“Salam, Abang mayat, betul ke kayu kokka yang merupakan
dinding asal bahtera Nabi Nuh ada azimat tertentu? Ada orang jual, boleh ke
beli kayu macam tu?”
******
Salam.., takde pulak dengar kisah sahabat guna kayu bahtera
Nabi Nuh buat azimat, atau guna Batu yang digunakan Nabi Ibrahim melontar
syaitan buat tangkal, atau serpihan tongkat Nabi Musa buat berubat, atau
selipar Nabi buat logo, takde pulak saya yang jahil ini ada mendengarnya, Apa
yang saya faham:
Kisah Nabi Nuh ni Allah cerita bab istiqamah berdakwah 950
tahun siang dan malam sebagai pengajaran, bukan nak cerita bahan bina bahtera
sebagai azimat.
Jika nak azimat jugak, ada jer kat rumah orang tua kita,
atau mungkin rumah kita sendiri pun mungkin ada. Orang tua tinggalkan, Cuma
kita tak perasan.
Barang ni barang baik, perempuan ada Haid tolong jangan
pegang.
Lelaki pulak, jika nak pegang kena basuh muka dulu, lepas tu
basuh tangan, sapu kepala sikit dengan air, dan lepas basuh kaki baru boleh
pegang.
Tapi tolong pakai baju tutup aurat, barang ni daulat dia
tinggi!
Lepas tu bila pegang dia punya kelebihan, tengok sahaja dah
dapat pahala, belum lagi ‘berborak’ dengan kalimah di dalamnya. Syaitan pun
takut barang baik ini!
Itulah raja segala azimat, Mukjizat Terbesar dari Allah
kepada manusia.
Ada di Rumah orang islam.
Selamat membaca Al quran.
1 comment:
:)
Post a Comment