Dec 21, 2020

Allah ada di mana?

Ada penyokong bumi rata cakap Allah ada di langit. Dalilnya sebab ayat al quran bagitahu Allah bertempat di langit. Maka bumi ini harus rata.

Aduh…

Diriwayatkan oleh Abd Ar-Razzaq dari Al-Hasan telah ada beberapa sahabat yang bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, “Di manakah Rabb kita?”

Lalu turun ayat Surah Al-Baqarah Ayat 186

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintan)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

Jadi dari ayat ini, Allah tak menempatkan diriNYA perlu kepada tempat. Allah itu dekat bagi yang mahu mendekati, jika kita datang berjalan, Allah datang berlari, janganlah tafsir Allah berhajat pada kaki pulak. Itu smeua maksud Rahmat Allah yang mendekat.

Tentang ayat Allah Istiwa di Arasy tidak perlu ditafsir seperti Allah bertempat di atas Arasy, kerana Allah tidak berhajat kepada tempat,

Lain lagi, ada juga ayat Allah dibumi, Allah sedekat urat merih, Allah ada bersama kamu di mana mana.  Jika di tafsir ayat 186, Allah itu dekat, dan mereka kata Allah di Arasyh bermakna kita semua di Arash ke?

Yang percaya Allah di langit ni Firaun, lalu buat bangunan tinggi sebab nak lembing Allah, adohai…

Jadi tak boleh tafsir Allah bertempat dengan tengok satu ayat sahaja.

Ada yang kata, Nabi Muhammad naik ke langit terima solat, itu tanda Allah di langit,

Tapi ada ayat nabi ibrahim pergi mengadap Allah tapi tak naik ke langit pun. Tapi ke Palestin, Allah bertempat di situ ke?

Nabi Musa bercakap dengan Allah dalam gua tak naik ke langitpun. Allah di gunung kah? Ayat Al quran jugak itu..

Jadi bila ada ayat yang kita tak faham, jangan tafsir ikut akal semata mata, terus rujut ayat utama, antaranya Surah Al ihklas, yang bagitahu Allah tak sama dengan makhluk, dan ayat ini jika di baca sama macam baca baca sepertiga Al quran, jadi bila ada tak faham ayat tentang sifat Allah, terus rujuk Al Ikhlas, terus dapat pahala sepertiga Al quran dan insyaAllah diberi kefahaman sepertiga Al quran jika di baca dengan ikhlas.

Jika tak rujuk surah ikhlas, itu ada yang cakap dalam hadis Allah bagitahu dia turun ke langit dunia jam tiga pagi, Aduh.., inipun masalah geng bumi rata, tak tahu ke setiap waktu ada jam tiga pagi tak pernah berhenti sebab bumi berputar? Jadi Allah kekal di langit pertama selamanya lah sebab turun dari Arasy? Nak tafsir macam tu ke? Adohai..

 

Jika Tanya lagi, kenapa Allah nak turun ke langit secara fizikal? Katanya sebab nak dengar hamba berdoa, habis tu jika Allah tak turun maka tak dengar?

Dah kelu tak tahu nak jawab sebab itulah maslaah jika tafsir Al quran dan hadis secara fizikal semata mata..

Baik, Hadis perempuan tunjuk jari atas langit bila di tanya Nabi adalah nak bezakan berhala disembah depan depan dengan Allah yang tinggi. Lagipun doa itu kiblatnya langit, solat itu kiblatnya kaabah, sujud itu Kiblatnya bumi, jadi kenapa nak ambil langit sahaja sedangkan kiblat itu ada waktu waktunya?

Sebab nak kaitkan bumi ini rata? Korang ni mufti ke nak tafsir ayat pakai arah langit sahaja?

Baru baru ni ada jabatan mufti yang keluarkan fatwa bumi adalah sfera dan bukannya rata.

Maka dalam komen ada netizan kata mufti sesat. Mufti jahil. Mufti ikut ilmu kafir. Perghhh..

Lepas tu guna hujah ayat bumi di hampar sebagai dalil bumi ini rata. Aduhh..

