BIla anak semua dah balik asrama, maka best sikit bila buat Muzakarah.
Maka lepas solat, kumpul semua anak anak, duduk dalam
bulatan, lepas tu kita bagi tazkirah sikit tentang nikmat kenal Allah.
Sungguh, nikmat kenal Allah, nikmat agama, adalah nikmat
terbesar, Nabi tak menangis tengok orang buta di Madinah susah payah ke masjid
solat berjemaah, tapi Nabi menangis tengok orang kaya yang mati tanpa agama,
kerana tanpa agama mereka kekal dalam neraka selamanya.
Maka selagi kita faham nilai agama, semua masalah lain kecik
sahaja.
Habis tazkirah ringkas, maka minta anak anak bagi cadangan
tajuk apa nak muzakarah.
Maka ada macam macam cadangan, tapi saya pilih tajuk
Muzakarah adalah Wasatiyah dalam Islam.
Note: Hari ni siapa yang tak tahu tentang Wasatiyyah, akan
tahu jika baca sampai habis dan bolehlah bersembang dengan mertua malam ni
tentang Wasatiyyah agar korang dapat menjadi menantu yang mengkagumkan dari
jauh! Woha!
Baik..
Wasatiyyah (وسطية) merupakan perkataan bahasa Arab yang
bermaksud “pertengahan” atau “pusat” atau “seimbang”.
Dalam konteks Islam, ia merujuk kepada "jalan tengah
yang seimbang", kerana bila Umat Islam berbeza pendapat, maka perlu pada
Wasatiyyah iaitu Jalan Tengah yang mengutungkan semua pihak.
Umat islam ni ada yang PELAMPAU dan ada yang CUAI. Terlalu
berlebih dalam kefahaman agama, hingga mudah kafirkan orang adalah PELAMPAU,
dan terlalu sederhana hingga hokum hakam islam di langgar maka menjadilah ia
LAGHA, atau CUAI.
Jadi dalam Islam kita tak nak jadi PELAMPAU, kita juga tak
nak jadi CUAI, kita nak pertengahan yang seimbang, iaitu Wasatiyyah.
Wasatiyyah ni bukan untuk kepentingan peribadi, contoh malas
pergi solat berjemaah, arghhh, islam tu sederhana, maka solat kat rumah
sahajalah, tak betul macam tu. Itu adalah CUAI.
Wasatiyyah ni adalah jalan pertengahan yang seimbang,
contohnya solat berjemaah, jangan baca surah terlalu panjang, sebab ada Jemaah
yang tua, yang sakit, ceramah jangan terlalu lama hingga ramai yang tertidur,
maka Wastiyyah diperlukan mengikut kesesuaian keadaan agar keseimbangan
tercapai.
Nak baca surah panjang Al baqarah tak boleh ke? Boleh tapi
dalam solat sunat sendiri tanpa bebankan makmum, waktu tu nak baca separuh Al
quran pun tak di kira melampau, dan itu Wasatiyyah terbaik bagi yang mampu.
Nampak tak?
Sama jugak jadi Imam baca surah terlalu pendek dan laju, pun
tak sesuai, jika nak baca surah pendek, berikan masa selepas Amin Al fatihah
untuk makmum sempat bacakan, inilah contoh wasatiyyah dalam solat berjemaah.
Tapi bab solat ni orang kurang gaduh, orang biasa gaduh bab
harta dan takhta.
Selalu terjadi, yang mana.. sesiapa yang belajar agama tanpa
kefahaman Wasatiyyah, akan cenderung menjadi Pelampau, rasa diri paling betul,
mudah sesatkan orang, kadang akan kafirkan orang yang tak setuju dengan mereka,
maka menjadilah mereka Pelampaun agama, untuk selamatkan mereka, maka
Wasatiyyah diperlukan agar kefahaman agama mereka menjadi seimbang.
Contoh masa zaman PAS bergadung dengan UMNO dulu, senang
senang sahaja dalam ceramah PAS kafirkan UMNO, solat di masjid UMNO tak sah,
kahwin tak sah! Dan macam macam lagi, itulah akibat jika tiada Wasatiyah dalam
beragama.
Orang Umno zaman tu pulak ramai yang Cuai dalam Beragama,
buat konsert maksiat, benarkan artis perempuan seksi rambut panjang masuk TV,
tapi lelaki rambut panjang tak boleh walaupun bergaya pendekar, ada ketua UMNO
yang hina janggut, hina lebai, salah guna wang rakyat dan sebagainya yang
buatkan kebanyakkan mereka menjadi penganut islam yang CUAI.
Maka bergaduhlah penyong PAS yang PELAMPAU kafirkan UMNO,
dan penyokong UMNO yang suka ringankan bab agamapun tak sebulu dengan PAS lalu
akhirnya bila UMNO kalah, DAP naik, orang PAS tengok DAP lagi teruk dari UMNO,
maka mereka pun mencari jalan tengah untuk berdamai,mencari WASATIYYAH lalu
bersatulah UMNO dan PAS dengan Muafakat Nasional,dan ungkapan Wasatiyyah mula
difahami kerana mereka dah Berjaya mencari titik tengah yang seimbang hingga
boleh berdamai demi kebaikkan Ummat Islam.
Nampak tak? Peri pentingnya kefahaman Wasatiyyah ini di
amalkan?
(anak semua angguk macam faham, tapi dah namapun muzakarah
maka saya minta semua bagi contoh Wasatiyyah, maka ini adalah jawapan hasil
muzakarah)
Anak nombor 4: Wasatiyyah ni contoh jika Bonda masak, tak
boleh pilih makan, tak nak sayur lah, tak nak itu lah ini lah, dan tak boleh
pulak makan banyak nak yang best best sahaja, jadi makan sederhana, berhenti
sebelum kenyang, makan selepas lapar. Itulah Wasatiyyah bab makan.
Anak nombor 3: Wasatiyyah ni contoh bab belajar, jangan
syudy hard sampai tak solat, tak riadah, tak bersosial, dan jangan solat sahaja
sampai tak study. Waktu study kita study, waktu main kita main, Itulah
Wasatiyyah bab study.
Anak no 2: Wasatiyyah bab kerja, kerja pun ibadat tapi jika
kerja sahaja sampai lengahkan solat, tak betul jugak, dan jika ibadat sahaja
harap orang sedekah, tak betul jugak, jadi Wasatiyyah ni waktu kerja kita
kerja, bila azan, berhenti sekejap untuk solat dan bertebaranlah mencari rezeki
lepas tu.
Anak no1: Wasatiyyah ni macam bab takdir, ada yang Jabariah,
anggap Tuhan tiada campur tangan dalam takdir, semua dari kita, kita berkuasa
atas takdir, salah fahaman macam tu, dan lawan Jabariah adalah QAdariah yang
anggap semua dari Tuhan, kita mencuri pun salah Tuhan, kita semua macam robot
sahaja, pun MELAMPAU kefahaman macam tu, jadi jalan tengah WASATIYYAHnya adalah,
SUNNAH WAL JAMAAH, iaitu beruusha, beriktiar, berdoa dan bertawakal, guna
peluang buat pilihan dengan baik, dan bertakawal kepada Allah dan beriman
bahawa dalam semua takdir ada Hikmah, itulah Wasatiyyah bab takdir.
Isteri: “Alahai
suamiku, dah lama tazkirah dan muzakarah ni, wasatiyyahlah siikit ayahnya,
tutup majlis dengan tasbih kafarah! anak anak semua dah lapar tu Wasatiyyah
bang! WAsatiyyah”
Woha!
No comments:
Post a Comment