Apr 13, 2011

Fatwa kaum beruk itu salah?

(Blog ini mungkin Paradox, kerana menggunakan fatwa kaum beruk untuk mencegah fatwa kaum beruk, tapi kini, semua itu hanya kenangan-yang salah tetap salah, sila mengaku dalam taubat masing masing)

Alangkah terharunya dalam sejarah menulis blog, yang mana setelah bertahun tahun menulis nota ugama kepada diri sendiri, sebagai rujukan selepas belajar ugama, tiba tiba muncul seorang ustaz mengaku sebagai pembaca setia akan nota keretamayat yang tersusun di ruangan blogesfera, dan (setakat ini) membenarkan apa yang aku tulis, alhamdulillah, syukur pada Allah, oh., terharunya,,

Kenapa aku gembira?

Sebab, jika seorang yang bertaraf Ustaz, lalu sanggup merendah diri membaca blog seorang aku yang carca merba ini, maka akan banyaklah ilmu ilmu dari ustaz itu yang dapat dikongsi bersama (dari email atau komen) seterusnya dapatlah aku belajar menjadi seorang penkongsi ilmu yang sejati dan jitu dalam bergerak di jalan yang lurus, chewahh..

Tak perlu aku nyatakan nama ustaz ini di sini kerana aku rasa blog aku ini terlalu hina untuk di sadingkan dengan nama beliau, seorang lulusan Universiti Al Azhar, cukuplah aku nyatakan aku gembira bila dapat tahu ada ustaz yang ‘pantau’ blog aku, lalu dalam kedaan mata bersinar sinar dengan kegembiraan, akupun bertanya.

“agak-agak ustaz, ada tak nota ugama yang salah dalam blog keretamayat yang boleh menyesatkan ummat”

Tanya aku sambil di selangi rasa takut-takut jika ustaz tu kata: “ada”, al maklumlah, jika aku terkongsi ilmu yang salah, maka ke nerakalah aku jawabnya, sebab tu aku bukak ruang komen serta email yang mana jika korang rasa apa yang aku tulis tu salah, silalah betulkan aku bila-bila masa, anytime. Kalau korang perasan, dah lama aku warning agar korang tidak menjadikan blog aku sebagai rujukan terakhir…

Korang tahu apa jawapan ustaz tu?

“Ada!”

Argghh! Sudah.., ni yang tak best ni jika ustaz baca.., (pulak!)

“err, Nota yang mana satu ustaz”


Tanya aku dengan penuh ketakutkan, wajah pucat lesi macam hantu kak limah balik rumah. Dalam kepala aku terbayang beberapa nota controversy seperti “video arrivals”, “teori memanipulasikan syaitan”, “menyepak gay”, “takzkirah lepas tarawikh”, “Surat kepasa wahabi”dan lain-lain.

“Nota yang bertajuk: fatwa kaum beruk” jawab si Ustaz.

Kofft!, aku tersedak air liur, sudah.., habislah aku, lalu terbayang di kelapaku akan seluruh isi karangan “Fatwa kaum beruk”.

Dalam nota Fatwa kaum beruk, aku bercerita tentang satu kaum yang dilarang menangkap ikan pada hari sabtu, hari lain semua boleh tangkap ikan kecuali hari sabtu, dan sebagai ujian ke atas diri mereka, Allah sengaja buat ikan ikan tu bergorombolan pada hari sabtu dengan mulut ternganga nganga dipermukaan air, kaki pancing tengok memang geram, namun pada hari-hari yang lain, iaitu hari yang boleh tangkap ikan, takde pulak ikan tu melompat ke sana sini, memang geram, tapi untuk menjadi orang yang alim dan soleh pada zaman itu, maka kenalah sabar pada setiap hari sabtu melihat ikan bersesak sesak di tepi pantai tapi tak boleh nak tangkap kerana Allah dah larang.

Maka puak puak ni, buat satu helah, iaitu pasang bubu pada hari sabtu, dan angkat bubu pada hari ahad.., lalu puak soleh dan bertakwa menasihati mereka, salah perbuatan kamu, mana boleh tangkap ikan hari sabtu? Tapi mereka yang degil pun bagi fatwa.

"Kami mana ada tangkap ikan hari sabtu, kami tahan bubu sahaja, ikan tu sendiri yang masuk, kami angkat bubu pada hari ahad.., hari ahad mana haram tangkap ikan."

Dipendekkan cerita, oleh kerana mereka beramal dengan fatwa baru yang membenarkan dosa mereka, lalu telah disumpah oleh Allah menjadi beruk!

