Dec 15, 2020

Di bunuh kerana Facebook?

 


(Netflix kena kecam sebab bias katanya dalam berkongsi fakta sebab nampak berat sebelah.. saya tulis review pun kena kecam jugak sebab selari dengan netflix.)

Alkisahnya...

Malam tadi saya ajak bini layan dokumentari kisah benar pembunuhan kejam seorang wanita bersama dua anaknya di Amarica.

“Doku pasal apa ni bang?”

“Abang baca sepintas lalu, kisah isteri kena bunuh kerana Facebook, jom layan”

“Ok, teruja tajuk tu, jom”

Ringkasan cerita, ada keluarga bahagia, isteri mampu bina rumah idaman, suami kerja oil and gas, ada dua anak perempuan yang comel, ada kejiranan yang baik, Cuma masalahnya laki nak anak lelaki, dan ditakdirkan akhirnya isteri mengandung anak lelaki.

Lebih menarik, segala kehidupan laki bini itu didokumentasikan dalam bentuk video dan status FB, wajah selfie bahagia, video anak sambut hari jadi, video pergi bercuti, dan semua itu dirakam oleh isteri.

Lebih mengejutkan si isteri bangga update status facebook yang dia bossy, high-strung and dominant, ala macam queen control lah tu, atau laki ni jenis takut bini, taat apa sahaja cakap bini, siap ada video bini paksa laki jadi santa clause dan suruh ambik telefon buat itu ini.. laki ngkiut jer.

Ada juga si bini update dia gaduh dengan mertua sebab beli aiskrim kat anak, lepas tu marahkan laki depan mertua, dan ada pulak kisah mertua dan adik beradik perempuan si lelaki ni tak suka pada bininya kerana terlalu control dan macam dah rampas si suami dari keluarga mertua.

Tiba tiba jiran perasan si isteri ni dan tak update FB, whatsapp tak jawab, call tak angkat dan bila call polis, suami baru balik kerja tengok rumah bersih dan jumpa cincin perkahwinan atas meja. Isteri dan anaknya hilang, maka kelam kabut suami mintak tolong jiran ada CCTV untuk cari isteri.

Tapi bila polis siasat, rupanya yang bunuh isteri dan dua anak mereka adalah suami yang dah tak tahan hidup dengan perempuan tu, berpunca juga ada skandal. Hampeh!!

Apa yang mengejutkan masyarakat, lelaki ni baik takde rekod jenayah, tapi bila dah mengamuk, anak dua orang buang dalam loji, bini dicekik dan mayat di tanam dekat gurun.

Rupanya di Amarica, 3 orang wanita di bunuh oleh pasangan setiap hari, dan pembunuhan ini bukan secara tiba tiba tapi adalah di rancang oleh lelaki selepas tak tahan hidup bersama.

Dari kisah benar ini, saya pun godek internet, dan tengok ada macam macam pendapat warga internet:

Antaranya:

Ada yang kata punca utama adalah sebab bini terlalu control, bini jadi big bos, marah laki depan mertua, hmm, okey, dalam islam, lelaki akan jadi dayus bila takut bini lalu ikut je apa cakap bini hingga nak balik rumah mak pun tunggu bini setuju, adohai.. tapi bunuh anak tu memang tak ada hati perut!

Ada juga yang kata salah jin, dan hantu, dalam video ada yang Nampak kelibat makhluk halus, saya malas nak komen, sebab tak setuju, bagi saya laki tu salah besar sebab curang dan membunuh, perempuan pulak salah besar jugak sebab terlalu control.

Ada jugak yang kata salah perempuan curang, dia yang hasut suami orang tu bunuh isteri dan anak anak.

Ada jugak salahkan Netflix sebab tak tepat dalam melaporkan berita, kisah sebenar kononya perempuan tu tak salah apa apa, yang salah adalah lelaki, dari awal hingga akhir semua salah lelaki termasuk ayah lelaki tu, aduhhhh..

Macam macamlah ulasan warganet, apa yang dapa kita ambik iktibar, dalam rumah tangga, tolong jangan gaduh dengan mertua, baik belah laki ataupun bini, carilah jalan berdamai, dan jangan marah pasangan depan mertua, takde sesiapapun yang bahagia dalam situasi itu, baik mertua, laki kau, atau kau sendiri!

Lepas tu, perempuan yang tahu suami orang ada masalah dan masuk kacau bagi idea yang bukan bukan pada suami orang juga punca masalah utama saya rasa, sebab nak poligami memang tak dibenarkan di USA, banyak kes ada orang ketiga bukan berakhir kahwin senyap senyap, tapi akan membunuh pasangan, aduhhhh.

Itu yang di Amarica, 3 orang wanita di bunuh oleh pasangan setiap hari, salah nafsu lelaki lah ni!

Sebab?, yelah.., walaupun bini dia mungkin queen control, walaupun awek baru dia mungkin bagi idea macam macam, tapi lelaki itu tetap salah, kerana bunuh anak kecik tiada maaf, itu kejam dan melampau!,

Jika lelaki itu beriman, takut tuhan, tak akan dia tergamak bunuh anaknya yang jika kita tengok di FB dia pun, comel dan maja, aduhhh.

Kenapa kau kejam wahai seorang ayah yang sanggup membunuh anak yang boleh berkata kata, “mak okey tak? Kita nak ke mana? Kenapa tutup muka kakak?

Sob..sob..

Maka begitulah sedikit sebanyak moral dari kes pembunuhan The Watts family murders berlaku pada August 13, 2018 di Colorado. Suaminya Christopher Lee Watts (born May 16, 1985) membunuh isteri yang sedang mengandung Shanann Cathryn Watts (born January 10, 1984) by strangulation. Dia juga bunuh dua anak perempuanya, four-year-old Bella and three-year-old Celeste, dan kini dipenjarakan seumur hidup.

Ps: Oh ye, dari dokumentari ini juga ada satu info rare: laki jika tiba tiba sado adalah petanda curang, sebab mereka dapat semangat hidup yang baru! polis amarica bagitahu ni, aduhhhh, patutlah abang mayat selalu gagal nak sado, petanda setia rupanya.

Woha!

 

No comments: