Dec 13, 2020

OK tak hantar anak PPKI?

Alkisahnya, hari ni cikgu serahkan kerja sekolah anak sepanjang tahun, tak banyak sebab PKP, tapi bila saya tengok hasil kerja sekolah anak syurga, rasa seronok sangat. Teruja dan terharu pun ada!

Sebelum PPKI, anak ada saya hantar tadika biasa, tiga bijik saya hantar, dan kerja sekolah biasanya kosong, buku latihan beli mahal mahal tak terusik pun, cikgu cakap anak saya tak bagi kerja sama.

Faham, anak OKU.. sob sob.. cikgu pula tiada kemahiran layan anak OKU, saya faham.

Alhamdulillah, tahun 2020, anak dapat masuk belajar di PPKI, cikgu pun terlatih, Alhamdulillah, anak dari tak nak pakai baju kepada tak nak tanggal baju sebab seronok sangat. Banyak kerja sekolah sebelum ni Nampak dalam wasap cikgu sahaja, hari ni dapat semak, memang banyak anak syurga dah belajar, Alhamdulillah, dalam video ni sebahagian sahaja.

Nak tengok, klik link video.

https://youtu.be/7qEgaMKPIRA

Bila Tengok hasil seni anak walau tujuh tahun, Nampak kemas dan cantik.

Jadi kat sini, saya nak ucap Terima kasih kepada semua cikgu PPKI yang sabar dan tabah mengajar anak syurga kami semua.

Terima kasih cikgu! Bayangkan saya berdiri angkat kaki sambil buat tabik dan dalam hati berbisik: “Saya kagum dari jauh”.

Woha!

 

No comments: