*****
Terdapat segelintir kecil yang kita dapat kesan, mereka yang
agak liat untuk menerima vaksin meningokokal. Mereka akan cuba mengelak dari
dicucuk dek kerana mendapat maklumat yang salah. Pun begitu...
1. Ramai je cucuk walaupun hati tak rela.
2. Ada yang tipu sign doktor. Terdapat jemaah yang bayar
doktor untuk sign. Kita dapat kesan beberapa kes yang berlaku sedemikian.
Doktor pun ada yang berkomplot menipu tandatangan. Saya bukan tabur fitnah,
tetapi pernah saya jumpa semasa buat siasatan jemaah haji semasa berkhidmat
bersama rombongan perubatan dahulu.
3. Ada juga yang tolak tawaran haji dan umrah. Sanggup tak
pergi haji kerana tak nak cucuk vaksin. Inilah dinamakan pilihan atau
pro-choice oleh mereka. Minggu lepas meninggal seorang yang kuat kutuk doktor
perubatan dalam sosial media. Beliau bukan sahaja menolak vaksin tetapi menolak
juga dialysis dan ubat-ubatan moden. Semoga Allah meletakkan arwah bersama para
solihin.
Note.
Vaksin adalah harus: Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-105 yang
bersidang pada 3-5 Februari 2014.
.
Tetapi mereka yang menentang vaksin tetap ketegak, tidak
mahu menerima fatwa ayng dibuat oleh majlis fatwa. Malah masih lagi tidak
berganjak dengan menuduh vaksin itu bersumberkan dari Babi. Kenapa mereka
bertindak demikian? Sebabnya mereka DAPAT INFO dari sumber yang tidak autentik
/ berwibawa. Mereka membaca maklumat dari individu atau kumpulan yang
sememangnya sudah skeptikal dengan vaksin. Apa sahaja yang berlaku semuanya nak
salahkan vaksin.
Vaksin haji/umrah yang diperolehi dalam premis kesihatan,
bukannya jenis bakteria hidup dilemahkan (live attenuated). Ianya sejenis
vaksin konjugat/polisakarida. Bukan kuman betul tetapi sebahagian komponen dari
bakteria N. Meningitidis digunakan bagi menghasilkan vaksin. Komponen bakteria
ini tidak hidup dah. Ianya telah melalui proses pembuatan yang terperinci dan
berkualiti. Disahkan keberkesanan, selamat dan suci sebelum dipasarkan.
Copy paste dari:
Dr Suhazeli Abdullah
9.12.2020
Tengkawang
Rujukan
- Ministry of Health. Pembentangan Taklimat Pengurusan
Jemaah Haji. 2019.
- JAKIM. Soal jawab imunisasi oleh jawatankuasa bersama
JAKIM dan KKM. 2015.
1 comment:
Do not vaccinate health care workers first, it it fails, we are all in trouble. Vaccinate politicians first, if we lose a few of them, it won't matter - Jean Francoise
Post a Comment