Salam. Duit KWSP RM10 ribu. Apa cadangan abang mayat untuk saya ubah nasib?
Xxxx
Salam.. Abang mayat takde simpanan dalam KWSP sob sob...
Royalti pun slow sebab buku dan Tanjak slow jualannya.
Ceramah penulisan pun dah tak de. Sob sob..
Dua hari lepas kereta buat hal. RM dua ribu habis baiki sana
sini. Sob sob...
Tapi takpe. Hidup abang mayat tak terjejas sangat walau PKP.
Ada jer rezeki lain datang secara tak di sangka sangka. Seperti rezeki badan
sihat walaupun dan nak masuk 50 tahun. Anak semua sihat wal afiat dan hormat
saya. Anak OKU pun ada sumber rezeki yang abang mayat boleh tumpang. Bini pun
layan abang mayat macam perempuan melayu zaman dulu. Panjang nak cerita tapi
abang mayat pendekkan.
Sesiapa yang dapat RM10 ribu KWSP dan nak ubah hidup, abang
mayat ada tips dengan kos RM200 sahaja dan InsyaAllah jika korang amalkan pesanan
abang mayat ini, hidup korang akan berubah jadi macam abang mayat atau jauh
lebih baik.
Pertama... dapat duit tu simpan sebahagian dalam tabung haji
dan daftarlah tarikh haji. Jika mati esok-esok. Alhamdulillah dah ada dalam
list mayat-mayat yang menzahirkan azam rukun islam ke lima. Kos daftar Rm1300
sahaja.
Ok. Sekarang tunaikan RM200 dari baki RM8500. Duit RM200 ni
nak buat apa?
Apa nak buat dengan RM200 yang bakal mengubah hidup?
Baik. Sebelum nak belanja RM200.. kena faham asas kebahagian
hidup.
Kena faham semua lima perkara yang paling asas dan penting
dalam menentukan kebahagiaan hidup.
Tahukan korang? apakah lima perkara paling asas dan berharga
dalam menentukan kebahagiaan hidup? Iaitu:
(1) Agama, (2) Cinta, (3)Kesihatan (4) Sumber Rezeki (5)
Masa lapang.
Jom bedah nikmat dan fahami lima keperluan asas ini.
1.Agama
Bayangkan jika kita hidup tanpa Agama? Maka kita tak dapat
jawab soalan dari mana kita datang dan kemana kita pergi? Dan apa tujuan hidup
kita? Sebab alam ini terlalu besar untuk kita mencari jawapan dengan kaki
sendiri, Lalu kita isi jawapan tu dengan falsafah hambar atau teori konspirasi
dan sampai satu masa, bila berdepan dengan maut, falsafah kita dan teori
konspirasi takde jawapan langsung nak menghadapinya, aduhhh.
Sungguh agama itu adalah nikmat hidup diwaktu senang, di
waktu susah, di waktu sakit, di waktu mati dan di waktu hidup selepas mati,
terima kasih Allah sebab pilih saya jadi orang Islam, pilih saya solat, puasa,
bayar zakat dan pergi haji, terima kasih, hidup ini sungguh indah bila dapat
MenyembahMU dengan cara yang paling layak Engkau di Sembah. Alhamdulillah!
2. Cinta
Bayangkan jika kita hidup tanpa Cinta? Tak ada orang sayang
kita sebab kita pilih untuk bergaduh dengan ibu bapa, bergaduh dengan pasangan,
bergaduh dengan anak anak, bergaduh dengan kawan dan jiran, lepas tu kita
sangka kita akan bahagia? Nabi Adam dalam syurga pun merasai sepi tanpa cinta
lalu minta Allah teman hidup, maka apatah lagi kita yang hidup dalam penjara
dunia, amat sangat memerlukan cinta. Terima kasih kepada semua yang sudi
mencintai diri ini, sungguh cinta sesama manusia akan menutup aib kita selepas
mati.
3. Kesihatan.
Bayangkan jika kita hidup tanpa kesihatan? Terlantar sakit
lumpuh, tak boleh makan macam biasa kena makan bubur, atau bayangkan setiap
hari kena ke hospital tukar darah, atau apa apa sahaja penyakit, jika boleh di
elak, elakkanlah, jika dah takdir kita kena penyakit, cinta dan agama akan
bantu kurangkan beban penderitaan. Take note.
4. Sumber Rezeki
Bayangkan jika kita hidup miskin, susah, hutang keliling
pinggan, aduh… kita langsung takde skill yang boleh menjana incone.. sunguuh
menjadi miskin tidak haram tapi menuysahkan orang itu haram, menjadi kaya tidak
haram juga maka usahakanlah jadi kaya dan bantu orang susah. Dengan wang kita
mungkin tak boleh beli kebahagiaan, tapi dengan miskin kita boleh membeli
penderitaan. Takde noted.