Katakanlah..  esok esok industri pelancongan angkasa dah maju, lepas tu ditakdirkan Tuhan, diorang ni berpeluang naik kapal angkasa untok keluar daripada bumi, dan tengok sendiri bumi ni sfera,

Adakah diorang ni akan murtad sebab ayat yang dia tafsir dari Al-Quran tak betul?

Zaman dulu, kita faham lah ramai orang fikir bumi ni leper. Sebab masa tu, takda siapa pernah ke luar angkasa. Takda gambar bumi. Jadi telan jer cakap pengkaji.

Tapi zaman sekarang ni, dengan teknologi hujung hari,  beratus angkasawan dah keluar ke angaksa, orang islam pun dah ke angkasa, orang melayu pun dah ke angkasa, dan dua belas orang dah berjalan ke bulan. Robot pun dah dihantar ke Marikh, dan terbukti satelit yang berupaya ambil gambar bumi daripada angkasa, takda satu pun gambar yang nampakkan bumi ni leper.

Tapi, masih lagi ada penganut bumi rata yang membutakan mata padahal bukti dah ada depan mata. Korang yang salah tafsir ayat Al-Quran, lepas tu korang cakap orang lain tipu.

Cara korang salah tafsir ni, adalah fitnah agama yang besar.

Orang kafir bila dengar hujah korang.. oh, Quran tipu rupanya, sebab Quran tulis bumi ni rata,  semuanya sebab orang macam kau. Faham tak?

Padahal, Al-Quran tak sebut pun bumi ni rata. Kau je salah tafsir 'bumi dijadikan hamparan' tu dengan tafsiran bukan-bukan. Lastnya, orientalis kafir ni samakan Islam dengan golongan Kristian Zaman Gelap.

Bodoh betul lah korang ni. Sebut jahil murakab marah pulak.

Bumi ini sfera dan Allah tidak bertempat kerana sebelum ada tempat sudah ada Allah dan Allahlah yang mencipta tempat. Sebelum ada langit Allah sudah ada dan Allahlah yang mencipta langit.

Berkenaan ayat Allah ada di mana mana itu adalah kuasa Allah yang ada dimana mana.  Sebab "mana mana" pun adalah tempat sedangkan Allah ada tanpa berhajat pada mana mana tempat maka langit adalah tempat dan Allah tidak berhajat padanya.. jadi ayat Allah di langit adalah sebagai pengagungan Zat Maha Pencipta.

Malahan sahabat pernah bertanya, Allah di mana sebelum alam di cipta?

Dari Imran bin Hushain radhiyallahu ‘anhu berkata: “Aku berada bersama Nabi saw, tiba-tiba datang sekelompok dari penduduk Yaman dan berkata: “Kami datang untuk belajar agama dan menanyakan tentang permulaan yang ada ini, bagaimana sesungguhnya?” Rasulullah saw menjawab: “Allah telah ada dan tidak ada sesuatu apapun selain Allah.” (HR. al-Bukhari [3191]).

Jadi senang faham baj kata Al-Imam Saidina Ali k.r.w.j: “Sesungguhnya Allah s.w.t. itu tidak bertempat. Dia sekarang dalam keadaan seperti mana Dia sebelum ini (iaitu tetap qadim dan abadi tanpa bertempat)”. (Al-firaq bainal Firaq karangan Abu Mansur: 333)

Korang geng bumi rata faham tak erti tak bertempat?

“tapi bang, jika tak bertempat bermakna Allah tak wujud?”

Adohai.., mana tempat bagi masa? Masa wujud tak?

Sebenarnya? Akidah asyairah ni tinggi pemahamannya yang mana zaman sekarang korang kena faham tentang teori 10 demensi jika nak explain..

Setakat ini manusia baru faham empat deminsi iaitu tiga demensi X,Y, Z dan demensi ke empat adalah masa.

Dalam kitab agama demensi ke tiga ini disebut enam arah iaitu atas bawah kiri kanan depan belakang dan Allah tidak bergantung langsung pada arah yang enam.

Jadi Allah di luar empat deminsi yang kita faham depan mata.

Deminsi ke lima belum dapat di capai, mengikut teori string.. jika kita faham deminsi ke lima ianya memungkinkan kita  faham ilmu yang memberi jawapan kepada semua kejadian melangkau apa yang depan mata sahaja dan boleh melanggar fizik.. ala macam mukjizat tu. Beyond the fizik.

