“Hamka, apa mazhab kau?”
“Imam Syafee”
“apa nama penuh Imam Syafie?”
“Muhammad bin Idris”
“Eh?, kau tahu yer Hamka, aku ingat kau jawab nama Imam
Syafie adalah Syafie”
“sebab?”
“Ramai aku tanya orang islam di Malaysia ni, siapa nama imam
syafie?, jawabnya shafee jugak, padahal nama sebenar beliau adalah Muhammad bin
Idris”
“kau pun baru tahu aku rasa, sebab tu kau baru tanya aku”
“woha!”
“Ok, alang-alang kau tanya aku, aku nak tanya kau pulak?
Kita di Malaysia ni Mazhab shafee kan?”
“alamak, risau pulak bila Hamka keretamayat nak tanya..,”
“jawab dulu, jadi.., apa akidah kita?”
“Akidah Shafee lah!”
“wah, konfidentnya…, aku bagi hint, akidah berbeza dengan
fekah, Mazhab tu masuk dalam Fekah, Akidah ni bab tauhid, kita di Malaysia ahli
sunnah wal jamaah, bermazhab Shafee, dan berakidah?”
“errr. Muhammad bin Idris?”
“aku bagi pilihan, dalam dunia ni ada akidah Salafiah,
Muktazilah, Asya’irah, Maturidiah, Jabariah, qadariah dan banyak lagi, kau
rasa?”
“Errr. Aku tak tahu…”
“Hairan yer, kau kutuk orang islam yang tak tahu nama
sebenar Imam Syafee, tapi kaupun tak tahu nama imam yang menjadi ikutan akidah
kita”
“maafkan kekhikafan hamba”
“ok, bagi yang tak tahu, kita di Malaysia, bermazhab Shafee,
dan berakidah Asya’irah. Majoriti dunia Islam dalam golongan ahli sunnah wal
jamaah, bermazhab Shafee, Hambali, Maliki, dan Hanafi, manakala Akidah pula
majorotinya akidah Asya'irah dan Maturidiah. Universiti Al Azhar di Mesir pun
ikut aliran Asya'irah.
Ada riwayat dari Al Hakim dalam Al Mustadrak al Fafiz Ibn
Asakir (Tabyin Kazib al Muffari) yang mana ketika turun ayat 54 surah Al
maidah:
“WaHai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu
yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang
Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut
terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir,
yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang
suka mencela. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui”
Ketika ayat ini turun, Rasululah mengisyaratkan kepada sahabat
baginda, Abu musa Al asyari dan bersabda:
“Mereka(yang dimaksudkan dalam ayat ini) adalah kaum orang
ini (Abu musa Al asyari)”
Kemudian tafsir dari Al Jami’li Ahkam oleh Imam Qurthubi ms
220 menjelaskan:
“Pengikut Abu Hasan Al asyari adalah termasuk kaumnya”
Jadi ayat ini di tuju kepada orang beriman, yang mana bila
ada perpecahan dikalangan umat islam, yang mana muncul golongan Khawarij yang
melampau dalam agama, dan golongan Murjiah yang lalai dalam agama, maka Abu
Hasan Al asyari yang datang dari keturunan Abu musa Al asyari muncul dengan
membawa akidah Asyairah yang diikuti oleh golongan Sunnah wal Jemaah.
Baik, itu dalil dari Al quran, untuk dalil dari hadis pula
yang di riwayatkan oleh Imam ahmad dan Al Hakim:
“Rasul bersabda: Akan dibukakan Kota Konstantinopel, maka
sebaik baik ketua perang adalah ketua perang (yang mengetuainya) dan sebaik
baik tentera adalah tentera (yang membukanya)”
Rujuk sejarah, kota Instabul telah dibuka selepas 800 tahun
oleh Sultan Muhammad al Fateh yang berakidah Sunni aliran Imam Asyari. Maka
benarlah pujian Nabi kepada beliau, dan benarlah juga kita bila berakidah sama
seperti beliau.
Dalam Ihya Ulumuddin, Al Imam Izzuddin Absud Salam
mengemukan bahawa: Akidah asyairah disepakati oleh mazhab shafee, Maliki,
Hanafi dan Hambali.
Malahan rujuk fatwa dari Universiti Al Azhar bernombor 4307
jelas mempetahankan akidah Asyairah.
Jadi fahamlah kita di Malaysia ni, ikut mazhab syafee yang
dibawa oleh Muhammad bin Idris dan ikut akidah Asyairah yang di bawa oleh Abu
Hasan Al asyari
Al faham ke idop?
(Baiklah Hamka, boleh tak tulis apa yang kau cakap ini di FB
agar aku dapat rujuk dan tak nak berlagak lagi lain kali, dan tolong jangan
tulis nama aku di FB)
Woha!
2 comments:
Soalan yang menguji ilmu dan kejujuran abang mayat.
Empat orang khulafa' arrasyidin dan empat orang imam mazhab fekah tidak pernah berpegang dengan akidah asya'irah atau maturidiyyah, apatah lagi belajar atau mengajarkannya. Jika akidah ahlus sunnah wal jamaah hanya asya'irah atau maturidiyyah, soalannya, apakah kedudukan akidah empat orang khulafa' arrasyidin dan empat orang imam mazhab fekah tersebut, adakah mereka tergolong dalam golongan ahlus sunnah wal jamaah?
A) Ya, mereka tergolong dalam golongan ahlus sunnah wal jamaah, walaupun mereka tidak pernah berpegang dengan akidah asya'irah atau maturidiyyah.
B) Tidak, mereka tidak tergolong dalam golongan ahlus sunnah wal jamaah kerana mereka tidak pernah berpegang dengan akidah asya'irah atau maturidiyyah.
Tidak ada pilihan jawapan ketiga.
A) Ya, mereka tergolong dalam golongan ahlus sunnah wal jamaah, walaupun mereka tidak pernah berpegang dengan akidah asya'irah atau maturidiyyah.
Post a Comment