Dec 14, 2020

Apa itu kebahagian di dunia?



 Simple sahaja,di rumah ada makanan atas meja, ada selera nak makan, dan rasa aman dengan ahli keluarga, takde gaduh gaduh dengan jiran, maka kita telah menjadi orang yang memiliki seluruh dunia.


Buktinya?.

“Barangsiapa di antara kalian mendapatkan rasa aman di rumahnya (pada diri, keluarga dan masyarakatnya), diberikan kesihatan badan, dan memiliki makanan pada hari itu di rumahnya, maka seakan-akan dunia telah terkumpul pada dirinya.” [HR. Tirmidzi]

Apa itu kebahagian di dunia dan akhirat?

Jadi orang islam yang ada sumber rezeki, dan bersyukur dengan segala nikmat dan berasa cukup apa yang ada, Alhamdulillah.

Buktinya?

“Sungguh telah beruntung orang yang memeluk Islam, dikurniakan rezeki yang cukup dan Allâh menjadikannya bersifat qanaah (merasa cukup) atas nikmat yang diberikan-Nya kepadanya.” [HR. Muslim]

Bagaimana degan orang kafir yang ada sumber rezeki, jika mereka bersyukur apa yang ada, aman dengan keluarga, mereka bahagia tak?

Mereka mungkin bahagia di dunia tapi tidak di akhirat.

Buktinya?

“Sesungguhnya orang-orang kafir, baik harta maupun anak-anak mereka sama sekali tidak dapat menolak azab Allâh dari mereka sedikit pun. Dan mereka adalah penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya. Perumpamaan harta yang mereka nafkahkan di dalam kehidupan dunia ini adalah seperti perumpamaan angin yang mengandungi angin yang sangat dingin, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri sendiri, lalu angin itu merosakkannya. Allâh tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. [Ali‘Imrân 3:116-117]

Dari ayat ini, terbukti orang kafir amalannya sia-sia dan tidak mendapat ganjaran di akhirat kerana mereka menyekutukan Allah Subhana Wa Ta’ala.

Maka janganlah dicemburui ‘kebahagian’ mereka kerana sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Apa itu kebahagian di akhirat?

Bila Allah umum kita masuk syurga satu keluarga, itulah nikmat terbesar di akhirat!

Buktinya?

“Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Untuk Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.

(surah Ar rad 22-24)

Semoga kita semua bahagia di dunia dan akhirat, dan Doakan kita semua satu kelurga masuk syurga tanpa hisab, amin ya rabbil alamin.

Jumpa di sana!

Woha!

No comments: