Dalam drama melayu.. belum ada babak macam ni yang gambarkan kehidupan rakyat Malaysia.
Suami balik dari masjid. Pintu kereta terbuka lantas semua
anak lelaki meluru masuk rumah.
"Muzakarah! muzakarah!"
Jerit si ayah sambil masuk dan duduk bersila. Anak
anak.semua duduk dan salah sorang dari anak akan jadi Amir Muzakarah, Si amir
akan minta cadangan tajuk untuk di muzakarahkan, ada pelbagai cadangan, dan
hari ni amir pilih tajuk: Bagaimana nak Khusyuk dalam solat.
Amir cerita, Maksud solat adalah membawa ketaatan dalam
solat ke luar solat hingga mampu mencegah maksiat, bermakna, jika solat masih
buat maksiat, maka solat tak mencapai maksud, jangan tinggalkan solat sebab
buat maksiat, tapi khusyukkan solat hingga mampu cegah maksiat melalui cara
membawa ketaatan dalam solat ke luar solat.
Kemudan, Amir Mesyuarat minta setiap ahli muzakarah kongsi
ilmu tentang cara Khusyuk dalam solat.
Antara ilmu yang dikongsi dari anak bini dalam majlis itu:
1. Hafal makna Al fatihah dan semua lafaz arab dalam solat
2. Sedar Allah sedang berdialog dengan kita kerana Solat ini
adalah bercakap dengan Allah
3. Fikir kebesaran Allah waktu solat
4. Sedar Allah Maha tahu apa ada dalam hati, Alah Maha
mendengar setiap bisikan, dan Allah Maha Nampak apa yang otak kita gambarkan
5. Solat dengan sangkaan, ini solat terakhir
6. Bayangkan diri kita hanya habuk jika dibandingkan dengan
galaxie ciptaan Allah.
7. Solat dengan gambaran sedang solat atas titian sirat,
jika lalai akan jatuh dalam neraka
8. Jika Imam baca tak tahu makna, bayangkan bentuk huruf
yang di baca dengan niat tengok huruf al quranpun dapat pahala (anak darjah
enam bagi idea ni, menarik)
9. Bayangkan Nabi sedang lihat kita solat
10.Bayangkan arwah atuk dan nenek sedang tengok kita solat
11.Bagi wanita, bayangkan kejap lagi darah Haid, maka solat
ini adalah terkahir dan bimbang jika mayti waktu Haid tak berpeluang lagi untuk
solat
12. Bayangkan pahala solat seperti rezeki berkat, seksa
kubur angkat, tangan kanan terima kitab, titi sirat pantas kilat, masuk syurga
tanpa hisab.
13. Waktu rukuk dan sujud wujudkan perasaan seolah olah di
beri peluang rukuk dan sukud dalam kubur dan padang mahsyar
14.Segerakan solat awal waktu, berjemaah, tempat azan di
azankan.
15. Redha jadi imam Solat dengan niat nak belajar khusyuk
16.Bandingkan nikmat solat pada orang yang tak pernah solat,
lalu rasa bersyukur sebab Allah pilih kita untuk solat
17.Kena rasa dapat solat adalah hadiah dari Allah, maka
solat dengan gembira
18....
19...
20...
Ada lagi tak?
Sedang sedap muzakarah, bini cakap cukuplah setengah jam,
sebab dah tiba waktu makan, nanti lepas asar sambung muzakarah bab Penawar bagi
hati pulak,
Maka suami isteri bersurai dan ke meja makan.
Di meja makan barulah si ayah becerita gaya mustafa kamal
jadi bos projek juta juta macam dalam drama. Dan si anak tiba tiba mengadu
masalah cinta lalu ayah berkata:
"Kamu kena kahwin dengan anak datok Kamal untuk
selamatkan perniagaan papa!
Woha!
Ps: Best kan drama melayu macam ni? Hehehe. Nampak sangat si
papa gagal membawa ketaatan dalam solat ke luar solat. Adohai...
No comments:
Post a Comment