Dec 16, 2020

Anti vaksin menipu pergi haji?

*****

Terdapat segelintir kecil yang kita dapat kesan, mereka yang agak liat untuk menerima vaksin meningokokal. Mereka akan cuba mengelak dari dicucuk dek kerana mendapat maklumat yang salah. Pun begitu...

1. Ramai je cucuk walaupun hati tak rela.

2. Ada yang tipu sign doktor. Terdapat jemaah yang bayar doktor untuk sign. Kita dapat kesan beberapa kes yang berlaku sedemikian. Doktor pun ada yang berkomplot menipu tandatangan. Saya bukan tabur fitnah, tetapi pernah saya jumpa semasa buat siasatan jemaah haji semasa berkhidmat bersama rombongan perubatan dahulu.

3. Ada juga yang tolak tawaran haji dan umrah. Sanggup tak pergi haji kerana tak nak cucuk vaksin. Inilah dinamakan pilihan atau pro-choice oleh mereka. Minggu lepas meninggal seorang yang kuat kutuk doktor perubatan dalam sosial media. Beliau bukan sahaja menolak vaksin tetapi menolak juga dialysis dan ubat-ubatan moden. Semoga Allah meletakkan arwah bersama para solihin.

Note.

Vaksin adalah harus: Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-105 yang bersidang pada 3-5 Februari 2014.

.

Tetapi mereka yang menentang vaksin tetap ketegak, tidak mahu menerima fatwa ayng dibuat oleh majlis fatwa. Malah masih lagi tidak berganjak dengan menuduh vaksin itu bersumberkan dari Babi. Kenapa mereka bertindak demikian? Sebabnya mereka DAPAT INFO dari sumber yang tidak autentik / berwibawa. Mereka membaca maklumat dari individu atau kumpulan yang sememangnya sudah skeptikal dengan vaksin. Apa sahaja yang berlaku semuanya nak salahkan vaksin.

Vaksin haji/umrah yang diperolehi dalam premis kesihatan, bukannya jenis bakteria hidup dilemahkan (live attenuated). Ianya sejenis vaksin konjugat/polisakarida. Bukan kuman betul tetapi sebahagian komponen dari bakteria N. Meningitidis digunakan bagi menghasilkan vaksin. Komponen bakteria ini tidak hidup dah. Ianya telah melalui proses pembuatan yang terperinci dan berkualiti. Disahkan keberkesanan, selamat dan suci sebelum dipasarkan.

Copy paste dari:

Dr Suhazeli Abdullah

9.12.2020

Tengkawang

Rujukan

- Ministry of Health. Pembentangan Taklimat Pengurusan Jemaah Haji. 2019.

- JAKIM. Soal jawab imunisasi oleh jawatankuasa bersama JAKIM dan KKM. 2015.

 

1 comment:

Anonymous said...

Do not vaccinate health care workers first, it it fails, we are all in trouble. Vaccinate politicians first, if we lose a few of them, it won't matter - Jean Francoise