Dec 12, 2020

Covid 19 Agenda Islam?


Australia, sebuah laman anti vaksin tegar telah memuat naik hantaran yang mengejutkan semua pihak.. mengikut kajian mereka Covid 19 merupakan agenda orang islam yang membuatkan kelab malam mereka di tutup. Gereja di tutup. Dan semua orang terpaksa menutup muka seperti wanita islam.


Selain itu mereka tidak dibenarkan bersalaman lagi kerana itu adalah amalan orang islam yang tidak menyentuh orang lain terutama berlainan jantina dan sesama jantina juga tidak boleh kerana itu adalah agenda anti LGBT ajaran islam.

Turut didedahkan, Membasuh tangan lima kali sehari seperti orang islam kini telah dipaksa untuk semua orang melakukannya bukan lima kali malahan setiap masa.

Dan terkini berikutan penemuan vaksin covid 19. Pemilik laman FB austrlian defence league itu percaya bahawa vaksin terbaru adalah agenda islam nak masukkan bahan halal ke dalam badan mereka. Apabila bahan halal masuk dalam badan maka mereka akan menjadi islam tanpa sedar. Mereka semua sebulat suara menolak vaksin!

Sementara itu di negara islam ada pemilik FB yang mendakwa sebaliknya. Katanya Covid 19 adalah agenda yahudi dan SOP adalah bertujuan melemahkan islam. Katanya lagi, kenapa perlu patuh SOP sebab takutkan kuman Covid? takut kuman ke takut Allah?

Padahal patuh SOP adalah usaha ikhtiar di samping berdoa dan tawakal seperti mana Nabi Muhammad SAW yang pakai topi besi waktu perang.

Bukanlah Nabi takut pedang dan anak panah musuh tapi berusaha dan berikhtiar serta doa tawakkal adalah sunnah.

Buraq binatang syurga pun Nabi ikat sebab itulah SOP parking binatang di masjid.

Akhir kata. Semoga vaksin Covid 19 halal 100% ditemui dan dapat disuntik kedalam semua badan orang kafir.

Woha!

No comments: