Alkisahnya, ada orang komen:
“Abang mayat, cara menulis confirm benar masuk syurga, yakin
ke pengangan kamu tu paling betul?”
InsyaAllah, kita kena yakin paling betul sebab jika kita
ragu-ragu, maka keimanan kitapun ragu ragu dan nak ajak orang kepada islam pun
kita tak yakin, sebab tu tanda orang yang ragu ragu dengan islam bila mereka
tak rasa nak berdakwah, yelah benda ragu-ragu, tak kan nak promosi pulak? Kan?
Jadi bila kita yakin, InsyaAllah kita ada keinginan nak
berdakwah, nak menyampaikan kebenaran, nak berpesan dengan hak, dan bila kita
berdakwah maka terbuka pula pada kritikan serta teguran, maka dapatlah kita
perbetulkan kesilapan disepanjang perjalanan dakwah menuju Allah. InsyaAllah.
Perasan tak? Tiap hari dalam Al fatihah kita mintak tiga
perkara:
Nak jalan yang lurus, tak nak jalan orang yang Allah Murkai,
dan tak nak jalan orang yang sesat.
Atau mudah susun bagi nampa jelas, doa kita wajib setiap
hari dalam Al fatihah:
1. Berikan kami jalan yang lurus.
2. Bukan Jalan yang dimurkai
3. Bukan Jalan yang Sesat
Jadi hari hari kita wajib doa agar dapat jalan yang lurus,
dah bila dah dapat jalan yang lurus kena doa jugak agar kekal di JALAN YANG
LURUS kerana: bila bila masa kita boleh tersalah masuk JALAN YANG DIMURKAI atau
JALAN YANG SESAT.
Rupanya jalan lurus ini adalah di tengah-tengah antara Jalan
yang dimurkai serta Jalan yang Sesat, sebab bila bila masa, kita boleh
terlencong ke arah jalan yang di murkai, atau terbabas ke jalan yang sesat.
Baik! Jalan lurus semua tahu, jalan yang dilalui oleh Nabi,
Sahabat, Tabien, Salafusolleh, Siddikin, dan lain lain yang dinyatakan dalam Al
quran bagi golongan bertakwa.
Tapi apa itu jalan Jalan yang dimurkai? Tahu tak?
Apa itu jalan yang sesat? Tahu tak?
Okey abang mayat ringkaskan dengan Bahasa senang faham.
Jalan yang di murkai itu adalah jalan orang yang melampau
dalam agama, seperti Yahudi, Majusi, dan Jalan yang sesat pula adalah orang
yang meremehkan agama seperti Nasrani, Aties. Manakalah jalan yang lurus adalah
jangan tengah yang paling seimbang atau dalam Bahasa arabnya Wasatiyyah.
CONTOH, BAB KETUHANAN
Jalan yang Di Murkai: Percaya Tuhan lebih dari satu, atau
sembah berhala, sembah api, anggap Tuhan macam manusia.
Jalan Yang Sesat: Tidak percaya Tuhan, anggap tuhan tiada
sebab tak Nampak.
Jalan Wasatiyyah: Allah itu satu, tidak sama dengan mana
mana ciptaaNya, dan Sangat Berkuasa.
CONTOH, BAB KEIMANAN.
Jalan yang Di Murkai: Percaya Tuhan berjisim dan berjasad,
Golongan Mujasimah atau Musyabbihah
Jalan Yang Sesat: Percaya Tuhan tidak ada dalam mana mana
zat, hanya dalam falsafah, golongan Jahmiyyah.
Jalan Wasatiyyah: Allah itu Zat Esa yang tidak sama dengan
mana mana makhluk.
CONTOH, BAB DOSA
Jalan yang Di Murkai: Anggap semua orang berdosa adalah kafir
dan halal di bunuh seperti Khawarij, terrorist.
Jalan Yang Sesat: anggap dosa sebesar manapun tidak
memurtadkan seperti golongan Murjiah.
Jalan Wasatiyyah: Ada dosa besar, ada dosa kecil, bukan
semua dosa menjadikan kafir, pintu taubat sentiasa terbuka.
CONTOH, BAB SEKS
Jalan yang Di Murkai: Tak nak kahwin semuur hidup dengan
sengaja, mahu ibadat sahaja.
Jalan Yang Sesat: Sokong LGBT dan tidak mahu bertaubat
Jalan Wasatiyyah: Wajib kahwin bagi yang mampu, kerana itu
adalah Sunnah. Haram LGBT, dan Nabi tegur sahabat yang sengaja tak nak kahwin.
CONTOH, BAB DUIT
Jalan yang Di Murkai: Terlalu boros
Jalan Yang Sesat: Terlalu kedekut
Jalan Wasatiyyah: “ Dan orang-orang yang apabila
membelanjakan, mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak pula kikir, dan adalah
di tengah-tengah antara yang demikian” Surah Al-Furqan ayat ke-67.
CONTOH, BAB TAKDIR
Jalan yang Di Murkai: Salahkan tuhan atas semuanya, jahat
datang dari Tuhan, macam golongan Jabariah.
Jalan Yang Sesat: Anggap Tuhan tak de campur tangan dalam
urusan manusia macam golongan Qadariah. Anggap Takdir tidak wujud.
Jalan Wasatiyyah: Doa, usaha, ikhtiar, Tawakkal, sangka
baik, dan mencari hikmah sambil beriman kepada Qada dan Qadar.
CONTOH, TAFSIR AL QURAN
Jalan yang Di Murkai: Melebihkan akal berbanding wahyu,
macam golongan Manzilah.
Jalan Yang Sesat: Menolak Akal dalam mentafsir macam
golongan Hasyawiyyah
Jalan Wasatiyyah: Utamakan hadis dalam tafsir, dan boleh
guna akal selagi tak bertentangan dengan akidah melalui pendapat ulamak.
CONTOH, BAB BERBEZA PENDAPAT
Jalan yang Di Murkai: Memayahkan agama hingga sukar nak di
amalkan, Ekstrim, Ghulluw, Radikal.
Jalan Yang Sesat: Meremehkan agama hingga langgar hokum
hakam, Lagha, Cuai, tafrik.
Jalan Wasatiyyah: “Sebaik-baik perkara itu ialah
pertengahannya.” Riwayat al-Baihaqi dalam Sunannya (6319)
CONTOH, BAB SAHABAT
Jalan yang Di Murkai: Mengkafirkan sebahagian sahabat dan
ada yang samakan Ali macam nabi, rujuk golongan Syiah.
Jalan Yang Sesat: Menolak semua sahabat, tafsir Al quran
tanpa hadis, rujuk anti hadis
Jalan Wasatiyyah: Memuliakan semua sahabat Nabi. Tafsir Al
quran guna hadis
CONTOH BAB POLITIK
Jalan yang Di Murkai: Politik Takfir -jemaah politik saya
sahaja yang betul dan siapa tak masuk adalah kafir
Jalan Yang Sesat: Memisahkan Politik dan Islam.
Jalan Wasatiyyah: Politik cara nabi, Meraikan perbezaan
pendapat, tidak mudah kafirkan dan ajak kepada keadilan kepada semua pihak.
CONTOH BAB WALI KERAMAT
Jalan yang Di Murkai: Menghina Wali setaraf bomoh.
Jalan Yang Sesat: Berlebih lebihan agungkan wali, Anggap
darjat wali terlalu tinggi macam Nabi.
Jalan Wasatiyyah: Memuliakan Wali sebagai manusia yang
diberi kelebihan tertentu.
CONTOH BAB HINA NABI
Jalan yang Di Murkai: Tak peduli walau Nabi di hina anggap
kebebasan bersuara
Jalan Yang Sesat: Pergi hokum sendiri orang yang hina, terus
bunuh tanpa di adili,
Jalan Wasatiyyah: Hukum dengan perbicaraan, dihukum oleh
orang yang layak.
CONTOH BAB MAZHAB
Jalan yang Di Murkai: Buat Mazhab baru yang menyimpang dari Islam,
rujuk ajaran sesat.
Jalan Yang Sesat: Tolak semua mazhab dan mahu ikut Nabi
secara terus, tapi tanpa sedar sedang buat mazhab sendiri, rujuk salafiyyah
kalau tak silap.
Jalan Wasatiyyah: Terima perbezaan 4 mazhab yang besar,
Shafee, Hambali, Maliki, dan hidup aman damai tanpa bergaduh.
CONTOH BAB BIDAAH
Jalan yang Di Murkai: Sembah kubur, buat bidaah yang
bertentang dengan islam.
Jalan Yang Sesat: Anggap semua biadaah sesat dan kafirkan!
Jalan Wasatiyyah: Terima kebaikkan dari bidaah hasanah.
CONTOH BAB SUMBER ILMU
Jalan yang Di Murkai: Tolak Ijmak Ulamak dan tuduh ulamak
sebagai sesat! Tafsir Al quran cara baru, agama plural, semua masuk syurga.
Azab neraka terhenti. Semua boleh tafsir Al quran guna pengalaman.
Jalan Yang Sesat: Gunakan ilham, mimpi, dan khasyaf dalam
tafsir agama yang utama, rujuk ajaran sesat.
Jalan Wasatiyyah: Gunakan Al quran, hadis, Qias, Ijmak
ulamak, dan akal selagi tak bertentangan dengan akidah.
CONTOH BAB BERPAKAIAN
Jalan yang Di Murkai: Tiru orang kafir, buka aurat dengan
bangga
Jalan Yang Sesat: Anggap semua dari arab itu Sunnah, dan
sesatkan orang tak pakai pakaian arab
Jalan Wasatiyyah: Tutup aurat, tak salah nak pakai macam
arab, tak salah nak pakai macam bangsa masing masing. Nak bertopi sudu pun
boleh, nak bertanjak pun boleh (woha!)
Okey, cukup cerita bab TIGA JALAN, hari hari kita mintak
jalan yang Lurus, dan hati hati agar tidak menjadi pelampau, atau pencuai,
kerana sebaik baik jalan adalah pertengahan yang seimbang, dan itulah jalan
yang lurus.
Jumpa di sana, tingkat lapan, syurga Firdaus, area telaga
Susu, woha!
Ps: Jika ada Contoh lain bab Jalan yang Di Murkai, Jalan
Yang Sesat dan Jalan Wasatiyyah yang saya terlepas pandang, boleh share di
ruang komen, sama sama kita berlapang dada dan berlajar ilmu baru, terima
kasih.
No comments:
Post a Comment