, Star Wars episode akhir
menjengah dunia: Malas nak fikir lebih lebih, dah tua, maklumlah Umur saya sama
dengan umur Star wars, lahir tahun 1977. Dan di usia senja begini, Semua tahu,
untuk hidup bahagia, kita kena maafkan orang.
Sungguh saya dah lama maafkan Micheal Bay, dan sekarang saya
maafkan J.J Abrams.
Bila dah maafkan, barulah enjoy tengok movie ini.
Dan Filem ini adalah tentang kemaafan, maaf seorang anak
kepada ibu bapa, maaf seorang ayah, maaf seorang sahabat, maaf seorang guru,
maaf seorang cucu, maaf seekor alien, dan yang paling penting waktu menonton
filem ini adalah memaafkan pengarah dan penulis skrip dan penerbit yang
semuanya orang yang sama. Lantak kau lah
J.J Abrams nak hidang apapun, asalkan takde hina islam dan adegan seks,
saya sokong! Lucas pun tak kesah apahal pulak kita nak marah marah, kan?
jadi berapa markah untuk filem Star Wars? saya bagi markah
untuk semua filem,
1. Ancaman Puaka 5/10
2. Klon Menyerang 7/10
3. Sith Sipendendam 7/10
4. Harapan Baru 9/10
5. Empayar Mengganas Kembali 10/10
6. Kembalinya Pahlawan Jedi 10/10
7. Aura terjaga 7/10
8. Pahlawan Terakhir Jedi 5/10
9. Kebangkitan Penjejak Langit 6/10
Lain lain.
1. Penyanggak utama 10/10
2. Solo 5/10
3. Perang Klon (belum tengok)
4. Mandalorians 9/10
Ok tak markah ni?, semoga ianya membantu.
Kepada anak anak, Ayah akan mati, tapi Star Wars tak akan
mati dalam dunia filem, akan datang tentu ada kisah anak cucu Sykwalker, pesan
ayah, waktu ayah tak ada, dan korang Nampak filem Star Wars ke, Poster Star
Wars ke, mainan Star wars ke, korang sedekahkanlah Ayah Al Fatihah.
“Semoga Iman sentiasa bersama mu”
Ditulis dari seorang ayah dengan pesanan akhir: "I Am
Your Father"
Woha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment