Dec 12, 2020

Beza Job vs MLM?

Pakcik dah tua. Umur nak masuk 50 tahun. Sepanjang hidup Alhamdulillah tak pernah join MLM skim piramid.

Kawan pakcik ramai jugak yang join tapi biasanya lepas setahun senyap sunyi sebab rugi, penat cari orang, tepu, dan orang tak suka berkawan sebab asal ajak mengeteh diajaknya jadi downline.

Jadi pakcik nak bagi tips. Bagaimana nak elakkan bisnes MLM ni. Senang sahaja.

Ingatlah Piramid tu Firaun yang punya dan perkara yang ada kena mengena dengan Firaun ni elok jangan terlibat.

Woha!

Tiba tiba ada yang komen:

“Sebenarnya dalam organisasi kerja pun piramid. Akan ada sorang bos besar, lepas tu second boss, ada orang kanan boss, ada orang kiri dan ada ketua jabatan dan ada leader dan ada staff yang mana atas hanya sorang dan kebawah makin berkembang membesar dibawah maka jadilah paling bawah seperti peon, tukang sapu, tukang kebun dan sebagainya yang jawatan last, semua tu nak kayakan orang atas, sama jer semua tu pyramid juga”

Jawapan abang mayat

Nampak sama tapi Tak sama!

Orang bawah kerja pejabat tetap dapat gaji sedangkan orang MLM duduk bawah jika tak jumpa downline terus rugi!

Lepas tu pulak.. Bos paling atas di pejabat bila jumpa makcik tukang sapu dia tak cakap apa apapun, tapi bayangkan jika bos paling atas jumpa tukang sapu dan bercakap macam bos MLM:

"Kita kena bantu ekonomi orang Islam, meniaga ni ibadah, ikut sunnah nabi, sampai bila nak makan gaji? tak terasa nak hantar mak ayah ke mekah ke?"

Lepas tu Bos ajak makcik tukang sapu tu kat kawasan parking dan tunjuk kereta mewah serta duit berkepok atas seat dan berkata:

“Saya kaya sebab saya rajin, jika malas memang tak mampu nak pakai kereta mewah macam saya! Ayuh cari downlie baru”

Agak agak? Ada tak bos pejabat buat kerja gila bodoh sombong macam tu? Bos MLM jer yang tayang kereta mewah, tayang duit berkepok sambil ajak jadi downline siapl terjerit jerit? Apa ke jadah?

Cuba lah buat, tengok Bos mana nak kena rodok dengan penyapu, kena paksa makan sabun dan dipijak oleh makcik cleaner beramai ramai, buatlah?!

Woha!

 

No comments: