Nov 1, 2019

Berdoa itu satu kesalahan?


(Tanya sama abang mayat)

Soalan pembaca:

Nak tanya abang mayat, kenapa kita kena arahkan Tuhan buat macam-maca,? kalau doa minta panjang-panjang, macam lah tuhan tu tak dengar, macam lah tuhan tak melihat, macam lah tuhan tak mengetahui. Balik-balik kita memerintah Tuhan, siapa Tuhan siapa makhluk ni?

Nak minta umur panjang, nak minta rezeki bertambah, nak minta naik pangkat, sedangkan orang kafir tu tak minta pun Allah beri, nak itu nak ini, sedangkan Allah tanya kita balik "bukan kah AKU ini Tuhan mu" malu rasa nya bila Allah tanya tu,sebab Nabi tak pernah minta apa-apa, kerana semua dah tertulis,nak tambah kat kitab mana lagi...?

Cuba lah kalau kita minta macam-macam kat mak bapa kita,dah tentu dia bingitkan, tapi cuba kalau kita tak minta apa-apa, nanti dengan sendiri mak bapak kita puji kita,dia ni bagus tak minta apa-apa, kalau AKU bagi pun dia tak cerewet, tapi si dia tu, ashek minta saja, cerewet plak tu,siapa nak bagi..?. biasa nya orang tak minta ni, tetiba je murah rezeki nya dan berkat, tapi yang minta ni, rezeki nya banyak tapi cepat habis sebab tak berkat…

Think about it

Jawapan keretamayat.

Okey, nak jawab. Bab berdoa atau meminta… Memanglah bapak adik boring dan marah bila adik mintak banyak-banyak barang mainan.., sebab bapak adik tu manusia macam Abang mayat, abang Mayat pun akan marah kat bini abang jika bini abang asyik mintak itu ini.. asyik bukak mulut keluar duit,  ingat abang ni cop duit ke?

Tapi buat pengetahuan adik yang jahil dan cetek bab ketuhanan ini, sungguh Allah tak sama dengan makhluk, Allah takde sifat macam bapak kau yang melenting bila adik ulang ulang permintaan dan keinginan.., hakikatnya, Allah suka sangat hamba dia doa panjang panjang dan banyak banyak…
Orang yang tak berdoa biasanya orang kapir yang takde tuhan atau orang yang sombong.., macam firaun, Haman dan Namrud..

Kalu adik nak tahu.., Nabi kita time perang badar doa sampai janggut basah (menangis) dan serban di bahu jatuh (angkat tangan tinggi)

Lepas tu Nabi kita, err adik tahu tak nama Nabi kita? Pandai pun.., Nabi Muhammad SAW ajar kita doa doa masnum iaitu doa sebelum makan, sebelum berak, sebelum bersetubuh dan lain lain…
Doa ni dik, sebenarnya adalah satu pengzahiran kalimah Tauhid, Kalimah Tauyibbah atau kalimah ikhlas.., iaitu:

“LA ILLA HA ILL-ALLAH!”

-Tiada Tuhan melainkan Allah..
-Tiada yang berkuasa melainkan Allah
-Tiada yang bagi manafaat dan mudarat melainkan Allah..

Bila kita berdoa.., kita telah benarkan kalimah Tauhid itu dengan menzahirkan yang diri kita ni tiada berdaya dan upaya melainkan dengan kehendak dan izin Allah subhanahuwataala..
Tu yang kita kena doa selalu tu!!..

Tikus bila dia keluar dari lubang, dia tak doapun nak makan keju, sekali dia nampak keju terhidang depan mata, dia pun makan, 3 malam dia makan keju yang paling lazat, dia pun parasan bagus ingat tuan rumah sayang dia, dia pun ajak kawan kawan dia makan sama.., tapi hari tu “ gedegang” perangkap tikus memecahkan kepala dia dan member sekepala, mampus semua tikus mondok tu sedang keju masih ada di mulut mereka.., itulah yang terjadi kepada orang yang tak berdoa tapi masih dapat rezeki, dia ingat Allah sayang kat dia he he he..,

Padahal Allah bagi rezeki atas dunia kepada semua orang, tak kira kapir ke, orang serani ke, itik sekatipun Allah bagi., firaun dan qarun tak murah rezeki dia?.tapi tu sebenarnya ‘perangkap’.. atau istijraq dalam Bahasa arabnya..

Ok, balik kepada doa, ustaz mana yang ajar adik nabi tak pernah berdoa?

Adik,

Dalam al Quran banyak cerita bab doa.., adik pandai tak baca arab? Adik mintaklah kat bapak adik nak sekolah arab, adik tak payah mintak banyak kali kat bapak adik nanti dia boring, sebab tu sifat manusia, macam adik yang dah boring berdoa.., tapi adik mintak banyak banyak kat Allah, Allah tak pernah boring tengok adik berdoa, malahan Allah selalu membangga banggakan hambanya yang berdoa di akhir malam dan apatah lagi adik yang kecil dan kudus ini berdoa.. oh terharunya!! Masukkan nama abang Mayat dalam doamu.. woha!

Ok, baiklah, sekarang cuba adik bukak tafsir al quran surah al baqarah.. adik akan dapati kisah Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS berdoa..

Ada banyak doa, antaranya ayat 129. yang berbunyi:-

“Ya Tuhan Kami, Bangkitkanlah di antara mereka seorang Rasul yang akan membacakan ayat ayat Engkau dan mengajar mereka al kitab dan hikmah serta mengsucikan mereka.”
(al baqarah -129)

Dalam Tafsir ibnu kathir ada hadith yang menyatakan bahawa Nabi bersabda, Rasul dalam doa Ibrahim itu adalah aku..

Atau riwayat yang lain, aku adalah Qobbulliyat Bapaku Ibrahim..

Arghh, tentu adik pening dengan istilah istilah yang bunyi so arabic ni bukan?, baiklah, abang cuba jelaskan dengan bahasa yang mudah di fahami.., insyAllah..

Dalam ayat ini ada dua perkara yang nampak sama tapi berbeza..

i) Rasul yang akan membacakan ayat ayat Engkau.(ayatika)
ii) Rasul yang akan mengajar mereka al kitab dan hikmah

Apakah perbezaan antara “ AYATIKA”, dan “AL KITAB”?
Bagi setengah setengah ustaz yang tak paham, mereka akan kata “ AYATIKA”, dan “AL KITAB” ni benda yang sama, mereka akan kata “ayat ayat Engkau” dan “kitab” ni benda yang sama,! mana boleh tafsir lagu tu?!, jika sama kenapa Allah nak tulis dengan lafaz yang berbeza?, sebab tu nak tafsir Al quran ni bukan boleh bantai suka hati jer.., ikut warna parti, atau isu semasa.. atau baru pandai nyanyi lagu wardina dan nak tafsir al quran.. wah wah wah!

Sebenarnya jika nak tafsir Al quran kena ada 15 jurusan ilmu, kena tahu Lughah, Nahu, sorof, Istiqaq, al ma’ani, bayan, al Badi, Qiraat, Akidah, usul fiqah, asbabun nuzul, nasikh-mansukh, furuk, hadith, dan akhir sekali ilmu mauhub.., panjang nak cerita, abangpun tak tahu dan tak tererpun oh!.. baik adik rujuk ustaz sebaik sahaja masuk sekolah ugama kelak..

Walaupun begitu abang tulis jugak tafsir ayat di atas yang abang ambik dari BUZNAMA.. (berita dari ustaz yang aku tak ingat nama)

Kita semua sedia maklum akan Nabi Muhammad SAW adalah tidak tahu membaca, maka apabila di tafsir : Rasul yang akan membacakan ayat ayat Engkau, maka AYYATIKA di sini adalah ayat yang termasuk dalam ayat AL MANZURAH iaitu ayat yang sentiasa di lihat.., apakah “ayat yang sentiasa di lihat?”

Maka maksud “ayat yang sentiasa di lihat” adalah Dakwah IL lAllah!, seru manusia beriman kepada Allah, mengtauhidkan Allah, tidak menyekutukan Allah!

