Jadilah macho macam Brad pitt dalam filem Once Upon a Time
In Hollywood (2019) yang mana waktu memandu, tiba tiba ada perempuan tumpang
kereta, dan berkata:
“abang nak oral seks sambil memandu?”
“Umur kau berapa?”
"Biar betul?"
"Umur kau berapa?"
“Wow, abang orang pertama yang tanya umur saya, dah lama
orang tak tanya”
“Apa jawapannya?”
“Abang nak main teka teki? Lapan belas lah bang, puas hati?”
“Kau ada Lessen memandu tak? Abang nak check”
“Abang buat lawak ke?”
“Tak.. abang tak buat lawak, abang kena check dulu pastikan
kau lapan belas tahun, tapi kau memang bawah umur sebab takde kad ke apa untuk
tunjuk"
"ohhhh, abanglah yang rugi, lagipun abang terlalu tua
untuk saya"
"Abang terlalu tua untuk masuk Penjara kerana seks
bawah umur, kau tahu tak? dah lama penjara cari abang sebab abang ni dah buat
macam macam benda, dan penjara pasti akan jadi tempat abang lepak satu hari
nanti, tapi bukan sebab berzina dengan budak bawah umur macam kau, tolong
jangan tersinggung”
Terus gadis tu insaf dan kagum dengan kemachoan Brad Pitt.
Woha!
Jadi.. perasan tak?, ada banyak babak filem barat. bila hero
tahu umur gadis itu bawah 18 tahun. Terus hero dengan machonya jauhkan diri
sebab mereka sedar tidak ada kehebatan sedikitpun dapat berzina dengan wanita
bawah umur.
Takde, malahan satu perkara yang sangat hina bila masuk
penjara kerana berzina dengan gadis bawah umur...
Sebab? perempuan zaman ini yang masih bawah umur sangat
senang di tipu. Puji sikit, belanja sikit terus serahkan dara.
Sebab tu di banyak negara termasuk Malaysia, siapa-siapa
yang melakukan hubungan seksual dengan kanak-kanak atau remaja berusia 16 tahun
ke bawah, dikira sebagai perogol walaupun suka sama suka.
Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan menulis, sama ada budak itu
rela, atau tidak rela, ia tetap dipanggil rogol.
Walaupun budak perempuan itu yang mula dulu, dia yang datang
gosok, dia yang datang meraba, dia yang datang share gambar lucah, dia yang
nak, tapi lelaki macho tetap kena bertanggungjawab untuk tidak menyentuh
langsung budak perempuan tersebut.
Malahan sebagai lelaki macho, korang kena main peranan
mencegah seks bawah umur, nasihat mereka elok elok, jika kata-kata manis boleh
guna untuk mengorat, gunakan kata kata manis untuk nasihat tolak seks, untuk
dakwah elok elok, dan jika tak mampu, Lari sampai koyak baju belakang pun
takpe.
Senang cerita. Rogol bawah umur adalah 100% kesalahan lelaki
dewasa walaupun gadis itu sendiri yang lari dari rumah dan ikut kita balik dan
setuju buat seks. Boleh masuk penjara dan sebat yang sangat kuat dan ada saya
dengar pengakuan bekas banduan, kena sebat boleh mati pucuk tau?! aduh....
“Oral seks pun kira rogol ke?”
Itu termasuk seks luar tabii Seksyen 377A Kanun Keseksaan.
Tak kira sama ada masukkan zakar dalam dubur, atau dalam mulut di kira seks
luar tabii, Tidak dinyatakan mangsa itu perlu lelaki, atau perempuan, Hukuman
bagi kesalahan seks luar tabii adalah penjara tak lebih 20 tahun, dan sebat.
Jadi saya nak pesan kepada diri sendiri dan semua orang
lelaki macho di luar sana, tak perlu bangga pun jika dapat mengorat perempuan
bawah umur, malahan kita kena rasa malu jika bercinta dengan budak bawah umur.
Dosa rogol orang ni besar dosanya, perjalanan masih jauh nak
tuju syurga, orang mati syahid pun tergantung roh bila ada hutang dengan orang
apatah lagi jika rogol anak orang nak bayar dengan apa? seksa akhirat menanti
jika gadis itu, dan walinya tak maafkan kita.
Rujuk hadis, salah satu golongan dapat lepas bawah arash
adalah lelaki yang menolak zina.
Tolonglah jadi lelaki beriman akir zaman yang beriman
seperti mana orang terdahulu beriman.
Tak pandai nak jadi lelaki beriman? malu? tolong jadi macho
macam Brad Pitt yang menolak seks bawah umur pun, okey. pelan pelan kayuh.
Woha!
1 comment:
mari gabung bersama kami di Aj0QQ*co
BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup.
Post a Comment