Ustaz popular rogol peminat, abang mayat ada apa apa nak komen?
Baik.. Dulu abang mayat pakai topeng.. topeng batman. Bagi
yang ingatlah..
Menulis tanpa di kenali kira identiti abang mayat waktu tu.
Jadi.. di waktu zaman kegemilangan kereta mayat. Email
beribu masuk di inbox..
Tiba tiba abang mayat ada dapat beberapa email dari peminat
berstatus awek cun bertudung labuh mengaku di mengorat oleh abang mayat. Ada
yang kata abang mayat ajak jumpa. Abang mayat nak belanja sambil tazkirah.
Aduh...
Tapi sebab awek tu bijak. Dia email abang mayat nak
kepastian.. maka terdedahlah ada orang menyamar jadi abang mayat versi miang.
Nasib baik tak kena rogol dik.
Maka masuk umur 40 tahun. Zaman Nabi keluar gua. Abang mayat
pun dedahkan wajah sebenar abang mayat di internet agar semua peminat serta
follower kenal diri abang mayat hensem setakat ini sahaja dan tak akan ada yang
boleh menyamar lagi.
Woha!
Baik..bab ustaz merogol.. jika terbukti bersalah kena
hukum.. sungguh nafsu tak kenal agama.. paderipun ada merogol.. mencabul.. ada
ayah rogol anak.. ada cikgu rogol murid.. ada menteri rogol orang gaji.. ada
penternak rogol binatang..
Semua itu salah individu dan tak de kena mengena dengan
agama. Islam tak ajar ustaz boleh lepas dari azab bila bertaubat kerana bab
ambik maruah ni dosa dalam islam sangat besar.
Zaman nabi ada tentera islam mati syahid. Sahabat lain kata
dia ahli syurga. Tapi Nabi cakap dia bukan ahli syurga sebab dia mencuri kain.
Bermakna.. Dosa mencuri hak orang kena minta maaf dengan
orang yang di zalimi baru layak masuk syurga walaupun mati syahid.
Jadi dosa merosakkan maruah gadis tentu lebih besar dan akan
tersekat seorang yang mati syahid sekalipun jika ada dosa mencuri dan mencemar
maruah..
Nabi bagitahu lebih kurang maksud tentang orang muflis di
akhirat adalah orang yang banyak pahala waktu mati tapi di padang mahsyar..
sebab waktu hidupnya banyak dia susahkan orang maka semua pahalanya menjadi
milik orang yang dia susahkan dan dosa orang yang di susahkan pula menjadi
miliknya sehingga dia layak masuk neraka.
Jadi kepada orang islam yang merogol jangan sangka boleh
hapus dosa hanya dengan bertaubat.
Orang yang kamu rogol adalah adik seorang abang.. anak
seorang ayah.. anak seorang ibu.. anak saudara seorang pakcik.. cucu seorang
atuk.. dan saudara seagama Nabi Muhammad.
Banyak hak nak kena minta ampun! Manusia pemaafnya tidak
sama. Ada yang tak maaf sampai kiamat.. merangkak dan berjalan dengan mukalah
di padang mahsyar!
Nauzubillah!
Semoga semua mangsa rogol terbela nasibnya... dan semoga
kita semua selamat dari fitnah ujian nafsu..
Dan jangan pula kesilapan sorang ustaz kita pukul rata semua
ustaz.. berhati hati dalam menuduh.. berhati hati juga dalam membela.. lidah
itu lebih tajam dari pisau dan bahan bakar paling menyambar dalam neraka.
Semoga semua ustaz dan asatizah dipelihara Allah dari fitnah
dunia.. kitapun sama..
Amin.
No comments:
Post a Comment