Itu intipati utama dalam entry “Fatwa kaum beruk”, lalu aku kaitkan dengan isu ummat akhir zaman, yang mana, di zaman moden ini, telah ramai orang yang jahil ugama telah keluarkan Fatwa Kaum Beruk untuk membenarkan dosa dosa mereka,

Sebagai contoh, peniaga yang bukak kedai seharian, tapi kurang pelanggan datang, bila tiba waktu magrib, Allah uji mereka dengan kehadiran pelanggan yang berbondong-bondong, merekapun dengan sengaja melengah-lengkan solat atau tinggal solat, lalu bila aku tegur, tanpa rasa bersalah telah keluarkan fatwa,” kerjapun ibadat bang, saya sedang berjihad dengan ekonomi”

Jihad kepala beruk jika tak solat! Tulah tu, pandai sangat bagi fatwa kaum beruk, konon pandai ugama, tapi jika mereka mati dalam keadaan sengaja tidak solat, masuk nerakalah jawabnya!

Contoh lain, orang perempun yang tak pakai tudung, bila tanya kenapa tak pakai tudung, terus bagi fatwa kaum beruk betina..

“Aku tak pakai tudung sebab aku tak nak hipokrit, ada orang pakai jer tudung, tapi bentuk badan dan buah dada pon terjojol jugak. Ustazah yang pakai tudung labuh pun kantoi ada video seks dengan warden..”

Woi beruk, jika kau tak nak pakai tudung, jangan bagi fatwa yang benarkan kau buat dosa, jika kau beruk, tak kesah kau nak kaler bulu kepala dengan warna oren.., ini bukak tudung, lepas tu perasan bagus dari orang yang pakai tudung dengan membandingkan dosa mereka lebih banyak dari kau kononnya, haitt ptuihhh.., jika mereka yang bertudung buat maksiat dan tak bertaubat, mereka masuk neraka, dan jika kau yang tak bertudung tak bertaubat, juga masuk neraka, tak nak pakai tudung, diam diam sudah, dan berdoalah agar satu hari nanti akan pakai tudung, jangan jadi beruk betina!

Itu sikit copy/paste yang aku petik dari entry fatwa kaum beruk, banyak lagi contoh termasuk fatwa kaum beruk dalam bab politik, boleh rujuk entry yang lepas, jadi, secara kesimpulanya, fatwa kaum beruk merujuk kepada mereka yang menggunakan alasan ugama untuk benarkan dosa mereka, puak puak ni memang selalu memberok berokkan keadaan, memang celaka, Nasib baiklah zaman ni Allah tak turun azab direct macam kaum terdahulu, kalau tak dah tentu pihak zoo tak akan buat kurungan untuk beruk kerana beruk dah terlalu banyak. Woha!

Tapi tulah, Ustaz dah cakap, entry tu salah, maka aku kena tarik balik entry tu nampaknya, sedihnya, rasa macam dah betul dah, isk isk..

“Kenapa entry tu salah, ustaz?”

Tanya aku dengan penuh keinsafan.”

“Hamka, jika nak tafsir Al quran, kita kena faham bahasa arab, kena tahu jugak ilmu Asbabul Nuzul, ilmu Rijalil, Ilmu Al-Jarh Wat-Ta’dil, ilmu Mushtalahui, dan banyak lagi, sebenarnya jika merujuk dalam Al quran akan perkataan yang awak tulis dalam blog, itu tidak sama dengan apa yang awak tafsirkan diblog. Awak tak boleh tuduh mereka guna fatwa kaum beruk, walaupun niat awak betul, tapi istilah tu terlalu kasar dan tak sama dengan maksud ayat Al quran,"

“Habis tu ustaz, jika orang gunakan alasan ugama untuk benarkan dosa mereka, apa kita nak bagitahu pada mereka?”

Tanya aku lagi kesedihan.

Selamba ustaz tu jawab.

“fatwa kaum kera!”


Woha!

Ps: Rupanya kaum yang tangkap ikan tu disumpah menjadi kera, bukan beruk.., dulu mak bapak suruh hantar sekolah arab tak nak sebab kelas asing lelaki perempuan, sekarang padan muka aku, maka, dengar sini semua akan pembaca blog keretamayat sekalian, lepas ni, siapa buat dosa lalu guna alasan ugama untuk halalkan dosa mereka, jangan tuduh mereka guna fatwa kaum beruk, sebab kasar sangat, gunakan, fatwa kaum kera., lebih harmoni dan tepat dengan tafsir Al quran..

(Woha sekali lagi)
Post a Comment