5. Masa lapang.
Bayangkan jika kita hidup tanpa masa lapang, maka takdelah
ruang untuk bekarya, untuk hoby yang manfaat, untuk tambah pendapatan, untuk
tambah nilai cinta, untuk tambah keluasan syurga, hargailah masa lapang kerana
masa itu akan berlalu dan tidak akan kembali lagi.
Ok. Demikan lima keperluan asas dalam menentukan kebahagiaan
hidup.
Sekarang rm200 tu belilah almari buku yang harga rm30
sahaja. Atau rm20 sahaja. Baki rm180 lagi belilah lima buah buku yang berkaitan
lima keperluan asas kebahagiaan tadi.
Baca kelima lima buku itu dan InsyaAllah hudup korang akan
berubah.
Buku bab agama saya cadang beli Mutakhab hadis karangan
maulana Yusof atau Fadhail Amal karangan Maulana Zakariyya. Versi Bm pun
banyak.
Buku ni kedua terbanyak di cetak selepas Al quran. Pergilah
masjid seluruh dunia. Al Quran dan kitab Fadhail serta Mutakhab hadis amat
senang di jumpai bermakna buku ni adalah buku kedua terbanyak di baca oleh
semua orang islam selepas Al quran dan di sini berlaku rohaniyyat.
Lepas dah beli. Baca buku tu bersama anak bini. Buat taklim
lepas solat isyak. Luangkan setengah jam gilir gilir baca. InsyaAllah kefahaman
dan kemanisan agama akan datang dalam jiwa. Bila dah rasa manis beragama maka
akan terbuka hijab nak belajar lebih dalam dan tinggi. InsyaAllah.
Buku bab cinta pula. Paling asas belilah buku Dale Carnegie.
How to win friends. Versi bahasa melayu pun ada.
Penulisannya sangat sedap dan kreatif. Apa dia cerita semua
ada link dengan sunnah Nabi. InsyaAllah semangat bercinta akan membara lepas
baca buku ini. Buku ni antara buku motivasi paling awal di dunia lepas perang
dunia dan masih di ulang cetak sampai sekarang. Antara buku yang ajar saya
bahawa senangnya menjadi penulis.
Buku bab kesihatan saya tak namakan tajuk khas. Buku Kevin
zahri pun okey. Tajuknya KURUS Sebab beliau faham makanan orang malaysia.
Bacalah bab cara makan yang sihat dan senaman yang betul.
Jangan pandang rendah ilmu jaga makan dan jaga badan sebab
nanti korang akan penat baca teknik merawat penyakit yang pelik pelik dan
panjang berjela bersama istilah saintifik dan terma perubatan. Belum lagi korang
jenis baca anti vaksin punya auta bab kesihatan? Jadi bacalah buku cara makan
yang betul.
Bab kerjaya pula. Saya cadang baca buku Rich Dad Poor Dad.
Versi malaysia pun ada. Dan antara buku kewangan paling banyak di cetak ke
seluruh dunia. Fahami apa itu liability. Apa itu aset. Apa beza makan gaji dan
bisnes. Banyak lagi buku kewangan yang bagus ni kira basic sebab bahasanya pun
mudah, analoginya pun simple. Sebab korang nak spent rm200 sahaja kan?
Ok sekian tips dari saya. Baca dan hadam dan bertindak.
Korang mungkin gelakkan tajuk buku pilihan saya. Rich dad? How to win friends?
Fadhail Amal? Buku zaman bila tu?
Lantak koranglah. Oh lupa..
Last buku bab masa lapang. Yang ni saya biarkan kosong.
Belilah apapun buku yang anda teringin sangat nak baca. Nak beli Buku Hamka
Keretamayat pun sangat di galakkan. (Woha!) Saya dulu.. pergi kedai buku dan
cari buku yang sangat teringin saya baca tapi takde? Lalu saya balik rumah dan
tulis sendiri. Dah 12 tajuk saya tulis. Lihatlah bagaimana saya isi masa lapang.
Woha!
Akhir kata, PASTIKAN pengurusan hidup kita biar bebas dari
hutang.:
Jangan sesekali mati bawa hutang sebab orang mati syahid pun
tak dapat masuk syurga bila ada hutang, maka apatah lagi korang yang syahid
solat subuh sebab bangkit waktu dhuha!
Jadi.. dalam tempoh baki umur.. pastikan ada ruang untuk
bayar hutang pada Tuhan, hutang pada orang tersayang, hutang kepada kawan,
hutang kepada alam, hutang kepada kerjaya dan hutang kepada diri sendiri.
Hutang ni bukan wang ringgit sahaja, tapi termasuk ahlak
yang baik dan kasih sayang serta berdamai dengan manusia yang cintakan kita.
Sekian tips dari abang mayat. Tahniah kepada mereka yang
hidupnya bebas hutang. Lepas tu ada rak buku dirumahnya dan ada pulak buku
abang mayat terselit di ruang buku hidupmu.
Korang memang awesome. Abang mayat kagum dari jauh.
Woha!
No comments:
Post a Comment