Ada penyokong bumi rata cakap Allah ada di langit. Dalilnya sebab ayat al quran bagitahu Allah bertempat di langit. Maka bumi ini harus rata.
Aduh…
Diriwayatkan oleh Abd Ar-Razzaq dari Al-Hasan telah ada beberapa
sahabat yang bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, “Di
manakah Rabb kita?”
Lalu turun ayat Surah Al-Baqarah Ayat 186
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku,
maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang
yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi
(segala perintan)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu
berada dalam kebenaran.”
Jadi dari ayat ini, Allah tak menempatkan diriNYA perlu
kepada tempat. Allah itu dekat bagi yang mahu mendekati, jika kita datang
berjalan, Allah datang berlari, janganlah tafsir Allah berhajat pada kaki
pulak. Itu smeua maksud Rahmat Allah yang mendekat.
Tentang ayat Allah Istiwa di Arasy tidak perlu ditafsir
seperti Allah bertempat di atas Arasy, kerana Allah tidak berhajat kepada
tempat,
Lain lagi, ada juga ayat Allah dibumi, Allah sedekat urat
merih, Allah ada bersama kamu di mana mana. Jika di tafsir ayat 186, Allah itu dekat, dan
mereka kata Allah di Arasyh bermakna kita semua di Arash ke?
Yang percaya Allah di langit ni Firaun, lalu buat bangunan tinggi
sebab nak lembing Allah, adohai…
Jadi tak boleh tafsir Allah bertempat dengan tengok satu ayat
sahaja.
Ada yang kata, Nabi Muhammad naik ke langit terima solat, itu
tanda Allah di langit,
Tapi ada ayat nabi ibrahim pergi mengadap Allah tapi tak
naik ke langit pun. Tapi ke Palestin, Allah bertempat di situ ke?
Nabi Musa bercakap dengan Allah dalam gua tak naik ke
langitpun. Allah di gunung kah? Ayat Al quran jugak itu..
Jadi bila ada ayat yang kita tak faham, jangan tafsir ikut
akal semata mata, terus rujut ayat utama, antaranya Surah Al ihklas, yang bagitahu
Allah tak sama dengan makhluk, dan ayat ini jika di baca sama macam baca baca
sepertiga Al quran, jadi bila ada tak faham ayat tentang sifat Allah, terus
rujuk Al Ikhlas, terus dapat pahala sepertiga Al quran dan insyaAllah diberi
kefahaman sepertiga Al quran jika di baca dengan ikhlas.
Jika tak rujuk surah ikhlas, itu ada yang cakap dalam hadis
Allah bagitahu dia turun ke langit dunia jam tiga pagi, Aduh.., inipun masalah
geng bumi rata, tak tahu ke setiap waktu ada jam tiga pagi tak pernah berhenti
sebab bumi berputar? Jadi Allah kekal di langit pertama selamanya lah sebab
turun dari Arasy? Nak tafsir macam tu ke? Adohai..
Jika Tanya lagi, kenapa Allah nak turun ke langit secara
fizikal? Katanya sebab nak dengar hamba berdoa, habis tu jika Allah tak turun
maka tak dengar?
Dah kelu tak tahu nak jawab sebab itulah maslaah jika tafsir
Al quran dan hadis secara fizikal semata mata..
Baik, Hadis perempuan tunjuk jari atas langit bila di tanya
Nabi adalah nak bezakan berhala disembah depan depan dengan Allah yang tinggi.
Lagipun doa itu kiblatnya langit, solat itu kiblatnya kaabah, sujud itu
Kiblatnya bumi, jadi kenapa nak ambil langit sahaja sedangkan kiblat itu ada waktu
waktunya?
Sebab nak kaitkan bumi ini rata? Korang ni mufti ke nak
tafsir ayat pakai arah langit sahaja?
Baru baru ni ada jabatan mufti yang keluarkan fatwa bumi
adalah sfera dan bukannya rata.
Maka dalam komen ada netizan kata mufti sesat. Mufti jahil.
Mufti ikut ilmu kafir. Perghhh..
Lepas tu guna hujah ayat bumi di hampar sebagai dalil bumi
ini rata. Aduhh..
Katakanlah.. esok
esok industri pelancongan angkasa dah maju, lepas tu ditakdirkan Tuhan, diorang
ni berpeluang naik kapal angkasa untok keluar daripada bumi, dan tengok sendiri
bumi ni sfera,
Adakah diorang ni akan murtad sebab ayat yang dia tafsir
dari Al-Quran tak betul?
Zaman dulu, kita faham lah ramai orang fikir bumi ni leper.
Sebab masa tu, takda siapa pernah ke luar angkasa. Takda gambar bumi. Jadi
telan jer cakap pengkaji.
Tapi zaman sekarang ni, dengan teknologi hujung hari, beratus angkasawan dah keluar ke angaksa,
orang islam pun dah ke angkasa, orang melayu pun dah ke angkasa, dan dua belas
orang dah berjalan ke bulan. Robot pun dah dihantar ke Marikh, dan terbukti
satelit yang berupaya ambil gambar bumi daripada angkasa, takda satu pun gambar
yang nampakkan bumi ni leper.
Tapi, masih lagi ada penganut bumi rata yang membutakan mata
padahal bukti dah ada depan mata. Korang yang salah tafsir ayat Al-Quran, lepas
tu korang cakap orang lain tipu.
Cara korang salah tafsir ni, adalah fitnah agama yang besar.
Orang kafir bila dengar hujah korang.. oh, Quran tipu
rupanya, sebab Quran tulis bumi ni rata,
semuanya sebab orang macam kau. Faham tak?
Padahal, Al-Quran tak sebut pun bumi ni rata. Kau je salah
tafsir 'bumi dijadikan hamparan' tu dengan tafsiran bukan-bukan. Lastnya,
orientalis kafir ni samakan Islam dengan golongan Kristian Zaman Gelap.
Bodoh betul lah korang ni. Sebut jahil murakab marah pulak.
Bumi ini sfera dan Allah tidak bertempat kerana sebelum ada
tempat sudah ada Allah dan Allahlah yang mencipta tempat. Sebelum ada langit
Allah sudah ada dan Allahlah yang mencipta langit.
Berkenaan ayat Allah ada di mana mana itu adalah kuasa Allah
yang ada dimana mana. Sebab "mana
mana" pun adalah tempat sedangkan Allah ada tanpa berhajat pada mana mana
tempat maka langit adalah tempat dan Allah tidak berhajat padanya.. jadi ayat
Allah di langit adalah sebagai pengagungan Zat Maha Pencipta.
Malahan sahabat pernah bertanya, Allah di mana sebelum alam
di cipta?
Dari Imran bin Hushain radhiyallahu ‘anhu berkata: “Aku
berada bersama Nabi saw, tiba-tiba datang sekelompok dari penduduk Yaman dan
berkata: “Kami datang untuk belajar agama dan menanyakan tentang permulaan yang
ada ini, bagaimana sesungguhnya?” Rasulullah saw menjawab: “Allah telah ada dan
tidak ada sesuatu apapun selain Allah.” (HR. al-Bukhari [3191]).
Jadi senang faham baj kata Al-Imam Saidina Ali k.r.w.j:
“Sesungguhnya Allah s.w.t. itu tidak bertempat. Dia sekarang dalam keadaan
seperti mana Dia sebelum ini (iaitu tetap qadim dan abadi tanpa bertempat)”.
(Al-firaq bainal Firaq karangan Abu Mansur: 333)
Korang geng bumi rata faham tak erti tak bertempat?
“tapi bang, jika tak bertempat bermakna Allah tak wujud?”
Adohai.., mana tempat bagi masa? Masa wujud tak?
Sebenarnya? Akidah asyairah ni tinggi pemahamannya yang mana
zaman sekarang korang kena faham tentang teori 10 demensi jika nak explain..
Setakat ini manusia baru faham empat deminsi iaitu tiga
demensi X,Y, Z dan demensi ke empat adalah masa.
Dalam kitab agama demensi ke tiga ini disebut enam arah
iaitu atas bawah kiri kanan depan belakang dan Allah tidak bergantung langsung
pada arah yang enam.
Jadi Allah di luar empat deminsi yang kita faham depan mata.
Deminsi ke lima belum dapat di capai, mengikut teori string..
jika kita faham deminsi ke lima ianya memungkinkan kita faham ilmu yang memberi jawapan kepada semua
kejadian melangkau apa yang depan mata sahaja dan boleh melanggar fizik.. ala
macam mukjizat tu. Beyond the fizik.
Deminsi ke enam jika di capai, kita boleh undur masa tapi
tak boleh ubah hanya mampu lihat sebab setiap waktu ada gelombang yang merakam
masa. Sebab tu tak pelik bila padang masyar semua kejadian di saksikan semula.
Demensi ketujuh jika dicapai, boleh undur masa dan ubah
sejarah lalu membetuk parallels universe, rujuk kisah Nabi khidir dan Nabi Musa
yang mana Nabi khidir boleh melihat masa depan dan ubah sejarah.
Demensi ke lapan kononnya secara teori membolehkan merentas
alam lain sebab ada alam malaikat. Alam kubur. Alam jin dan banyak lagi alam
lain. Rujuk kisah israk mikraj.
Deminsi atas lagi katanya mampu menulis takdir. Maka dan
tentu segala demensi adalah milik sesuatu yang tidak dipegaruhi oleh fizik,
masa, graviti, dan ruang. Maka panjang cerita saya pendekkan.. janganlah kita
hadkan Allah pada tiga demensi sahaja macam geng bumi rata buat.
Padahal Allah Maha Pencipta. Tidak terikat dengan masa,
fizik, arah, dan tempat atau segalanya. Apapun yang ada pada final dimension
sudah tentu milikNya kerana segala kejadian adalah ciptaanNya.
Jadi terima kasih kepada Aysairah yang memamatahkan hujah
Mukatzilah seribu tahun dahulu dengan
ilmu yang tinggi bab akidah andai korang mahu mengerti.
Maka di mana Allah?
Allah ada tidak bertempat kerana Dia Maha Berkuasa.
Beyond your imagination. Tapi itulah.. akan datang mungkin
manusia boleh capai demensi ke lima untuk faham fizik di luar kotak tapi bab
bumi sfera bukti depan mata pun korang boleh bantah maka cukuplah korang jahil
pada tahap tiga demensi sahaja.
Woha!
3 comments:
Soalan yang menguji ilmu dan kejujuran abang mayat.
Empat orang khulafa' arrasyidin dan empat orang imam mazhab fekah tidak pernah berpegang dengan akidah asya'irah atau maturidiyyah, apatah lagi belajar atau mengajarkannya. Jika akidah ahlus sunnah wal jamaah hanya asya'irah atau maturidiyyah, soalannya, apakah kedudukan akidah empat orang khulafa' arrasyidin dan empat orang imam mazhab fekah tersebut, adakah mereka tergolong dalam golongan ahlus sunnah wal jamaah?
A) Ya, mereka tergolong dalam golongan ahlus sunnah wal jamaah, walaupun mereka tidak pernah berpegang dengan akidah asya'irah atau maturidiyyah.
B) Tidak, mereka tidak tergolong dalam golongan ahlus sunnah wal jamaah kerana mereka tidak pernah berpegang dengan akidah asya'irah atau maturidiyyah.
Semoga bang mayat dapat jawab dengan jujur dan ikhlas. Amin.
Something wrong dengan pemahaman akidah jika soalan basic begini tak mampu dijawab dengan spontan. Kejujuran asas keimanan.
Jawapan jujur.
A) Ya, mereka tergolong dalam golongan ahlus sunnah wal jamaah, walaupun mereka tidak pernah berpegang dengan akidah asya'irah atau maturidiyyah.
sama macam zaman Nabi tak ada 4 mazhab, tidaklah bererti mereka tiada mazhab, cuma zaman nabi boleh terus rujuk pada Nabi, maka bab fekah bila teralau banyak perbezaan pendapat, maka munculah mazhab, bab akidah pun sama, zaman Nabi orang tak kata Allah di langit macam makhkuk, dan zaman 4 mazhab belum ada masalah terlalu ketara bab akidah seperti yang menjismkan, atau terllau emnfalsafahkan, bila dah muncul kefahaman begitu, maka munculah akidah asyairah dan lain lain, yang sucikan Allah dari pemahaman yang menyamakan Allah dengan makhluk. wallahulam
Post a Comment