"Malam ni Uncle Z akan tumpang bermalam di rumah kita, jadi ayah mahu bila Uncle Z datang, anak anak tanya sekurang kurangnya tiga soalan, lepas tu baru mintak diri buat urusan peribadi, jangan tak bertegur sapa dengan tetamu yang datang rumah"
"Uncle Z yang isteri dua tu ke?"
"Ya, tapi jangan tanya bila nak balik pulak, tanyalah
datang dari mana? Jalam jem tak nak sampai sini?, apa urusan area sini? Dan
lain-lain.. faham?"
"Jika tanya tentang Star Wars boleh ke ayah"
"Boleh tapi jangan terus tanya waktu masuk rumah, dah
sembang santai barulah tanya"
"Uncle Z minat tak dragonball?"
"Dia minat juga, tapi Uncle Z banyak ilmu agama, baik
tanya soalan agama"
"Okey ayah, saya dah ada soalan khas untuk Uncle
Z"
Ok, sebelum anak cerita soalan khas itu maka disini suka
saya nak pesan, kita orang islam wajib layan tetamu dengan baik, dari hadis
nabi ada tiga hak tetamu yang kita kena sediakan, pertama:makan sedap hari
pertama, (hari lain makan macam biasa) kedua: tempat rehat yang selesa tiga
hari dan ketiga: jaminan keselamatan sepanjang menjadi tetamu kita.
Siapa yang layan tetamu dengan baik, Allah akan murahkan
rezeki dan di akhirat layak menjadi tetamu Allah dan layak mendapat makam sedap
selamanya, tempat tinggal di syurga dan jaminan bebas dari neraka selamanya!
Nikmat mana lagi yang kita dustakan?
Ok, Balik kepada adab melayan tetamu, saya minta anak
berborak dengan tetamu agar mereka rasa selesa dan digalakkan bertanya soalan
kepada tetamu supaya perbualan menjadi rancak. Jadi anak nak bagitahu soalan
khas.
"Ayah, saya nak tanya uncle Z nanti, apakah tip
poligami, boleh ayah?"
Jangannnnn tanya depan mak kau!
Woha!
1 comment:
Izin promo ya Admin^^
bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))
Post a Comment