Deminsi ke enam jika di capai, kita boleh undur masa tapi tak boleh ubah hanya mampu lihat sebab setiap waktu ada gelombang yang merakam masa. Sebab tu tak pelik bila padang masyar semua kejadian di saksikan semula.

Demensi ketujuh jika dicapai, boleh undur masa dan ubah sejarah lalu membetuk parallels universe, rujuk kisah Nabi khidir dan Nabi Musa yang mana Nabi khidir boleh melihat masa depan dan ubah sejarah.

Demensi ke lapan kononnya secara teori membolehkan merentas alam lain sebab ada alam malaikat. Alam kubur. Alam jin dan banyak lagi alam lain. Rujuk kisah israk mikraj.

Deminsi atas lagi katanya mampu menulis takdir. Maka dan tentu segala demensi adalah milik sesuatu yang tidak dipegaruhi oleh fizik, masa, graviti, dan ruang. Maka panjang cerita saya pendekkan.. janganlah kita hadkan Allah pada tiga demensi sahaja macam geng bumi rata buat.

Padahal Allah Maha Pencipta. Tidak terikat dengan masa, fizik, arah, dan tempat atau segalanya. Apapun yang ada pada final dimension sudah tentu milikNya kerana segala kejadian adalah ciptaanNya.

Jadi terima kasih kepada Aysairah yang memamatahkan hujah Mukatzilah  seribu tahun dahulu dengan ilmu yang tinggi bab akidah andai korang mahu mengerti.

Maka di mana Allah?

Allah ada tidak bertempat kerana Dia Maha Berkuasa.

Beyond your imagination. Tapi itulah.. akan datang mungkin manusia boleh capai demensi ke lima untuk faham fizik di luar kotak tapi bab bumi sfera bukti depan mata pun korang boleh bantah maka cukuplah korang jahil pada tahap tiga demensi sahaja.

Woha!

3 comments:

Anonymous said...

Soalan yang menguji ilmu dan kejujuran abang mayat.

Empat orang khulafa' arrasyidin dan empat orang imam mazhab fekah tidak pernah berpegang dengan akidah asya'irah atau maturidiyyah, apatah lagi belajar atau mengajarkannya. Jika akidah ahlus sunnah wal jamaah hanya asya'irah atau maturidiyyah, soalannya, apakah kedudukan akidah empat orang khulafa' arrasyidin dan empat orang imam mazhab fekah tersebut, adakah mereka tergolong dalam golongan ahlus sunnah wal jamaah?

A) Ya, mereka tergolong dalam golongan ahlus sunnah wal jamaah, walaupun mereka tidak pernah berpegang dengan akidah asya'irah atau maturidiyyah.

B) Tidak, mereka tidak tergolong dalam golongan ahlus sunnah wal jamaah kerana mereka tidak pernah berpegang dengan akidah asya'irah atau maturidiyyah.

Semoga bang mayat dapat jawab dengan jujur dan ikhlas. Amin.

Anonymous said...

Something wrong dengan pemahaman akidah jika soalan basic begini tak mampu dijawab dengan spontan. Kejujuran asas keimanan.

hamka said...

Jawapan jujur.

A) Ya, mereka tergolong dalam golongan ahlus sunnah wal jamaah, walaupun mereka tidak pernah berpegang dengan akidah asya'irah atau maturidiyyah.

sama macam zaman Nabi tak ada 4 mazhab, tidaklah bererti mereka tiada mazhab, cuma zaman nabi boleh terus rujuk pada Nabi, maka bab fekah bila teralau banyak perbezaan pendapat, maka munculah mazhab, bab akidah pun sama, zaman Nabi orang tak kata Allah di langit macam makhkuk, dan zaman 4 mazhab belum ada masalah terlalu ketara bab akidah seperti yang menjismkan, atau terllau emnfalsafahkan, bila dah muncul kefahaman begitu, maka munculah akidah asyairah dan lain lain, yang sucikan Allah dari pemahaman yang menyamakan Allah dengan makhluk. wallahulam