Dec 18, 2020

PKP lapan bulan?

Waktu PKP yang sukar di awal awal dahulu, semua orang tak boleh keluar rumah, urusan bisnes terhenti, ramai orang mengadu susah, ramai mengadu mati kutu, bosan teramat sangat, dan macam macam,

Tapi saya tetap rasakan ujian untuk saya kecil sahaja kerana selang dua tiga bijik rumah dari saya, ada jiran saya yang terkandas di india kerana sedang keluar tabligh sebelum PKP, dan kita dari PKP naik ke PKPB, ke PKPP, beliau masih terkandas di sana selama 8 bulan.

Ini adalah kerana kerjaan India menuduh jemmeah Tabligh yang bawa virus untuk di sebarkan ke seluruh dunia. Lalu semua Jemmaah Tabligh di india ditahan, dan akan di bawa kemahkamah untuk dijatuhkan hukaman.

Maka semua Jemaah yang ada telah dipenjara, tak cukup penjara, ada yang dikurung di masjid, ada yang di kurung di bangunan lama, ada yang di kurung disekolah lama, dan ada yang dikurung di bangunan berhantu. Semua kena Tunggu tarikh masuk mahkamah.

Anak anak jiran saya tu sangat kuat hidup tanpa ayah dan ibu, Tanya ada apa apa keperluan? Tak ada, ayah dah tinggal wang yang cukup. Malahan anaknya bila solat dibenarkan di surau, istiqamah datang lima waktu, hari raya rindu pada ayah dan ibu usah cakaplah, (ayahnya dan ibunya keluar Jemaah masturat)

PKP ayah mereka dari sebelum puasa, ke bulan puasa, lepas raya puasa ke raya haji, hinggalah mencecah lapan bulan, barulah di bebaskan selepas campur tangan kerajaan Malaysia…

Bila balik ke malaysia jumpa wajah bercahaya sungguh jiran saya tu, dan katanya ditahan di india adalah kenangan manis dalam hidup.

Banyak suka duka yang dia ceritakan, tapi antara yang terkesan adalah katanya waktu seluruh dunia tak boleh solat tarawih kerana PKP, dia dan 200 jemaah terkandas di masjid tak boleh keluar, telah dapat iktikaf dimasjid sepanjang Ramadhan, dan dapat habiskan dua kali khatam Al quran dalam tarawih, satu bermula awal hingga malam ke dua puluh, dan sepuluh malam terkahir dapat khatam satu lagi!

Subhanallah, rupanya hikmah Jemaah tabligh terkandas adalah masjid tetap hidup 24 jam walaupun seluruh dunia sedang PKP!

Dan bila raya korban, katanya pertama kali dapat pengalaman sembelih 20 ekor lembu dengan tangan sendiri, kerana katanya, walaupun ramai Jemaah yang terkurung dalam bangunan lama, masjid lama, sekolah lama, dan ada yang dipenjara, tapi rakyat india yang beragama islam sangat membantu dari segi keperluan, makan minum semua cukup, hari raya semua dapat baju raya, intentet semua lagi, dan hidupnya sehari hari adalah ibadat dah dakwah sahaja selama lapan bulan.

Bila campur tangan kerajaan Malaysia, barulah Jemaah dikurung di hotel, dan mereka jadikan dewan sebagai masjid sementara, makanan semua disediakan, keperluan semua cukup,

Alhamdulillah.

Akhirnya jiran saya dah pulang, dan tidak diberhentikan kerja malah terus sambung kerja dan teruskan dakwah seperti biasa. Tengok rezeki dia pun melimpah limpah, saya kagum dari dekat, korang sila kagum dari jauh.

Bila ada orang Tanya, serik ke buat tabligh?

Laju dia jawab:

“Tak, jika ada peluang nak lagi repeat pergi india”

Woha!

No comments: