Sekarang ramai yang share siap guna ayat Al quran, konon bumi ini rata, vaksin itu haram, matahari keliling bumi, Covid 19 itu konspirasi, semua dari WHO adalah haram, perubatan hospital itu yahudi, SOP itu dajjal, dan macam macam.
Yang tak tahan siap guna dalil Al quran nak bagitahu semua
tu konspirasi.
Baiklah, Nak tanya sikit, Tahu tak golongan tafsir Al quran
ni ada macam macam fahaman?
Orang yang kata bumi rata, matahari keliling bumi, virus tu
manusia reka, siap berpandukan ayat Al quran, tahu tak apa namanya golongan
yang tafsir Al quran dan menolak hujah sains?
Ok, saya senaraikan beberapa golongan yang sesat dalam
menafsir Al quran.
1. Syiah, (kafirkan sahabat dan samakan Ali macam nabi)
2. Khawarij(anggap pembuat dosa adalah kafir dan wajib di
bunuh)
3. Pluralism, (anggap semua agama sama dan akhirnya semua ke
syurga)
4. Murjiah, (anggap orang buat dosa juga iman sempurna)
5. Qadariah, (anggap Tuhan tak de campur tangan dalam urusan
manusia)
6. Jabariah,(Salahkan tuhan jika dia LGBT, jenis pasrah
dengan takdir)
8. Manzilah, (melebihkan akal berbanding wahyu)
9. Musyabbihah,(tafsir Tuhan bertempat dan berarah)
10. Mujassimah, (tafsir tuhan ada jisim, ada wajah, ada
kaki, ada punggung)
11. Wahabiyyah,(kafirkan orang yang buat bidaah hasanah)
12. Pengganas (anggap semua kafir adalah kafir Harbi,
malahan orang islam yang tak sokong dia juga di anggap kafir)
13. Kalam Falsalafah (solat pakai niat, semua dalam diri
adalah tuhan)
14. Jemaah Makiah (anggap selagi belum ada negara islam
macam madinah maka tak payah solat sebab sekarang zaman mekkah sebelum hijrah)
15. Politik Takfir (jemaah saya sahaja yang betul dan siapa
tak masuk adalah kafir)
16. Geng sekular (asingkan agama dan pemerintahan)
17. Geng moderate (islam adalah hal peribadi jangan menonjol
sangat)
18. Anti hadith (Tafsir al quran tanpa hadis)
19. Liberal (melonggarkan hukum agama ikut nafsu)
20. Anti hadis daif (Anggap hadis daif adalah palsu)
21. Pengebom bunuh diri (anggap syahid walau bunuh orang
awam)
22. Tafrik ( golongan meremehkan agama)
23. Al Ghuluw(golongan yang sangat keras dalam berhujah,
memayahkan islam)
24. Ahli bidaah (meyembah kubur, percaya tangkal, guna
sihir, minta ampun pada kubur orang soleh)
25. Pemuja wali (Angkat darjat wali keramat sataraf Nabi)
26. Madiyyun (orang yang utamakan dunia)
27. Rohaniyyun (agama semata mata, tak peduli masyarakat)
28. Ahli kitab (sembah Allah tapi tolak nabi)
29. Lagha (islam hanya pada nama)
30. Muktazilah (utamakan akal dalam menafsir)
31.Hasyawiyyah(tak boleh guna akal dalam tafsir)
32. Salafiyyah (tolak mazhab hanya perlu direct kepada nabi)
33. Sufi khasaf (guna hujah dari ilham, mimpi dan khasaf, kenal
zat Allah sampai zat)
34. al munafik (Pura pura islam, hati kafir)
35. Al fasik (Buat dosa berulang ulang)
36. Islam Lenient (semua orang boleh keluarkan fatwa
sendiri)
37. Scammers Islamik (Penunggan agama, jual agama untuk
untung dunia)
38. Bomoh islamik (jual air liur dan ikut cakap jin)
39. Al ziyadah (golongan halalkan riba)
40. Jahil murakkab (tolak sains dan logic dalam tafsir al
quran)
41. (banyak lagi…, saya senaraikan yang sesat, yang tak
sesat kita buat list lain)
Jadi Dari senarai di atas, bayangkan, pelbagai golongan
muncul dalam bab tafsiran al quran. Melencong bab akidah, melencong bab hukum
hakam, melencong bab kehidupan, dan tiba tiba zaman 2020, masih ada orang yang
tolak hujah sains depan mata dengan tafsir Al quran secara Zahirriyun, maka
muncullah golongan Jahil murakkab!
Sunnah wal Jemaah ni, kita guna sumber Al quran, hadis,
akal, pancaidera, semua kita guna selagi tak batalkan akidah.
Sains ni masuk dalam akal dan panca indera, Allah suruh guna
akal dalam Alquran dengan perintah lihatlah kejadian alam, bagaimana langit di
tegakkan, bumi di ratakan, bagaimana kejadian siang dan malam, bagaiman hujan
tiurun, bagaimana kejadian unta, semua tu Allah suruh guna akal dan panca
indera.
Selagi ianya tak bertentangan dengan Dalil wahyu, maka kita
terima.
Bumi bulat, bumi keliling matahari, vaksin untuk mencegah,
SOP untuk jaga nyawa, semua tu ada bukti depan mata, maka kita terima sebab
semua tu tak batalkan akidah.
Sains ni asbab, orang tolak asbab dia jahil murakkab! orang
yang yakin dengan asbab dia syirik,
Kita ahli Sunnah wal jemaah, iaitu guna asbab tapi yakin
dengan Allah, kita usaha dengan ilmu, ikhtiar dengan ilmu dan tawakal kepada
Allah, sebab kita bukan Jabariah yang putus asa dengan takdir atau Qadariah
yang nafikan Tuhan dalam takdir,
Kita bukan Khawarij yang mengetatkan agama atau Murjiah yang
melonggarkan agama, kita pertengahan yang seimbang. Kita wasatiyyah!
Kita adalah Al kairul Umat Al Umatan Al wasata Al watiyyah
al adilun Al Iktdal Al ansar Al Ajwad Mukatadillun!
Tak paham pulak karang saya cakap arab, pendek kata tolong
jangan termasuk golongan tafisr Al quran tahap Al jahil Murakkab!
Woha!
Ps: Bagi yang tidak tahu apa itu Jahil Murakkab ianya
bermaksud bodoh yang berlebih lebihan sehingga tak tinggal langung kepada orang
lain, semua dia sapu. Now you know but still ignored.
2 comments:
terima kasih kerana menulis artikel blog yang sungguh informatif. Sekarang baru tahu apa makna sebenar jahil murakkab ni.
ilmu yg baik utk panduan semua
Post a Comment