Dalam Al Quran dan hadith kita boleh jumpa banyak ayat AL MANZURAH atau “ayat yang sentiasa di lihat”.. yang Nabi gunakan ketika berdakwah seperti contoh:

“Wahai Abu jahal, Allah yang menjadikan bulan..”
“Wahai pamanku, lihat Allah jadikan langit tanpa tiang.”
“Wahai Ali, sesungguhnya Allah yang menjadikan siang dan malam”
“Wahai manusia, berimanlah kepada Allah yang tidak di beranak dan di peranakkan”
“Sesungguhnya Allah yang menghidupkan dan mematikan”
(dan lain lain)

Maka dalam tafsir ini, AYATIKA bermaksud tugas Nabi yang pertama adalah DAKWAH manusia kepada Allah! Seru manusia beriman kepada Allah.., malahan semua Nabi dan Rasul tugas utamanya adalah DAKWAH manusia kepada Allah!!

Manakala tafsir AL KITAB pula termasuk dalam ayat AL MAQRU’AH..

Apa itu AL MAQRU’AH?

Jika QARIUN bermaksud pembaca, QARI pula bermaksud pembaca lelaki, dan QARI’AH pula pembaca perempuan, maka AL MAQRU’AH adalah bermaksud “yang selalu di baca”.., maka kat sini baru betul tafsir nya AL KITAB iaitu AL QURAN, dan mengajar HIKMAH pula kita semua sedia maklum bahawa Sunnah sunnah NAbi adalah al HIKMAH dan AL hikmah adalah HADITH.., maka perkara kedua yang Nabi SAW buat selepas DAKWAH adalah TAKLIM WAL TAKLUM.., belajar dan mengajar berdasarkan kitab wahyu (al quran) dan sunnah (hadith)..

Lepas tu pulak dalam tafsir ayat di atas tugas nabi yang seterusnya adalah mensucikan ummat..

Maka bagaimanakan caranya Nabi SAW mengsucikan Sahabat RA? dari sifat terkeji kepada sifat terpuji?

Dari sifat mazmumah kepada sifat Mahmudah..?

Dari engkar kepada taat?

Bagaimanakah caranya Nabi mengsucikan mereka? Guna sabun Dobi ke? Klorox ke apa ke?
Baiklah, sebagai contoh, Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang mengerjakan solat berjemaah selama 40 hari akan dapat dua kelepasan iaitu lepas dari api neraka dan sifat munafik

(riwayat Anas bin malik daripada Imam tarmizi)

Kaedah menahan nafsu dan menggunakan diri atas kehendak Allah selama 40 hari adalah kaedah yang biasa di gunakan oleh guru tasauf dalam mengsucikan murid muridnya supaya mudah taat perintah Allah..

Apabila kita solat dengan menyediakan hati dan jasad untuk taat seluruh ugama dengan bersolat awal waktu dan berjemaah selama 40 hari maka natijahnya akan membuatkan hati kita mudah untuk taat seluruh perintah Allah.. dan inilah yang berlaku pada sahabat sahabat nabi SAW sehingga mereka semua beramal dengan hadith ini dan seterusnya telah menukar sifat mereka yang dahulu hidup dalam zaman kejahilan yang memuncak kepada menjadi hamba Allah yang paling baik di kurun yang terbaik.., sehingga mereka mendapat jaminan syurga atas dunia lagi..

Dan selain solat Nabi juga mensucikan hati hati sahabat dengan zikrullah, iatu menukar hati yang lalai kepada sifat tawajjuh dengan sentiasa merasakan kehadiran Allah melalui gerak hati yang mana pabila terpandang kebesaran Allah akan ingat kepada Allah dan ingat kepada larangan Allah serta perintah Allah, lalu mencapai darjat ehsan!

Maka kedua dua perkara ini iaitu solat dan zikir dan lain lain adalah perkara yang Nabi ajar kepada ummat dalam Mensucikan jasad dan jiwa yang di namakan sebagai IBADAT..

Selain dari itu, di luar kotak ibadat Nabi SAW mengajar sifat hamba kepada ummat iaitu membuat hubungan yang baik dengan manusia dan makhluk Allah…, sedar diri bahawa kita ni hamba Allah..
Dalam solat ada orang yang bersolat tapi hatinya berbisik aku ustaz, aku ulamak, aku engineer dan lain lain..

Sedangkan dalam hadith kudsi yang panjang, Allah menjawab setiap bacaan doa dalam solat dengan menyatakan kepada malaikat: lihat, Hambaku sedang memujiKu, dan lain lain..

Nah,! Allah mengaku kita adalah hambanya, tapi kita masih tersedik bahawa aku adalah mufti, aku adalah tempat rujuk, aku adalah orang alim, itu ini begitu begini, bla bla bla..!!


Maka untuk buang sifat keakuan dan kesombongan ini maka Nabi ajar kita jumpa manusia dengan rendah hati dan berkidmat kepada mereka, bahkan Nabi ajar kita tawadduk kepada ibu bapa, guru, jiran bahkan kita juga kena jaga perasan binatang! Inilah yang di sebut dalam ugama sebagai KHIDMAT.

Kesimpulannya, kedua dua perkara ini iaitu IBADAT dan KHIDMAT adalah kaedah yang Nabi gunakan dalam Men-sucikan ummat ..

Maka jika ummat ini mengabaikan IBADAT dan KHIDMAT, bagaimanakah dapat mereka mengsucikan hati dan jiwa mereka?

Jika ummat ini tidak belajar Al QURAN dan HADITH, bagaimanakah dapat mereka belajar HIKMAH melalui perantaran SUNNAH Nabi?

Dan Jika ummat ini mengabaikan DAKWAH ILLALLAH, bagaimana mereka dapat mengenal Allah??

Oh! Adik maafkan abang meleret leret dalam penerangan…, abang harap adik paham dan dapat menjalani kehidupan yang di redhai Allah..

Abang harap adik faham dan terus hidup berdasarkan 4 perkara yang telah di tafsir dalam doa Nabi Ibrahim AS..

Semoga kita semua dapat hidup dalam mengerjakan Dakwah, Ta’alim, Ibadat dan Khidmat…

Ps: Ni baru tafsir doa nabi Ibrahim dah Panjang berjela…, ada 25 nabi dan 25 doa lagi jika nak tafsir, tapi apa apapun, saya doakan adik dan kita semua beroleh hidayah dan sempat bertaubat lalu mati masuk syurga. Amin..

2 comments:

Anonymous said...

-Kita ni bermasalah jika melihat sesuatu yg x menyalahi syarak(feqah).. Kita kata salah.
-kita lebih bermasalah jika kita bawa@hukumkan perkara tu@yg x salah kat syarak tu tadi jadi kesalahan kat peringkat yg paling besar iaitu dalam tauhid..

Dikuhatiri penglihatan kita la yg telah berbuat paling zalim@aniaya diri sendiri..kerana kuasa selain Allah itu sekali2 x wujud.. X ada..xkan ada, xpernah ada..x wujud sama sekali..
Jadi jika kita tengok kawan kita tayar dia bocor tengah jalan dan dia pun kol kawan dia yg lain mintak tolong datang bawak tiub tayar ganti..dia x salah kat syarak pun.. Kita tembak dia bawak kat paling besar.. Salah kat tauhid..kita hukum dia x mintak tolong Allah..dikhuatiri Kita yg salah tengok sebab nampak ada kuasa lain selain Allah.. Sedangkan kuasa lain tu x wujud pun.. Yg ada kuasa Allah je.. Bahaya x? Bahaya la Sebab nampak ada kuasa lain selain Allah..sedangkan kawan yg kol kawan dia mintak tolong tadi x nampak mcm kita nampak.. Dia nampak@beriktikad Allah saja yg berkuasa,kuasa lain sekali2 x wujud..

Berdoa itu salah kat syarak x?kalo x kita la yg ada masalah cakap salah..

Semoga Allah lindungi@selamatkan kita sekeluarga seluruhnya insyaAllah..

hamka said...

tinggi!